Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

KERTAS KERJA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 1
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

”PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS”

1.0 PENGENALAN
Salah satu aspek penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pemudahcaraan
yang seronok di sekolah adalah dengan wujudnya persekitaran pembelajaran yang
kondusif buat murid. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab unit HEM (Hal Ehwal
Murid) bersama dengan unit KoKurikulum serta Akademik untuk melaksanakan satu
program agar suasana pembelajaran yang kondusif tersebut dapat diwujudkan di setiap
kelas murid.

2.0 RASIONAL
Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta mengambarkan
kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah umumnya dan murid-
murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan kelas adalah penting bagi
mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang,
selesa dan menarik minat murid belajar di kelas. Kelas yang bersih dan ceria juga
dikatakan oleh pakar psikologi boleh memberikan suntikan motivasi kepada murid.
Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa, tenang dan tenteram. Murid akan fokus
kepada pelajaran yang diajarkan kerana mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan
tenang. Oleh itu, pertandingan ini memang perlu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat
tersebut.

3.0 MATLAMAT
Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang bersih, ceria,  cantik, 
dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.

4.2 Meningkatkan  kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga


keceriaan dan kebersihan kelas.

4.3 Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.

4.4 Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 2
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

4.5 Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran murid.

5.0 SASARAN
Pertandingan ini melibatkan semua kelas di aliran perdana melibatkan kelas tahap 1 dan
tahap 2 sebanyak 6 kelas iaitu dari kelas tahun 1 hingga kelas tahun 6.

6.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN


Pertandingan ini akan bermula pada minggu ke 6 persekolahan sehingga ke minggu 42
persekolahan sepanjang sesi persekolahan 2020. Pertandingan dimulakan pada minggu ke
6 untuk memberi ruang buat murid-murid serta guru kelas berbincang berkenaan aspek
keceriaan kelas yang akan mereka laksanakan di kelas masing-masing.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN


7.1 Penilaian akan dilakukan oleh ketiga-tiga penolong kanan sekolah iaitu Penolong
Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
KoKurikulum pada setiap minggu bermula pada minggu ke 6 tersebut.
7.2 Setiap penolong kanan akan bergilir-gilir melakukan penilaian pada minggu yang
berlainan. Penilaian dilakukan sekurang-kurangnya sekali dan maksimum 2 kali
pada setiap minggu persekolahan bermula pada minggu ke 6 pertandingan
dimulakan.
7.3 Jika 2 kali penilaian dilaksanakan pada minggu tersebut markah purata akan dikira.
7.4 Teknik hiasan dalaman bergantung kepada kreativiti murid dalam kelas berkenaan
dengan dibantu oleh guru kelas masing-masing.
7.5 Hadiah akan diberikan bagi Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga bagi semester
pertama dan semester kedua berdasarkan kutipan markah purata tertinggi serta
Hadiah Utama Johan Keseluruhan dengan markah purata terkumpul tertinggi bagi
semester pertama dan kedua. Hadiah berbentuk hamper.
7.6 Aspek yang dinilai bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dibahagikan
kepada 3 aspek utama iaitu kebersihan (30%), maklumat pendidikan (40%), dan
kekemasan serta keceriaan (30%). Perincian setiap aspek yang dinilai seperti di
bawah.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 3


PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

ASPEK PENILAIAN PERTANDINGAN

A. Aspek Kebersihan (30%)


1. Lantai, tingkap dan sawang bersih
2. Kipas tidak berhabuk
3. Tong sampah dikosongkan
4. Papan hitam bersih, tiada habuk
5. Langsir bersih dan kemas
6. Koridor di hadapan kelas bersih.
7. Penyapu disangkut dengan kemas

B. Aspek Maklumat Pendidikan (40%)


1. Jadual Tugas disediakan
2. Jadual waktu kelas disediakan
3. Carta Organisasi kelas disediakan
4. Pelan kedudukan pelajar disediakan
5. Sudut mata pelajaran dikemaskini
6. Pelan kebakaran dipamerkan
7. Senarai inventori dipamerkan
8. Kalendar digantung/ dipamerkan
9. Ada poster yang sesuai
10. Ada Sudut Nilam / bacaan
11. Ada kata-kata hikmat/ motivasi
12. Ada maklumat serta informasi tambahan lain yang bersesuaian

C. Aspek Kekemasan, Keceriaan dan Kreativiti (30%)


1. Meja guru beralas/ berhias
2. Meja pelajar beralas/ berhias
3. Ada hiasan yang bersesuaian di dalam kelas
4. Kerusi dan meja murid dalam keadaan tersusun kemas
5. Kerusi dan meja murid disusun dalam aturan yang memudahkan pergerakan
6. Kerusi dan meja guru dalam keadaan tersusun kemas dan memudahkan pergerakan
7. Ada perabot bersesuaian
8. Kelas dihias dengan bersesuaian dan menarik serta kreatif
9. Penggunaan bahan-bahan kitar semula atau bahan bersesuaian untuk menghias kelas
10. Kasut disusun kemas pad rak kasut jika berkenaan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 4


PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BILANGAN
BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH
UNIT
Hamper Johan
1. RM60 1 RM60
Keseluruhan 2020
Hamper tempat Pertama,
2. Kedua & Ketiga untuk RM50 3 RM150
Semester ke 2
3. Hamper Saguhati RM40 1 RM40
Jumlah Keseluruhan RM250.00

9.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan LPBT = Hamper Johan Keseluruhan, Hamper untuk Semester 2 dan
Saguhati
Orang Persendirian/ PIBG = Tajaan hadiah untuk pemenang semester 1

10.0 PENUTUP
Program pertandingan keceriaan kelas ini diharapkan dapat mewujudkan kelas yang
bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali lagi diharapkan
mampu menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke sekolah dan sekaligus
dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 5


PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 2020

(JOHN NAHASON) (LUANG AK LIBUT)


Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK Sungai Laong SK Sungai Laong

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAONG, BAKONG, MIRI 6

Anda mungkin juga menyukai