Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

4 UNIT BENGKEL INKUBATOR USAHAWAN SATU TINGKAT


DI GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan sokongan dan kelulusan peruntukan
kewangan oleh Unit Penyelidikan dan Penyelarasan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) bagi cadangan pembinaan 4 unit Bengkel Inkubator Usahawan GIATMARA
Pulau Pinang di GIATMARA PRIMA Tasek Gelugor.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 GIATMARA Malaysia merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat di


bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah yang
berperanan membekalkan tenaga kerja mahir bumiputera melalui bidang
pendidikan kemahiran di samping melahirkan golongan usahawan bumiputera
yang mampu berdaya saing dalam ekonomi globalisasi negara.

2.2 Selain itu, GIATMARA juga berperanan sebagai agensi pelaksana yang diberi
tanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan Program Pembasmian
Kemiskinan Tegar melalui Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA
(1AZAM). Antara objektif 1AZAM adalah untuk membantu rakyat miskin dan
miskin tegar untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan
melalui bantuan program yang dirancang.

2.3 Dengan yang demikian, bagi memenuhi tiga misi utama GIATMARA iaitu
membekalkan tenaga kerja mahir, melahirkan usahawan bumiputera dan
membantu membasmi kemiskinan penduduk, pelbagai program pembentukan
dan pemantapan keusahawanan telah dirancang. Ini termasuklah program
bantuan bengkel inkubator kepada golongan usahawan lepasan pelatih
GIATMARA yang kurang berkemampuan dari segi kewangan namun
mempunyai prospek perniagaan yang baik untuk diperkembangkan.
1
2.4 Golongan usahawan lepasan pelatih GIATMARA tersebut adalah dikategorikan
sebagai miskin/miskin tegar yang berdaftar dengan senarai ‘e-KASIH’ dari Unit
Penyelidikan dan Penyelerasan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau
dari senarai miskin/miskin tegar yang diperakui telah disahkan layak oleh
Fokus Group pembasmian kemisikinan negeri atau daerah serta Jabatan
Perangkaan serta Jabatan-jabatan Kerajaan (tertakluk kepada pindaan dari
semasa ke semasa).

2.5 Maka di atas inisiatif dalam membantu dan membimbing golongan usahawan
tersebut, GIATMARA Pulau Pinang bertindak memohon pembinaan 4 unit
Bengkel Inkubator Usahawan GIATMARA Pulau Pinang untuk disokong dan
diberi kelulusan bajet kewangan oleh Unit Penyelidikan dan Penyelarasan
(ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu kumpulan sasaran iaitu lepasan pelatih GIATMARA yang kurang
kemampuan dari sudut kewangan (E-Kasih) yang mempunyai kecenderungan
yang tinggi di dalam bidang keusahawan untuk menjalankan perniagaan.

3.2 Memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk membuka permis


perniagaan sehinggalah akhirnya mereka mampu memiliki premis perniagaan
sendiri.

3.3 Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan dalam aspek keusahawanan


kepada usahawan lepasan pelatih GIATMARA untuk membina empayar
perniagaan dan mampu berdaya saing dengan usahawan yang lain.

2
4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Dengan terlaksananya pembinaan bengkel inkubator tersebut ia dapat


meringankan bebanan kewangan lepasan pelatih GIATMARA yang tergolong
dalam kumpulan sasaran untuk menjalankan perniagaan. Ini sekaligus dapat
merealisasikan objektif GIATMARA dalam membantu membasmi kemiskinan
masyarakat dengan meningkatkan taraf kehidupan melalui program penjanaan
pendapatan golongan sasaran.

4.2 Selain itu melalui usaha bersepadu antara GIATMARA dengan ICU ini, ia
dapat memperbanyakkan lagi usahawan bumiputera yang mampu berdaya
saing.

5.0 CADANGAN PERLAKSANAAN

5.1 Lokasi

 GIATMARA PRIMA Tasek Gelugor.

(Rujuk Pelan cadangan pembinaan seperti di lampiran)

5.2 Potensi Lokasi Perniagaan

 Berdekatan dengan jalan laluan utama dan berhampiran dengan IKS


MARA
 Lokasi bangunan yang terletak di dalam kawasan GIATMARA membantu
usahawan mempromosi perniagaan kepada masyarakat .

5.3 Jenis Perniagaan

 Persendirian / Perkongsian
 4 buah bengkel dengan perniagaan berasaskan bidang kemahiran yang
berbeza yang mempunyai prospek perniagaan yang baik.

3
5.4 Lukisan Plan Bangunan

 Seperti di lampiran

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran kasar bagi pembinaan 4 unit bengkel inkubator adalah seperti butiran
berikut:

Kos Seunit
Kos bagi 4 unit
Perkara Item bengkel
(Lumpsum)

1. Pintu Roller Shutter RM2,000.00 RM8,000.00


Ruang Bangunan
2. Bumbung (MetaDex) RM500.00 RM2,000.00
(20’ x 60’)

3. Tapak Asas Bangunan RM70,000.00 RM280,000.00

1. Pendawaian Lampu 40
RM70.00 RM2,800.00
watt (10 unit)

2. Pendawaian Soket 13
RM90.00 RM1,440.00
Amp (4 unit)
Sistem 3. Pendawaian Kipas
Pendawaian Angin (2 unit) RM190.00 RM1,520.00
(2 unit)
4. Pemasangan Kotak
Fius (10 way) serta RM1,200.00 RM4,800.00
sistem pembumian

1. Tandas (1unit) RM 4,500.00 RM18,000.00


Sistem Paip dan
Saliran
2. Longkang RM5000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM323,560.00

4
7.0 PENUTUP

Berdasarkan objektif dan justifikasi yang telah dijelaskan, adalah dipohon sokongan
dan kelulusan daripada pihak Unit Penyelidikan dan Penyelarasan (ICU), Jabatan
Perdana Menteri (JPM).ke atas pemohonan cadangan pembinaan 4 unit bengkel
inkubator Usahawan GIATMARA Pulau Pinang

Disediakan oleh : __________________

Tarikh :

Disemak oleh : __________________

Tarikh :

Diluluskan oleh : ___________________

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai