Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua
pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah
memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri
ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu
kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian
dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan
mendapat apa-apa.

Program BICARA MURABBI adalah merupakan program kolaboratif antara pihak


sekolah, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), PIBG dan ibu bapa pelajar yang
menghadapi masalah ponteng sekolah. Program di bawah induk PIBK ini
menemukan ibu bapa dengan pihak sekolah untuk membincangkan kekuatan dan
kelemahan kedua-dua pihak yang boleh dikenal pasti dan seterusnya mencari
jalan penyelesaian masalah ponteng sekolah.

2. RASIONAL
Data pelajar ponteng sekolah sehingga bulan April menunjukkan peratus
kehadiran pelajar tidak memperlihatkan perkembangan yang sihat. Saban hari
jumlah pelajar yang tidak hadir sama ada dengan sebab atau tanpa sebab
menunjukkan graf peningkatan atau tidak menurun. Program Kelas Tahanan yang
dilaksanakan sejak bulan Mac hingga ke bulan April tidak menampakkan hasil
yang diharapkan. Setiap hari pasti akan ada pelajar yang ditahan waktu balik
kerana tidak hadir tanpa sebab pada hari sebelumnya. Harapan pihak sekolah
melalui program ini kadar kehadiran pelajar akan meningkat dan mencapai KPI
yang ditetapkan oleh KPM, namun masih gagal. Justeru, satu solusi yang bersifat
holistik perlu dimuafakatkan agar matlamat misi pendidikan dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum tercapai.
3. MATLAMAT

Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salah laku ponteng sekolah dan
menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan
masalah sosial yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekiranya mereka tidak
hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat.
Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan
akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak
tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru mata
pelajaran.

4. OBJEKTIF

4.1 Mencari punca utama pelajar kerap ponteng sekolah.


4.2 Mengurangkan data ketidakhadiran yang menjadi perhatian PPD dan JPN.
4.3 Meningkatkan keprihatinan PIBG dan ibu bapa dalam menangani isu
ketidakhadiran.
4.4 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan
kokurikulum.

5. ANJURAN
Program Bicara Murabbi merupakan program anjuran Unit HEM, SMK Kamarul
Ariffin dan PIBG.

6. Murabbi
Tuan Inspektor Ahmad Denial bin Ahmad Fadzil
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
Balai Polis Daerah Segamat

7. TARIKH DAN MASA


Tarikh: 14 April 2019 (Ahad)
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
SMK Kamarul Ariffin

8. PELAN TINDAKAN
8.1 Mesyuarat Majlis Pengurusan, PIBG dan PPS
8.2 Menyediakan data ketidakhadiran pelajar
8.3 Bicara kepada ibu bapa pelajar terlibat
8.4 Pelaksanaan program peringkat sekolah
8.5 Cakna PIBG, Cakna PPS (rujuk lampiran)
8.6 Pemantauan sekolah, ibu bapa, PIBG dan PPS
8.7 Penilaian program

9. AKTIVITI
1. Taklimat dan sesi penerangan Tuan pengetua
2. Laporan HEM
3. Bicara murabbi PPS, PIBG dan ibu bapa
4. Diskusi kolaboratif Sekolah + PPS + PIBG + Ibu Bapa
5. Aku janji

10. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi Bersama
Tn. Hj. Darham bin Daud-YDP PIBG
Pn. Maimon bt K. Mohamed-Pengetua

Timbalan Pengerusi
En. Mohd Rozi bin Daud-NYDP
Hj. Mohamad Aris bin Mohd Dol-PK Pentadbiran

Naib Pengerusi
En. Ibrahim bin Mohamad
En. Masnon bin Amat

Setiausaha
Pn. Haniza bt Ismail

Penyelaras
Cik Nor Zalawati bt Othman

11. PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga RM Kuantiti Jumlah


RM
1 Jamuan mesyuarat AJK PIBG 3.00 30 90.00
2 Jamuan ringan taklimat ibu bapa 3.00 50 150.00
3 Kain rentang Cakna PIBG Cakna PPS 60.00 1 60.00
Jumlah 300.00

12. Penutup

Diharapkan agar Program Bicara Murabbi yang dijalankan akan dapat


dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan menggalakkan pelajar untuk hadir ke
sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran dan akademik sekolah
dengan baik.
Diharap juga PIBG SMK Kamarul Ariffin dapat membantu menjana peruntukan
dan idea serta peranan yang lebih konsisten secukupnya untuk menjayakan misi
dan matlamat ke arah kecemerlangan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………
IBRAHIM BIN MOHAMAD MAIMON BT K. MOHAMAED
PK HEM Pengetua,
SMK Kamarul Ariffin. AKU JANJISMK Kamarul Ariffin.
SURAT AKU JANJI IBU BAPA

Saya _________________________________________________________________
Nombor KP:______________________________adalah ibu / bapa / penjaga kepada

______________________________________________________________ Ting _______


SMK Kamarul Ariffin dengan sesungguhnya mengaku dan berjanji bahawa:

1. Saya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah memantau pelajaran anak saya /
anak di bawah jagaan saya dan memastikan keputusan akademiknya sentiasa meningkat
dari semasa ke semasa.
2. Saya akan memastikan anak di bawah jagaan saya tidak ponteng sekolah dan sentiasa
menghadiri kelas tambahan atau kelas bimbingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Memastikan anak saya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mengikut masa
yang telah ditetapkan
4. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan keperluan sekolah mereka lengkap serta menjaga
buku teks dengan rapi agar tidak hilang, koyak dan dibalut dengan plastik.
5. Saya akan bertanggungjawab terhadap anak saya jika pihak sekolah mengambil tindakan
lanjut atas kesalahan berulang yang dilakukan anak saya.
6. Saya bersetuju dengan program terancang yang akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk
memastikan prestasi kehadiran anak saya sentiasa baik.

Ditandatangani oleh: Disaksikan oleh:

…………………………….. …………………………..
Ibu Bapa/Penjaga HEM

Disahkan oleh:

………………………………
Pengetua
LAMPIRAN CAKNA
Cakna bermaksud prihatin. Istilah ini diambil daripada bahasa dialek daerah di sebuah negeri di
pantai timur negara Malaysia. Prihatin bermaksud mengambil berat dan tanggungjawab.
Korelasinya di sini ialah, PIBG dan PPS prihatin dan mengambil berat tentang perkembangan
sekolah. Lebih jelas lagi, cakna PIBG dan PPS ialah kedua-dua pihak memantau kes-kes
ketidakhadiran pelajar (tanpa sebab) dan aktiviti yang mereka lakukan. Ambil tahu dan ambil
berat menjadi teras kepada program terancang ini.

PEMBAHAGIAN KAWASAN CAKNA PIBG

Bil Nama AJK PIBG Kawasan


1 Inspektor Ahmad Denial bin Ahmad Fadzil Bandar Segamat
2 Tn. Hj. Darham bin Daud Felda Tenang
3 En. Mohd Rozi Bin Daud Sawah Bahru
4 Pn. Mashita bt Kamaruddin Felda Tenang
5 En. Ahmad bin Abdullah Kg. Tenang
6 Pn. Sahilah bt Haron
7 Pn. Noor Hayati bt Marzuki
8 En. Kassim bin Jaafar Pekan Air Panas
9 Pn. Yap Mee Yoke Taman Gunung Emas
10 Pn. Kalai Chelvi a/p Supramaniam Taman Bintang Jaya
11 En. Sabri bin Bingan Taman Wawasan
12 Pn. Juliana bt Hashim Sawah Bahru
13 Pn. Nora bt Ishak Sawah Bahru

SENARAI NAMA PELAJAR PONTENG TEGAR

Rujuk Lampiran xls.

BUKU LAWATAN CAKNA PIBG CAKNA PPS

Rujuk Lampiran xls.

Anda mungkin juga menyukai