Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK


(20 November 2015M/ 08 Safar 1437H)
____________________________________________________________________________________________________________

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita bertakwa kepada Allah subhanahu wataala dengan sebenarbenar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan
keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2015, mimbar akan
membicarakan khutbah bertajuk Tanggungjawab Ibubapa Terhadap
Pendidikan Anak-Anak .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dari kacamata Islam, pendidik, atau guru, merupakan murabbi atau muallim
atau muaddib, atau 'alim, atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk
sentiasa sedar dan peka akan diri sendiri, malah selalu bertindak memberi
kesedaran kepada orang lain. Kedudukan mereka ada hubungkaitnya
dengan sifat integriti, ihsan, kasih sayang, bertanggungjawab, amanah,
istiqamah, ikhlas dan beriman kepada Allah subhanahu wataala. Bidang
pendidikan adalah suatu usaha yang menyeluruh dan berterusan ke arah
memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh, bagi mewujudkan
1

sifat-sifat insan yang seimbang dan cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap
rohani, stabil emosi dan sihat jasmani. Sebenarnya, apa-apa pencapaian dan
kejayaan, atau sebaliknya, pendidikan, tidak hanya terbeban kepada para
guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah.
Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga, saling memerlukan
untuk memastikan pendidikan itu berjaya. Hari ini pula nampaknya pelbagai
faktor lain yang juga banyak menentukan pencapaian itu, seperti pengaruh
alam sekitar, tekanan sosial dan budaya, serta pola atau trend gaya hidup,
khususnya pelbagai khayalan serta keseronokan yang dicetuskan oleh
bermacam-macam bentuk hiburan. Sesetengah kegiatan itu sebenarnya
boleh mengurangkan pencapaian pendidikan sehingga ke tahap mengundur
dan merosakkan.
Bermulanya cuti persekolahan, maka tugas guru yang mengajar di sekolah
telah terhenti buat sementara waktu. Anak-anak akan berada di samping
ibubapa sepenuh masa. Dengan itu, ibubapa bertanggungjawab penuh
menyambung tugas mengasuh dan mendidik anak-anak di rumah. Ibubapa
harus sentiasa memastikan pendidikan anak-anak dapat berterusan,
berlanjutan dan terpelihara, walau pun memerlukan pengorbanan tenaga,
wang dan masa. Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada
mengasuh dan mendidik anak-anak walau apa cabaran dan kesusahan
sekalipun. Jika tidak, anak-anak akan terdedah kepada pengaruh kuat rakan
sebaya dan alam sekeliling. Sesetengah pengaruh itu boleh merosakkan
pegangan akidahnya dan segala tabiat mulia sebelumnya, termasuklah
amalan sopan dan akhlak yang didapati sebelumnya, sehingga ketinggalan
pula apa-apa kesedaran dan minatnya terhadap apa-apa perkembangan dan
kemajuan yang boleh dan mampu diceburinya.
Ibu bapa perlu memiliki daya bimbingan yang baik dan bersungguh supaya
anak berada dalam pengaruh budaya dan perikatan keluarga yang sihat. Jika
tidak, pengaruh buruk di luar yang sedang menunggu akan mempengaruhi
2

mereka. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih
mana yang baik dan mana yang buruk dalam hidup mereka. Seorang sarjana
Islam yang terkemuka, Profesor Doktor Yusof al-Qardhawi mengatakan
bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya
ikatan akhlak yang mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala.
Bimbang dengan tekanan ini, mimbar menyeru ibubapa agar menjaga,
memelihara dan membimbing anak-anak secara penuh serius, terutamanya
dari sudut rohani, atau bimbingan hati, dan akhlak peribadi, serta sentiasa
meyakinkan mereka bahawa sesetengah perbuatan dan kelakuan di luar
sana adalah amat berbahaya dan boleh merosakkan keseluruhan akal dan
fizikal seseorang.
Allah subhanahu wataala menegaskan keseksaan yang sangat berat jika
ibubapa sengaja cuai, atau bersifat khianat serta mengambil lewa dengan
amanah yang diberikan untuk mendidik anak-anak. Firman-Nya dalam surah
At-Tahrim ayat 6:




Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan
segala yang diperintahkan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena dengan cuti persekolahan ini, mimbar ingin mencadangkan kepada
ibubapa sekalian agar melaksanakan beberapa tindakan dalam memastikan

kesinambungan aktiviti pembelajaran dan pendidikan anak-anak dapat


diteruskan. Antara tindakan tersebut adalah:
Pertama: Ibubapa Hendaklah Berperanan Sebagai Guru di Rumah.
Ibubapa perlu membimbing dan menggalak anak-anak supaya meneruskan,
menambah dan memperkayakan kerja-kerja sekolah. Ibubapa wajar
memberikan perhatian sepenuh masa semasa bersama anak-anak, misalnya
bercerita, atau sama-sama membaca cerita, dan mengingat contoh teladan
yang benar-benar bermanfaat atau berfaedah. Ibu bapa harus menyekat
anak-anak dari pelbagai pengaruh jahat di sekeliling mereka khususnya
aktiviti-aktiviti yang mengkhayalkan serta bertentangan dengan pembelajaran
mereka seperti melepak, berbual kosong, menonton siaran-siaran, atau DVD
dan VCD yang ganas dan lucah. Dorongan, bimbingan dan, penting sekali,
contoh teladan ibubapa di rumah akan dapat membentuk daya tahan anakanak dalam menghadapi cabaran pendidikan, atau pembentukan ciri-ciri
sahsiah yang bersifat mulia sejagat.
Ibubapa perlu insaf bahawa tahap pencapaian pendidikan anak-anak di
mana-mana peringkat, masih punyai banyak ruang yang boleh ditambahbaik.
Kebaikan dan kecemerlangan itu sebenarnya tiada limit, tiada batasan.
Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM dikeluarkan,
anak-anak kita masih ramai lagi yang kurang baik; ramai pula yang masih
gagal, terutamanya dalam pelbagai subjek yang dianggap berat, seperti
matematik dan sains. Penggembelingan usaha antara ibubapa dan guru-guru
amat mustahak untuk mengatasinya. Namun, semasa cuti sekolah ini,
ibubapa perlu mencari jalan untuk memudahkan, atau meringankan bidangbidang yang dianggap berat itu.
Kedua:

Menyediakan Penjadualan Aktiviti Yang Berfaedah.

Penjadualan aktiviti anak-anak di musim cuti persekolahan sangat penting


untuk mendorong dan mengawal anak-anak, serta dan sambil mengelak
anak-anak daripada tertarik dan terjerumus ke dalam aktiviti yang di luar
4

kawalan dan merosakkan. Ibubapa perlu menyusun dengan baik masa yang
terluang itu dengan perkara-perkara yang berfaedah, dan dapat menjana
kekuatan peribadi mereka. Dalam erti kata lain, biarlah cuti ini dijadikan
peluang untuk mengukuhkan nilai dan sahsiah peribadi anak-anak,
khususnya dari segi keilmuan dan kesungguhan mereka untuk menjadi
manusia yang sempurna.
Ketiga:

Ibubapa Berkewajipan Membangun Rohani Anak-anak.

Bagi orang Islam, ibubapa berperanan utama dalam memberi pengajaran


dan pendidikan agama untuk anak-anak. Justeru, tanggungjawab ibubapalah
yang akan menentukan anak yang soleh, dan menjauhkan anak daripada
menjadi derhaka. Apabila jiwa anak-anak sentiasa diisi dengan takwa dan
iman, maka perasaan kasih-sayang dan hormat-menghormati di kalangan
ahli keluarga, khususnya, orang tua, akan terpupuk dan terbudaya.
Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak benar-benar komited dengan
perintah Allah

subhanahu wataala

seperti solat,

terutamanya

solat

berjemaah. Latihan ini perlu disertakan dengan tahap disiplin diri yang tinggi
agar anak-anak terbiasa dan dapat membentuk budaya berjemaah sehingga
dewasa. Konsep dakwah bilhal oleh ibubapa, iaitu ibubapa menjadi contoh
kepada anak-anak, amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Pembudayaan bapa dalam solat secara berjemaah di surau atau di masjid,
membaca al-Qur'an, memberi dan mengikuti tazkirah dan membaca bukubuku agama, insya Allah akan dapat menyuburkan iman dan takwa anakanak.
Insafilah bahawa beriman atau sebaliknya anak-anak adalah berpunca
daripada ibubapa. Ini ditegaskan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam
sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim:
((








))

Maksudnya : Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang
tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani
maupun seorang Majusi.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru marilah kita memastikan sepanjang
cuti sekolah ini, anak-anak kita dinaungi oleh suasana pendidikan dan
pembelajaran yang berterusan. Semoga usaha ini dapat mengawal anakanak daripada terpengaruh dengan aktiviti yang negatif dan sekaligus
melahirkan generasi yang mantap akidah, kukuh peribadi dan cemerlang
dalam pendidikan.



Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

KHUTBAH JUMAAT KEDUA


____________________________________________________________________________________________________________

.
.

.






.














.



Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
7

kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat
kelak.
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada
kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,
khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan
juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal

kami,

eratkanlah

perpaduan

kami,

murahkanlah

rezeki

kami,

kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan


yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada
ujianmu

seperti

banjir

besar,

kemarau

panjang,

wabak

penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon


denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,
makmur dan berkat.
Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah
setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia generasi pelapis
negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab,
dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik,
aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat
daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami,
daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan
maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

.


.
.





.




.


.


. .

Anda mungkin juga menyukai