Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI WAY

JLN SS9/13, PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN

Kod Sekolah : BBB 8316


Tel : 03- 78768450 Faks : 03- 78747248
E-mel : bbb8316@btpnsel.gov.my

KERTAS KERJA
MEMBAIKPULIH DAN
MENAIKTARAF
TANDAS SEKOLAH
KERTAS CADANGAN MEMBAIKPULIH DAN MANAIKTARAF
TANDAS SEKOLAH KEANGSAAN SUNGEI WAY

1. Pengenalan
Tandas merupakan satu keperluan yang penting dalam sesebuah kawasan institusi
terutama institusi pendidikan. Oleh yang demikian keperluan tandas yang baik dan
kondusif amat ditagih terutama bagi keperluan dan kegunaan bagi seramai lebih kurang
400 orang pelajar selain staf sekolah ini. Selain itu keadaan tandas yang baik dan
kondusif juga dapat melambangkan kecemerlangan dan imej bagi sesebuah sekolah.

2. Objektif

1. Murid dan staf dapat menggunakan kemudahan tandas yang lebih kondusif dan
sesuai dengan peredaran zaman.

2. Tandas yang kondusif juga boleh dijadikan amalan yang berkaitan dengan
kebersihan, keselamatan dan kesihatan terutama pada diri murid.

3. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat mendidik murid berakhlak mulia dan terpuji
dengan amalan penggunaan tandas yang bersih dan kondusif.

4. Peningkatan kualiti fizikal tandas boleh menjamin keselesaan dan keharmonian


pelajar dan warga sekolah.

3. Rasional

1. Dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dalam Program 3K Kebersihan,


keselamatan dan Kesihatan dikalangan murid dan guru.

2. Satu usaha untuk menyemarakkan lagi kepentingan dan kegunaan tandas di sekolah
ataupun kehidupan seharian.

3. Sebagai satu usaha pihak pengurusan sekolah, menyediakan kemudahan tandas


yang baik dan kondusif supaya menjadi satu budaya “sayangi tandas kita”

4. Matlamat

Matlamat penggunaan tandas di sekolah ialah untuk mencapai kecemerlangan dalam


pembentukan warga sekolah yang berkualiti. Tandas bersih dan kondusif dapat
melahirkan warga sekolah yang sihat.

5. Latar Belakang Masalah

Tandas sekolah disediakan di setiap blok bangunan yang terdapat di Sekolah


kebangsaan Sungei Way.Namun, ia agak usang dan binaan lama melebihi 30 tahun.
Terdapat banyak inflastuktur yang rosak dan tidak selesa. Pihak pengurusan sekolah
memerlukan penyelesaian segera terhadap kerosakan itu. Namun, kerja pembaikan
tandas yang bersih, kemas dan kondusif memerlukan kos yang tinggi.
Tandas yang bersih dan kondusif di setiap blok dalam sekolah, adalah penting bagi
memastikan pelajar dan guru tidak mendapat keracunan makanan, disentri dan
penyakit yang membawa maut seperti kolera dan tifoid, selain penyakit berjangkit yang
lain.

Bangunan sekolah yang sudah mencecah usia 30 tahun juga kelihatan usang dan tidak
ceria. Jika diberi sentuhan baru dengan mengecat semula bnagunan akan member
impak yang lebih baik kepada seluruh warga SKSW.

6. Jawatankuasa Induk Tandas (Laman Segar) SK Sungei Way

Pengerusi : Pn Asiah binti Amir


Timbalan Pengerusi : En Wan Zulkaflee bin Mohamad
Naib Pengerusi 1 : En Syed Mustafa b. Syed Abd Rahman
Naib Pengerusi 2 : En Azelan b Mohd Yazis
Naib Pengerusi 3 : Pn Noor Asliza Bt Mamat
Penyelaras : Cik Nor Ezatty Shasha binti Mohamad Rosli

7. Cadangan projek membaikpulih & menaiktaraf dan anggaran kos perbelanjaan

 Membaiki semula mangkuk tandas yang rosak.


 Mengganti pam tandas yang rosak
 Menggantikan sinki yang rosak di tandas.
 Membaik pulih paip yang rosak.
 Menaiktaraf tandas murid lelaki kepada tandas terbuka
 Mengganti pintu-pintu tandas yang rosak.
 Mengecat semula tandas.
 Mengganti semua tiang-tiang pintu tandas yang rosak
 Membaik pulih dan menaik taraf lantai tandas
 Lain-lain keperluan tandas

Jumlah kesemua kos anggaran kasar ialah : RM 75,000.00


Ringgit Malaysia : TUJUH PULUH LIMA RIBU SAHAJA

Disediakan oleh :

………………………………………………..….
(NOR EZATTI SHASHA BINTI MOHAMAD ROSLI)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Sungei Way

Disahkan oleh :

………………………………………………..….
( ASIAH BINTI AMIR )
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Sungei Way

Anda mungkin juga menyukai