Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PERKHEMAHAN PERDANA KOREKSI ‘18


“Jatidiri Dinamik Sahsiah Unggul”
1.0 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN

Murid hari ini perlu kreatif dalam mencorakkan kehidupan mereka. Ini kerana terdapat
pelbagai dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi. Dalam arus dunia tanpa sempadan ,
pelajar terdedah kepada pelbagai maklumat. Justeru, murid perlu bijak menguruskan diri dan
memilih maklumat tersebut. Ini kerana tanpa pengalaman dan pengetahuan sudah tentu
pelajar akan hanyut mengikuti elemen negatif yang semakin menular dalam kehidupan masa
kini.
Dalam konteks ini, penghayatan kepada pengetahuan Islam perlu dijadikan benteng
yang kukuh bagi menghalang para pelajar daripada terjebak ke kancah gejala negatif. Oleh
itu, Islam boleh dijadikan jalan penyelesaiannya. Islam tidak hanya dipraktikkan sebagai
ibadat semata-mata, malah ia perlu dijadikan asas yang kukuh dalam kehidupan terutamanya
kepada pelajar itu sendiri.
Sebagai bakal peneraju kepimpinan negara pada masa hadapan yang kukuh tentang
ajaran Islam amat diperlukan, sebagai syarat untuk melahirkan pelajar yang berwawasan
cemerlang serta berketrampilan pada masa hadapan.
Selaras dengan matlamat tersebut pendedahan diri kepada budaya ilmu Islam perlu
bagi setiap pelajar, umpamanya melalui penglibatan pelajar secara aktif dalam program
perkhemahan dapat membantu murid menjadi insan cemerlang. Di samping mengisi masa
lapang, penglibatan pelajar dalam aktiviti ini dilihat sebagai satu cara efektif untuk
memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penghayatan terhadap ajaran
Islam sebagai suatu wahana membentuk keperibadian insan yang cemerlang pada masa
hadapan.
Menyedari tanggungjawab ini, Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Islam SK Taman Dato’ Harun (2) akan mengadakan Program Perkhemahan
Perdana KOREKSI ’18 (Ko-kurikulum, Rekreasi, Sahsiah Islamiah)

2.0 MATLAMAT

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang
bersahsiah tinggi dan dapat meningkatkan ibadah kepada maha pencipta. Sahsiah yang
terbaik dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 | 1


3.0 2.0OBJEKTIF PROGRAM
OBJEKTIF

Peserta akan didedahkan dengan objektif berikut :

3.1 Menjadikan pemikiran murid ke aras pemikiran yang tertinggi seiring dengan sahsiah
yang cemerlang.
3.2 Menguatkan rohani dan jasmani murid mengikut peredaran teknologi masa kini.
3.3 Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli
masyarakat amnya.
3.4 Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang akademik dan
ko-kurikulum di sekolah.
3.5 Melahirkan murid yang boleh bermuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup
bersahsiah dan bertingkah laku berasaskan agama.
3.6 Membentuk jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

4.0 TEMA

“ Jatidiri dinamik sahsiah unggul ”

5.0 4.0ANJURAN
ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam dan Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Surau Al-Falah SK Taman
Dato’ Harun (2)

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 9 – 11 November 2018


Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Kem Sri Raudhah,
Jalan Gombak, 53100 Gombak
Selangor

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 | 2


7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Roslawati bt Nuzi


Guru Besar SK Taman Dato Harun (2)
Naib Pengerusi : Cik Noor Hasyimah bt Ghazali
PK Ko-Kurikulum SKTDH(2)
En. Zul Azmi bin Saad
PK Pentadbiran SKTDH(2)
Pn. Siti Roslina Bt Basri
PK Hal Ehwal Murid SKTDH(2)
Pn. Magesh @ Marimuthu a/p Maniam
PK Petang SKTDH(2)
Penyelaras Program : Pn. Khairul Izza bt Jalil
Setiausaha : Pn. Suhaila bt Shamsuddin
Bendahari : Pn. Khirmiza bt Wahid
Kem Komanden : En. Mohd Hakimi bin Md Nor
Timbalan Komanden : Cik Nadhirah bt Yaakub

PERSIAPAN TEMPAT PENDAFTARAN PESERTA


Shahril Aizat bin Sulaiman (K) Nazriana bt Ngatiman
Ahmad Safwan bin Mohd Anwar Surianita bt Zainal Abidin
Nur Hazirah bt Che Noh
Nor Syaheera bt Mahmud
PENGURUS PESERTA DISIPLIN DAN KESELAMATAN
Siti Asma bt Mat Yusoff (K) Ahmad bin Simon (KETUA)
Zainab bt Yaacob Nurkhalis B Ishak
Aliff Anwar bin Md Isa Arif Anwar bin Wan Abd Aziz

TEKNIKAL DAN LOGISTIK HADIAH DAN SIJIL


Mohd Khairul Hafiz B Abu Bakar (K) Arini bt Ismail (k)
Abdul Rahman B Moin Winnie Freya a/p Abdul Aziz
Muhammad Haris bin Kassim Yuslina bt Yusoff
Fadzli Bin Ahmad Divya

PENGISIAN DAN KEROHANIAN MAKANAN DAN JAMUAN


Mohd. Khairul Anwar bin Mat’ail Siti Zubaidah bt Omar
Salniah bt Mohammad Noor Hasshikin bt Hassim
Nor Hasmeera bt Husim Nur Daniatie bt Ishak

BUKU PROGRAM KEBERSIHAN


Norazian bt Abdul Aziz (K) Nor Azimi bin Abdul Aziz
Nur Amalina bt Ta’azim Nor Azizah bt Awang Shaari
Fatimah bt Elham
Chantrika
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Wan Affendi bin Wan Arifin
Mohamad Luqman bin Jailani
Bong Lay Teng
Rosmaria bt Salleh
Nazilah bt Mat Rashid

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 | 3


8.0 SASARAN

Seramai 40 orang murid terdiri daripada murid tahun 4,5 dan tahun 6.

9.0 BENTUK PENGISIAN

9.1 Ceramah dan Aktiviti Luar


9.2 Kerohanian
9.3 Motivasi

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN RM PERBELANJAAN RM

1. BKK 1. Pakej Bayaran Kem


4700.00
40 orang x RM RM100.00 x 40 orang 4000.00
1000.00 - Penginapan
- Makanan Dan Minuman
1000.00
- Fasilitator
3. PCG Kegiatan Agama - Aktiviti Luar
dan Moral

2. Pengangkutan bas
RM 800.00 x 1 buah 800.00

3. T-shirt
RM22.50 x 40 900.00

JUMLAH 5700.00 JUMLAH 5700.00

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 | 4


11.0 PENUTUP

Pihak sekolah mengharapkan agar program ini memberikan banyak impak positif kepada
semua murid yang menyertainya. Selain itu, ia juga diharap akan dapat membantu para
pelajar memperoleh sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan yang berguna
sebagai bekalan bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar cemerlang pada masa
hadapan.

Disediakan oleh : Disemak oleh,

………..................................... .................................................
(KHAIRUL IZZA BINTI JALIL) (CIK NOOR HASYIMAH BT GHAZALI)
Setiausaha, PK Ko-kurikulum,
Kem Ibadah dan Kokurikulum, SK Taman Dato' Harun (2),
SK Taman Dato' Harun (2), Petaling Jaya, Selangor.
Petaling Jaya, Selangor.

Disahkan oleh,

..................................................
(ROSLAWATI BINTI NUZI)
Guru Besar,
SK Taman Dato' Harun (2),
Petaling Jaya, Selangor.

Perkhemahan Perdana KOREKSI ‘18 | 5

Anda mungkin juga menyukai