Anda di halaman 1dari 5

PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM

MENANGANI ISLAM LIBERAL



Seperti kita sedia maklum Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang
menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama
yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Fenomena di
Malaysia hari ini semakin membimbangkan dengan wujudnya fahaman Islam Liberal di
kalangan umat Islam. Ia juga banyak disebarkan melalui media massa yang merupakan
senjata utama dalam menguasai bentuk pemikiran umat Islam di Malaysia. Aliran ini
menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang
terbuka dan progresif dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Namun
yang demikian, mereka mempunyai kecenderungan untuk melewati batas keagamaan
apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pelbagai (pluralis), mempertikai syariat
Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan
undang-undang moral agama. Terdapat beberapa contoh pertubuhan di Malaysia yang
mengamalkan fahaman Islam Liberal seperti, golongan anti-hadis, Sisters in Islam dan
lain-lain lagi. Di samping itu, penulisan-penulisan akhbar seperti New Straits Times juga
banyak mengeluarkan artikel-artikel yang ke arah fahaman ini. Ini bertujuan bagi
mengelirukan umat islam dengan isu-isu berkaitan perlaksanaan hukum syariah dan
konteks fahaman sebenar berkaitan dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis.
Menurut sejarah, liberalism adalah berkaitan dengan gerakan sekularism yang
secara amnya ingin memisahkan segala bentuk fahaman ke arah keagamaan.
Sekularisma juga bukan sekadar mengubah aspek politik dan kehidupan sosial manusia
tetapi menghapuskan kebudayaan yang dikatakan berkait rapat dengan agama.
1
Oleh itu,
jelaslah bahawa sekularisma ini pemisah antara fungsi kehidupan beragama dan urusan
kehidupan manusia seharian.
Sekularisma juga dikatakan agen penghapus prinsip-prinsip monotehism atau
Ketauhidan yang sebenarnya. Dimana jika kita lihat dengan adanya fahaman sekularisma,
ia mengubah fungsi Masjid yang sebenar kepada sangat terhad iaitu Masjid hanyalah
sekadar tempat untuk beribadah dan berzikir. Manakala urusan selain daripada beribadah
adalah tidak wajar dilaksanakan. Maka dengan itu, terhentilah fungsi masjid yang lain
seperti pusat menuntut ilmu, kebajikan sesama Muslim, pengerat hubungan sesama
Muslim dan sebagainya.
Berbalik semula kepada sejarah bagaimana Barat meluaskan pengaruhnya dalam
menyebarkan fahaman Sekularisma terhadap umat Islam, seperti yang kita sedia maklum
bahawa Barat cuba meluaskan pengaruhnya dengan penjajahan, lalu mereka menjajah
hampir sebilangan besar Negara-negara Islam seperti Andalusia, Turki, Palestin,
Malaysia, Iraq dan sebagainya. Pergerakan dakyah mereka dalam dalam meracuni
pemikiran Umat Islam adalah dengan menguasai Negara dan pentadbirannya. Seterusnya
barulah mereka melancarkan peperangan pemikiran yang sering disebut oleh
cendiakawan-cendiakawan Islam.




1
Islam and secularism, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, intenational institute of Islamic thought
and Civilization (ISTAC) 1993
PERANAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENANGANI ISLAM
LIBERAL
Dalam menangani isu ini, pengajian Islam merupakan jalan terbaik untuk menghapuskan
fahaman Islam Liberal ini. Beberapa elemen atau ilmu-ilmu khas berkaitan pengajian
Islam yang harus diberikan keutamaan.
Pengajian Al-Quran harus diperluas dan diperhebatkan dimana ia merangkumi
penguasaan, tafsir Al-Quran dan makna dalam memastikan kefahaman yang mendalam
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemahaman kandungan ayat-ayat Al-Quran serta
perlaksanaannya. Kurikulum yang digunakan diperingkat sekolah rendah dan menengah
banyak membantu dalam menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan baik seperti
matapelajaran Pendidkan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan
Syariah Islamiyyah dan Tasawwur Islam. Kemudian matapelajaran ini diperhebatkan
lagi di peringkat Universiti tempatan yang menyediakan pengajian khusus melalui
jabatan Al-Quran dan As-Sunnah yang wujud di hampir kesemua universiti tempatan
seperti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan lain-lain lagi. Dengan adanya kurikulum pengajian Al-Quran
ini, ia sangat membantu dalam mengekang fahaman Islam Liberal. Selain daripada itu,
pengajian ilmu-ilmu Hadis juga memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi
kefahaman Islam sebenar. Pengajian hadis merupakan pengajian teras kepada pengajian
Islam selain daripada pengajian al-Quran. Walaupun perkembangan pengajian hadis
tidaklah begitu pesat berbanding dengan pengajian-pengajian lain seperti tafsir, fiqah,
akidah, tasawuf dan Bahasa Arab. Namun begitu, ianya turut berperanan sebagai satu
ilmu dalam pengajian Islam yang membantu dalam mendepani cabaran semasa seperti
pemikiran Islam Liberal yang mempertikaikan hadis Nabi s.a.w sebagai sumber rujukan
kedua selepas al-Quran dengan dakwaan ianya hanya relevan pada zaman baginda dan
ketinggalan untuk diamalkan pada zaman sekarang.
Seterusnya, antara cabang ilmu-ilmu Islam yang penting adalah ilmu Akidah. Pengajian
Akidah ini juga merupakan tunjang utama dalam memberikan kefahaman terbaik
mengenai akidah islam sebenar. Hampir di semua peringkat pengajian Islam
menyediakan ilmu mengenai ilmu ini seperti yang telah disebutkan. Manakala di
peringkat Universiti, ia semakin diperkasakan melalui pengajian khas melalui jabatan
Usuluddin yang menwarkan pengajian akidah secara lebih terperinci. Antara contoh
subjek akidah yang ditawarkan di peringkat ini adalah seperti Islamic Aqidah The Quran
and Sunnah as Source of Knowledge di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain
daripada itu pengajian method of dakwah, ditawarkan bagi mengukuhkan lagi cara-cara
mengahdapi islam liberal seterusnya menambah ilmu-ilmu berkaitan teknik-teknik
menyampaikan dakwah.
Setelah kurikulum dan ilmu-ilmu bagi pengajian diperhebatkan dari masa ke semasa, ia
perlu manjalani proses penyampaian secara parktikal. Ini dapat dilaksanakan melalui
proses dakwah melalui pertubuhan-pertubuhan Islam seperti ABIM (Angkatan Belia
Islam Malaysia), PERKIM, JAKIM, JIM dan sebagainya. Melalaui pertubuhan ini, proses
dakwah dapat disampaikan dengan tepat kepada semua seterusnya dapat menangani
masalah penularan fahaman Islam Liberal.

Secara kesimpulannya, Pengajian Islam di Malaysia telah dan sentiasa memainkan
peranan penting dalam menangani masalah penularan Fahaman Islam Liberal. Ini dapat
dibuktikan dengan wujudnya pertubuhan-pertubuhan dakwah Islam yang sentiasa
menyediakan maklumat-maklumat terkini bekaitan kefahaman Islam sebenar. Beberapa
contoh program yang dilaksanakan setiapa masa seperti ceramah, kursus-kursus,
pembentangan kajian, dialog antara agama dan seminar. Kesemua ini adalah senjata
utama dalam menghadapi fahaman Islam Liberal.

Anda mungkin juga menyukai