Anda di halaman 1dari 18

Isi Kandungan

NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Perkara Pengertian Manhaj Dakwah Perbezaan antara Mahaj ,Wasilah dan Uslub Perkembangan Ilmu Dakwah Hukum Berdakwah kepada Allah SWT Perjalanan Dakwah Sebelum Islam Perjalanan Dakwah Dari semasa Rukun Dakwah Kepentingan Dakwah Asas pembentukan Manhaj Dakwah Sebab Keberkesanan Manhaj Dakwah Dakwah Ulul Azmi Dakwah Kedai Kopi Dakwah Pelawak Dakwah Internet M/S

BAB PERTAMA PENGERTIAN MANHAJ DAKWAH KEPADA ALLAH SWT


Pengertian Manhaj Dakwah adalah satu skop yang luas .Namun,ketentuan pentakrifannya mengikut keatas sebutan seseorang individu mualim (guru). Maka,pengertian manhaj dakwah merupakan satu bentuk yang umum .Dan perlaksanaannya mengikut keseniaan dalam penyampaian dakwah seseorang.Dengan ini,kita mampu menjelaskan pengertiaan manhaj dakwah secara terperinci. Sebelum kita membahaskan pengertiaan manhaj dakwah,lebih baik kita mengetahui bahawa Manhaj Dakwah merupakan gantian kepada Manhaj Dakwah kepada Allah SWT Oleh demikian itu, tidak ada perbezaan diantara para imam mazhab dalam kenyataan tersebut. Dengan ini,bila disebutkan manhaj dakwah kita mengetahui dengan makna manhaj dakwah kepada Allah s.w.t. Terdapat banyak dalam pemberian makna manhaj dan dakwah dari segi bahasa mahupun istilah.Dari sudut yang lain,kita mengetahui bahawa manhaj dakwah merupakan satu kegiatan dakwah untuk menyeru seseorang dalam menegakkan agama Allah taala. Dalam kitab suci Al-Quran,Allah SWT berfirman:
1

{ }

Daripada ayat diatas,kita mengetahui yang dimaksudkan dengan adalah menyeru kepada agama Allah SWT. Seseorang individu yang memberikan pengertian manhaj dakwah sama ada dari amalnya yang berbentuk nazhori(pandangan) ataupun amali(perbuatan) sehinggakan amalan itu dinamakan amalan yang bermanhaj,tidak dapat tidak perlulah terdapat padanya akan aspekaspek seperti berikut: 1.Mempunyai matlamat yang luas pada amalnya dengan teliti. 2.Mempunyai langkah-langkah asas ilmu yang benar. 3.Dan langkah kepentingan yang menyangahi daripada satu perkara kepada yang lain. Dengan adanya aspek-aspek tersebut sudah pasti dapat melahirkan seseorang mualim yang bermanhaj dan berprestij tinggi.Oleh demikian itu,untuk mewujudkan asas pembentukan dakwah dan sebab-sebab keberkesanan dakwah,tidak dapat tidak wajiblah didahulukan dengan seorang pendakwah yang bermanhaj.

Surah An-Nahl: Ayat 125

Perkataan Al-manhaj dipetik dalam bahasa arab dan dengan makna yang satu membawa maksud satu jalan yang jelas lagi nyata.Allah SWT berfirman dalam satu ayat-Nya yang berbunyi : { } Maksudnya:Kami adakan bagi setiap ummat diantara kamu satu syariat(peraturan) dan satu jalan.2 Berdasarkan ayat Allah tersebut, Imam Ibnu Abbas berkata bahawa Al-manhaj ( )adalah As-sunnah(, )Ia merupakan satu jalan yang jelas lagi terang.Menurut Imam ahli tafsir Ibnu Kastir dalam tafsirnya3 dengan menyebut: {} Adapun Manhaj dengan makna satu jalan yang terang dan mudah. Dan telah berkata Said ibn Abi Urubah daripada Qatadah didalam tafsir Ibnu Katsir berdasarkan ayat Allah SWT : { } Katanya:Manhaj adalah satu jalan dan sunnah.Dan sunnah yang berbeza mahupun pada kitab At-Taurah dengan syariatNya,kitab Al-Injil dengan syariatNya dan Al-Furqan dengan syariatNya masing-masing,yang telah Allah menghalalkan padaNya sesuatu dan juga mengaharamkan padaNya sesuatu supaya dapat mempelajari untuk mentaati daripada melakukan perkara yang di tegah.Dan Allah tidak akan pernah menerima sesuatu agama selain daripada agama Islam. Perkataan Ad-dakwah ( )pula berasal daripada bahasa arab daa,yadu ,dakwatan yang membawa maksud menyeru,mengajak atau memanggil orang untuk melakukan sesuatu perkara yang bersifat positif mahupun negatif. Adapun menurut Imam Idris Al-Marbawi didalam kamusnya,dakwah adalah menyeru atau mengajak orang untuk masuk agamanya ataupun mazhabnya. Disini jelaslah perkataan `dakwah selalu digunapakai untuk setiap kegiatan yang bersifat menyeru dan mengajak orang untuk beriman dan taat kepada Allah SWT sesuai dengan garis panduan aqidah,syariat dan akhlak islamiah. Menurut Al-Quran pula,dakwah adalah menyeru atau menyampaikan kebenaran kepada jalan Allah SWT ( ) dengan kaedah atau cara ( ) yang berhikmah.Kata dakwah juga sering dirangkaikan dengan kata ilmu dan islam,sehingga menjadi ilmu dakwah dan dakwah islam atau dakwatan islamiyyah.Dan terkandung didalam ilmu dakwah adalah ilmu manhaj dakwah.Manhaj dakwah merupakan satu ilmu untuk mengetahui cara atau kaedah dalam memperlaksanakan kegiatan dakwah kepada Allah SWT.
2 3

Surah Al-Maidah : Ayat 48 Tafsir Ibnu Katsir

Sekiranya dilihat dari sudut istilahnya pula,manhaj dakwah merupakan satu jalan yang jelas lagi nyata bagi pendakwah ( )untuk menghasilkan keberkesanan dakwah kepada maduu(orang yang mendapat tarbiyah daripada pendakwah) dengan menggunakan kaedah yang betul supaya mencapai matlamat yang jitu seiring dengan kegiatan dakwah.Namun,didalam pentakrifan ini terkandung 3 marhalah(peringkat) dakwah iaitu penyampaian,pebentukan dan pelaksanaan dari satu sudut ke satu sudut yang lain.

Penjelasan makna manhaj dakwah


1.(Satu jalan yang jelas lagi nyata):Jalan yang bermanhaj yang tidak ada padanya keraguan dan ketidakpastian. 2.(Menghasilkan keberkesanan dakwah):Menjalankan dakwah dengan bermanhaj dari satu cabang ilmu teori kepada ilmu pelaksanaan dalam medan dakwah yang memberi kesan kepada maduu(orang yang ditarbiah) akan dakwah. 3.(Kaedah yang betul):Menyebarkan dakwah dengan cara yang berhikmah atau bijakasana dan memberi pengajaran yang baik serta sesuai mengikut keadaan dan tempat ,seiring dengan firman Allah SWT: ( ) 4.(mencapai matlamat yang jitu):Dengan mencorakkan dakwah yang betul akan menghasilkan maduu yang berkualiti dan dapat melaksanakan apa yang diperintahkan ,meninggalkan apa yang ditegah.

BAB KEDUA PERBEZAAAN DIANTARA MANHAJ WASILAH DAN USLUB

Sekiranya ditinjau dari segi bahasa,pengertian manhaj ,wasilah dan uslub mempunyai makna yang sama iaitu jalan atau laluan untuk membawa daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain samaada dalam bentuk yang umum mahupun khusus. Kebiasaannya, pengunaan perkataan manhaj,wasilah dan uslub didalam ilmu dakwah tidak menitikberatkan perbezaan diantara kegunaannya.Terkadang sebahagian perbahasan mengunakan perkataan wasilah dan terkadang juga menggunakan perkataan uslub atau manhaj.Sebaliknya,dalam memperlaksanakan amal dakwah seharusnya tepat dalam penggunaan perkataan mengikut keadaan maduu .

Oleh demikian itu,penyelidikan dengan teliti telah dapat merumuskan perbezaan makna diantara manhaj,wasilah dan uslub.Perbezaan makna dari segi bahasanya adalah seperti berikut: I. II. III. Manhaj :Satu jalan yang jelas lagi nyata. Wasilah :Hubungan dan pertalian. Uslub :Kesenian seseorang dalam penyampaian.

Manakala makna dari segi istilahnya selepas diteliti dengan apa yang telah disebut sebelum ini,kita dapat rumuskan maknanya adalah: I. Manhaj Dakwah merupakan satu bentuk keadaan yang permulaan dan pengakhiranya bergantung kepada pendakwa (daei) dalam seni penyampaiannya dengan fikrah yang berasas atau bermanhaj. Wasilah pula merupakan satu pikulan tanggungjawab dalam pembawakan yang bermanhaj kepada maduu. Manakala uslub dakwah adalah kesenian dalam pembawakan wasilah.

II. III.

BAB KETIGA PERKEMBANGAN ILMU DAKWAH


Perkembangan dakwah islamiyah tertegak diatas 2 perkara iaitu ilmu dan amal.Dengan adanya 2 aspek tersebut, maka terlihat satu bentuk corakan dakwah islamiyah.Permulaan dakwah telah dibawa oleh jujungan mulia Rasulullah SAW kepada seluruh umatnya dengan matlamat untuk menegakkan kalimah mulia ( ) dan Baginda telah menyeru kepada sekalian umat manusia supaya taat akan perintah Allah sesuai dengan pembawakan konsep (amar makruf nahi mungkar). Sebagaimana kita tahu,bahawa dakwah yang dibawa Baginda SAW pada awal pembawakanNya dengan secara sirr(rahsia) ataupun tersembunyi.Ini kerana,pada ketika itu kedudukan agama Islam masih dianggap lemah. Setelah kedudukan Islam semakin kukuh,Baginda SAW menukar strategi dakwah dengan cara yang jahr(jelas).Maka,dengan penukaran strategi dakwah itu kita mengetahui bahawa pengelolaan strategi itu disebut sebagai uslub dakwah.Baginda SAW, telah menyampaikan dan membacakan ayatayat Allah dan mengajarkan apa yang tersingkap didalam Al-Quran. Dan Rasulullah SAW telah diutus oleh Allah untuk meyebarkan dakwah kepada seluruh ummatNya dengan berpandukan 2 sumber perundangan islam iaitu Al-Quran dan As-sunnah (hadith).Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah riwayatNya yang dikenali sebagai hadith tsaqalain dan diriwayat daripada Imam Malik pada kitab Muwwato4 :

(460)

Maksudnya:Aku telah tinggalkan pada kalian 2 perkara,kalian tidak akan sesat selama mana berpegang kepadanya iaitu : Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi (Hadith). Dan Allah telah berfirman dalam Al-Quran: () Maksudnya:Dia (Allah) yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya ditinggikanNya agama itu diatas segala agama sekalipun orang-orang musyrik tidak menyukainya.5 Daripada ayat diatas,yang dimaksudkan dengan ( )ialah petunjuk Al-Quran.Menurut Imam ahli tafsir Ibnu Katsir, bahawa perkataan ( )ialah khabar-khabar yang yang benar,iman yang sihat (sohih),ilmu yang manfaat dan agama yang benar iaitu amalan yang soleh lagi sohih yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Setelah pembawakan dakwah Rasullah SAW sampai ke pengakhirannya,ilmu dakwah ini telah diwarisi serta diikuti oleh para sahabat radhiAllahu anhum dan disambung pula oleh para khulafa ar-rasyidin dalam pemerintahannya.Proses dakwah yang telah dibawa oleh mereka mungkin berbeza dari segi pembawakan tetapi sama tujuan seperti dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang berkonsepkan dakwah menyeru kepada Allah SWT.Kemudian ,ilmu dakwah ini telah dirantai oleh satu generasi ke generasi yang lain dengan bertujuan menyebarkan agama islam kepada masyarakat umum sehinggalah ke hari ini. Pembawakan dakwah yang digunapakai oleh Nabi Muhammad SAW hanya terbatas dengan cara penyampaian face to face melalui percakapan yang berunsur nasihat mahupun secara slow talk kepada para sahabat RA.Pun begitu,strategi pembawakan dakwah ini berbeza penyampaiannya di dalam uslub dakwah dari segi cara ataupun teknik penyampaian dan bentuk dakwah mengikut waqie mahupun peredaran era zaman.Dengan perkara tersebut,kita mengetahui bahawa penyebaran dakwah sering berlaku perbezaan mengikut keadaan ataupun waqie. Contohnya, penyebaran dakwah dalam zaman era globalisasi ini dengan menggunakan media masa dalam penyampaian dakwah samada melalui alat teknologi seperti televisyen,radio, internet,blog,kaset,cd,vcd, mp3 dan sebagainya. Namun,dalam teknik penyebaran dakwah pada zaman sekarang ini telah terbuka luas dalam apa jua bentuk penyampaian mahupun dari segi perfileman ,perlancongan ,lukisan, dan hiburan.Para ulama telah mengharuskan dakwahan cara sebegini selagimana ianya tidak bercanggah ataupun menyalahi mana-mana hukum syara.Demikian juga dakwah melalui video

Surah At-Taubah: Ayat 33

dan laman sosial yang tidak pernah digunapakai oleh Rasulullah SAW ,adalah dibenarkan selagimana tidak bertentangan dengan syara.

HUBUNGAN ILMU DAKWAH DENGAN ILMU YANG LAIN


Dalam membicarakan ilmu dakwah,tidak dapat tidak ,terdapat hubungan (alaqah)antara ilmu ini dengan ilmu syarie yang lain.Menurut islam dalam memperbahaskan satu ilmu ,ianya perlulah diperbahaskan dengan cara teperinci ataupun mendalam supaya ianya menjadi satu perbahasan yang sempurna lagi menyempurnakan.Ini kerana ketika pengakhiran dakwah Nabi SAW,islam telah terdiri diatas dalil-dalil yang kukuh.Setiap perilaku yang dilakukan oleh orang islam ,tertegaknya ia diatas sumber dalil atau bukti yang diambil daripada sumber perundangan islam mahupun Al-Quran dan Hadith.Demikian itu,Allah SWT telah berfirman dalam satu riwayatNya yang berbunyi: ) ( Maksudnya:Pada hari ini(Arafah) Aku telah sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku telah redha islam menjadi agamamu.6 Pada ayat diatas telah menunjukkan bahawa agama islam ini telah lengkap lagi sempurna dan ianya tertegak diatas dalil.Dalam ayat ini juga ,telah menjelaskan pada seluruh manusia bahawa pembawakan dakwah Nabi SAW telah sempurna sebelum Baginda SAW kewafatan.Bila membicarakan tentang kesempurnaan agama islam maka tidak tekeluarlah dari mulut jahat yang mengatakan bahawa islam ini terdiri diatas taqlid (satu perkara yang dilakukan tanpa sebarang hujah mahupun dalil). Menurut kebiasaannya,perkembangan ilmu islamiyah ini tidak dapat tidak ianya kembali kepada 3 faktor dalam islam iaitu agama(millah),syariat dan manhaj.Tiga perkara tersebut sering disandarkan diatas istilah (ad-din) dan (islam).Maka sesungguhnya, sesorang hamba yang menyembah kepada Allah SWT merupakan satu ibadah yang terkandung padanya ketiga-tiga perkara tersebut.Dan demikian itu dijelaskan dengan agama yang satu,dan syariat serta manhaj yang berbeza. Allah SWT telah menjelaskan bahawa agama yang satu itu didalam firmannya iaitu: ) ( Maksudnya:Kemudian Kami wahyukan kepada kamu (Muhammad) iaitu ikutlah agama Ibrahim yang lurus dan tidaklah dia termasuk dikalangan orang-orang yang musyrik.7 Dan firmanNya juga: * *
6 7

Surah Al-Maidah : Ayat 3 Surah An-Nahl : Ayat 123

Maksudnya:Katakanlah:Sesungguhnya aku telah ditunjukkan Tuhan ke jalan yang lurus,(iaitu) agama yang benar,agama Ibrahim yang hak,dan tidaklah Ibrahim itu termasuk dikalangan orangorang musyrikin(*)Katakanlah:Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah Tuhan semesta alam(*)Tiada bagiNya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku orang yang mula-mula Islam(tunduk kepada Allah).8 Dan telah berfirman juga: * Maksudnya:Sesungguhnya aku meninggalkan agama kaum yang tidak percaya kepada Allah, sedang mereka kafir (tidak percaya )kepada akhirat.Dan aku mengikut agama bapa-bapaku, Ibrahim,Ishak dan Yakub.Tidak sepatutnya kami mennyekutukan Allah kepada kami dan kepada manusia,tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih kepadaNya.9 Dan seterusnya Allah menjelaskan kepelbagaian syariat dan manhaj dalam firmanNya: Maksudnya:Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat,didalamnya ada petunjuk dan nur (cahaya),sedangkan nabi-nabi yang tunduk (kepada Allah) menghukum dengan Taurat terhadap orang-orang Yahudi dan (begitu juga) ulama dan ketua-ketua agama,sebab mereka menghafal kitab Allah dan mereka menjadi saksi atas demikian itu.Sebab itu,janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu dan janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit.Dan barangsiapa tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang-orang kafir.10 Dan firmanNya lagi:

Maksudnya:Dan Kami iringi jejak mereka dengan (mengutuskan) Isa anak Maryam yang membenarkan (kitab) yang sebelumnya,iaitu Taurat,dan Kami berikan kepadanya Injil didalamnya ada petunjuk dan nur(cahaya),serta membenarkan (kitab) yang sebelumnya,iaitu Taurat dan menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa.11

8 9

Surah Al-Anam :161-163 Surah Yusuf : Ayat 37-38 10 Surah Al-Maidah : Ayat 44 11 Surah Maidah : Ayat 46

Dan firmanNya lagi: Maksudnya:Dan Kami telah menurunkan KItab kepadamu (Muhammad) dengan menbawa kebenaran yang membenarkan Kitab yang sebelumnyaserta mengawasinya,sebab itu hukumlah antara mereka mengikutapa yang diturunkan Allah dan janganlakamu turuti hawa nafsu mereka (yang berpaling) dari kebenaran yang telah datang kepadamu.Kami adakan bagi setiap umat diantara kamu satu syariat (peraturan) dan satu jalan.Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia jadikan kamu umat yang satu,tetapi Dia hendak menguji tentang apa yang diberikanNya kepadamu,sebab itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan.12 Daripada ayat diatas,Allah SWT telah menjelaskan bahawa setiap umat mempunyai syariat(peraturan) yang satu dan pelbagai cara pembawakan manhaj oleh para nabi yang sebelumnya.Demikian itu,jelaslah disini bahawa kedatangan setiap para anbiya membawa satu syariat diatas umatnya dan dibawa dengan pelbagai manhaj .Tetapi,kedatangan nabi yang baru perlu mengikut apa yang disyariatkan sebelumnya. Dan dalam pengertian tiga faktor tersebut (Agama,Syariat dan Manhaj), InsyaAllah akan diperbahaskan secara terperinci mengikut disisi ulama kalam tentang istilah-istilah yang digunapakai dalam ilmu dakwah ini. Dan memadailah setakat ini yang dijelaskan demikian bahawa (Millah-Agama) adalah satu pelajaran yang telah dikhususkan oleh Bahagian Aqidah didalam pendidikan sekarang,dan (Syariah) dikhususkan pelajarannya dalam Bahagian Al-Quran dan As-Sunnah serta bahagian Feqah dan Usul,dan pelajaran (Manhaj) dikhususkan didalam Bahagian Dakwah.Dan kesemua pengkhususan tersebut adalah sama dalam pengkajian agama yang satu yang terkandung padanya Agama,Syariah dan Manhaj.Maka,dengan disebutkan pengkhususan ini,jelaslah pada ketiga faktor tersebut terdapat simpulan yang saling berkaitan diantara satu dengan yang lain.Dengan kata lain,tidak sempurna atau syumul satu agama itu melainkan dengan berhubungkaitnya kepada ketiga faktor ini.

BAB KEEMPAT HUKUM DAKWAH KEPADA ALLAH SWT


Dakwah merupakan satu kewajipan keatas setiap individu dalam menyeru seseorang mahupun jemaah untuk kembali taat kepada Pencipta(Allah).Selain menyeru manusia kembali kepada Allah ,dakwah juga merupakan satu uslub(teknik) yang bertujuan untuk

12

Surah Al-Maidah :Ayat 48

mempertingkatkan dari setiap sudut mahupun ibadah dan akhlaq.Kedua-dua aspek ini sangat penting kerana kehidupan manusia sangat memerlukan kepadanya sebagai satu wasilah untuk

bertemu kepada Sang Pencipta.Ini juga kerana asal tujuan kewujudan manusia di atas muka bumi ini semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT seiring dengan kalam-Nya dalam Al-Quran yang menyebut:

Bermaksud:Tidaklah Aku(Allah) jadikan jin dan manusia ini melainkan supaya mereka beribadah(menyembah) kepadaKu.13 Pada soal hukum kewajipan dalam berdakwah,ulama telah sepakat akan kewajibannya tetapi khilaf pada jenis kefardhuan.Adakah dakwah merupakan satu kefardhuan yang ain ataupun kifayah.Perbahasan ulama dalam permasalahan ini timbul dengan didatangkan sumber dalil daripada Al-Quran mahupun Hadith . Sebahagian ulama yang mengatakan bahawa dakwah ini merupakan fardhu ain bagi setiap umat islam dengan beberapa dalil,iaitu: 1)Bahawasanya lafaz miin( )pada kalam Allah yang berbunyi:


Bermaksud:Dan hendaklah ada diantara kamu satu umat(golongan) yang menyeru kepada kebaikan ,menyuruh dengan yang makruf(kebaikan) dan melarang dari yang mungkar,dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.14 Lafaz miin disini ,ia menunjukan kepada miin lilbayan ( )dan ia bukan menunjukan miin liltabied (.)Maka, miin lilbayan pada ayat ini mengkhitobkan ke atas setiap orang yang mukallaf,maka wajiblah dakwah keatas setiap muslim yang berkemampuan. 2)Kalam Allah SWT yang berbunyi:


Bermaksud:Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahikan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar ,dan beriman kepada Allah SWT.15

13 14

Surah Adz-Zhariyaat : Ayat 56 Surah Ali-Imran : Ayat 104 15 Surah Ali-Imran : Ayat 110

Ayat ini menunjukkan ke atas setiap umat supaya meyuruh manusia kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.Ayat ini juga dikenali sebagai ayat dakwah.Disini,jelas menyatakan bahawa peranan setiap manusia yang di lahikan di muka bumi ini tedaka dapat tidak perlu menjalankan beberapa tugas dan tanggungjawab,antaranya:

Meyeru manusia supaya melakukan kebaikan(makruf). Mencegah manusia dari melakukan segala perkara kejahatan ataupun keburukan. Senantiasa beriman ;yakni sentiasa menjaga dan mengusahakan imannya supaya bertambah dan tidak lemah.

Sekiranya selesai ketiga-tiga tugas ataupun tanggungjawab ini maka,jelas disini sebagai umat yang terbaik.Tetapi umat yang terbaik disini hanya terbatas kepada umumnya sahaja manakala makhluk yang paling terbaik di sisi Allah SWT ialah Nabi Muhammad SAW.Ini kerana disebabkan Baginda tidah pernah melakukan sebarang dosa mahupun kejahatan. 3) Pada lafaz ( )yang terdapat pada sabda Nabi SAW,berbunyi; () , , , Bermaksud:Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Sekiranya tidak mampu,ubahlah dengan lisannya.Sekiranya tidak mampu,ubahlah dengan hatinya,dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. 16 Pada hadis tersebut ,penggunaan perkataan (maan) disini menunjukkan lafaz yang umum dan membawa makna yang umum.Dan sekiranya lafaz itu umum,maka ia membawa kepada hukum yang umum.Secara jelasnya,lafaz maan di khitobkan keatas semua umat manusia.Jadi,ia diwajibkan keatas setiap umat. 4)Seterusnya pada hadis Nabi SAW yang dikhabarkan secara umum: () Bermaksud:maka hendaklah yang menyaksikan diantara kamu menyampaikan kepada yang tidak hadir,kerana boleh jadi orang yang menyampaikan itu lebih mengerti daripadanya. Hadis ini membawa maksud yang umum.Jadi ia diwajibkan keatas setiap umat disebabkan lafaznya yang umum. Manakala sebahagian ulama pula ,ada yang yang mengatakan bahawa dakwah merupakan satu fardhu kifayah dengan berpandukan dalil dalil yang berikut,iaitu: 1)Lafaz ( ) pada kalam Allah SWT yang berbunyi:


16

)04( :

Lafaz miin pada ayat ini menunjukan perbalahan diantara para ulama untuk menggariskan bahawa dakwah ini merupakan satu kefardhuan samaada ain atau kifayah.Pendapat kedua ini,mengatakan bahawa lafaz miin pada ayat ini menunjukkan miin liltabied ( ) yang membawa maksud sebahagian.Sekiranya lafaz miin disini diistilahkan sebagai miin liltabied, jadi ia menunjukan bahawa sebahagian umat sahaja yang difardhukan,bukannya semua.

Maka disini jelas menunjukan bahawa dakwah ini difardhukan keatas sebahagian umat sahaja.Dengan kata lain,apabila sebahagian dari kaum Muslimin menjalankan tugas dan tanggungjawab ini,maka gugurlah kefardhuan keatas sebahagian umat yang lain. Orang yang menjalankan tugas itu,akan memperoleh ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.Tetapi, jika semua kaum Muslimin mengabaikan tanggungjawab atau tugas itu,maka dosanya akan menimpa keatas setiap kaum Muslimin yang mengetahui hukumhakamnya,apabila kemungkaran itu hadir di depan mata sedangkan ia tidak mengubahnya dengan tangan atau lisan padahal ia berkuasa. 2)Allah SWT berfirman: Bermaksud:Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalami pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya. Penghujahan para ulama pada menqiaskan ayat ini kepada dakwah amatlah jelas kerana tidaklah semua golongan itu diwajibkan untuk menuju kepada hala yang satu(misi dakwah),bahkan dakwah merupakan satu perkara yang wajib tetapi ianya khusus terhadap sebahagian golongan sahaja,tidaklah kepada semuanya. Amar makruf nahi mungkar merupakan matlamat bagi seseorang pendakwah(daie), dan dalam usaha perlaksanaan semestinya ia berhajat kepada ilmu dan ia juga mencakupi dengan beberapa syarat dan keadaannya.Jadi disini,memberitahu kepada kita bahawa bukan semua orang mempunyai kemampuan dalam menguasai seluruh bidang ilmu.Sebagai contoh; seseorang yang mempelajari dalam bidang jurutera,ia hanya pakar dalam bidangnya sahaja dan tidak pada bidang lain.Dan juga,seorang yang mempelajari ilmu agama didalam bidang takhasus hadis,berkemungkinan ianya lemah dalam bidang takhasus feqah.Bukan semua orang yang mempelajari bidang agama yang akan menjadi seorang guru mahupun tenaga pengajar dan bukan semua orang yang mempelajari dalam bidang kedoktoran yang akan menjadi doktor.Dengan makna lain,seseorang yang berdakwah,semestinya ia disyaratkan dengan berilmu dan bukanlah seseorang yang berilmu itu berhajat kepada berdakwah.

Walau bagaimanapun,seseorang muslim seharusnya sentiasa berhajat untuk melakukan apa yang dilakukan oleh seorang pendakwah mahupun dari sudut perlaksanaan amar makruf nahi mungkar selari dengan sabda Rasulullah SAW dalam riwayat-NYa:

Bermaksud:Sampaikanlah apa yang (kamu perolehi ) daripadaku walaupun satu ayat.


Dan Allah SAW juga telah memerintah keatas sekalian umat bahawa untuk sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan.Sepertimana firmanNya: () Bermaksud:Suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari melakukan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu,sesungguhnya yang demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh.. Pada ayat ini,telah jelas Allah menggunakan uslub tolabiah (dengan cara tuntutan) keatas setiap manusia untuk mengajak kepada melakukan kebaikan dah mencegah daripada keburukan.Dan telah jelas juga,bahawa menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari berbuat kejahatan itu tidak boleh diabaikan sama sekali dan tidak boleh memberi alasan apapun untuk meninggalkannya, selamamana ia mampu untuk menlaksanakannya.Sesiapa yang tidak mengambil cakna pada hal demikian,maka ianya dianggap sebagai orang yang melengahkanlengahkan urusan Allah SWT dan tidak menghormati perlaksanaan hak-hak Allah SWT. Disebabkan melakukan perkara sedemikian,Allah SWT telah mengkategorikan ia sebagai seorang yang lemah dari sudut imannya.Bahkan lebih zalimlah jika sesorang hanya berdiam diri disebabkan berharap kepada benda keduniaan seperti mengharapkan pangkat ataupun harta benda,sedangkan ianya bimbang disebabkan melakukan perkara demikian ,kelak akan jatuh pandangan orang terhadap dirinya atau tidak disanjung dan dihormati,maka dengan itu dosanya akan dilipatkaligandakan dan ianya akan terdedah kemurkaan dan kutukan Allah SWT disebabkan tidak menegur kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya. Kesimpulan daripada perbalahan hukum berdakwah tersebut,pendapat kebanyakan ulama mengatakan bahawa dakwah yang berkonsepkan amar makruf nahi mungkar ini merupakan satu kewajipan yang dituntut daripada Allah SWT yang didirikan atas hukum fardhu kifayah.Pendapat yang mengatakan bahawa dakwah merupakan satu fardhu kifayah keatas setiap muslim ini berhujah dengan dalil yang kuat yang telah diperincikan sebelum.Setiap Muslim difadhukan keatasnya untuk berdakwah dan dalam pada itu,terangkatlah hukum kewajipan keatas seseorang Muslim disebabkan sebahagiannya telah melaksanakannya.Pendapat ini juga telah disepakati oleh kebanyakan para ulama antaranya.........

BAB KELIMA RUKUN DAKWAH


Dalam perbahasan sebelum ini,telah memperbahaskan tentang hukum berdakwah.tidak dapat tidak,dakwah mestilah dipandu oleh seseorang yang berkelayakan dan dipacu dengan bermatlamatkan kerana Allah SWT. Untuk melaksankan perbawakan dakwah ini,ianya mestilah dipandu dengan satu perancangan ataupun strategi yang tersusun untuk mengena tepat pada sasaran dakwah supaya berkesan pada diri madu .Disini ingin menjelaskan bahawa dalam usaha pembawakan dakwah ini ianya wajib terdiri dengan tiga rukun dakwah,iaitu: 1) Daie (Pendakwah). 2) Madu (Sasaran Dakwah). 3) Maudhu Dakwah (Tujuan Dakwah). Dakwah akan terlaksana dengan dipandukan ketiga-tiga rukun ini,Dan insyaAllah akan diperbahaskan secara terperinci selepas ini.

Rukun Pertama

Daie (Pendakwah)
Perkataan Daie menurut kamus Mujam Al-wasid adalah seseorang yang menyeru kepada agama atau fikrah iaitu pendakwah.Terkadang ia didatangkan dengan lafaz mubalaghah yang ada pertambahan huruf haa ( (diakhirnya (.)Dan makna Daie pada istilah menurut Dr. Muhammed Abu Fatah Al-Bayanuni didalam kitabnya17 ialah seseorang penyampai (dakwah) bagi agama islam,dan mengajarkannya, dan mengutuskannya untuk dipraktikkan.Dan katanya lagi,pentakrifan menurut istilah ini adalah takrif yang terpilih.Dan makna menurut istilah ini terkandung padanya tiga aspek penting iaitu; I. II. III. Sentiasa menyampaikan dakwah. Dan selalu mengajarkanya. Dan mengutuskan (dakwah) untuk dipratikkan.

Allah SWT telah berfirman : ( ) *

17

Al-Madkhal ila ilmi Ad-Dakwah.

Bermaksud:Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (atas umat) dan untuk membawa khabar gembira dan pember peringatan.Dan untuk menjadi penyeru kepada (agama) Allah dengan izin-Nya dan menjadi pelita yang menerangi.18

Sifat-sifat pendakwah:
Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dan memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w.Dan wajib keatas pendakwah untuk mengetahui misi dan visi yang perlu disasarkan olehnya kepada madu supaya tidak melencong jauh dari sasaran. Untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya,semestinya mempunyai sifat-sifat pendakwah muslim .Antaranya ialah: 1) Kekuatan Iman. Seseorang pendakwah wajib keatasnya mempunyai pasak keimanan yang kuat bilamana berhadapan dengan madu (masyarakat).Ini kerana dengan adanya kekuatan iman pada seseorang pendakwah ,Ia mampu terjun kepada masyarakat yang pelbagai kerenah dan mampu berdakwah dalam keadaan yang bermanhaj .Sekiranya pendakwah telah menunjukan kelemahan iman dalam dakwahannya,ini akan menyebabkan kegoyangan iman pendakwah lalu terus jatuh bersama masyarakat . Keteguhan iman bagi seseorang pendakwah ini amat penting kerana kemampuan masyarakat dalam pengislahan diri bergantung diatas bahu pendakwah.Sekiranya pendakwah itu lemah,maka akan menghasilkan masyarakat yang lemah.Bagaimanakah seseorang pendakwah mampu merubahkan masyarakat sedangkan dirinya tidak mampu untuk menjadi besi yang mampu memapah masyarakat kepada perubahan. Allah SWT telah berfirman : (

Bermaksud:Berpegang teguhlah kepadanya dan suruhlah kaummu berpegang kepadanya dengan sebaik-baiknya.19 2) Hubungan yang kuat dengan Allah SWT. Diwajibkan keatas pendakwah mempunyai hubungan yang kuat dengan Sang Pencipta sekalian makhluk supaya sentiasa mendapat pentunjuk hidayah dan pertolongan daripada-Nya. Antara perkara yang perlu bagi seseorang pendakwah melakukan untuk menguatkan hubungan dengan Allah SWT ialah:

18 19

Surah Al-Ahzab : ayat 45-46 Surah Al-Araf: ayat 145

Ikhlaskan niat kepada Allah SWT dalam menjalankan aktiviti dakwah.Ini kerana dengan adanya sifat ikhlas dalam menyampaikan dakwah ,InsyaAllah setiap pekerjaan yang dilakukan itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT.Maka,janganlah mengharapkan balasan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan melainkan keredhaan daripada Allah SWT dan janganlah melakukan sesuatu pekerjaan dengan sifat yang riak (bangga diri) kerana dengan sifat demikian akan merosakkan niat amalan dalam setiap perkara yang dilakukan mahupun ibadah. Orang yang riak dalam meletakan diri mereka di atas sifat ikhlas kepada Allah SWT, dan sering meminta ganjaran dari setiap amalan yang dilakukan ini, akan membawa kepada kerosakan niat dan memcampakan diri mereka ke jurang neraka.Sepertimana apa yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW keatas tiga golongan yang disemarakan dengan api neraka jahanam keatasnya ialah : Orang Alim ,Orang Munafiq ,dan Orang yang berperang. Sentiasa kasih dan cinta kepada Allah SWT.Untuk menambahkan rasa cinta kepada Allah SWT,seharusnya seseorang itu perlu melakukan dengan memperbanyak ibadah dan zikir kepadaNya kerana dengan melakukan perkara sedemikian,akan merapatkan dan mendekatkan (taqarrubb) dengan Allah SWT. Dan seharusnya menjaga ketaatan kepadaNya dengan melakukan amalan yang sunat dan mejauhkan diri daripada segala perkara yang membawa kepada kemungkaran. Baginda SAW pernah bersabda dalam satu riwayatnya yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang dibuat hambaKu untuk mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Aku suka, melebihi amalan-amalan yang telah Aku fardhukan kepadanya. Tidaklah hambaKu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunah sampai akhirnya Aku mencintainya.Apabila Aku mencintainya, maka Aku adalah pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatan yang ia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangan yang ia gunakan untuk memukul, Aku adalah kaki yang ia gunakan untuk berjalan.Jika ia meminta padaKu,Aku akan memenuhi permintaanya, jika ia memohon perlindungan padaKu,Aku akan melindunginya.Aku tidak berulang balik atas sesuatu yang Aku kerjakan sebagaimana Aku berulang balik untuk mencabut jiwa hambaKu yang mukmin. Ia tidak menyukai kematian,sedang Aku tidak suka berbuat tidak baik kepadanya.20

3)Berilmu dan Berthaqafah (Berpendidikan). Ilmu merupakan satu perkara wajib bagi seorang pendakwah dan ia merupakan pakaian pendakwah .Hubungan pendakwah dengan ilmu diibaratkan seperti seseorang tentera yang berpakaian lengkap dengan bersenjatakan senapang dan dipenuhi dengan peluru didalamnya.Manakala pendakwah,wajib baginya lengkap dengan perkakas untuk

20

HR Bukhari - Bab Rendah Hati, Jilid VIII hal 103

berdakwah.Kepentingan ilmu bagi pendakwah kerana orang berilmu sahajalah yang mampu mendirikan manhaj dakwah serta melaksanakannya kepada madu . Hak berdakwah hanyalah tertumpu kepada orang yang berilmu dan dengan ilmu juga,seorang pendakwah mampu masuk kepada masyarakat dengan pelbagai cara dan manhaj.Ilmu yang perlu bagi pendakwah untuk menguasai ialah ; Ilmu Fiqh,Hadis,Al-Quran,Usul Fiqh,Sirah dan sebagainya.Ilmu-ilmu ini dirangkumi dibawah ilmu agama manakala ilmu thaqafah yang perlu bagi pendakwah untuk mememahami ialah ;Ilmu Siasah,Ekonomi,Sains,Psikologi dan sebagainya. Pendakwah juga perlu mengetahui perihal yang berbentuk semasa iaitu ;Isu Semasa, Hiburan,Media Massa,Riadah dan sebagainya.Dengan adanya ilmu-ilmu ini,maka ia dapat membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam riwayatNya: ( ) Bermaksud: Adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.21 Sesungguhnya, ilmu merupakan satu kewajiban bagi seseorang pendakwah.Dengan berilmu juga,seseorang itu boleh membawa dirinya untuk masuk kepada pelbagai jenis lapisan masyarakat sepertimana kata orang ; Jadikanlah dirimu umpama sebijih benih yang dicampakan dilaut menjadi pulau dan dicampakan di hutan menjadi Bandar.Dan telah membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu di dalam satu pepatah arab yang berbunyi: Bermaksud:Orang alim itu mengenali perihal orang jahil kerana ia pernah menjadi jahil, tetapi orang jahil tidak mengenali perihal orang alim kerana ia tidak pernah menjadi alim.

4)Beramal dengan ilmu dan Istiqamah pada mengerjakannya. Tidaklah wajarlah bagi seseorang pendakwah sekiranya tidak menyamaratakan antara ilmu dan amalannya,dan tidak beristiqamah dalam mengerjakannya untuk menepuh ranjau jalanan. Dan ketahuilah,bahawa risiko yang paling membebani ditimpakan keatas pendakwah ialah memisahkan ilmu dengan amalan mereka.Disini jelasnya ,pendakwah yang tidak menyamaratakan antara ilmu dengan amalannya hanyalah sia-sia,dan akan mmberi kesan yang buruk kepada madu.

21

Surah Al-Zumar : Ayat 9

Jadi, hendaklah kita mengetahui bahawa ilmu itu lebih utama untuk dicari berbanding amalan untuk mengerjakannya.Ini kerana Allah SWT telah berjanji akan meninggikan darjat orang yang berilmu di akhirat dan di dunia.Di akhirat, Allah SWT akan meninggikan darjat orang yang berilmu beberapa darjat berbanding lurus dengan amal dan dakwah yang mereka kerjakan.Sedangkan di dunia,Allah SWT meninggikan orang yang berilmu daripada hamba-hamba yang lain sesuai dengan ilmu dan amalan yang dikerjakannya. Allah Taala berfirman,

Bermaksud : Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.22

22

Surah Al-Mujaddalah : Ayat 11

Anda mungkin juga menyukai