Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

“MOHON RESTU & BANGKIT SEMANGAT UPKK 2023”

TARIKH

21 OKTOBER 2023 [SABTU]

MASA
8.30 – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT
DEWAN SRA JAIM MERLIMAU UTARA
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan program yang dirancang oleh Unit Peperiksaan SRA JAIM Merlimau
Utara dengan bantuan dari segi idea pelaksaanaan dan bahan oleh Guru Besar Cemerlang,
Ustazah Noryati binti Amran. Program ini melibatkan semua calon UPKK 2022 di SRA JAIM
Merlimau Utara. Program ini dianjurkan oleh Unit Peperiksaan dengan kerjasama guru-guru
yang mengajar kelas-kelas UPKK. Program ini bertujuan untuk mewujudkan silaturrahim
yang akrab antara para pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Bermatlamatkan mencari restu dan
izin ilmu dari guru-guru. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk mencapai
prestasi akademik yang membanggakan.

2.0 MATLAMAT

Rasional program ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan restu dari ibu bapa dan
izin ilmu daripada guru-guru. Majlis ini melibatkan ibu bapa pelajar, calon-calon UPKK
serta guru-guru yang mengajar calon UPKK. Ini bertujuan bagi menyedarkan para
pelajar tentang pentingnya hubungan silaturrahim yang baik antara mereka bersama
ibu bapa serta guru yang telah banyak mendidik mereka. Tanpa restu dan panduan
hidup daripada ibu dan guru yang telah banyak berjasa kepada mereka semua,
pastinya kejayaan yang diimpikan tiada keberkatan yang diinginkan.

3.0 OBJEKTIF

1. Pelajar dapat memohon restu, doa serta keampunan daripada ibu / bapa mereka
bagi menjalani peperiksaan UPKK.
2. Pelajar mendapat keberkatan dan izin ilmu daripada guru-guru matapelajaran
UPKK
3. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa, pelajar dan guru yang
mengajar
4. Menyedarkan tanggungjawab dan peranan ibu bapa supaya mereka sentiasa
mengambil tahu perkembangan pendidikan anak- anak mereka

4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

 Tarikh : 21 OKTOBER 2023 (SABTU)


 Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

5.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan SRA JAIM Merlimau Utara


6.0 PUBLISITI

Brocher dan surat jemputan diberikan kepada Penceramah, Guru-guru, ibubapa dan
calon-calon UPKK.

7.0 CADANGAN PERASMI

Ketua Penolong Pendidikan Agama Daerah Jasin (KPPAD Jasin)

8.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B (i)

10.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran B (ii)

11.0 PENUTUP
Diharapkan agar para pelajar yang mengikuti program ini memanfaatkan
sepenuhnya peluang yang diberi untuk mendapat restu, doa serta keberkatan ilmu
daripada ibu bapa serta guru-guru mereka. Disamping itu berusaha bersungguh-
sungguh untuk menunaikan ikrar yang dilafazkan dihadapan ibu bapa seterusnya
mencapai prestasi cemerlang dan membantu sekolah mencapai target/sasaran
pencapaian iaitu peratus kelulusan bagi tahun 2023 ialah 100% . Semoga program
ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dan berjaya mencapai
matlamat dan objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh :

_______________________
(NUR SYAZANA BINTI ZULKEPLI)
Setiausaha Peperiksaan,
SRA JAIM Merlimau Utara

Disahkan oleh :

___________________________
(NORYATI BINTI AMRAN)
Guru Besar,
SRA JAIM Merlimau Utara

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI

Penyelaras
Ustazah Noryati Binti Amran
(Guru Besar )

Setiausaha
Ustazah Norhidayati binti Syawal
(GPK 1)

Bendahari
Ustazah Norhasfa binti Padullah

Pengerusi Majlis
Ustazah Nur Aliah Nadiah binti Arsad

AJK Hadiah
Ustazah Nurul Asyikin binti Khairul Anur @ Anuar
Ustazah Nur Syazana binti Zulkepli

AJK Publisiti
Ustaz Mohd Najid bin Abu

AJK Pendaftaran
Ustaz Mohd Khadri Bin Ibrahim

AJK Jamuan
Ustazah Madihah binti Normal
Ustazah Nor Solehah binti Amirudin

AJK Kawalan Murid


Ustaz Mohd Rafee bin Hj Madon
LAMPIRAN B

i. TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran pelajar


9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Guru Besar
9.15 pagi : Motivasi Bangkit Semangat Bersama Puan Rozita
: Sesi Mohon Restu dengan Ibubapa & Guru-Guru Matapelajaran
11.00 pagi : Ucapan Perasmian Penutup oleh KPPAD Jasin
11.15 pagi : Jamuan & Bersurai

ii. BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan

Perkara Perincian Jumlah

 Bayaran Penceramah RM 300.00 x 1 RM 300.00


 Cenderahati RM 50.00 x 1 RM 50.00
 Jamuan VIP RM 15.00 x 20 RM 300.00
 Jamuan Ibubapa & Murid RM 6.00 x 150 RM 900.00

JUMLAH RM 1550.00

Anda mungkin juga menyukai