Anda di halaman 1dari 5

|

KERTAS KERJA

PROGRAM ZIARAH KASIH

SK BANGAU KUDAT 2023

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang mengutamakan prinsip


menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke
Tahap 2 persekolahan. Kebanyakkan murid Pemulihan Khas ini menghadapi masalah untuk
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka juga terbahagi kepada
beberapa tahap kebolehan malah tahap penerimaan mereka juga berbeza. Ini sering kali
menimbulkan masalah kepada guru-guru Pemulihan Khas terutama dalam menyusun strategi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan untuk murid-murid ini. Atas dasar itulah, Unit
Pemulihan Khas SK Bangau dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Pantia Matematik dan
Unit HEM SK Bangau mengambil inisiatif mengadakan Program Ziarah Kasih untuk murid-
murid Linus Tegar Literasi dan Numerasi. Program ini disusun untuk mengembangkan minat
murid terhadap pembelajaran. Seterusnya menarik penglibatan murid dalam setiap aktiviti.

2.0 RASIONAL

Program ini merupakan satu program yang dijalankan untuk meningkatkan keyakinan
diri,penyertaan aktif murid dan menggalakkan setiap murid mengeluarkan idea dan menunjukkan
prestasi yang lebih cemerlang. Program ini seterusnya merapatkan hubungan dikalangan pihak
sekolah dan ibubapa murid. Justeru itu,program ini diharap dapat melahirkan kesedaran di
kalangan murid dan ibubapa bahawa pembelajaran itu adalah suatu keperluan untuk
meningkatkan kualiti kehidupan di masa hadapan. Diharap program ini memberi impak yang
positif terhadap pencapaian murid pada masa hadapan.

Kertas Kerja Program _Ziarah_Kasih |


|

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid yang lebih cemerlang dan gemilang dalam bidang pendidikan dan
dapat mengaplikasi segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi
pencapaian mereka dalam akademik meningkat. Penglibatan aktif murid dapat meningkatkan
motivasi dan mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah perkembangan individu yang lebih seimbang pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF

4.1Membina keyakinan diri.

4.2 Meningkatkan motivasi diri ke arah yang lebih positif.

4.3 Merapatkan hubungan pihak sekolah dengan murid dan ibubapa.

4.4 Melatih dan menerapkan nilai-nilai murni dan kasih sayang di kalangan murid,
ibubapa dan guru.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 12 orang murid pemulihan khas yang belum menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 20 MEI 2023

6.2 Hari : Sabtu

6.3 Masa : 10 pagi – 2 petang

6.4 Tempat : Rumah Kediaman murid

Kertas Kerja Program _Ziarah_Kasih |


|

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Yusop Wahab


Guru Besar SK Bangau
Pengerusi : En Liasin Hasim
GPK Pentadbiran SK Bangau, Kudat.
Timbalan Pengerusi 1 : Pn Martha Agul
GPK HEM
Timbalan Pengerusi 2 : En Tahajud Mokti
GPK Kokum
Setiausaha : Pn. Sarinah Drisno
Guru Pemulihan Khas
Bendahari : Pn. Norizah Hj Anam
KP Matematik

Ahli Jawatankuasa

Pendaftaran : Pn. Winnie


KP Bahasa Melayu
Fasilitator : Pn Jurayah Botohong
Pn Nuratiqah
Pn Ku Fasehah
Dokumentasi/ : En Nazrymi
Buku Program : Pn Sarinah Drisno
Pengurus cenderahati : Pn Norfadilah
Pn Jamati
Pengangkutan : En Abd Hafiz
En Papin
Bahan cetak : Cik Norlinda

Kertas Kerja Program _Ziarah_Kasih |


|

8.0 JADUAL PELAKSANAAN


MASA 9.00 pagi 10 pagi 2 pm 2.30 pm
HARI

20 Mei Taklimat Bergerak Dijangka balik Kembali


2023 / perjalanan ke rumah daripada rumah ke
Sabtu program murid murid sekolah
mengikut
kumpula
n

9.0. ANGGARAN PERBELANJAAN


9.1 Bahan cetak untuk murid
RM 20.00 X 12 orang = RM 240
9.2 Hamper makanan murid
RM30 x 12 = RM 360

9.3 JUMLAH RM 600

10.0 PUNCA KEWANGAN


10.1 PIBG / dll

11.0 PENUTUP

Kertas Kerja Program _Ziarah_Kasih |


|

11.1 Di harap program ini dapat memberi peluang kepada murid dalam membentuk motivasi
diri ke arah yang lebih positif dan dapat mengurangkan masalah murid-murid yang belum
menguasai kemahiran 3M bagi mencapai hasrat PIPP.

KELULUSAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI :


Permohonan pelaksanaan program / aktiviti ini adalah *DILULUSKAN / TIDAK
DILULUSKAN.

Tarikh :

Kertas Kerja Program _Ziarah_Kasih |

Anda mungkin juga menyukai