Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN II,

PETI SURAT 2769, SANDAKAN, SABAH

KERTAS KERJA

KECERIAAN BILIK MUZIK


(BILIK P. RAMLEE)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SANDAKAN II
2016
1. PENDAHULUAN

Bilik Muzik (P. Ramlee) adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran Muzik. Bilik ini juga merupakan bilik khas di mana penggunaannya adalah secara
maksimum. Bilik yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam keadaan yang di luar
jangkaan dan tidak menepati kehendak serta kepuasan pelanggan sepenuhnya. Cadangan
permohonan keceriaan bilik muzik ini adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan
memenuhi tahap kepuasan pelanggan. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah bilik ini tidak
dapat digunakan semaksimum mungkin dan keadaannya yang kurang ceria. Sekiranya cadangan
permohonan ini dapat direalisasikan secara langsung dapat memberi impak yang besar dalam
melahirkan pelajar-pelajar jurusan muzik yang menjulang aspirasi negara serta melahirkan modal
insan kelas pertama bertaraf dunia.

2. OBJEKTIF

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan mutu sesi pengajaran dan pembelajaran.


b) Memaksimumkan tahap penggunaan dan keceriaan bilik muzik (P. Ramlee).
c) Menyediakan suasana yang kondusif untuk pelajar dan guru.
d) Menepati kepuasan pelanggan dan ,mencapai tahap yang ditetapkan dalam ISO.

3. RASIONAL & MATLAMAT

Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik serta latihan amali muzik.
Memastikan Bilik Muzik P.Ramlee sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria
serta kemas.
Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, dan operasi bilik khas.

4. LOKASI SASARAN

Bilik Muzik (P.Ramlee) SMK Sandakan II.


5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Muzik (P.Ramlee) adalah
seperti berikut:

Bil Perkara Harga Bilangan Anggaran Harga


Cat / pelaka RM 19.00 4 RM 76.00
Warna 1 kg No. 70 (Hitam)

Cat Dinding RM 38.00 3 RM 114.00


1.
7 liter (Putih)

Cat Warna RM 38.00 3 RM 114.00


7 liter (Warna)
2. Berus cat & Penggelek RM 50.00 10 RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM 354.00

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang
dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat
kepada guru ntuk lebih bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran
yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati.

Disediakan oleh,

_____________________________________
(MARDIN BIN HJ. ANOI)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II,
Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai