Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN


“MENGGILAP MUTIARA HATI CALON UPSR
2019/2020”

ANJURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TANGKAK

DENGAN KERJASAMA

STOKIS Int3Tree MUAR &


NAZLELA TRAINING & CONSULTANCY GROUP

TARIKH

8 NOVEMBER 2018
KHAMIS

TEMPAT

DEWAN GEMILANG
SK BANDAR TANGKAK
PROGRAM MENGGILAP MUTIARA HATI
CALON UPSR 2019/2020

1.0 Pengenalan
Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam membantu perkembangan pendidikan
anak-anak selain daripada guru-guru yang ditugaskan untuk mendidik dan memimpin
para pelajar ini di sekolah. Perubahan dalam diri mereka boleh dilihat lebih cepat
sekiranya perhatian yang diberikan lebih daripada keda-dua pihak ini. Seperti yang selalu
disebut, ‘anak yang cemerlang itu selalunya bermula dari rumah’. Hal ini memang ada
logiknya kerana antara rumah dan sekolah, nisbah masa yang lebih panjang adalah di
rumah berbanding sekolah. Jadi, atas dasar itulah peranan ibu bapa dilihat amat penting
bagi memastikan kemenjadian kualiti ke atas diri anak-anak ini.
2.0 Objektif
2.1 Memberi kesedaran dan berkongsi pengetahuan kepada ibu bapa betapa
pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.
2.3 Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan yang ada pada anak mereka khusuusnya dalam pelajaran.
2.4 Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan dan bagaimana
makanan tambahan dapat membantu perkembangan pembelajaran dan imunisasi
anak-anak.
3.0 Tema
“ Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang”

4.0 Anjuran
SK Bandar Tangkak dengan kerjasama Stokis int3Tree Muar dan Nazlela Training &
Consultancy Group
5.0 Tarikh
8 Oktober 2018
6.0 Sasaran
Program ini mensasarkan para ibu bapa yang anaknya merupakan calon UPSR 2019/2010
7.0 Metodologi Program
Modul ceramah, Video motivasi, Cabutan bertuah & Pameran
8.0 Tentatif Program
8.30 pagi – 9.00 pagi Pendaftaran
9.00 pagi - 11.00 pagi Ceramah Motivasi Keibubapaan
11.00 pagi – 12.30 tengah hari Majlis Penutup Program
Cabutan Bertuah
9.0 Sumber Kewangan
Bimbingan dan Kaunseling

10.0 Ahli Jawatankuasa


Lampiran A

11.0 Belanjawan
Makanan murid RM2.00 X 205 orang = RM410

12.0 Penutup
Semoga program motivasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif
yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada
akademik, akhlak dah sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada
Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan daripada Allah
SWT.

Disediakan oleh,

………………………………………
(SABARIAH BINTI OTHMAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Bandar Tangkak.
Lampiran A

Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : En. Azhar Ahzam bin Ismail
Naib Pengerusi 1 : En Mohd Zaini b. Koris
Naib Pengerusi 2 : Pn Sapiah bt Ibrahim
Naib Pengerusi 3 : En Yusran bin Yusof

Penyelaras : Pn Sabariah binti Othman


Setiausaha : Pn Siti Supiah binti Mohd Shaban
Ahli Jawatankuasa : Pn Suhailah binti Suparman
Pn Norsilawati binti Togiman
Pn Normah binti Ahmad
Pn Azizah binti Mohamad
En Mohd Zaidi bin Rasmani
En Kamaruddin bin Yahya
En Zamil bin Ramli
Lampiran B

BELANJAWAN PROGRAM GERAK GEMPUR

MAKANAN DAN MINUMAN


SARAPAN PAGI
RM5 X 6 ORANG = RM30

MAKANAN IBU BAPA


RM2.50 X 200 ORANG = RM500

CENDERHATI JEMPUTAN
RM30 X 3 ORANG = RM90

JUMLAH KESELURUHAN = RM30 + RM500 + RM90


= RM620

Anda mungkin juga menyukai