Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

CERAMAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


DAN KEIBUBAPAAN.
SK PANUDAHAN KUDAT

3 NOVEMBER 2017
KERTAS KERJA
CERAMAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN KEIBUBAPAAN.
SK PANUDAHAN KUDAT

1.0 Pendahuluan

Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah
jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar
ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah
merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang
mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan
dengan itu ibubapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru dapat
menjadikan pelajar insan yang berjaya.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran
terhadap anak-anak di bawah jegaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan
dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

3.0 Tema

“Iman dan usaha teras kecemerlangan”

4.0 Anjuran

Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Panudahan Kudat.


5.0
6.0 Perasmi
Tarikh dan Masa

Program ini akan diadakan pada


 3 November 2016 (Khamis)
 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Dewan Terbuka SK Panudahan Kudat

8.0 Sasaran

Program ini menyasarkan


 Ibu bapa yang mempunyai anak di tahun 4 dan 5
 Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 dan 5 tahun di prasekolah.

9.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

10.0 Aturcara Program


(Sila lihat lampiran B)

11.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

12.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi.
Lampiran A

CARTA ORGANISASI
CERAMAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN KEIBUBAPAAN.

AJK INDUK
Penaung : Encik Jaffery Maginbal (Guru Besar)
Pengarah Program : Encik Alexander Bungkak (PK Kurikulum)
Timbalan Pengarah I : Encik Sapaun Bin Angayu (PK HEM)
Timbalan Pengarah II : Puan Hamidah Binti Ali (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Encik Mohd Harith Bin Janius
: Encik Mohamad Lutfi Bin Che Mood
Bendahari : Encik Abdul Rahim Bin Abar

AJK PELAKSANA
i. Pengerusi Majlis : Pn. Wan Nurdiana Binti Wan Mahadi

ii. Jamuan : Pn. Rusni Binti Jali

iii. Persiapan Tempat : En Mohd Aliff Safran Bin Ramli

: En Mohamad Raimi Bin Harun


iv. Kawalan Pelajar : En. Jose Mangatis

v. Sijil/ Cenderamata : Pn. Mary Ellen Damian

vi. Fotografi : En. Mohd Harith Bin Janius

vii. Siaraya : Encik Phelemon Bin Assun

viii. Kecemasan : Pn. Norlin Kansuh

ix. Peralatan : En. Nornoimin Bin Betung


Lampiran B

Tentatif Program

7.30 : Ketibaan Ibu Bapa.


7.45 : Ketibaan Penceramah
8.00 : Ceramah Pendidikan Awal Kanak-kanak (Sesi 1)
10.00 : Minum Pagi
10.30 : Ceramah Keibubapaan (Sesi 2)
12.30 : Bersurai.
LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 501.00
Minum Pagi 85 X RM4.00
Makan Tengah Hari 23 X RM7.00

Penceramah RM 400.00
Saguhati Penceramah 2 x RM200.00

Persediaan Bahan/Program RM 176.00

JUMLAH KESELURUHAN RM
1077.00
Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................. .............................................
(MOHD HARITH JANIUS) (ALEXANDER BUNGKAK)
Guru Prasekolah, Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Panudahan, Sekolah Kebangsaan Panudahan,
80958 Kudat, Sabah. 89058 Kudat, Sabah.

Diluluskan oleh:

.............................................
(JAFFERY MAGINBAL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panudahan,
89058 Kudat, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai