Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

SEMINAR PENGKONGSIAN PINTAR


MENANGANI ISU KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH SARIKEI
DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH 2018

PPD SARIKEI

KHAMIS 2 OGOS 2018


08:00 am – 05:00 pm

PENGACARA MAJLIS:
RAMLAH MOHAMED JAMLI
TEKS PENGACARA MAJLIS

PERTANDINGAN PESTA PANTUN


CUE ANN: CATATAN
BIL
1. MAKLUMAN Hadirin yang dihormati,
UMUM
1. Semua hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.
2. Mohon para hadirin berdiri
3.. Kerjasama dimohon untuk mematikan telefon bimbit atau memastikan telefon
bimbit anda berada dalam mod senyap.
4. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan dewan sebelum majlis berakhir.

2. KETIBAAN
TETAMU
JEMPUTAN
KHAS TETAMU HADIR

3. UCAPAN ALUAN Indah berbalam si awan petang,


PENGACARA Berarak di celah pepohon ara;
MAJLIS
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

2
Yang Berusaha,
Encik Mattheus Akun Balang, KU UPPK PPD Sarikei
Rakan sejawat, Pn Rennya Ajang, Penolong Penyelia Hem, PPD Sarikei
Penceramah Jemputan _____________________________________________________

Rakan rakan dari PPD Sarikei,


Barisan Penolong Kanan Hem Sekolah-sekolah Daerah Sarikei
Barisan Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah sekolah Daerah Sarikei
Serta hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat kita bersama-sama dapat hadir ke majlis SEMINAR PENGKONGSIAN
PINTAR MENANGANI ISU KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH SARIKEI
DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH 2018
Pihak majlis melahirkan salam sanjungan budi atas sokongan dan kesudian khusus buat
penceramah jemputan serta para hadirin sekalian ke majlis ini.
4. BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang maha esa

3
Tirai majlis kita pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon rahmat
daripada Yang Maha Esa. Bagi memberkati , SEMINAR PENGKONGSIAN PINTAR
MENANGANI ISU KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH SARIKEI
DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH 2018
marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz
Zainal Abidin Bin Abdul Rashid, Ketua Unit, Unit Pengurusan Islam, PPD Sarikei. Dengan
penuh takzimnya, dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al
Fadhil Ustaz Zainal Abidin Bin Abdul Rashid, Ketua Unit, Unit Pengurusan Islam, PPD
Sarikei atas bacaan doa itu tadi.
5. Ceramah 1 Agenda majlis diteruskan dengan mempersilakan Sesi Ceramah 1
Penceramah pertama pada pagi ini ialah Puan Mariam Anak Ensabi,
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Dengan segala hormatnya dipersilakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Air laut tenang-tenangan,
Tanam selasih tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi

4
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan
_________________________________________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kenang kenangan kepada Penceramah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara sebentar tadi
9. Hadirin sekalian,
Bunga dedap tumbuh bertingkat,
Harumnya mekar hiasi laman,
Bersilang adat junjung martabat,
Aturcara majlis kita teruskan

Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Penceramah ke 2


Yang akan membawa tajuk Kesihatan Mental & Fizikal Remaja oleh Jabatan Kesihatan
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Air laut tenang-tenangan,


Tanam selasih tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi

5
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan
_________________________________________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kenang kenangan kepada Penceramah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara sebentar tadi

6
11. PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari
PENUTUPAN Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Majlis dengan penuh rasa bangga menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Puan
Hajah Asiah bt Hj Husin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tahun 2017.
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Puan Hajah Asiah bt Hj Husin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat
Pendidikan Wilayah Keramat atas kesudian menyampaikan ucapan dan menyempurnakan
perasmian penutupan majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Kita telahpun berada di hujung acara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa pengelola,guru-guru pengiring,

7
peserta-peserta serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Terbang sekawan burung tempua


Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Pesta Pantun
Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2017. Sekian
wabilllahhitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Dijemput Yang Berbahagia tetamu kehormat, dif-dif jemputan serta para hadirin untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai