Anda di halaman 1dari 18

Perincian susunan Himpunan Sinopsis Buku

(softcopy & Hardcopy)

a. Cara penulisan dan Save sinopsis


i. Save dalam ‘word’
ii. Arial 11
iii. Tidak melebihi 3 muka surat
iv. Ruang ‘tandatangan’ : <Tulis nama penulis>

b. Disusun mengikut :
i. Cover/kulit buku (akan diemel oleh IPGM)
ii. #ipgmembaca IPG Kampus ……………………………………
iii. Prakata ringkas dari Ketua editor (Pegawai meja/penyelaras)
iv. Bab 1 – Kumpulan Pengurusan dan Profesional
v. Bab 2 – Jabatan Ilmu Pendidikan
vi. Bab 3 – Jabatan HEP
vii. Bab 4 – Jabatan Sains & Kognitif
viii. Bab 5 – Jabatan Kecemerlangan Akademik
ix. Bab 6 - …. (Jabatan-jabatan lain yang ada di IPG Kampus
masing- masing)
x. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
xi. Pelajar
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ROSLI BIN SAIDIN


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(c) Kumpulan Perkhidmatan : AKP1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Tenang dengan Ujian (Meraih Ketenangan yang Abadi)
1. Tajuk Buku:
Dato’ Dr, Haji Abd Basit bin Haji Abd Rahman
2. Pengarang:
2017
3. Tahun
diterbitkan:
Telaga Biru Sdn. Bhd
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Kehidupan pasti akan diisi dengan ujian oleh Allah. Setiap
orang akan lalui kehidupan yang tidak sama. Allah hanya
menguji seseorang itu dengan kemampuan yang ada padanya.

Ujian sering dikaitkan dengan fitnah malah kedua-duanya


menjadi sinonim.Apabila kita berbicara tentang fitnah, ramai
masyarakat umum beranggapan bahawa fitnah itu adalah sifat
mazmumah, menuduh sesuatu yang tidak benar terhadap
seseorang atau menuduh sesuatu perkara yang tidak pernah
dilakukakan oleh seseorang itu.
Setiap orang yang diuji perlu berbaik sangka kepada Allah
dengan ujian yang diterimanya. Ada kalanya ujian tersebut
merupakan satu cara Allah nak meningkatkan kesabaran dan
ketaqwaan orang yang diuji. Ada ketikanya ujian yang
diberikan itu

menjadikan orang tersebut semakin matang dan semakin kuat


untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

Jika diuji perlu diingat bahawa ada orang yang menerima


ujian yang lebih hebat lagi.Ada ketika ujian menjadikan kita
mendapat lebih manfaat kesan daripada ujian tersebut.

6. Manfaat/  Sentiasa bersangka baik dengan Allah


pengajaran yang  Setiap ujian ada kebaikan disebaliknya
diperoleh
daripada buku  Fitnah merupakan penghancur kehidupan bermasyarakat
yang dibaca:  Sikap sabar menjadikan kita dapat berfikir dengan lebih
waras

7. Tandatangan: Rosli bin Saidin


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(f) Nama : DR. FARIDAH BINTI SALAM


(g) Sektor / Unit/ Organisasi : UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(h) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(i) Tarikh & Masa Pembentangan : -
(jika berkaitan)
(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


QURAN SAINTIFIK: Meneroka kecemerlangan Quran daripada
1. Tajuk Buku:
Teropong Sains
2. Pengarang: DR. Danial Zainal Abidin

3. Tahun
2014
diterbitkan:
PTS Milennia
4. Diterbitkan oleh:
Buku ini membincangkan tentang Sains dan Islam yang tidak dapat
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: dipisahkan. Maka itu, diperintah Allah agar umat manusia mengkaji
rahsia alam semesta secara sistematik. Sehingga Allah
memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar
mereka sebagai ulul albab, iaitu golongan yang menggunakan akal
dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan
segala perkara pada perspektifnya yang betul. Berpandukan
kepada rangsangan ayat-ayat Quran maka lahirlah ramai saintis
daripada kalangan umat Islam. Matlamat utama mereka ialah
mengagungkan Allah serta meningkatkan pengabdian kepadaNya.
Golongan ini suka mengkaji dan bertafakur mengenai penciptaan
langit dan bumi bersandarkan bukti dan dalil. Oleh sebab bukti dan
dalil adalah penting, Islam tidak pernah memaksa orang-orang
bukan Islam memeluk Islam. Sebaliknya mereka yang bukan Islam
diutarakan hujah yang rasional mengenai kebenaran sekaligus
menyerlahkan kepalsuan pegangan mereka.

Buku ini memfokuskan tentang tiga aspek penting sahaja,


iaitu, tentang asal-usul kejadian alam, asal-usul kejadian insan dan
tujuan hidup insan. Bahagian awal buku merupakan bahagian
terpenting yang membicarakan tentang metodologi
menghubungkaitkan al-Quran dengan sains. Hal ini sedemikian
kerana Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif.
Ajaran Islam adalah menyeluruh merangkumi semua bidang
kehidupan iaitu aspek negara, pemerintah dan umat. Islam
merupakan akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, pengetahuan,
undang-undang, ilmu dan kehakiman. Malahan Islam turut
menekankan aspek kebendaan dan harta, serta usaha dan
kekayaan. Di samping itu, Islam juga mementingkan jihad, dakwah,
ketenteraan dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah
yang sah.

Islam yang sempurna merupakan formula kesejahteraan bagi


seluruh manusia dan tidak dapat dirasai jika Islam tidak
dilaksanakan dalam kehidupan. Mengutamakan cara hidup lain
serta mengetepikan Islam boleh diumpamakan seperti seseorang
yang membuang permata digantikan dengan kaca. Sumber ajaran
Islam adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang melahirkan
kaedah serta peraturan yang lengkap bagi menerangi segala
perlakuan manusia, tidak kira yang berkaitan dengan aspek duniawi
mahupun ukhrawi. Justeru itu, setiap insan wajib beramal dengan
syariat Islam secara sempurna. Hanya selepas Quran difahami dan
dihayati sahaja iman umat Islam dapat meningkat sekaligus
mencapai kejayaan.

Jelas sekali bahawa Sains dan al-Quran tidak dapat


dipisahkan. Kedua-duanya jalan seiring tetapi Quran bukanlah buku
Sains tetapi wahyu Allah kerana sains adalah penemuan
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh manusia namun penemuan
yang sahih mengenai alam tidak akan bercanggah dengan al-
Quran. Memanfaatkan penemuan sains yang sahih bagi memahami
ayat Quran tidak salah tetapi sains bukanlah segala-galanya kerana
ia ada had dan batasannya. Contoh: alam ghaib, hukum hakam
qath’i dan ibadah khusus. Justeru itu, umat Islam perlu menguasai
dua ayat iaitu menguasai ayat-ayat al-Quran dan juga memahami
ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta selari dengan
kehendak pendidikan pada hari ini iaitu umat
manusia perlu menguasai ilmu naqli (berkait rapat dengan al-Quran
dan al-Sunnah) dan ilmu aqli (berkait rapat dengan sains dan kajian
semasa).

Bahagian-bahagian yang seterusnya dalam buku ini ialah


perbincangan tentang permulaan alam semesta, manusia dan asal
usulnya, tujuan dan matlamat hidup manusia. Manakala bahagian
akhir buku ialah penutup iaitu epilog. Menurut penulis, sains yang
sahih termasuk yang berkaitan dengan pengkajian alam semesta
akan menyedarkan kita mengenai kewujudan yang maha pencipta.
Sains akan terus berkembang dan dengan itu terhasillah
penemuan-penemuan baharu yang akhirnya menyedarkan
manusia berkenaan keagungan Quran kerana sebahagian daripada
apa yang mereka temui itu dinyatakan dalam Quran.

6. Manfaat/ Antara manfaat yang saya peroleh melalui pembacaan ini ialah
pengajaran yang tentang Ibadah dalam aspek Pemakanan:
diperoleh 1. Makanan yang haram menjejaskan hubungan dengan Allah
daripada buku
2. Dalam aspek pemakanan, Islam menekankan supaya dua
yang dibaca:
kriteria dijaga iaitu halal dan berkhasiat.
3. Nabi Muhammad mementingkan khasiat dan kualiti dalam
aspek pemakanan. Baginda banyak mengambil makanan
daripada jenis biji-bijian, sayur-sayuran serta buah-buahan
seperti barli, gandum, tamar, tembikai, mentimum, madu
lebah, buah zaitun, buah tin, dan air zam-zam.
4. Ibadah memelihara kebersihan (kebersihan diri dan alam
sekitar) kerana kebersihan dalam Islam berkait rapat dengan
iman seseorang.

7. Tandatangan: DR. FARIDAH BINTI SALAM


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(k) Nama : ABDUL SALIS BIN ABDUL HALIM


(l) Sektor / Unit/ Organisasi : UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(m) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(n) Tarikh & Masa Pembentangan :
...................................................................................
(jika berkaitan)
(o) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


KETOKOHAN AL-GHAZZALI dalam Bidang Logik
1. Tajuk Buku:
MOHD FAUZI HAMAT
2. Pengarang:

3. Tahun
2005
diterbitkan:
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini mengisahkan Al-Ghazzali seorang tokoh pemikir terkenal
yang banyak mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
pemikiran umat Islam.
Ketokohan dan sumbangnnya dalam bidang akademik telah
dibincang, dianalisis dan diseminarkan di seluruh dunia oleh tokoh-
tokoh ilmuan Islam dan barat.
Kejayaan seseorang tokoh pemikir Islam seperti Al-Ghazzali
menghasilkan karya ilmiah bagi menjelaskan kepada umum
tentang kaedah dan metodologi kajian ilmiah yang bukan sahaja
tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran al-tawhid, tetapi
juga boleh dimanfaatkan dengan cara yang sebaiknya dalam
perbahasan ilmu-ilmu Islam.
Al-Ghazzali menjadi perintis kepada usaha mempertaut disiplin
ilmu Islam dengan disiplin Logik yang menjadi manhaj kepada
Falsafah Greek. Penolakan beliau terhadap beberapa aspek falsafah
yang dilihhatnya tidak serasi dengan ajaran akidah Islam tidak
menghalangnya untuk menggerakkan usaha murni ini yang lahir
daripada tanggapan positif beliau terhadap disiplin logik.
Kewujudan mukadimah Logik inilah yang mendorong
penerangan kaedah-kaedah Logik yang dihuraikan al-Ghazzali
dalam bentuk yang ringkas dalam mukadimah tersebut dan
dijadikan pengantar bagi kitab Usul al-Fiqh.
Penelitian secara mendalam terhadap metodologi kajian
ilmiah dan pemikiran epistemologinya boleh membantu umat
Islam membina suatu budaya berfikir dan budaya kajian ilmiah
yang mantap dan tersusun berasaskan roh ajaran al-quran dan
al-Sunnah.
Buku ini juga mendedahkan kepada para ilmuan tentang
penggunaan Logik Greek yang telah disentesiskan oleh al-
ghazzali dengan disiplin ilmu Islam.

6. Manfaat/ 1. Memahami kedudukan logik menurut pandangan ulama


pengajaran yang 2. Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik
diperoleh 3. Sumbangan al-ghazzali dalam bidang Logik
daripada buku
4. Al-Mustasfa min Ilm Al-Usul dan kepentingannya dalam
yang dibaca:
perbahasan ilmu
5. Logik dapat dicipta
6. Kegunaan metod induksi dan deduksi sebagai
metodologi yang boleh digunakan

7. Tandatangan: ABDUL SALIS BIN ABDUL HALIM


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(p) Nama : DAYANG MAHERAN BINTI AHMAD


(q) Sektor / Unit/ Organisasi : UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(r) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(s) Tarikh & Masa Pembentangan :
...................................................................................
(jika berkaitan)
(t) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


MANGLISH
1. Tajuk Buku:
LEE SU KIM & STEPHEN J. HALL
2. Pengarang:

3. Tahun
2019
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
MARSHALL CAVENDISH EDITION
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: This book highlights a compilation of words and expressions in
Manglish which are presented in a humorous way. The fun,
complexity and variety of these words and expressions have been
made accessible to the readers. It was first published in 1998 and
returns after two decades with more words, phrases and
expressions representing the continuity and changes in Manglish
over the last 20 years.
This book introduces what Manglish is to foreign readers where
at the same time recap the use of those expressions by most
Malaysians. The unique element brought forward by the authors in
this book is when the authors stressed that the issues of standards
of internationally comprehensibility are not part of this book. The
focus is on Manglish, instead, a social communicative norm
which Malaysians embrace. Manglish according to the authors is
a language choice or a register of speech where speakers
choose where and when to use it.
There are 19 chapters in this book comprising various and
interesting sections such Manglish common names, ways
Manglish is spoken with local words and idioms, questioning in
Manglish, giving directions the Manglish way etc.
Among the interesting chapters are the first chapter that
highlights on Manglish common names and Chapter 9 that focuses
questioning in Manglish. The whole presentation on the whole book
is made in such a way that it is easier for the reader to understand
where the authors have included not only the explanation on what
the words and expressions are but also the examples of how they
are used in Manglish. Malaysians particularly will surely nod and
smile when reading this book expressing their agreements to all
the details on Manglish written in this book.
Among the Manglish common names put forward by the authors
in Chapter 1 are: Ah Moi; A friendly name for a young girl. Of
Cantonese origin but used by Malaysians in general. Similar to
‘Miss’ (“ Hey, Ah Moi, cannot selfie here, okay), Ah Soh; A polite
term for a middle-aged woman or an elderly lady. Equivalent to an
aunt. (“Yeee, why she behave like an Ah Soh?” or “She’s only in
her twenties but oredi so Ah Soh!”), Kay poh chee; Of hokkien
origin means a real busybody, someone who just loves to butt into
other people’s affairs. (“Don’t be such a Kay Poh Chee!
Everything also want to know.”)
Another interesting chapter in this book is on questioning in
Manglish. This section is very interesting when the authors include
all the common expressions use to ask questions in Manglish. For
example: Going Where? (Pergi Mana?) is a polite Malay greeting,
an ice breaker when you happen to bump into your friend or
neighbour. We aren’t really interested in where you are going
actually. (“Good morning, Sir. Going where?), Got or not? - Covers
a range of meanings, from ‘Do you or don’t you have it?, Is it or isn’t
it there? to ‘Will it or won’t it be? (Sue: “Is there a meeting next
week?, Kay: “I don’t know. Ask and see. Linda got meeting or not?
Linda: “Don’t have lah. You fellers never read memos one ah?”).
Conclusively, there are a lot more that Manglish has to offer as
what both authors have stated ...it is an entertaining, funny and
witty compilation of commonly used Malaysian English words and
expressions. Whether Malaysian, expat, visitor or a fresh-off-the-
plane Mat Salleh, you’ll never be at a loss for words when
conversing with Malaysians.

6. Manfaat/ The benefit of reading this book is to recap how Malaysians


pengajaran yang uniquely use their second language. Without any formal exposure
diperoleh to the English Language, Malaysian can still communicate and
daripada buku
convey messages well in English. This book also informs us that
yang dibaca:
the borrowing words and expressions from Malays, Chinese,
Indian, Asli, British English, American English, dialects, popular
mass media and plenty more reflects the uniqueness of Manglish
and the amazing diversity among Malaysians.

7. Tandatangan: DAYANG MAHERAN BINTI AHMAD


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(u) Nama : SA’ANAH BINTI EDI


(v) Sektor / Unit/ Organisasi : UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(w) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(x) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(y) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


TEORI PENDIDIKAN – Pemikiran Global
1. Tajuk Buku:
Mohd. Yusof Hasan
2. Pengarang:

3. Tahun
2007
diterbitkan:
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini menyentuh tentang teori bagaimana cara dan kaedah
mendidik, menyedari, memahami, menghayati dan mempraktiskan
bidang pemikiran dalam proses pembelajaran dan pengajarannya
di peringkat awal prasekolah, di sekolah rendah, sekolah
menengah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan
masyarakat umum.
Buku ini terbahagi kepada sembilan bab. Bab 1 membicarakan
definisi Pemikiran dan Falsafah Pendidikan. Bab 2 membincangkan
tentang Pendidikan Pemikiran Kerohanian. Bab 3 membicarakan
tentang Pemikiran ke arah Kebitaraan dan Kecemerlangan Insan.
Dari hemisfera otak kiri atau hoki tercetus pemikiran kesaintifikan,
manakala dari hemisfera otak kanan atau hoka tercetus potensi
pemikiran kekreatifan. Kedua-dua aspek ini dibincangkan masing-
masing dalam Bab 4 dan Bab 5. Dari perbincangan bab-bab itu,
terhasillah teori empat paradigma pemikiran iaitu Kerohanian,
Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan.
Bab 6 dan Bab 7 masing-masing membincangkan tentang aspek-
aspek keagamaan lain dan aspek-aspek akhlak dan etika dalam
pengurusan global. Manakala Bab 8 memperjelaskan bagaimana
Pemikiran Islam Hadhari dapat menyelesaikan masalah global. Bab
terakhir iaitu Bab 9 membuat kesimpulan bahawa Teori Pendidikan
Pemikiran Global adalah cantuman kedua-dua modul SPB4K dan
SEBAK.

6. Manfaat/ Buku ini dapat memberi bahan renungan, rangsangan dan


pengajaran yang pemikiran untuk para bakal guru, pendidik, pensyarah, ibu bapa,
diperoleh pegawai, pemimpin dan ahli-ahli masyarakat umum ke arah
daripada buku
kecemerlangan pendidikan pemikiran dalam era globalisasi.
yang dibaca:

7. Tandatangan: SA’ANAH BINTI EDI


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Muhammad Fakhrul Radzi Bin Abu Bakar


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : Unit LDP IPGKTB
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku:
Photoshop Asas Dalam Masa Sehari
2. Pengarang:
Siti Rahmah Rahmat
3. Tahun
2015
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
SAM Synergy Media Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Mengandungi semua pembelajaran mudah tentang Adobe
Photoshop untuk kegunaan pejabat dan harian. Pembelajaran dan
aplikasi perisian untuk menyunting pelbagai jenis fail bergambar.
Teknik mewarna, menggantikan warna, membetulkan gambar dan
suntingan akhir.
6. Manfaat/ -Meningkatkan kefahaman dalam penyuntingan media untuk
pengajaran yang pelbagai kegunaan.
diperoleh -Mendalami teknik-teknik suntingan foto digital hebat melalui
daripada buku
perisian Adobe Photoshop
yang dibaca:
-Memahami fungsi perisian dengan lebih mendalam.

7. Tandatangan: MUHAMMAD FAKHRUL RADZI BIN ABU BAKAR


BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(f) Nama : RIZAL BIN ARIFFIN


(g) Sektor / Unit/ Organisasi : ULDP IPGKTB
(h) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(i) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
1. Tajuk Buku:
Dr. Taha Jabir Fayyadh Al ‘Alwani
2. Pengarang:

3. Tahun
2010
diterbitkan:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Perbezaan Pendapat semasa hayat Nabi s.a.w

Sejarah agama ini juga telah menyaksikan bahawa perbezaan


pendapat berlaku walaupun ketika hayat nabi kita s.a.w hidup
di kalangan para sahabat. Mereka bukan manusia yang ada
sentiasa di sisi Rasulullah s.a.w kerana mereka manusia biasa
yang perlu keluar bekerja atau berdagang kerana mencari
rezeki menyara keluarga. Kadang-kadang mereka diutus untuk
keluar berdakwah dalam tempoh yang panjang. Maka ketika itu
adakalanya mereka terpaksa membuat keputusan yang segera
tanpa kemampuan untuk balik bertanya dahulu kepada
baginda s.a.w. Maka berlakulah perbezaan dalam berijtihad.
Setelah mereka pulang ke Madinah atau bertemu semula
dengan Rasulullah s.a.w, baharulah Baginda s.a.w samada
mengakui hasil ijtihad mereka sehingga kadang-kadang
memperakui lebih daripada satu ijtihad sahaja. Ada ketikanya
Baginda s.a.w memperbetulkan semula jika ada kepincangan.
Dengan itu selesailah perselisihan pendapat yang berlaku
pada zaman itu. Sikap Rasulullah s.a.w ini juga ternyata
memberi ruang untuk para sahabat dan umat selepas mereka
untuk berbeza pendapat dalam keadaan yang sangat
berdisiplin. Para pembaca disajikan oleh penulis kitab ini
dengan contoh-contoh yang begitu banyak bagi membuktikan
bahawa para sahabat juga berselisih dalam banyak perkara
semasa hayat dan selepas kewafatan Baginda s.a.w.

Salah satu contoh sebagai menjelaskan lagi isu ini ialah


penulis membawakan petikan hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari dan Muslim bhawa Nabi s.a.w bersabda dalan
isu solat asar dalam peristiwa peperangan Ahzab yang
bermaksud:

‫َل‬ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫َلل‬


‫َل‬ ‫إ‬ ‫د‬ ‫َل‬
‫َل َلل ي ي َإليإ ي ل َيُل ي‬ ‫لل ُي‬
َ ‫َل َين‬

” Janganlah seorang pun daripada kalangan kamu


menunaikan solat asar sehinggalah tiba di perkampungan
Bani Quraizah”
Perkataan Baginda s.a.w ini telah menimbulkan beberapa
pendapat daripada kalangan para sahabat. Sebahagian mereka
melakukan solat Asar kerana bimbang lupus waktu dan
sebahagian pula mentaati perintah Nabi s.a.w secara literal
dan tidak melakukan solat sehinggalah tiba di perkampungan
Bani Quraizah. Setelah pulang ke Madinah, kedua-dua
kelompok yang berbeza pendapat ini membawa kes ini kepada
Nabi s.a.w untuk kepastian. Ternyata nabi s.a.w membenarkan
kedua-dua belah pihak dan tidak mencela mana-mana
kelompok. Inilah bukti yang jelas perbezaan pendapat diraikan
dalam mengamalkan agama selagi tidak melanggar mana-
mana keputusan yang telah diputuskan oleh Allah dan
RasulNya.
6. Manfaat/ Kita sekarang ini sedang lena dibuai taqlid. Tiada siapa yang
pengajaran yang berani mengaku benar-benar berjaya melepaskan diri daripada
diperoleh taqlid sepenuhnya. Akar taqlid telah membelit dan
daripada buku
mencengkam erat umat ini sehingga kelompok yang menyeru
yang dibaca:
kepada pembebasan daripada taqlid sendiri pun masih belum
dapat meloloskan diri daripada taqlid. Tiada lagi siapa yang
berani mengaku mampu mengambil hukum terus daripada Al-
Quran dan As Sunnah melainkan terpaksa mentelaah sejumlah
kitab dan bertaqlid kepada penulis-penulis kitab yang mereka
pilih. Namun begitu usaha meningkatkan kemampuan diri
untuk meningkat daripada istilah 'taqlid buta' kepada taqlid
yang lebih terpuji juga telah semakin berkembang secara
positif dalam kalangan umat Islam hari ini. Umat Islam sudah
mulai berani bertanya dalil, ada yang sudah mampu
membandingkan antara dalil-dalil dan mentarjihkan dalil yang
paling kuat untuk dipegang. Setidak-tidaknya ini adalah satu
kemajuan yang sedang berlaku. Apa yang paling utama di
ketika ini ialah masing-masing perlu terus mempelajari dan
menghayati satu ilmu yang sangat berharga yang sedang
diperkatakan dalam tulisan ini iaitu 'Adab al Ikhtilaf" yang kita
warisi daripada para salaf.

7. Tandatangan: RIZAL BIN ARIFFIN

Anda mungkin juga menyukai