Anda di halaman 1dari 11

Soalan 3 [10%] 4-5 halaman

Huraikan persamaan dan perbezaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme
dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang
relevan.

1.Pengenalan
Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek
Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh
para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.
Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang
kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula,
beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa
yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.
Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik,
memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu,
menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan
dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk,
harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat
dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan
menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain,
etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi
membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik
dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh
manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang
moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi
etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku
yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang
tidak.
2. Agama Buddha
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat
empat kebenaran mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu hidup manusia penuh penderitaan,
manusia menderita kerana nafsu, manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan

diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana dan penderitaan dapat dihapuskan dengan
mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia. Nirvana bermaksud menghembus,kehilangan ego
atau diri seterusnya membawa kepada penamatan penderitaan apabila berhijrah kepada satu
kehidupan seterusnya. Agama Buddha juga turut mengutamakan kebajikan manusia serta
makhluk yang lain sama seperti agama lain dan menyarankan supaya manusia berusaha
sendiri untuk melepaskan diri daripada penderitaan.
3. Agama Hindu
Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan
prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat
patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda-tanda kebaikan dalam
agama Hindu ialah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Tanda-tanda
kejahatan pula ialah perhambaan, sakit, fakir dan kecelakaan. Prinsip etika Hindu ialah
peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia. Etika
dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip Brahma yang menjadi dasar kepada norma
yang teratur dan bermatlamat. Ia bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian, benar, sederhana
dan suci. Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Brahma merupakan salah satu matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status
seseorang.
4. Persamaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme.
Agama Buddha dan Hindu amat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan India. Setiap
agama mempunyai pengertian yang tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai
pandangan yang tersendiri tentang etika. Asas dan alasan setiap agama telah mengwujudkan
etika agama masing-masing namun begitu masih terdapat persamaan etika berasaskan agama
seperti agama Buddhisme dan Hinduisme.
4.1 Konteks sosial dan intrapersonal
Menurut ajaran Agama Buddha, teras kepada perhubungan kekeluargaan adalah sikap
hormat-menghormati. Agama Buddha turut menggariskan etika perhubungan iaitu
bagaimana seorang penganut Agama Buddha patut berhubung dengan orang lain
seperti murid dan guru, rakan dan kenalan serta suami dan isteri. Jelas dapat dilihat,
kedua-dua agama ini menggariskan etika sosial dan intrapersonal untuk penganut
agama masing-masing. Agama Hindu mempercayai karma iaitu setiap perbuatan

samada baik atau buruk akan menerima balasan. Berdasarkan ajaran Agama Hindu,
setiap manusia adalah sama kerana mereka mempunyai tanggungjawab tersendiri dan
persoalan ketidaksamaan di antara satu sama lain tidak wujud. Sehubungan dengan
itu, penganut Agama Hindu hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan seterusnya
bertolak ansur agar dapat mengecapi kebahagiaan.
4.2 Konteks perniagaan, penggunaan dan perdagangan
Perdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran
barangan,

perkhidmatan,

pertukaran

barangan

atau

penyimpanan

barangan.

Berasaskan kepada keperluan dan kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan.


Apabila wujudnya keperluan dan kehendak , maka terhasillah pengeluaran.
Penekanan pada adab dan nilai-nilai etika perniagaan sememangnya perlu diamalkan
untuk mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan. Di dalam dunia korporat,
kecemerlangan dapat dicapai dengan menyeimbang dan memenuhi keperluan setiap
pihak yang terlibat seperti pekerja, pembekal, pelanggan dan masyarakat. Berdasarkan
ajaran agama Buddha, amalan ekonomi yang dijalankan dapat memanfaatkan diri
sendiri dan orang lain. Semua urusniaga yang dijalankan berdasarkan kepercayaan di
antara satu sama lain serta harta harus dikumpul secara moral tanpa menggunakan
sebarang kekerasan. Harta harus digunakan supaya dapat memanfaatkan semua pihak.
Manakala menurut ajaran agama Hindu pula, prinsip asas etika dalam konteks
perniagaan, penggunaan dan perdagangan ialah mencapai kecemerlangan dengan cara
memenuhi keperluan semua yang terlibat, organisasi turut ditentukan oleh karma,
sentiasa memperbaiki, belajardan berinovasi untuk berkembang dan setiap individu
yang terlibat mempunyai peranan tersendiri serta harus menjalankan tanggungjawab
sebaik mungkin supaya dapat mendatangkan faedah untuk masyarakat khasnya. Etika
yang diamalkan oleh kedua-dua agama ini mengutamakan kepentingan yang
diperolehi oleh semua pihak yang terlibat dalam perniagaan.
4.3 Konteks perubatan, sains dan kesihatan.
Pengguguran fetus ialah proses penamatan kandungan sebelum kelahiran.
Berdasarkan ajaran agama Buddha dan Hindu, proses ini dilarang sama sekali
melainkan jika ianya merupakan proses terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu bayi
tersebut.

4.4 Konteks alam sekitar


Menurut agama Buddha, manusia dan hidupan lain hidup bersama untuk menjaga
alam sekitar dan sebaliknya. Etika yang diamalkan oleh agama ini dalam konteks
alam sekitar ialah haiwan tidak patut dibunuh atau disembelih untuk tujuan
pemakanan sendiri serta patut dijaga dan dilayan dengan baik. Haiwan juaga patut
dibebaskan bukan diletak dalam sangkar.selain itu, pokok juga tidak boleh ditebang
kerana pokok-pokok dan hutan sering dijadikan tempat bertapa oleh sami.
Keseimbangan dalam memelihara alam sekitar dan pembangunan mesti dicapai
kerana menghormati alam sekitar meupakan salah satu kewajipan seorang penganut
agama Hindu. Bumi dan setiap makhluk yang wujud mesti dihormati supaya dapat
memperoleh kebenaran. Kebanyakan pokok dianggap suci dan haiwan turut dianggap
mempunyai jiwa seperti manusia. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kedua- dua
agama ini mempunyai persamaan etika dalam konteks alam sekitar.
5. Perbezaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme.
Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang tingkah lakuindividu seseorang .
Etika penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantukepada pembentukkan
keharmonian kesejahteraan, kerukunan dan kedamaianhidup. Secara berindividu, seseorang
yang beretika akan menikmati kebaikanfizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika
sentiasa menjaga tingkah lakuagar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu
juga dengankemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada
pembentukkan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Terdapat
beberapa perbezaan etika di antara stau agama dengan agama yang lain berdasarkan fahaman
penganut agama masing-masing. Ciri-ciri perbezaan ini boleh dilihat daripada sudut:5.1 Konteks perubatan, sains dan kesihatan.
Kewujudan peralatan moden dalam bidang perubatan membolehkan pesakit hidup
walaupun organ tidak berfungsi

dan pesakit tersebut mungkin berada dalam

kesedaran normal, separa sedar atau sel otak mati. Sekiranya peralatan teknologi
sokongan hidup tersebut ditutup secara automatiknya nyawa pesakit tersebut tamat
serta-merta. Berdasarkan ajaran agama Buddha, apabila seseorang itu menghadapi
penyakit terminal dan berkemungkinan jangka hayat hidup pesakit adalah sangat tipis,
penamatan rawatan yang tidak akan memendekkan jangka hayatnya adalah
dibenarkan. Pengamalan Euthanasia dilarang sama sekali kerana golongan yang

sedang sakit perlu mendapat rawatan yang sepatutnya. Manakala, ajaran agama Hindu
pula mempercayai kewujudan jiwa yang berasing daripada jasad iaitu tiada sesiapa
pun yang patut mati dalam keadaan kecewa kerana kehidupan sebelum akan dibawa
kepada kehidupan akan datang. Kehidupan seseorang itu boleh ditentukan oleh
individu tersebut melalui kaedah Eusthanasia
6. Kesimpulannya
Etika tidak boleh dipisahkan dengan ajaran agama. Etika merupakan sebahagian daripada
cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada manusia
seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan sesuka hati.
Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan manusia supaya
tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat, dan alam
sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup
manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan ajaran agama.
Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama mempunyai
pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan tersendiri.
Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan
kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai
agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan
dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Generasi
muda perlu dididik memahami persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara agama-agama
di Malaysia kerana merekalah bakal pemimpin, tiang dan warisan negara ini. Mereka perlu
dilengkapkan dengan pengetahuan sosio-budaya rakyat berbilang kaum supaya mereka
mampu terus mempertahankan warisan negara agar menjamin kemakmuran bumi ini secara
berterusan. Kefahaman nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama akan membantu
rakyat Malaysia secara amnya dan golongan generasi muda secara khususnya supaya
mengkikiskan persepsi negatif terhadap penganut agama lain.

Soalan 4 [10%] 4-5 halaman


Huraikan etika berasaskan agama Islam dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan
seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan.

1.Pengenalan
Etika adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan kehidupan yang
baik,menjadi orang baik,melakukan perkara yang betul,dapat bergaul dengan orang lain dan
memerlukan perkara yang betul dalam hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang membincangkan
berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik dan buruk yang
dapat ditentukan oleh akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis,menilai
dan mengembangkan norma-norma dan kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalahmasalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan tujuan
yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai falsafah moral yang
tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang
mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.
Selain itu juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.Perkataan etika juga berasal
daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin
pula,etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai. Ia juga
didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi
diterima pakai dalam tindakan manusia.Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan
wajar berhubung dengan etika.Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik,memikir
dan mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.Tegasnya,etika memandang kelakuan
dan perbuatan manusia secara universal.Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir
dengan kelahiran manusia.
2. Etika Agama Islam
Etika berasaskan Agama Islam pula mempunyai kriteria-kriteria sebagaimana berikut:
Etika Islam mengajarkan dan membawa manusia kepada tingkah laku yang baik dan
menjauhkan diri dari tingkah laku yang buruk.
Etika Islam menetapkan bahawa yang menjadi sumber moral, ukuran baik dan
buruknya perbuatan seseorang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadits yang
sahih.
Etika Islam bersifat universal dan komprehensif, dapat diterima dan dijadikan
pedoman oleh seluruh umat manusia bilapun dan dimanapun mereka berada.

Etika Islam mengatur dan mengarahkan fitrah manusia kepada akhlak yang luhur dan
mulia serta meluruskan perbuatan manusia sebagai upaya memanusiakan manusia.
Etika Islam merupakan pedoman mengenai perilaku individu mahupun masyarakat di
segala aspek kehidupan yang sesuai dengan ajaran islam.
3. Etika berasaskan agama Islam dalam kehidupan seharian
3.1 Etika Bergaul dengan orang lain
Apabila kita bergaul dengan masyarakat sekeliling ,kita hendaklah menghormati
perasaan orang lain, tidak cuba menghina atau menilai mereka secara negetif.Islam
melarang umatnya membuat keputusan secara terburu-buru, malah digalakkan supaya
perhatikanlah keadaan orang yang didampingi kenalilah karakter dan akhlak mereka,
kemudian barulah bergaulah dengan mereka, mengikut apa yang sepatutnya. Semasa
bersama dan berbicara ,kita digalakkan sentiasa bermanis muka dan sentiasa senyum.
Berbicaralah dengan nada lembut ,sopan-santun dan berbicaralah dengan mereka
mengikut taraf kemampuan akal mereka. Maafkanlah jika berlaku kekeliruan yang
mereka lakukan dan jangan mencari-cari kesalahan mereka malah tahanlah perasaan
benci terhadap mereka jika ada. Dengarlah dengan penuh minat apa yang hendak
mereka bicarakan dan hindarilah perdebatan dan bantah membantah dengan mereka.
3.2 Etika berjiran .
Menghormati jiran dan berkelakuan baik terhadap mereka. Rasulullah saw bersabda,
sebagaimana di dalam hadis Abu Hurairah ra: ".... Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya". Dan di dalam
riwayat lain disebutkan: "hendaklah ia berkelakuan baik terhadap tetangganya".
(Muttafaq'alaih). Bangunan atau rumah yang kita dirikan janganlah mengganggu jiran
kita. Jangan membuat mereka tertutup dari sinar matahari atau udara, dan kita tidak
boleh melampaui batasnya, apalagi merosakkan atau mengubah miliknya. Hendaknya
Kita memelihara hak-haknya di saat mereka tiada di rumah. Kita jaga harta dan
kehormatan mereka dari perbuatan orang- orang jahil; dan hendaknya kita hulurkan
bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Tidak melakukan
perbuatan yang boleh mengganggu mereka, seperti meninggikan suara radio atau
televisyen (TV), atau mengganggu mereka dengan melontar laman mereka dengan
kotoran, atau menutup jalan bagi mereka. Rasulullah saw telah bersabda: "Demi

Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi
ditanya: Siapa, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: "Adalah orang yang jirannya tidak
berasa tenteram kerana perbuatannya". (Muttafaq'alaih). Jangan kedekut untuk
memberikan nasihat dan cadangan kepada mereka, dan seharusnya kita ajak mereka
berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan
nasihat baik tanpa maksud menjatuhkan atau memburuk-burukkan mereka.
3.3 Etika memberi salam
Islam menggalakkan supaya mengucapkan salam sebanyak tiga kali jika berada dalam
kumpulan orang yang ramai. Di dalam hadis Anas disebutkan bahawa Nabi
Muhammad

saw

apabila

baginda

mengucapkan

suatu

kalimat,

baginda

mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, baginda memberi
salam kepada mereka tiga kali "(HR. Al- Bukhari). Selain itu. sunnah juga orang
yang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki, dan
orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang
sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
Demikianlah dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah yang muttafaq'alaih.
3.4 Etika Majlis
Semasa dimajlis, disunatkan juga memberikan salam sewaktu masuk ke suatu majlis
dan ketika akan meninggalkannya. Kerana hadis menyatakan: "Apabila salah seorang
kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam , jika dilihat layak baginya
duduk maka duduklah. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan
tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan
disahihkan oleh Al-Albani).Selain itu, semasa mencari tempat untuk duduk, janganlah
duduk di antara dua orang yang sedang duduk kecuali meminta izin mereka.
Rasulullah saw bersabda: "Tidak halal bagi seseorang memisah di antara dua orang
kecuali diizin keduanya". (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani). . Ahli majlis
juga hendaknya tidak melakukan suatu perbuatan yang bertentangan dengan perasaan
orang lain, seperti menguap ,meludah , membuang hingus atau bersendawa di dalam
majlis.
Disunnatkan menutup majlis dengan doa Kaffarat majlis, kerana Rasulullah saw telah
bersabda: "Barang siapa yang duduk di dalam suatu majlis dan di majlis itu terjadi
banyak gaduh, kemudian sebelum bersurai dari majlis itu ia membaca:




"Maha Suci Engkau ya Allah, dengan segala puji bagi-Mu; aku bersaksi bahawa tiada
yang berhak disembah selain engkau; aku memohon keampunanmu dan aku bertaubat
kepada-Mu", melainkan Allah mengampuni apa yang berlaku di majlis itu baginya ".
(HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Al- Albani).
3.5 Etika Makan dan Minum
Hendaklah memulakan makan dan minum dengan membaca Bismillah dan diakhiri
dengan Alhamdulillah. Rasulullah saw bersabda: "Apabila seorang diantara kamu
makan, hendaklah menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala dan jika lupa menyebut
nama Allah Subhanahu wa Ta'ala pada awalnya maka hendaknya mengatakan:
Bismillahi awwalihi wa akhirihi". (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).
Adapun

mengakhirinya

dengan

Hamdalah,

karana

Rasulullah

bersabda:

"Sesungguhnya Allah sangat meredhari seseorang hamba yang apabila telah makan
suatu makanan dia memuji-Nya dan apabila minum minuman dia pun memuji-Nya".
(HR. Muslim). Hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan dimulai
dari yang ada di depanmu. Rasululah saw bersabda kepada Umar bin Salamah:
Wahai anak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan
makanlah apa yang di depanmu. (Muttafaqalaih). Hendaknya kamu tidak memulai
makan atau minum sedangkan di dalam majlis ada orang yang lebih berhak memulai,
baik kerana ia lebih tua atau mempunyai kedudukan, karana hal tersebut bertentangan
dengan etika.
3.6 Etika Menziarahi Orang Sakit
Semasa menziarahi orang sakit, janganlah berkunjung terlalu lama,carilah waktu yang
difikirkan sesuai dan jangan sesekali menyusahkan pesakit malah digalakkan agar
berkata-kata yang boleh menghiburkan serta membahagiakannya. Sebagai contoh,

hendaknya mendekati kepada si sakit dan menanyakan keadaan dan penyakit yang
dirasakannya, seperti mengatakan: Bagaimana kamu rasakan keadaanmu?.
Sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Di samping, mendoakan semoga
cepat sembuh, dibelas kasihi Allah, selamat dan disihatkan. Ibnu Abbas Radhiallaahu
anhu telah meriwayatkan bahawasanya Nabi saw apabila beliau menjenguk orang
sakit, baginda mengucapkan: Tidak apa-apa. Sihat (bersih) insya Allah. (HR. AlBukhari). Dan berdoa tiga kali sebagaimama dilakukan oleh baginda Nabi saw. Selain
itu, ucapkanlah kata-kata bagi mengingatkan si sakit agar bersabar di atas takdir Allah
Subhanahu wa Taala dan jangan berputus asa.
4. Kesimpulan
Etika menurut firasat dapat disebut sebagai ilmu yang menyelidiki perkara yang baik dan
perkara yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat
diketahui oleh akal fikiran. moral adalah penetuan baik buruk terhadap perbuatan dan
kelakuan. Etika merupakan hal yang paling penting dalam pembentukan akhlak karimah
seseorang manusia. Dan manusia yang paling baik budi pekertinya adalah Rasulullah S.A.W.
Anas bin Malik radhiallahu anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: Rasulullah
shalallahu alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.

RUJUKAN
A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise


Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm.
Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap
Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang:
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jamiush Shaghir).
Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa. )SBN:983-077-288-8)
http://pascasarjanastainkds.blogspot.com/2013/10/agama-dan-etika-islam_7949.html
http://topeq-berbagi.blogspot.com/2011/04/etika-sehari-hari-dalam-perspektif.html

Anda mungkin juga menyukai