Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : DURRATUL ’ALIAH BINTI DA HALIB


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK SERI BAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIADA KAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Setengah Berisi, Setengah Kosong?

2. Pengarang: Parlindungan Marpaung


2008
3. Tahun diterbitkan: (272m/s)
4. Diterbitkan oleh: PTS Millennia Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku
‘Setengah Berisi, Setengah Kosong?’ merupakan sebuah buku hasil karya
Yang Dibaca:
Parlindungan Marpaung terbitan MQS Publishing, Bandung, Indonesia pada
tahun 2006 dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Buku ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian pertama membicarakan


cerita yang berkaitan kasih sayang, manakala bahagian kedua pula
mengandungi cerita yang berkaitan dengan komunikasi. Ada hampir 60 buah
cerita yang dimuatkan dalam kedua-dua bahagian ini, di mana ia sangat berkait
rapat dengan kehidupan seharian kita.

Kisah demi kisah yang tersaji dalam buku ini memberi hikmah yang
membuatkan pembaca berfikir lebih kreatif dalam memahami setiap persoalan,
di samping mengajak pembaca melihat satu fenomena daripada perspektif yang
berlainan. Penulis mengekstrak pengajaran yang berbeza daripada kisah-kisah
tersebut, di mana mungkin sebahagian kisahnya tidak asing bagi pembaca.
Cerita yang lazimnya dipandang dari sudut jenaka diambil oleh penulis secubit
pengajaran, bukan sahaja dari penghujung kisah, malahan ada juga yang
penulis ambil dari pertengahan kisah yang kecil sifatnya serta sering kita
terlepas pandang, tetapi realitinya isu itu lah yang mempengaruhi keseluruhan
cerita dan memberi pengajaran besar.

Satu situasi di mana sebuah gelas berisi setengah air, sebahagian orang
mengatakan gelas itu setengah kosong dan sebahagian lain mengatakan ia
setengah berisi. Setiap orang melihat situasi yang sama, tetapi memiliki cara
pandang yang berbeza. Mereka yang mengatakan gelas itu setengah kosong
memiliki sudut pandang yang pesimis, sebaliknya mereka yang mengatakan
gelas itu setengah berisi mempunyai sudut pandang yang optimis.
Buku ini sarat dengan pengajaran nilai-nilai murni buat pembaca. Ia mengajar
kita agar bersikap positif kerana individu yang berfikiran positif hidupnya lebih
sihat serta lebih tenang dalam menghadapi cabaran hidup.

6. Manfaat/ Pengajaran:
pengajaran yang
diperoleh 1. Optimistik. Kehidupan kita adalah bagaimana kita memandang dan
daripada buku memahaminya kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Berfikir ke arah
yang lebih positif menjadikan kita sebagai seorang manusia yang kuat dan
yang dibaca:
mampu untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik

2. Rasional. Kita perlu berfikir secara lebih rasional dan positif lebih-lebih lagi
dalam membuat keputusan agar keputusan yang kita akan buat itu tidak kita
kesali pada masa hadapan.

3. Pemurah dan baik hati. Kita dituntut untuk selalu berbuat baik tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran terutama kepada mereka yang di
dalam kesusahan.

4. Kasih sayang. Kesedaran agar menyayangi dan berbuat baik kepada ibu
bapa, memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak kerana ‘apa
yang ditabur, itu yang dituai’, anak menunjukkan corak yang kita terapkan
dalam diri mereka.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah menerapkan


nilai-nilai murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti dengan
mengaitkan kisah-kisah yang terdapat dalam buku.

2. Guru tahu mengawal emosi dan bertindak dengan lebih bijak apabila
berhadapan dengan salah laku murid. Sebelum memberi hukuman guru
perlu terlebih dahulu mendengar penjelasan dan alasan murid, menilai
alasannya, kemudian rasionalkan kenapa hukuman perlu dikenakan. Ini
kerana cara terbaik murid mendengar kata kita adalah dengan mendengar
mereka terlebih dahulu.

3. Guru melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti tanpa mengharapkan


balasan dan ganjaran, prihati serta mengambil berat terhadap murid yang
memerlukan sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah.

7. Tandatangan:

Durratul ‘Aliah Binti Da Halib

Anda mungkin juga menyukai