Anda di halaman 1dari 2

Kelab Robotik

SMK Tok Sera,


Jalan Tengku Muhamad,
Kuantan, Pahang. 19 Julai 2019
___________________________________________________________________________

Pengurus
Asrama Sri Semai Bakti Felda Kuantan
Jalan Padang Lalang,
25050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MEMBAWA KOMPUTER RIBA KE SEKOLAH


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Robotik SMK Tok Sera ingin memohon kebenaran
untuk murid membawa komputer riba ke sekolah. Untuk pengetahuan pihak tuan, kelab kami
mengalami beberapa masalah sekiranya menggunakan kemudahan komputer sekolah. Bagi
memudahkan urusan, komputer riba sendiri amatlah diperlukan.
3. Namun begitu adalah diingatkan bahawa kebenaran ini adalah di bawah
tanggungjawab masing-masing dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas segala bentuk
kehilangan harta tersebut. Kebenaran ini juga hanya terhad untuk melaksanakan aktiviti
berkaitan Kelab Robotik sahaja. Aktiviti-aktiviti lain seperti ‘Facebook’, ‘You Tube’ dan
seumpamanya adalah tidak dibenarkan di kawasan sekolah mahupun di asrama. Tindakan
boleh diambil kepada murid yang berbuat demikian.
4. Bersama ini dilampirkan senarai nama murid yang terlibat. Kerjasama dan
keperihatinan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya Yang Menjalankan Amanah;

……………………………….
( AYULAINI BINTI JUSOH )
Guru Penasihat
Kelab Robotik ToSSS

sk : fail
PERKARA : KELAB ROBOTIK

SENARAI NAMA MURID SEMAI BAKTI KELAB ROBOTIK

BIL NAMA MURID NO IC KELAS


1 AHMAD FAIZ ZAKWAN BIN AHMAD MURTADJO 061010-08-0817 1 AKTIF
2 NURUL HAQ AZIM BIN NURUL ANUAR 060827-06-0541 1 AKTIF
3 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD SHAHRIZAN 061003-10-1077 1 BESTARI
9 AQILAH SITI ZULAIKHA BINTI ABDUL RAHMAN 031003-06-0204 4 BESTARI

Anda mungkin juga menyukai