Anda di halaman 1dari 16

PELANCONGAN

KOPERASI SEKOLAH
-2017
Tarikh
Dengan
28 April 2017
hingga
Kerjasama
ANGKASA &
30 April 2017 AnjuranJPN Kelantan
Koperasi
SMK Long Gafar
Kota Bharu Bhd

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEN (TOKOH PKS)


THE GREATEST OF MODERN
WARRIOR
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK LONG GAFAR

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta hos di atas
kerjasama yang erat dan hasil usaha yang memberangsangkan dalam menjayakan
Pelancongan Koperasi Sekolah 2017 yang telah dianjurkan oleh Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar Kota Bharu Bhd. Sekalung penghargaan juga
diucapkan kepada SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang atas kesudian
memilih sekolah kami sebagai sekolah hos untuk menikmati Pakej Pelancongan
Koperasi Sekolah.
Program Pelancongan Koperasi Sekolah merupakan satu agenda yang
telah diilhamkan oleh Yang Mulia Prof. Diraja Ungku Aziz, mantan Yang Dipertua
ANGKASA. Program seumpama ini diharapkan dapat memberi manfaat yang
banyak kepada kedua-dua pihak sama ada sekolah hos mahupun sekolah tamu.
Pelajar bukan sahaja dapat mengenali kebudayaan dan keunikan sesuatu tempat,
malahan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Di samping dapat membina ukhuwah antara kedua-dua sekolah, program
ini juga dapat melatih pelajar berfikir dengan melahirkan cetusan idea yang kreatif
dalam merancang dan menjayakan program pelancongan ini. Pengalaman yang
ditimba sepanjang program dapatlah dipraktikkan pada masa akan datang
terutamanya apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak. Semoga program ini
dapat diteruskan dan dapat ditingkatkan mutu serta sambutannya dari semasa ke
semasa.

Sekian, wassalam
THE THINKING SCHOOL
EMERGENCE OF NEW GENERATION

HJH ROSNI BINTI ISMAIL


Pengetua
SMK Long Gafar
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PROJEK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi atas izin dan kurniaNya program
Pelancongan Koperasi Sekolah dapat dijalankan hasil kerjasama yang kukuh antara
semua pihak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program pelancongan ini terutamanya pengetua, guru-guru
Koperasi SMK Long Gafar Kota Bharu Bhd serta tenaga pengajar yang banyak
memberi tunjuk ajar dan input penting dalam melaksanakan program ini dengan
gemilang.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta hos kerana
menunjukkan prestasi dan semangat yang tinggi tanpa putus asa bagi memastikan
program ini berjalan dengan lancar. Semoga kesepaduan dan semangat yang
ditunjukkan ini menjadi kekuatan buat kita semua untuk terus sukses.
Sebagai wakil kepada semua peserta hos, selamat datang diucapkan
kepada warga SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang atas kesudian untuk
berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan memilih kami sebagai sekolah hos
bagi Program Pelancongan Koperasi Sekolah. Kepercayaan yang diberikan
Insyaallah tidak akan kami sia-siakan.
Akhir bicara, semoga program ini dapat membentuk insan yang berdaya
saing dan bermotivasi tinggi dalam mencapai kejayaan kelak.

Sekian, wassalam
THE THINKING SCHOOL
EMERGENCE OF NEW GENERATION

WAN AMAR AIMAN BIN WAN ROSLAN


Ketua Pengarah Projek
Kursus Pelancongan Koperasi
SMK Long Gafar (HOS)
HALA TUJU DAN
KEPIMPINAN SEKOLAH
FALSAFAH SEKOLAH

Pelajar yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai


perkembangan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Dengan itu, pelajar di sekolah ini diberi peluang untuk mengembangkan
keempat-empat aspek tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Long
Gafar mempunyai pendidik yang memiliki kebolehan ikhtisas dan
berkeupayaan untuk memberi pendidikan yang lengkap dan berkualiti bagi
memajukan pelajar di sekolah ini

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk


membangukan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MOTO SEKOLAH

THE THINKING SCHOOL


EMERGENCE OF NEW GENERATION
PELANCONGAN
KOPERASI SEKOLAH
OBJEKTIF PROGRAM

Melatih dalam merancang dan melaksanakan projek


pelancongan

Memupuk budaya keusahawanan dan kemahiran bekerjasama


dalam kumpulan

Mendedahkan pelajar kepada tokoh yang banyak berjasa

KONSEP PKS

Belajar sambil bekerja (Learning By Doing)

Melaksanakan sambil belajar (Doing By Learning)

Pelaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran


(Doing and Learning)

TEMA PROGRAM

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEN


THE GREATEST OF MODERN WARRIOR
JAWATANKUASA
PKS SMK LONG GAFAR
PENAUNG
Pn Hjh Rosni binti Ismail
Pengetua
a

PENASIHAT
En Mohd Yusof bin Awang
Penolong Kanan Kokurikulum
a

GURU PENYELARAS
Pn Hjh Noor Aini binti Nasir
Pn Romlah binti Ismail
Pn Zurainey binti Mustaffa
Pn Raja Mahani binti Raja Bedolah
a

KETUA PENGARAH PROJEK


Wan Amar Aiman bin Wan Roslan
a

PENOLONG KETUA PENGARAH


PROJEK
Harisa Rabihah binti Mohd Basri
a

SETIAUSAHA
Nur Anisa Suhaida binti Mohd Johari
a

JK PROGRAM DAN LAWATAN


Muhammad Hadif bin Andul Rahim
Haris Adib bin Mohd Basri
Nur Ainulhayati binti Mohd Zamri
Aqil Zakwan bin Abdul Rahim
Muhammad Izzrie Bukhary bin Izzat Bukhary
a

JK PENERANGAN DAN PENDIDIKAN


Fatin Najwa binti Mohd Rasidin
Nurul Ain binti Mohd Rosdi
Muhammad Izzrie Bukhary bin Izzat Bukhary
Aqil Zakwan bin Abdul Rahim
aa

JK PENGINAPAN DAN PENDAFTARAN


Mohammad Amir Qayyum bin Mohd Noor
Mohd Syafiq bin Razmi
Aisyah Syamimi binti Mohd Asmadi
Nur Alia Syahindah binti Ahmad Sukri
aa

JK JAMUAN DAN CENDERAHATI


Siti Fatimah binti Mohamed
Wan Nurul Nabihah binti Wan Zarnuzzaman
Nurul Farhani binti Johari
Nurin Syirah binti Suhaimi
Wan Nur Mastura binti Wan Hassan
Nur Athirah Masturina binti Che Mazlan
a

JK PENGANGKUTAN DAN
KESELAMATAN
Muhamad Asyraf bin Mohd Appendi
Nuzul Arif Fathi bin Mazlan
aa

JK PERSIAPAN DAN PERALATAN


Asraf Afizol bin Anuar
Aisyah Syamimi binti Mohd Asmadi
TENTATIF PROGRAM
28 APRIL 2017 (JUMAAT)

2.30 petang : Ketibaan tamu dari SMK Pokok Sena


: Acara sambutan
: Pendaftaran
: Pembahagian kumpulan
: Minum petang
3.30 petang : Taklimat oleh Ketua Pengarah Projek
: Slot Kenali Tokoh PKS Kelantan,
Tengku Mahmood Mahyidden
4.00 petang : Ice breaking di Dewan Datuk Seri Najib, SMKLG
5.30 petang : Pulang ke tempat penginapan
(Rehat, Urus Diri dan Solat)
7.45 malam : Bergerak ke LG Kopitiam, SMKLG
8.00 malam : Makan malam (BBQ)
10.30 malam : Bersurai dan pulang ke tempat penginapan
29 APRIL 2017 (SABTU)

7.45 pagi : Sarapan pagi di LG Kopitiam, SMKLG


8.45 pagi : Lawatan sekitar Bandar Kota Bharu (Explorace)
Istana Jahar
Muzium Diraja Kelantan
Kampung Kraftangan
Pasar Siti Khadijah
Bazar Buluh Kubu
1.00 t/hari : Makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu
: Solat Zohor di Masjid Muhammadi
2.30 petang : Lawatan ke
Nordin Batik
Cik Minah Songket
Pantai Cahaya Bulan
5.30 petang : Pulang ke tempat penginapan
(Rehat, Urus Diri dan Solat)
8.00 malam : Bergerak ke Dewan Datuk Seri Najib, SMKLG
8.30 malam : Makan malam dan persembahan malam
kebudayaan
10.30 malam : Bersurai dan pulang ke tempat penginapan

30 APRIL 2017 (AHAD)

7.30 pagi : Sarapan pagi di LG Kopitiam, SMKLG


8.30 pagi : Lawatan ke tempat memproses dodol dan
serunding
: Berkunjung ke Pusat Bebas Cukai, Rantau Panjang
1.00 t/hari : Solat Zohor Masjid Beijing
3.00 petang : Bersurai
KENALI TOKOH PKS
KELANTAN
THE GREATEST OF MODERN
Tengku Mahmood Mahyidden merupakan
WARRIOR
anakanda Sultan Pattani yang terakhir, iaitu
Almarhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen.
Bondanya adalah rakyat negeri Kelantan
bernama Cik Maimunah. Tengku Mahmood
Mahyidden dilahirkan semasa kerajaan Siam dan
pihak Inggeris sedang hangat berebutkan negeri
Pattani pada 30 Oktober 1908. Beliau dibesarkan
oleh ibu tiri selepas ibunya meninggal pada
ketika beliau berusia empat tahun.

Apabila memasuki alam persekolahan, beliau dihantar ke negeri Kelantan


dan memulakan hidup baru di sana. Beliau memulakan alam persekolahan
dengan memasuki Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan pada usia tujuh
tahun. Lima tahun kemudian, ayahandanya menghantar beliau ke kota
raya Bangkok (1920) untuk memasuki Royal Assumption College.
Bagaimanapun Tengku Mahmood hanya berada kira-kira tiga tahun sahaja
di Bangkok akibat masalah politik yang timbul antara ayahandanya dengan
kerajaan Siam. Ekoran itu, Tengku Mahmood dihantar pula ke
Government English School di Pulau Pinang pada tahun 1923. Sebagai
seorang pelajar yang pintar, Tengku Mahmood kemudiannya menyertai
sekolah elit iaitu Penang Free School pada tahun 1926 dan lulus Senior
Cambridge dua tahun kemudian. Disebabkan kecemerlangannya itu,
beliau telah ditawarkan biasiswa pengajian perubatan di King Edward VII
Medical College, Singapura. Bagaimanapun Tengku Mahmood telah
menyerahkan tawaran itu kepada seorang rakannya yang miskin
berbangsa Cina dan beliau sendiri mengambil keputusan kembali ke
pangkuan keluarga di Kelantan. Tengku Mahmood Mahyidden telah
mendirikan rumah tangga dengan adinda Sultan Kelantan iaitu Tengku
Zainab pada tahun 1930.
Sejak awal tahun 1930-an, Tengku Mahmood mula aktif bergiat dalam
bidang kemasyarakatan. Sifat prihatin dan peka serta ketajaman fikirannya
telah membuatkan kerajaan negeri pada masa itu tertarik dengan
kebolehan beliau. Bermula detik itulah beliau diamanahkan memegang
jawatan sebagai Nazir Sekolah - Sekolah Melayu Kelantan pada tahun
1933 dan Penguasa Pelajaran Kelantan pada tahun 1938.

Tengku Mahmood kemudiannya telah berjuang bersungguh-sungguh


membangunkan sistem pelajaran moden di Kelantan. Beliau
berhasrat memastikan anak-anak jati negeri itu tidak ketinggalan dalam
pelbagai aspek kehidupan. Dari tahun 1933 hingga 1941, beliau telah
bertanggungjawab menubuhkan sebuah sekolah aliran Inggeris pertama
di Kelantan (Maktab Sultan Ismail 1936) dan sebuah lagi sekolah aliran
Inggeris khusus untuk anak-anak perempuan (Zainab English School
1937).

Bagaimanapun, usaha Tengku Mahmood terhenti apabila Tanah Melayu


diserang oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Namun, sebagai seorang
individu yang berjiwa pejuang, Tengku Mahmood telah menukar arah
perjuangannya. Dengan semangat patriotisme yang tinggi, beliau telah
mengepalai sekumpulan pemuda Melayu berperang secara berdepan
dengan tentera Jepun yang mendarat di pantai Sabak. Keberanian beliau
berperang secara berdepan menentang tentera Jepun, pada hal beliau
bukannya askar kerajaan telah mengundang rasa hormat
yang teramat tinggi dari pihak Inggeris dan masyarakat
setempat.

Bermula saat itu, tumpuan Tengku Mahmood mula terarah untuk


mempertahankan maruah negara daripada ancaman penjajah. Beliau
sanggup meninggalkan keluarga, harta dan pangkat demi berjuang untuk
negara. Tengku Mahmood terlibat aktif menyusun serta mengumpul
belia-belia Melayu di luar negara bagi menyertai gerila Force 136 yang
dipimpinnya. Angkatan Force 136 yang berpusat di India itu adalah
kumpulan yang bertanggungjawab menyusup masuk ke Tanah Melayu
bagi menjalankan tugas-tugas risikan semasa perang dengan Jepun.
Sememangnya kehidupan Tengku Mahmood Mahyidden tidak pernah
sunyi dengan perjuangan. Setelah Jepun menyerah kalah, beliau terlibat
pula dalam peristiwa penentangan terhadap Malayan Union. Malah,
banyak lagi peristiwa besar yang berlaku dalam usaha beliau
membebaskan tanah air daripada penjajah sama ada di Tanah Melayu
mahupun di wilayah Pattani. Malangnya, beliau tidak sempat melihat
usahanya berjaya apabila meninggal dunia pada 12 Februari 1954, dua
tahun sebelum rombongan Tengku Abdul Rahman ke London untuk
menuntut kemerdekaan. Kematian beliau dalam usia 40-an menimbulkan
pelbagai spekulasi. Ini kerana pada waktu itu ramai tokoh pejuang
dan pemikir negara yang mati pada usia muda dan
kebanyakan mereka mati diracun.

Sehingga hari ini, memang sukar untuk mencari pengganti tokoh seperti
Tengku Mahmood Mahyidden. Beliau walaupun berketurunan raja tetapi
berjiwa rakyat. Malah, kesanggupan beliau menggugurkan gelaran Tengku
(1 Ogos 1946) pada dirinya adalah bukti betapa beliau seorang
yang amat merendah diri. Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent, pada
19 November 1946 telah menyanjung Tengku
Mahmood dengan berkata :

Tengku Mahmood Mahyidden seorang tokoh


perjuangan Melayu yang bijak, berwibawa dan
disenangi ramai. Beliau amat menyintai kedamaian
dan kesejahteraan hidup. Walaupun ketika
menghadapi kesulitan dan berdukacita, namun
senyuman sentiasa terukir di wajahnya.
PENGIKTIRAFAN

Menerima Bintang Kehormat Most Excellent Order Of The British


Empire / M.B.E.

Menerima Anugerah Kelas II Bintang Kebesaran Kerajaan


Kelantan Al-Muhammadi, Darjah Paduka Mahkota Kelantan
(DPMK) yang membawa gelaran Dato

SUMBANGAN TOKOH

PEMBELA MASYARAKAT
Semasa berniaga, beliau banyak melihat penderitaan rakyat. Oleh itu,
beliau mula berfikir dan merancang bagi memastikan nasib rakyat dapat
dibela. Beliau juga sedih dengan nasib anak-anak gadis yang berkahwin
muda, masalah bidan yang kurang cekap serta masalah banyaknya
kelahiran bayi yang tidak cukup bulan dan kadar kematian yang tinggi.
Beliau menjadikan isu ini perkara pokok dalam menegur sikapAInggeris.

PEMBAHARUAN PELAJARAN MASYARAKAT


Beliau diminta untuk menjawat jawatan dalam khidmat awam kerana
pemikiran yang tajam dan kritis serta ilmu pengetahuan yang tinggi.
Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pemangku Nazir Sekolah-Sekolah
Melayu Negeri Kelantan. Azam beliau ketika itu untuk membekalkan
masyarakat Melayu dengan ilmu pengetahuan yang moden tanpa
mengetepikan sistem pelajaran sedia kala.

PEJUANG BAHASA MELAYU


Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Yang Dipertua Pertubuhan
Dewan Bahasa Melayu. Matlamat pertubuhan itu adalah untuk
memperjuangkan martabat Bahasa Melayu dan menghidupkan ciri-
ciriAkebudayaanAMelayu.
MENGUBAH PEMIKIRAN MASYARAKAT
Beliau berusaha keras menyedarkan masyarakat betapa pentingnya ilmu
pengetahuan moden kepada seluruh rakyat tidak mengira lelaki
mahupunAperempuan.

AKTIF DALAM BADAN SUKARELAWAN DAN NGO

Beliau menjadi Pesuruhjaya Pengakap Kelantan dan membawa Pengakap


Kelantan ke Jambori Pengakap terbesar di Melbourne, Australia; Ketua
Pertubuhan pertama St. John Ambulance Brigade cawangan Kelantan;
dan berpangkat Sarjan dalam tentera sukarelawan Kelantan.

MENDIRIKAN SEKOLAH
Tengku Mahmood Mahyiddeen mendirikan sekolah aliran Inggeris
pertama di Kelantan pada tahun 1936, iaitu Sekolah Sultan Ismail / Ismail
College. Pada tahun 1937, sekolah aliran Inggeris khusus untuk pelajar
perempuan ditubuhkan oleh beliau iaitu Zainab English School, kini
Sekolah Menengah Zainab.

AHLI POLITIK
Beliau menjadi Yang Dipertua GEMPAR, iaitu pertubuhan yang merancang
membawa Pattani menyertai Tanah Melayu; dan dilantik sebagai Ahli
Majlis Mesyuarat Persekutuan mewakili Kelantan. Bertanding menentang
Datok Onn dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO. Tengku
Mahmood Mahyiddeen dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Badan
Penasihat Hal-Ehwal Pelajaran Kerajaan Tanah Melayu.

PEJUANG KEMERDEKAAN
Beliau bertempur dalam serangan pertama tentera Jepun di Tanah
Melayu di Kota Bharu, memimpin barisan anak-anak Melayu dalam
pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) dan menyertai
pasukan Force 136, selain terlibat dalam usaha menentang Malayan
Union.
AUTOGRAF

KOPERASI SMK LONG GAFAR BHD


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFAR
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
NO TEL : 097652837

Anda mungkin juga menyukai