Anda di halaman 1dari 3

SK TINAMBAK

PETI SURAT 594, 89208 TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA

PENYELENGGARAAN
BILIK SEMARAK ILMU
SK TINAMBAK
2019

1. PENDAHULUAN

1
Bilik Semarak Ilmu SK Tinambak merupakan salah satu kemudahan yang diperlukan dalam setiap sekolah. Justeru itu, keselamatan dan
keceriaan adalah penting bagi memberi keselesaan kepada guru-guru, staf dan dan para tetamu yang menggunakan bilik tersebut. Kertas kerja ini
diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk memberi imej baharu bagi sekolah disamping menyelenggara keadaan Bilik Gerakan yang kurang selamat.
Kertas kerja ini menggariskan pengisian projek dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru
SK Tinambak. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai salah satu matlamat yang
utama kearah transformasi sekolah.
Oleh sebab itu, diharap agar kerjasama daripada pihak sekolah untuk meluluskan projek penyelenggaraan bilik semarak ilmu ini untuk

kebaikan bersama. .

2. OBJEKTIF :
2.1 Menyelenggara bilik semarak ilmu sekolah SK Tinambak.
2.2 Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
2.3 Mewujudkan suasana ceria dan cantik pada guru-guru, murid-murid dan juga para tetamu yang datang mengunakan Bilik Semarak Ilmu
sekolah.
3 TARIKH :
4 Mac 2019

4. TEMPAT : BILIK SEMARAK ILMU

5. AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :


BI BILIK SEMARAK ILMU
L
01. Memasang kain sketing pada meja mesyuarat
02. Membuat dan memotong juga menampal kata-kata hikmah
03. Menghias bunga, memapar gambar dan hiasan yang sesuai.
04. Mewujudkan sudut maklumat sekolah

05. Menukar papan siling yang uzur

6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Peruntukan dari LPBT

7. ANGGARAN KOS PROJEK


7.1 Anggaran kos untuk projek ini ialah RM 821.00

8. BAHAN YANG DIPERLUKAN :


BILIK GERAKAN SEKOLAH

2
Bil Item Kuantiti Anggaran Kos
1 Kain Ela 20 meter 20m x RM 3.50 = RM 70.00
2 Lapis Meja : Ungu 5 meter 5m x RM 20.00 = RM 100.00
3 Bunga Plastik Berpasu 1 pasu 1 x RM 10.00 = RM 10.00
4 Bunga Perhiasan 1 set 1 x RM 25.00 = RM 25.00
5 Bingkai Gambar A4 20 unit 20 x RM 6.10 = RM 122.00
6 Cat :
1. Undercoat : 1 (7 liter) 1 unit 1 x RM 48.00 = RM 48.00
2. Final Layer (purple): 2 (7 liter)
2 unit 2 x RM 40.00 = RM 80.00

7 Nako tingkap 8 set 8 x RM 17.00 = RM 136.00


8 Railing Tabir 4 set 4 x RM 7.50 = RM 30.00
9 Plywood 3.66mm 8 keping 8 x RM 25.00 = RM 200.00
Jumlah RM 821.00

9. PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar penyelenggaraan Bilik Semarak Ilmu sekolah dapat akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini
mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh; Disahkan dan diluluskan oleh;

__________________________

FRANCESCA LYNN TAYAAN EN. JASNIE OMAR


Penyelaras Bilik Semarak Ilmu Guru Besar SK Tinambak

Anda mungkin juga menyukai