Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN FUTSAL
PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KUBANG PASU

TARIKH:
25 JULAI 2011

PENGLIBATAN :
MURID-MURID KELAS INTEGRASI
PENDIDIKAN KHAS

ANJURAN :
KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN
JITRA, KEDAH.
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Rasional 3

3. Objektif 3

5. Matlamat 3

6. Ahli Jawatankuasa 6

7. Kewangan 7

8. Maklumat Aktiviti 7

9. Penutup 8

PERTANDINGAN FUTSAL
KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS

1. Pengenalan
Aktiviti pendidikan luar dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sudah
sinonim dan selalu dipraktikkan di Sekolah-Sekolah Integrasi Pendidikan Khas.
Aktiviti bercorak rekreasi ini adalah salah satu elemen penting dalam
menjalankan terapi dan motivasi secara emosi, fizikal, mental dan bahasa
terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Pertandingan futsal
ini merupakan salah satu jenis sukan yang perlu diketengahkan kepada semua
murid bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana ia merupakan salah satu
pemudahcara dan satu gerak kerja penambahbaikan terhadap perubahan corak
tingkahlaku murid dan mendatangkan banyak manfaat kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran terutamanya dari segi menambahkan pengetahuan
mereka serta meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran bersosial di kalangan
murid.

2. Rasional
2.1 Membina keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid dan membentuk
minda murid-murid ke tahap yang lebih proaktif.
2.2 Membaiki keseimbangan fizikal murid-murid dengan terancang dan bebas.
2.3 Membantu murid-murid yang memiliki masalah mental dan emosi
membina keyakinan diri yang tinggi, sabar dan berdisiplin tinggi.
2.4 Membentuk kerjasama dan kemahiran bersosial di antara murid untuk
mengatasi masalah komunikasi dan sosialisasi dalam diri murid.
2.5 Menanam semangat kesukanan di dalam diri murid- murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.
3. Objektif
3.1 Memberikan pengalaman konstruktivisme kepada murid-murid dalam
mewujudkan satu pengalaman baru dalam diri mereka untuk disesuaikan
dengan pengalaman sedia ada.
3.2 Memberi ruang kepada murid-murid untuk bersosial dan meluaskan
jaringan komunikasi kendiri mereka sesama manusia di sekitar mereka
seperti guru-guru mereka, rakan sebaya dan masyarakat.
3.3 Menyediakan pengetahuan secara ‘hands-on’ kepada murid-murid untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
3.4 Melahirkan guru yang cergas dan cemerlang bukan sahaja dari aspek
akademik semata-mata tetapi seimbang dari segi jasmani dan aktiviti yang
berasaskan kecergasan di sekolah kelak bagi memanfaatkan murid-murid
dan memberikan peluang sebaiknya kepada mereka untuk menghargai
kehidupan.

4. Matlamat
4.1 Ingin membaiki dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk
merasai kehidupan seperti murid-murid normal yang lain.
4.2 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan rasa muhibah di antara guru-
guru justeru mengangkat martabat dan taraf profesion perguruan di dalam
masyarakat.
4.3 Ingin menyalurkan pelbagai manfaat dalam kesihatan dan psikoemosi
yang bakal diperoleh dalam terapi sosial kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran.
5. Kumpulan sasaran
Program ini disasarkan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran

6. Tarikh
25 Julai 2011.

7. Tempat
Gelanggang Futsal Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin

8. Penglibatan
8.1 Dibimbing oleh guru-guru Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKSAT seramai
12 orang.

8.2 Dibantu oleh PPM SKSAT seramai 4 orang.

8.3 Dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG Kampus Darulaman seramai 4
orang.
9. Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : En. K.Thachanamurthy
Penolong kanan PKBP : Pn. Hajah Hayati Bt. Ariffin
Setiausaha : En. Amin Bin Hamzah
AJK : En. Mohd Jasni B. Jaafar
: Pn. Hatijah Bt. Johari
: Pn. Siti Kamarul Huda
: Pn. Halimaton Bt. Hussain
: Pn. Nur Enasjasliya
: Pn. Ros Azlina Bt. Mat Aji
: Pn. Nurhayati Abd Ghani
: Pn. Umi Kalsom Mahadi
: Pn. Siti Ruhaida Md Morad
: Pn. Nurhidayah Mustafa
AJK Pelaksana : En Mohd Irwan B. Sharidan
: En. Amin B. Hamzah

10. Kewangan

PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH
Khemah x 2
1. RM 300.00

Makanan dan minuman


2. RM 450.00

Cenderahati dan hadiah


3. RM 250.00

4. Banner RM 60.00
JUMLAH RM 1060.00

11. Aktiviti
BUTIRAN PROGRAM
8.00 am : Pendaftaran peserta
8.30 am : Taklimat ringkas kepada peserta
9.15 am : Pertandingan dimulakan
11.30 am : Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah
12.00 pm : Bersurai

13. Penutup
Bertepatan dengan saranan kerajaan yang mewujudkan Key Performance
Indicators (KPI) di setiap kementerian bagi mengukur dan melihat sejauh mana
pencapaian kementerian berkenaan, Unit Pendidikan Khas SKSAT ingin
memenuhi prinsip ini dengan berusaha menghasilkan pelbagai aktiviti amali di
luar bilik darjah bagi mengurangkan masalah tingkahlaku murid berkeperluan
khas masalah pembelajaran. Diharap aktiviti ini juga akan mewujudkan
kesungguhan dan tumpuan dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar
dapat memberikan satu inspirasi dan semangat kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran supaya bersemangat dan bersikap proaktif sejajar dengan prinsip-
prinsip dalam bidang pendidikan yang bertepatan dengan prinsip-prinsip NKRA
(Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang disarankan oleh Dato’ Seri Najib Tun
Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam. Akhir kata, kami mengharapkan
program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari semua pihak
dan menjadi inspirasi kepada Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.

.
Disediakan oleh, ,

..............................................
( Amin Bin Hamzah )
Setiausaha Pertandingan Futsal
Pendidikan Khas Daerah Kubang Pasu 2011

Disemak oleh , Disokong oleh,

………………………………… ………………………
( Pn Hajah Hayati bt Ariffin ) (K.Thachanamurthy,AMN.)
Penolong Kanan, Guru Besar,
Pendidikan Khas Integrasi SK.Sultan Ahmad Tajuddin

Anda mungkin juga menyukai