Anda di halaman 1dari 8

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

TAJUK : PENERAPAN NILAI PENDIDIKAN ISLAM DALAM RUMAH TANGGA


1.0 : PENGENALAN
Penerapan nilai pendidikan islam pada manusia sangat penting sebagai panduan untuk menjalani
kehidupan yang masih bersisa lamanya. Penerapan nilai pendidikan islam bagi melahirkan insan
yang bertamadun bermula usia masih kecil lagi. Penerapan boleh dibuat bergantung pada
persekitaran seperti di sekolah, di rumah dan di tempat awam.
Selain itu, Pendidikan dalam Islam memiliki kedudukan yang tinggi. Hal ini dibuktikan
dengan disebutkannya konsep pendidikan dalam Al-Quran dan Al-Hadis berulang kali.
Pendidikan bukanlah hanya dituangkan dalam pengetahuan semata-mata kepada anak didik,
tetapi harus juga diperhatikan pembinaan moral, sikap dan tingkah laku. Oleh itu, dalam setiap
pendidikan, pengetahuan harus ada pendidikan moral dan pembinaan kepribadian yang sihat.
Pendidikan seperti itu ada dalam pendidikan Islam. Mereka dilatih secara mental dan berdisiplin
sehingga mereka ingin memiliki pengetahuan bukan saja untuk memuaskan rasa ingin tahu
intelektual atau hanya untuk manfaat kebendaan yang bersifat duniawi, tetapi juga untuk tumbuh
sebagai makhluk yang rasional, berbudi, dan menghasilkan kesejahteraan spiritual, moral, dan
fisik keluarga mereka, masyarakat, dan umat manusia (Ashraf, 1993).
Oleh itu, pendidikan Islam perlu diperkenalkan dan dididik sejak kecil lagi.
Penerapannya boleh bermula dalam kalangan keluarga dan seterusnya terhadap masyarakat.
Penerapan nilai pendidikan Islam bukan sahaja ketika memiliki anak bahkan bermula semasa
pemilihan pasangan, semasa mengandung dan sehingga anak dilahirkan.
Di samping itu, penerapan nilai pendidikan Islam dalam masyarakat bertujuan untuk
menciptakan masyarakat yang soleh dan bertamadun. Bentuk penerapan nilai pendidikan Islam
dalam masyarakat mempunyai sifat tolong- menolong, bertoleransi, bertanggungjawab, amanah,
semangat kejiranan dan semangat berpasukan. Hal ini kerana, memberi pengajaran dan membina
hubungan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, masyarakat juga dapat meringankan tulang
dalam memberi sumbangan dalam kebajikan masyarakat, dan mengukuhkan imej budaya Islam.

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

2.0 : PENERAPAN NILAI PENDIDIKAN ISLAM DALAM RUMAH TANGGA


Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang utama dan pertama bagi seorang anak,
sebelum ia berkenalan dengan dunia sekitarnya, ia akan berkenalan telebih dahulu dengan
keadaan keluarga. Pengalaman pergaulan dalam keluarga akan memberikan pengaruh yang
sangat besar bagi perkembangan anak untuk masa yang akan datang. Keluargalah yang akan
memberikan warna kehidupan seorang anak, baik perilaku, budi pekerti maupun adat kebiasaan
sehari-hari. Keluarga jualah tempat dimana seorang anak mendapat tempaan pertama kali yang
kemudian menentukan baik buruk kehidupan dan pergaulan dengan masyarakat lain. Sehingga
tidak salah lagi kalau keluarga adalah elemen penting dalam menentukan baik buruknya
masyarakat (Athiyah, 1993: 133).
Keluarga adalah wadah pertama dan utama bagi pertumbuhan dan pengembangan anak.
Jika suasana dalam keluarga itu baik dan menyenangkan, maka anak akan tumbuh dengan baik.
Sekiranya keluarga daripada golongan yang kurang pendidikan agamanya maka perkembangan
anaknya dalam keadaan tidak baik.
Peranan ibubapa dalam keluarga amat penting, terutama ibu. Ibu merupakan suri rumah
dan pendidik kepada anak-anak dan suaminya. Ibu yang mengawal rumah untuk menjadikan
rumah mereka sentiasa berdakwah ke jalan yang benar. Oleh itu, peranan seorang ibu sangat
penting dalam menentukan pembentukan akhlak dan sahsiah anak mereka samada menjadi
seorang anak yang Berjaya dan dihormati oleh keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Ibubapa merupakan pendidik utama bagi anak-anak mereka, kerana pendidikan awal bermula
dengan ibubapa dan keluarga.
Disamping itu, faktor penting yang memegang peranan dalam menentukan kehidupan
anak adalah pendidikan agama dan pendidikan dunia mestilah seimbang. Setiap anak mempunyai
sifat atau tingkah laku yang mendorong mereka dalam meniru gaya orang dewasa. Contohnya,
orang dewasa bertutur dengan menggunakan perkataan kasar seperti bodoh dan sebagainya akan
mendorong anak tersebut meniru pertuturan itu kerana anak tersebut tidak dapat memahami
sesuatu perkara samada baik atau buruk. Oleh itu, pengajarannya, dalam kehidupan seharian
perlu melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan dan elakkan daripada sesuatu yang
2

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

buruk. Kesimpulannya, ibubapa merupakan tunjang dalam mendidik anak mereka dengan
menjadi contoh teladan kepada anak-anak.
Sebagaimana Rasulullah SAW.,bersabda: Artinya: Dari Abu Hurairah, r.a., berkata:
Bersabda Rasulullah SAW.: Tidaklah seseorang yang dilahirkan melainkan menurut fitrahnya,
maka

kedua

orang

tuanyalah

yang

meyahudikannya

atau

menasronikannya

atau

memajusikannya(HR.Bukhari).
Dalam pandangan Islam, anak adalah amanah yang dibebankan oleh Allah SWT kepada
orang tuanya. Oleh itu, ibubapa harus menjaga dan memelihara serta menyampaikan amanah itu
kepada yang berhak menerima. Kerana manusia adalah milik Allah SWT, mereka harus
mendidik anaknya untuk mengetahui dan menghadapkan diri kepada Allah SWT. Mengingat
tentang pendidikan keluarga, memberikan keyakinan agama, nilai budaya, nilai moral dan
keterampilan Pendidikan keluarga diharapkan dapat mempengaruhi pembentukan akhlak dan
keperibadian anak menjadi manusia yang taat, aitu manusia yang berbudi bahasa, cerdas, dan
berakhlak. Pendidikan agama Islam menerapkan nilai budi pekerti, nilai keyakinan (aqidah), dan
nilai pengabdian (ibadah).
Kesimpulannya, ibubapa perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental dalam
membentuk anaknya seorang modal insan yang bertamadun yang diperlukan oleh masyarakat,
agama, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan faktor yang akan memberi dorongan
dan pengaruh yang kuat dalam kesediaan pendidikan.

3.0 : PELAKSANAAN IBUBAPA SEBAGAI PENDIDIK


3

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

1) Penyayang : ibubapa sentiasa mengambil berat dan menyayangi anaknya dan orang di
sekelilingnya. Sifat penyayang merupakan aspek penting dalam pendidikan terutama
mendidik anak di rumah. Anak berasa selamat dan yakin sekiranya sifat penyayang
diterapkan dalam mendidik anak-anak. Ibubapa yang mengambil berat terhadap anaknya
akan sentiasa dihormati dan disayangi oleh anaknya. Sekaligus sifat ini akan
mempengaruhi dalam pergaulan dengan masyarakat luar. Contohnya, ibubapa sentiasa
bertanya khabar dengan latihan yang diberikan oleh guru di sekolah. Selain itu, ibubapa
sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat ketika anaknya dalam kepayahan
memperjuangkan kehidupannya seperti proses pembelajaran di sekolah.
2) Keadilan : ibubapa perlu adil dalam memberi hak kepada anak mereka sekiranya mereka
mempunyai anak lebih daripada seorang. Hal ini kerana, mengelakkan daripada sifat
cemburu atau hasad dengki wujud dalam diri anak mereka. Keputusan yang diambil
dalam sesuatu perkara perlu sama rata, tanpa memilih rupa atau kepentingan seseorang.
Sifat yang sangat ditakutkan adalah sifat bias atau pilih kasih dalam mencurahkan kasih
saying dan dididikan perlu dielakkan. Hal ini kerana, mengelakkan daripada anak mereka
merasakan dirinya tidak berguna dan tidak dihargai.
3) Bertanggungjawab : ibubapa merupakan induk utama dalam keluarga yang akan
menanggung nafkah kepada anak-anak, memberi perlindungan dan keperluan,
menyediakan

pendidikan

dan

menjamin

keselamatan.

Kebiasaanya,

ibu

akan

menguruskan rumah seperti menyediakan makanan, membasuh dan melipat pakaian serta
mengemas rumah. Selain itu, ibubapa juga perlu mengurus dan mengawal anak mereka
ke sekolah. Contoh bagi mengawal adalah ibubapa perlu bertanya khabar tentang
pelajaran yang dipelajari.
4) Kemesraan : ibubapa yang mempunyai sifat terbuka dan penerimaan yang tinggi supaya
merperlihatkan sikap yang penuh dengan kemesraan dan keikhlasan. Contohnya, ibubapa
perlu mendengar dan melayani anak mereka sekiranya anak mereka ingin berkongsi
tentang kawan-kawan di sekolah ataupun berkaitan dengan pelajaran anak mereka. Hal
ini kerana, akan mempengaruhi anak mereka dalam menerapkan komunikasi yang baik
dalam perhubungan samada dengan kawan dan keluarga. Sifat mesra ini juga dapat
4

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

memberi keselesaan terhadap anak mereka untuk terus berkongsi pengalaman atau cerita
apa sahaja. Disamping itu, ibubapa juga akan memberikan kata-kata nasihat sekiranya
perkara yang diceritakan tersebut mempunyai unsur yang tidak baik dan memperingatkan
anak mereka tidak melakukan kesalahan tersebut.
Memiliki peribadi mulia : peribadi yang mulia seperti ikhlas, jujur, sabar, pengasih,
takwa,warak, kebersihan diri, tingkah laku, cara berpakaian, dan sebagainya akan
mempengaruhi terhadap anak mereka. Peribadi yang mulia akan memudahkan segala
urusan duniawi dan akhirat. Selain itu, akan memperolehi jiwa yang tenang dan suci
dalam melakukan amalan yang baik. Peribadi mulia memberi kesan terhadap tingkah laku
anak mereka. Contohnya, ibubapa sentiasa mendidik anak mereka membaca doa sebelum
dan selepas makan, anak mereka akan sentiasa membaca doa setiap kali untuk menjamu
makanan walau dimana sahaja kerana mereka menganggap bahawa membaca doa
merupakan rutin harian mereka dan kebiasaan. Sebagai ibubapa juga menjadi teladan
yang baik bagi anak-anaknya, dan memberikan contoh perilaku yang sesuai dengan
agama, kesusilaan, kesopanan, hukum dan adat.
5) Komunikasi : ibubapa mempunyai proses interaksi yang baik dan jelas. Hal ini akan
memudahkan anak mereka memahami arahan dan peraturan yang telah ditetapkan di
dalam rumah dan memastikan anaknya mematuhi. Hal ini akan menerapkan nilai positif
dalam diri anak mereka bagi dapat menilai kebaikan dan keburukan. Selain itu, dapat
melihat matlamat yang jelas yang diharapkan oleh kedua ibubapa mereka. Disamping itu,
ibubapa tidak terlalu mengokong anak mereka dan memberi sedikit kebebasan tetapi
dalam ketegasan. Selain itu, motivasi dan kaunseling juga merupakan perkhidmatan
kedua bagi ibubapa kerana setiap masalah dan dugaan yang ditimpa oleh anak mereka
akan merujuk atau mengadu terhadap ibubapa mereka. Oleh itu, ibubapa memainkan
peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan keredhaan dalam menghadapi
masalah tersebut dengan baik.
4.0 : FAKTOR-FAKTOR YANG MELEMAHKAN PERANAN AKHLAK
DalamPendidikan :
Ibu bapa dan keluarga yang tidak mementingkan akhlak kerana terlalu
terpengaruh dengan kehidupan dan kebendaan. Peranan budaya liberal dan media
massa, cetak dan elektronik, yang menonjolkan nilai-nilai kehidupan kebendaan,
5

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

keseronokan hawa nafsu dan kebebasan individu yang melampaui batas

kesusilaan
Disamping itu, Dasar pembangunan yang masih bersifat dualistik dan yang tidak
menekankan kesepaduan pembangunan insan. Ini menyebabkan pertumbuhan

ekonomi tidak dijiwai oleh akhlak yang mulia.


Wujudnya tekanan daripada golongan pimpinan di sekolah dan pusat-pusat
pengajian tinggi supaya nilai-nilai agama dan akhlak terus terpisah daripada
pendidikan professional sehingga dasar penerapan nilai-nilai Islam tidak

mendapat sambutan yang ikhlas.


Dasar pendidikan yang berorientasi kecemerlangan akademik semata-mata yang
beroperasi di sekolah- sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi melemahkan

nilai-nilai kerohanian dan akhlak.


Sikap guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang terpengaruh dan terbawa-bawa
dengan kepentingan kebendaan dan persaingan keduniaan sehingga melemahkan

peranan mereka sebagai pendidik yang sejati.


Amalan ekonomi pasaran bebas yang menekankan pertumbuhan serta dasar yang
terlalu memihak kepada modal dan golongan-golongan berada mempengaruhi
sikap dan perlakuan golongan terpelajar yang sebahagian besarnya terlalu
mementingkan kelulusan akademik dan mengurangkan nilai-nilai akhlak yang

mulia.
Alam sekitar yang mendorong ke arah kehidupan yang tidak menekankan akhlak
yang mulia tetapi menunjukkan bahawa kejayaan dan kesenangan hidup banyak
bergantung kepada faktor-faktor wang, pengaruh, status, kedudukan dalam parti,
perlindungan politik, hubungan dengan golongan atasan dan pragmatisme.

5.0 : CABARAN PENERAPAN NILAI ISLAM TIDAK DITITIKBERATKAN


1.
2.
3.
4.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan


Persembahan konsert barat yang bertentangan dengan budaya kita
Mudah mendapat dan menonton gambar lucah seperti Internet dan lain-lain
Ada kemudahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti pengguguran

haram
5. Faktor persekitaran yang mendedahkan remaja dengan pusat-pusat hiburan
6. Disiplin sekolah yang longgar
7. Kesilapan membimbing, terlampau memanjakan anak-anak
6

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

8. Pembawaan keluarga remaja itu


9. Faktor peribadi yang kotor, merujuk kepada seseorang yang sudah rosak akhlaknya,
atau mempunyai sifat-sifat keji
6.0 : KESAN PENERAPAN NILAI ISLAM TIDAK DITITIKBERATKAN
1) Kesan (individu)
Firman allah swt bermaksud: ..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke
dalam bahaya kebinasaan, surah al- baqarah : ayat 195)
Berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa
dapat memenuhi tuntutan rohani dan jasmani dengan terkawal.
Berkeupayaan menerima ilmu berfikir, membezakan baik dan buruk boleh diajar dan
dididik serta boleh menyampaikan pengetahuan ajaran islam kepada orang lain.
2) Kesan kepada keluarga
Kehidupan keluarga akan mudah diatur dan diurus.
Dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan,pergaulan dan pembangunan keluarga
dengan tarbiah islamiah.
Dapat menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai
hamba Allah.
Seseorang ketua yang unggul adalah modal yang berkesan dalam pendidikan akhlak
keluarganya dan perlu membimbing mereka dengan akhlak islamiah berdasarkan ilmu
dan pengalaman yang ada padanya.
3) Kesan kepada masyarakat dan negara
Individu muslim yang cemerlang akan memastikan hubungan kemasyarakatan berada
dalam satu ikatan yang harmon.i
Firman allah swt yang bermaksud dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali
allah (agama allah) dan jangan lah kamu bercerai-berai) surah ali imran: ayat 103.
Sabda rasulullah saw yang bermaksud hubungan orang mukmin dengan orang mukmin
yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain
riwayat at tabarani.
Pengetahuan seseorang individu atau masyarakat tidak sempurna tanpa ilmu, agama dan
duniawi.

VCH3023/PENGURUSAN KELUARGA 2015

Oleh itu, bidang ekonomi,politik dan social yang meliputi ilmu agama juga menjadi
penting dalam sesebuah masyarakat kerana ilmu duniawi ini merupakan urusan hidup
yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki dalam ajaran islam.
Dalam konsep sejagat, seseorang individu muslim yang cemerlang akan mampu
memimpin ummah diperingkat yang lebih luas. Kejayaan pemimpin negara juga akan
diikuti oleh negara lain sebagai model.

Anda mungkin juga menyukai