Anda di halaman 1dari 15

PELANCONGAN

KOPERASI SEKOLAH
-2017

HOS
Koperasi SMK Long Gafar
Kota Bharu Bhd

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEN (TOKOH PKS)


THE GREATEST OF MODERN
WARRIOR
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK LONG GAFAR

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta hos di
atas kerjasama yang erat dan hasil usaha yang memberangsangkan dalam
menjayakan Pelancongan Koperasi Sekolah 2017 yang telah dianjurkan oleh
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar Kota Bharu Bhd.
Program Pelancongan Koperasi Sekolah merupakan satu agenda
yang telah diilhamkan oleh Yang Mulia Prof. Diraja Ungku Aziz, mantan Yang
Dipertua ANGKASA. Program seumpama ini diharapkan dapat memberi
manfaat yang banyak kepada kedua-dua pihak sama ada sekolah hos
mahupun sekolah tamu. Pelajar bukan sahaja dapat mengenali kebudayaan
dan keunikan sesuatu tempat, malahan juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Di samping dapat membina ukhuwah antara kedua-dua sekolah,
program ini juga dapat melatih pelajar berfikir dengan melahirkan cetusan
idea yang kreatif dalam merancang dan menjayakan program pelancongan ini.
Pengalaman yang ditimba sepanjang program dapatlah dipraktikkan pada
masa akan datang terutamanya apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Semoga program ini dapat diteruskan dan dapat ditingkatkan mutu serta
sambutannya dari semasa ke semasa.

Sekian, wassalam
THE THINKING SCHOOL
EMERGENCE OF NEW GENERATION

HJH ROSNI BINTI ISMAIL


Pengetua
SMK Long Gafar
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PROJEK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi atas izin dan kurniaNya
program Pelancongan Koperasi Sekolah dapat dijalankan hasil kerjasama yang
kukuh antara semua pihak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan program pelancongan ini terutamanya
pengetua, guru-guru Koperasi SMK Long Gafar Kota Bharu Bhd serta tenaga
pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar dan input penting dalam
melaksanakan program ini dengan gemilang.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta hos
kerana menunjukkan prestasi dan semangat yang tinggi tanpa putus asa bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga kesepaduan dan
semangat yang ditunjukkan ini menjadi kekuatan buat kita semua untuk terus
sukses.
Sebagai wakil kepada semua peserta hos, terima kasih diucapkan
kepada sekolah tamu, iaitu SMK Long Gafar kerana memilih kami sebagai
sekolah hos bagi Program Pelancongan Koperasi Sekolah. Kepercayaan yang
diberikan Insyaallah tidak akan kami sia-siakan.
Akhir bicara, semoga program ini dapat membentuk insan yang
berdaya saing dan bermotivasi tinggi dalam mencapai kejayaan kelak.

Sekian, wassalam
THE THINKING SCHOOL
EMERGENCE OF NEW GENERATION

WAN AMAR AIMAN BIN WAN ROSLAN


Ketua Pengarah Projek
Kursus Pelancongan Koperasi
SMK Long Gafar (HOS)
HALA TUJU DAN
KEPIMPINAN SEKOLAH
FALSAFAH
SEKOLAH
Pelajar yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai
perkembangan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani. Dengan itu, pelajar di sekolah ini diberi peluang untuk
mengembangkan keempat-empat aspek tersebut. Sekolah Menengah
Kebangsaan Long Gafar mempunyai pendidik yang memiliki kebolehan
ikhtisas dan berkeupayaan untuk memberi pendidikan yang lengkap
dan berkualiti bagi memajukan pelajar di sekolah ini

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk


membangukan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MOTO SEKOLAH

THE THINKING SCHOOL


EMERGENCE OF NEW GENERATION
PELANCONGAN
KOPERASI SEKOLAH
OBJEKTIF
PROGRAM
Melatih dalam merancang dan melaksanakan projek
pelancongan

Memupuk budaya keusahawanan dan kemahiran


bekerjasama dalam kumpulan

Mendedahkan pelajar kepada tokoh yang banyak berjasa

KONSEP PKS

Belajar sambil bekerja (Learning By Doing)

Melaksanakan sambil belajar (Doing By Learning)

Pelaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran


(Doing and Learning)

TEMA PROGRAM

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEN


THE GREATEST OF MODERN WARRIOR
JAWATANKUASA
PKS SMK LONG GAFAR
PENAUNG
Pn Hjh Rosni binti Ismail
Pengetua
a

PENASIHAT
En Mohd Yusof bin Awang
Penolong Kanan Kokurikulum
a

GURU PENYELARAS
Pn Hjh Noor Aini binti Nasir
Pn Romlah binti Ismail
Pn Zurainey binti Mustaffa
Pn Raja Mahani binti Raja Bedolah
a

KETUA PENGARAH PROJEK


Wan Amar Aiman bin Wan Roslan
a

PENOLONG KETUA PENGARAH


PROJEK
Harisa Rabihah binti Mohd Basri
a

SETIAUSAHA
Nur Anisa Suhaida binti Mohd Johari
a

JK PROGRAM DAN LAWATAN


Muhammad Hadif bin Andul Rahim
Haris Adib bin Mohd Basri
Nur Ainulhayati binti Mohd Zamri
Aqil Zakwan bin Abdul Rahim
Muhammad Izzrie Bukhary bin Izzat Bukhary
a

JK PENERANGAN DAN PENDIDIKAN


Fatin Najwa binti Mohd Rasidin
Nurul Ain binti Mohd Rosdi
Muhammad Izzrie Bukhary bin Izzat Bukhary
Aqil Zakwan bin Abdul Rahim
aa

JK PENGINAPAN DAN PENDAFTARAN


Mohammad Amir Qayyum bin Mohd Noor
Mohd Syafiq bin Razmi
Aisyah Syamimi binti Mohd Asmadi
Nur Alia Syahindah binti Ahmad Sukri
aa

JK JAMUAN DAN CENDERAHATI


Siti Fatimah binti Mohamed
Wan Nurul Nabihah binti Wan Zarnuzzaman
Nurul Farhani binti Johari
Nurin Syirah binti Suhaimi
Wan Nur Mastura binti Wan Hassan
Nur Athirah Masturina binti Che Mazlan
a

JK PENGANGKUTAN DAN
KESELAMATAN
Muhamad Asyraf bin Mohd Appendi
Nuzul Arif Fathi bin Mazlan
aa

JK PERSIAPAN DAN PERALATAN


Asraf Afizol bin Anuar
Aisyah Syamimi binti Mohd Asmadi
TENTATIF PROGRAM
24 MEI 2017 (RABU)

2.30 petang : Ketibaan tamu dari SMK Long Gafar


: Acara sambutan
: Pendaftaran
: Pembahagian kumpulan
: Minum petang
3.30 petang : Taklimat oleh Ketua Pengarah Projek
: Slot Kenali Tokoh PKS Kelantan,
Tengku Mahmood Mahyidden
4.00 petang : Ice breaking di Dewan Datuk Seri Najib, SMKLG
5.30 petang : Bersurai dan pulang ke rumah

25 MEI 2017 (KHAMIS)

7.45 pagi : Sarapan pagi di LG Kopitiam, SMKLG


8.45 pagi : Lawatan sekitar Bandar Kota Bharu (Explorace)
Istana Jahar
Muzium Diraja Kelantan
Kampung Kraftangan
Pasar Siti Khadijah
Bazar Buluh Kubu
1.00 t/hari : Makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu
: Solat Zohor di Masjid Muhammadi
2.30 petang : Lawatan ke tempat memproses dodol dan
serunding
: Berkunjung ke Pusat Bebas Cukai, Rantau Panjang
4.30 petang : Solat Asar di Masjid Beijing
5.30 petang : Bersurai
KENALI TOKOH PKS KELANTAN

THE GREATEST OF MODERN


Tengku Mahmood Mahyidden merupakan
WARRIOR
anakanda Sultan Pattani yang terakhir, iaitu
Almarhum Tengku Abdul Kadir
Kamaruddeen. Bondanya adalah rakyat
negeri Kelantan bernama Cik Maimunah.
Tengku Mahmood Mahyidden dilahirkan
semasa kerajaan Siam dan pihak Inggeris
sedang hangat berebutkan negeri Pattani
pada 30 Oktober 1908. Beliau dibesarkan
oleh ibu tiri selepas ibunya meninggal pada
ketika beliau berusia empat tahun.
Apabila memasuki alam persekolahan, beliau dihantar ke negeri
Kelantan dan memulakan hidup baru di sana. Beliau memulakan alam
persekolahan dengan memasuki Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan
pada usia tujuh tahun. Lima tahun kemudian, ayahandanya
menghantar beliau ke kota raya Bangkok (1920) untuk memasuki
Royal Assumption College. Bagaimanapun Tengku Mahmood hanya
berada kira-kira tiga tahun sahaja di Bangkok akibat masalah politik
yang timbul antara ayahandanya dengan kerajaan Siam. Ekoran itu,
Tengku Mahmood dihantar pula ke Government English School di
Pulau Pinang pada tahun 1923. Sebagai seorang pelajar yang pintar,
Tengku Mahmood kemudiannya menyertai sekolah elit iaitu Penang
Free School pada tahun 1926 dan lulus Senior Cambridge dua tahun
kemudian. Disebabkan kecemerlangannya itu, beliau telah ditawarkan
biasiswa pengajian perubatan di King Edward VII Medical College,
Singapura. Bagaimanapun Tengku Mahmood telah menyerahkan
tawaran itu kepada seorang rakannya yang miskin berbangsa Cina dan
beliau sendiri mengambil keputusan kembali ke pangkuan keluarga di
Kelantan. Tengku Mahmood Mahyidden telah mendirikan rumah
tangga dengan adinda Sultan Kelantan iaitu Tengku Zainab pada tahun
1930.
Sejak awal tahun 1930-an, Tengku Mahmood mula aktif bergiat dalam
bidang kemasyarakatan. Sifat prihatin dan peka serta ketajaman
fikirannya telah membuatkan kerajaan negeri pada masa itu tertarik
dengan kebolehan beliau. Bermula detik itulah beliau diamanahkan
memegang jawatan sebagai Nazir Sekolah - Sekolah Melayu Kelantan
pada tahun 1933 dan Penguasa Pelajaran Kelantan pada tahun 1938.

Tengku Mahmood kemudiannya telah berjuang bersungguh-sungguh


membangunkan sistem pelajaran moden di Kelantan.
Beliau berhasrat memastikan anak-anak jati negeri itu tidak
ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dari tahun 1933 hingga
1941, beliau telah bertanggungjawab menubuhkan sebuah sekolah
aliran Inggeris pertama di Kelantan (Maktab Sultan Ismail 1936) dan
sebuah lagi sekolah aliran Inggeris khusus untuk anak-anak
perempuan (Zainab English School 1937).

Bagaimanapun, usaha Tengku Mahmood terhenti apabila Tanah


Melayu diserang oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Namun, sebagai
seorang individu yang berjiwa pejuang, Tengku Mahmood telah
menukar arah perjuangannya. Dengan semangat patriotisme yang
tinggi, beliau telah mengepalai sekumpulan pemuda Melayu
berperang secara berdepan dengan tentera Jepun yang mendarat di
pantai Sabak. Keberanian beliau berperang secara berdepan
menentang tentera Jepun, pada hal beliau bukannya
askar kerajaan telah mengundang rasa hormat yang
teramat tinggi dari pihak Inggeris dan masyarakat setempat.

Bermula saat itu, tumpuan Tengku Mahmood mula terarah untuk


mempertahankan maruah negara daripada ancaman penjajah. Beliau
sanggup meninggalkan keluarga, harta dan pangkat demi berjuang
untuk negara. Tengku Mahmood terlibat aktif menyusun serta
mengumpul belia-belia Melayu di luar negara bagi menyertai gerila
Force 136 yang dipimpinnya. Angkatan Force 136 yang berpusat di
India itu adalah kumpulan yang bertanggungjawab menyusup masuk
ke Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas risikan semasa perang
dengan Jepun.
Sememangnya kehidupan Tengku Mahmood Mahyidden tidak pernah
sunyi dengan perjuangan. Setelah Jepun menyerah kalah, beliau
terlibat pula dalam peristiwa penentangan terhadap Malayan Union.
Malah, banyak lagi peristiwa besar yang berlaku dalam usaha beliau
membebaskan tanah air daripada penjajah sama ada di Tanah Melayu
mahupun di wilayah Pattani. Malangnya, beliau tidak sempat melihat
usahanya berjaya apabila meninggal dunia pada 12 Februari 1954,
dua tahun sebelum rombongan Tengku Abdul Rahman ke London
untuk menuntut kemerdekaan. Kematian beliau dalam usia 40-an
menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini kerana pada waktu itu
ramai tokoh pejuang dan pemikir negara yang mati
pada usia muda dan kebanyakan mereka mati diracun.

Sehingga hari ini, memang sukar untuk mencari pengganti tokoh


seperti Tengku Mahmood Mahyidden. Beliau walaupun berketurunan
raja tetapi berjiwa rakyat. Malah, kesanggupan beliau menggugurkan
gelaran Tengku (1 Ogos 1946) pada dirinya adalah bukti
betapa beliau seorang yang amat merendah diri. Gabenor Malayan
Union, Sir Edward Gent, pada 19 November 1946
telah menyanjung Tengku Mahmood dengan berkata :

Tengku Mahmood Mahyidden seorang tokoh


perjuangan Melayu yang bijak, berwibawa dan
disenangi ramai. Beliau amat menyintai
kedamaian dan kesejahteraan hidup.
Walaupun ketika menghadapi kesulitan dan
berdukacita, namun senyuman sentiasa terukir
di wajahnya.
Menerima Bintang Kehormat Most Excellent Order Of The
British Empire / M.B.E.

Menerima Anugerah Kelas II Bintang Kebesaran Kerajaan


Kelantan Al-Muhammadi, Darjah Paduka Mahkota Kelantan
(DPMK) yang membawa gelaran Dato

PEMBELA MASYARAKAT
Semasa berniaga, beliau banyak melihat penderitaan rakyat. Oleh itu,
beliau mula berfikir dan merancang bagi memastikan nasib rakyat
dapat dibela. Beliau juga sedih dengan nasib anak-anak gadis yang
berkahwin muda, masalah bidan yang kurang cekap serta masalah
banyaknya kelahiran bayi yang tidak cukup bulan dan kadar kematian
yang tinggi. Beliau menjadikan isu ini perkara pokok dalam menegur
sikapAInggeris.

PEMBAHARUAN PELAJARAN MASYARAKAT


Beliau diminta untuk menjawat jawatan dalam khidmat awam kerana
pemikiran yang tajam dan kritis serta ilmu pengetahuan yang tinggi.
Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pemangku Nazir Sekolah-
Sekolah Melayu Negeri Kelantan. Azam beliau ketika itu untuk
membekalkan masyarakat Melayu dengan ilmu pengetahuan yang
moden tanpa mengetepikan sistem pelajaran sedia kala.

PEJUANG BAHASA MELAYU


Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Yang Dipertua Pertubuhan
Dewan Bahasa Melayu. Matlamat pertubuhan itu adalah untuk
memperjuangkan martabat Bahasa Melayu dan menghidupkan
ciri-ciriAkebudayaanAMelayu.
MENGUBAH PEMIKIRAN MASYARAKAT
Beliau berusaha keras menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
ilmu pengetahuan moden kepada seluruh rakyat tidak mengira lelaki
mahupunAperempuan.

AKTIF DALAM BADAN SUKARELAWAN DAN NGO


Beliau menjadi Pesuruhjaya Pengakap Kelantan dan membawa
Pengakap Kelantan ke Jambori Pengakap terbesar di Melbourne,
Australia; Ketua Pertubuhan pertama St. John Ambulance Brigade
cawangan Kelantan; dan berpangkat Sarjan dalam tentera
sukarelawan Kelantan.

MENDIRIKAN SEKOLAH
Tengku Mahmood Mahyiddeen mendirikan sekolah aliran Inggeris
pertama di Kelantan pada tahun 1936, iaitu Sekolah Sultan Ismail /
Ismail College. Pada tahun 1937, sekolah aliran Inggeris khusus untuk
pelajar perempuan ditubuhkan oleh beliau iaitu Zainab English
School, kini Sekolah Menengah Zainab.

AHLI POLITIK
Beliau menjadi Yang Dipertua GEMPAR, iaitu pertubuhan yang
merancang membawa Pattani menyertai Tanah Melayu; dan dilantik
sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan mewakili Kelantan.
Bertanding menentang Datok Onn dalam perebutan jawatan Yang
Dipertua UMNO. Tengku Mahmood Mahyiddeen dilantik menjadi Ahli
Jawatankuasa Badan Penasihat Hal-Ehwal Pelajaran Kerajaan Tanah
Melayu.

PEJUANG KEMERDEKAAN
Beliau bertempur dalam serangan pertama tentera Jepun di Tanah
Melayu di Kota Bharu, memimpin barisan anak-anak Melayu dalam
pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) dan
menyertai pasukan Force 136, selain terlibat dalam usaha menentang
Malayan Union.
AUTOGRAF

KOPERASI SMK LONG GAFAR BHD


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFAR
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
NO TEL : 097652837

Anda mungkin juga menyukai