Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI PELATIH

GIATMARA PULAU PINANG

Pendahuluan

Penubuhan Persatuan Alumni Pelatih GIATMARA Pulau Pinang di cadang ditubuhkan dibawah
GIATMARA Pulau Pinang adalah disebabkan beberapa faktor :

- GIATMARA terbukti telah melahirkan garaduan yang cemerlang dalam perbagai bidang teknikal dan
diiktirafkan.

- Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam
kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda
terutamanya kepada pelatih-pelatih yang masih berkursus di GIATMARA.

- Bekas-bekas pelatih ini juga telah mengalami berbagai cabaran dan pengalaman semasa berkursus
maupun diluar sana yang pasti dapat membantu para pelatih sedia ada dapat mengambil iktibar.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman
mereka .Disini timbulah idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk
menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelatih-pelatih .

Persatuan yang paling releven dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpul
bekas-bekas pelatih dalam satu organisasi .Idea penubuhan ini sebenar nya sering dibangkitkan
dikalangan lepasan dan kakitangan GIATMARA.Ada usaha usaha bagi menubuhkan Alumni ini tapi
menghadapi berbagai kekangan dari segi masa dan kewangan .

Jesteru itu satu tindakan segera perlu diambil supaya idea ini tidak terkubur begitu saja.Semoga
kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ‘ALUMNI PELATIH GIATMARA
PULAU PINANG’

Releven Pertubuhan

1. Satu saluran perlu diwujudkan bagi mempastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelatih dapat
digunakan bagi memaju Alumni

2. Sebagai platform bagi mengumpulkan semua pelatih lepasan GIATMARA yang telah tamat latihan
dan bekerjaya.

3. Dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang kemudian
nya dapat diguna pakai untuk pembangunan pertubuhan kemudiannya.
4. Sebagai satu pengkalan data yang menghimpunkan semua bekas-bekas pelatih GIATMARA

5. Dapat memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai dan bersesuian dengan keadaan semasa.

6. Berpeluang menyertai program dan aktiviti persatuan bagi membawa impak yang lebih besar kepada
kemajuan persatuan

7. Mempunyai misi dan visi yang bertujuan menjadi sebagai pusat perkembangan pendidikan dan
keusahawanan dengan iktizam untuk membawa komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring
dengan falsafah pembangunan negara.

Objektif Pernubuhan

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpul bekas-bekas –pelatih dan usahawan GIATMARA
,malah membantu persatuan untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran.

Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni:

1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek kejaya daripada segenap lapisan bekas pelatih
sebagai pemangkin kecemerlangan Alumni GIATMARA

2. Sebagai satu makanisma sokongan kepada Alumni dalam memperbaiki system keusahawanan dan
pengajaran disamping memastikan kebajikan para ahli sentiasa diberi pehatian

3. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan pandangan kepada
pihak persatuan

4. Menjadi perancang dan perlaksanaan dalam menjayakan sesuatu majlis/aktiviti bagi pembangunan
usahawan dan bakal usahawan.

5. Sebagai tapak perhubungan dan meneroka peluang pekerjaan dan kerjasama dengan pihak industri

6. Sebagai medan perkongsian pengalaman dan kerjaya kepada pelatih semasa.

Kumpulan Sasaran

Keangotaan Alumni ini lebih tertumpu kepada :

1. Pelatih Lepasan GIATMARA Pulau Pinang

2. Usahawan GIATMARA Pulau Pinang

3. Pekerja-Pekerja Agensi Swasta/Awam Lepasan GIATMARA Pulau Pinang


Aktiviti Dicadangkan

Aktiviti Alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:

a) Pembangunan kerjaya dan peningkatan perniagaan ahli

b) Penjanaan dan pemantapan kewangan/tabungan persatuan.

c) Perkongsian kepakaran / peluang perniagaan

d) Bukti komuniti kepada masyrakat dan industri

Antara aktiviti –aktiviti yang sesuai dijalankan ,

1. Menwujudkan satu organisasi pengerak dikalangan ahli yang layak untuk mengurus takbir persatuan.

2. Majlis perjumpaan dan ramah mesra ahli bagi menjalinkan kembali keakraban bekas-bekas pelatih.

3. Menganjurkan program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah
pengangguran dikalangan ahli.

4. Memperbagaikan anjuran kursus/seminar keusahawanan yang bersesuian kepada ahli.

5. Kampen dan promosi kemasukan bekas-bekas pelatih GIATMARA ke- Alumni.

6. Program Coaching dan Marketing khas untuk ahli baru/bekas pelatih menjadi usahawan yang
berjaya.

7. Menwujudkan satu Konsotium Keusahawanan GIATMARA Negeri Pulau Pinang

8. Melancarkan Direktori keusahawanan GIATMARA Pulau Pinang sebagai rujukan dan panduan
perniagaan yang dijalankan.

9. Promosi produk-produk keusahawan yang dijana kan oleh ahli melalui pameran dan rangkaian.

10. Menganjurkan Lawatan Kerjaya ke Industri –industri yang berjaya,supaya perkongsian dan
pengalaman mereka dapat diguna pakai.

11. Wujud kan koleberasi dengan industri-industri dan agensi-agensi yang berkepentingan.

12. Memperluaskan On-Line Bisnes sebagai kekuatan perniagaan dan pasaran.

13. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri ahli dengan masyarakat dan
program,perniagaan yang dijalankan.
Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini,dapat disimpulkan bahawa penubuhan Alumni GIATMARA Pulau Pinang
adalah releven dengan keperluan semasa.Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai
menafaat dan kebaikan samada secara langsung maupun tidak langsung.Oleh itu seharusnya semua
pihak memberi kerjasama agar penubuhan Alumni Pelatih GIATMARA Pulau Pinang dapat direalisasi
dengan jayanya.

Disediakan oleh,

MOHAMAD ADNAN BIN ABDULLAH


Pengurus GIATMARA Batu Kawan

Anda mungkin juga menyukai