Anda di halaman 1dari 4

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH).

Perancangan Sebelum Mengajar:

Tarikh Kelas/peringkat Masa Aras murid

: 20/10/2010 : Permata (Menengah Rendah) : 10.00-10.40 am : Sederhana dan rendah

Mata pelajaran/Bidang : Bahasa Melayu Tajuk Objektif Am : Karangan Cara Menaiki Bas Awam : 6.10.1. Menulis karangan pendek secara terkawal dan berpandu. (* rujuk sukatan pelajaran pendidikan khas) Objektif Khas : Kumpulan aras sederhana: Di akhir pelajaran, murid dapat: (i) mengisi tempat kosong ayat mudah mengenai cara menaiki bas berpandukan kepada gambar bersiri dengan betul. (ii) menulis karangan pendek lima ayat mengenai cara menaiki bas berpandukan kepada ayat mudah serta gambar bersiri yang diberikan.

: Kumpulan aras rendah: Di akhir pelajaran, murid dapat (i) (ii) memadankan gambar dengan frasa yang menjelaskan tentang cara menaiki bas. menyusun ayat-ayat mudah tentang cara menaiki bas dalam urutan yang betul.

Analisis tugasan

(i) Perkataan berkaitan dengan cara menaiki bas: bas, beratur, naik, membayar wang, mengambil tiket, tempat duduk, koceng, turun.

(ii) Ayat mudah cara menaiki bas 1.Beratur semasa menaiki bas. 2.Membayar wang dan mengambil tiket. 3.Mencari tempat duduk. 4.Memetik loceng semasa hendak turun bas. 5.Beratur semasa turun dari bas.

Pengetahuan sedia ada murid : Tahu tentang bas awam dan fungsi bas awam

Bahan Bantuan Mengajar : audio bunyi bas berjalan, video menaiki bas, gambar bersiri menaiki bas, kad perkataan, kad ayat mudah, Powerpoint interaktif, lembaran kerja

Pengurusan tingkah laku : Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada kad, apabila murid menumpu perhatian dalam kelas.

Permulaan Pengajaran (5 minit) 1. Set Induksi: Murid mendengar rakaman audio dan menjawab soalan mengenai bunyi yang didengar. 2. Perkaitan dengan pelajaran yang lalu: Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan awam. 3. Memperkenalkan pengajaran : Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing untuk menulis karangan mengenai cara menaiki bas awam.

Penyampaian Isi Pelajaran 1. Memodel (10 min)

Murid menonton video cara menaiki bas. Video diulangi dan serentak dengan tayangan video, murid dibimbing untuk menampal gambar bersiri mengenai cara menaiki bas di atas papan putih. 2. Membimbing (10 min) (i) Murid dibimbing untuk memadankan kad frasa perkataan dengan gambar bersiri. (contohnya: meletakkan kad beratur di bawah gambar pertama, kad membayar wang di bawah gambar kedua dsbnya). (ii) Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan Guru menayangkan PowerPoint interaktif yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk kumpulan murid aras sederhana dan rendah. Kumpulan aras sederhana Murid dibimbing untuk mengisi tempat kosong ayat mudah secara mengeja sendiri atau dengan memilih daripada senarai perkataan yang diberikan. Kumpulan aras rendah Murid dibimbing untuk menklik pada gambar untuk memadankan gambar dengan frasa mudah.

3. Mencuba (10 min) Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Guru membimbing apabila perlu. Kumpulan aras sederhana Murid diminta untuk menulis karangan pdek berpandukan kepada ayat mudah yang ditunjukkan. Kumpulan aras rendah Murid diminta untuk menyusun semula kad ayat mudah mengikut urutan yang betul dan menggamkannya dalam lembaran kerja. Murid boleh merujuk kepada gambar bersiri.

Penutup (5 min) Aktivti berikut dilaksanakan dan diulangi sekiranya ada masa. Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Seorang murid diminta untuk membaca Semasa kawannya sedang membaca, karangan pendek yang telah ditulisnya. seorang murid aras rendah diminta untuk menampal gambar di atas papan putih mengikut bacaan karangan kawannya.

Aktiviti Generalisasi

Guru memilih masa yang sesuai untuk menjalankan simulasi cara menaiki bas awam dengan menggunakan bas sekolah.

Anda mungkin juga menyukai