Anda di halaman 1dari 10

Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna

( Segera Dapatkannya !!)


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Setelah berniat untuk menerbitkan buku ini sejak awal tahun 2005. Sempena
menyambut Mawlidur Rasul pada tahun ini, buku ini adalah hadiah untuk umat
Islam yang memahami bahasa malaysia. Amat wajar untuk kita mengingati dan
kembali memahami akan ibadat yang cukup istimewa buat ummat Muhammad
s.a.w iaitu solat.

Satu-satunya ibadah khusus yang diambil terus oleh Nabi s.a.w semasa isra dan
mi'raj. Tiada ibadah khusus lain sepertinya.

Pada tanggal 18 Rabi'ul Awwal 1428 H bersamaan 26 Mac 2008, buku ini siap
sampai di bilik stor penerbitnya (Telaga Biru Sdn Bhd) dan siap dipindahkan ke
dalam kereta saya untuk mula disebarkan kepada semua rakyat melalui proses
jual beli.

Inilah satu buku untuk mengubah cara solat anda yang biasanya didasari ilmu
ikut-ikut sahaja kepada ibadat atas dasar ilmu. Pahala bagi seorang yang
menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak
didasari ilmu.

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :

‫من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح‬


Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak
dihasilkan daripada kebaikan (Jami' Bayan al-'Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr,
1/27)

Malah Nabi s.a.w bersabda :-

ِ‫ل الْعَالِم‬
ُ ْ‫لّ َفض‬
ِ ‫لخَرُ عَالِ ٌم فقال رسول ا‬
ْ ‫ن َأحَدُهُمَا عَابِدٌ وَا‬
ِ َ‫ل الِّ َرجُل‬
ِ ‫ُذكِ َر لِرَسُو‬
ْ‫ضلِي على أَ ْدنَاكُم‬
ْ ‫على الْعَابِدِ َك َف‬
Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya
ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon,
Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa
ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan
kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib,
Albani : Sohih)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan


dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya
didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi
membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah
kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi,
7/379)

Justeru, buku ini insyaAllah dapat membantu kita semua menunaikan ibadat
dengan ilmu dan tidak lagi dengan ilmu sedikit yang dipelajari di zaman kanak-
kanak dahulu.

Bagi melengkapkan ilmu ini, pendaftaran untuk kursus solat terakhir masih
dibuka sehingga 28 Mac 2008.

Info Buku

Berikut adalah info buku :-


Tajuk : Formula Solat Sempurna.
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 174 mukasurat.
Jenis kertas dalam buku : Glossy berkualiti tinggi berwarna dan
bergambar.
Tambahan Lain : Beserta glossary, index dan bibliografi.
Harga Runcit yang ditetapkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd : RM25.90

Petikan Belakang Buku :-

"Formula Solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan


mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna
iaitu dengan menggabungkan amalan-amalan sunat dalam solat berserta rukun
dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian
mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis
membawakan nas-nas yang dikira terbaik dari hasil nukilan ijtihad para ulama
hadis dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan
masyarakat dan latar belakang, Hinggakan mereka yang mempunyai
kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam
buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam pengajian ilmu
Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini.
Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi
pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid dari Nabi s.a.w.
Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan puncda
kehilangannya dewasa ini.

Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam
bentuk komprehensif, padat beserta dalil sebegini. Ini menjadikan buku di
hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan
masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi
semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menuruti mazhab Syafie
atau lainnya."

Harga Istimewa Pembelian Melalui Pengarang

KHAS BUAT Semua peserta kursus solat pada 30 Mac 2008 ini, anda boleh
membeli buku ini terhad satu naskhah seorang peserta pada harga sangat
istimewa iaitu RM18.

Selain peserta kursus solat terakhir pada 30 Mac ini, anda boleh membeli
secara online dari web ini, berikut adalah skim harga masih lagi istimewa bagi
pembeli melalui zaharuddin.net

Harga buku : RM 23
Harga pos setiap naskhah : RM 3 (Sampul surat biasa)
: RM 6 (Buble envelope)

Lagi Diskaun Pembelian.


Bagi mereka yang ingin membeli secara banyak, berikut adalah skim tawaran
saya :-
1) Pembelian 30 hingga 99 naskhah : RM 21.50 ( setiap buku sahaja)
: RM 3 ( kos pengendalian dan pos setiap
naskhah )

2) Pembelian 100 naskhah ke atas : RM 20.00 (setiap naskhah)


: RM 250 (kos pengendalian dan pos bagi 100 buku)

CARA PEMBELIAN

Terdapat tiga cara pembelian iaitu :-


1) MELALUI INTERNET PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET
BANKING

No akaun :
Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Maybank ( Wadiah Acct )
Cawangan : Jln Tun Perak, Pudu

No Akaun Semasa : 164017071347


Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : KL Sentral

No. Akaun Simpanan: 14023010023571


Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : RHB Islamic Bank Berhad
Cawangan : CUKL

No Akaun Semasa : 21401360000425


Selepas membuat bayaran, sila email tibyan2008@gmail.com This email
address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to
view it dengan info berikut:

• Nama
• Alamat E-Mail anda
• Nombor transaksi (PENTING)
• Alamat untuk menghantar buku anda
• Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
• Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya
menggunakan online banking)
• ATAU FAX KE 03-8060 5415

2) Di tempat-tempat tertentu saya berceramah.


3) Di kedai-kedai yang menjual buku terbitan telaga biru sdn bhd.
4) Di pejabat saya di Kuliyyah Ekonomi & Sains
Pengurusan, UIAM, Gombak.

Niat utama saya ketika menghasilkan tulisan ini sebenarnya adalah untuk
memperkemaskan solat saya sendiri. Setelah kajian demi kajian dibuat,
berpuluh buah kitab silam dikhatamkan untuk mendapat gambaran terbaik dari
ulama fiqh dan hadis terunggul di setiap zaman, saya kira amat rugi jika ilmu
sebegini hanya dinikmati oleh saya seorang sahaja. Justeru, amat elok kajian
ini diterbitkan bagi manfaat lebih ramai dan merata.

Justeru, objektif penulisan ini adalah untuk mengajak umat Islam mendekati
solat mereka dengan lebih terperinci agar mereka mampu menunaikan solat
dengan lebih berilmu berbanding sebelum ini.

Ia juga membentangkan pandangan mazhab Syafie sebagai asas di samping


mempersembahkan sebahagian dalil-dalil yang disebutkan oleh mazhab Syafie,
keutamaan sentiasa diberikan kepada mazhab Syafie sebagai meraikan mazhab
di negara ini.
Namun adakalanya saya memberikan sedikit input tambahan berkenaan
pandangan sahabat nabi dan ulama-ulama dari mazhab lain bagi memperkukuh
perbincangan. Kebiasaannya saya mengutarakannya dalam perkara-perkara
sunat sahaja. Sebagai contoh, ada beberapa pergerakan yang tidak dianggap
wajib atau sunat oleh mazhab Syafie tapi ia dianggap sunat oleh mazhab lain,
saya bentangkan sebagai motivasi untuk kita memantapkan lagi ibadah solat.
Demikian juga sebaliknya. 

Terbukti dari seluruh kursus-kursus yang telah saya anjurkan, ramai orang di
Malaysia dan Brunei mengganggap solat mereka telah sempurna serta berpaksi
kepada mazhab Syafie, namun rupanya mereka tidak pun menunaikan ibadah
solat seperti yang tercatat di dalam kitab mazhab Syafie yang muktamad.
Namun demikian, ia bukanlah satu isu yang besar kerana kebanyakkannya
hanya melibatkan hal-hal sunat atau tidak sunat pun, ia sememangnya tidak
menjejaskan solat, cuma objektif dari buku ini adalah untuk memperkemas dan
mempercantikkan solat kita

Hadiah Buat Orang Dewasa

Agak ramai individu menyangka buku sebegini adalah untuk kanak-kanak


sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang.
Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu sang ibu dan ayah. Kem solat
dan buku solat kanak-kanak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan
ibu?

Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna sesuai untuk pembacaan dewasa bagi
menyemak tatacara solat mereka. Buku ini tidak menyalahkan mana-mana
fatwa dan mazhab. Saya hanya mencadangkan dalam buku ini seperti berikut :-
"bagaimana jika buat begini berdasarkan dalil ini dan tafsiran ulama berikut",
mungkin dengan niat ikhlas kita, akan dapat pahala sunatnya itu, tetapi jika
tak buat pun, tiada masalah besar".

Saya sama sekali tidak mendabik dada mengatakan saya mengetahui yang
terbaik serta menafikan ilmu para ustaz dan ilmuan Shariah yang lain, ia
hanyalah usaha kerdil saya setelah menelaah beberapa puluh kitab ulama silam
dan moden bagi memperolehi ilmu yang ingin disampaikan dalam bentuk yang
termudah.

Bagi saya, jumlah buku rujukan utama sebanyak itu sudah mencukupi. Kuantiti
buku tidaklah begitu penting, kualiti setiap kitab yang dirujuk adalah lebih
penting. Justeru saya terpaksa memilih beberapa buah kitab Fiqh silam dan
kontemporari yang dikira berkualiti tinggi untuk digali ilmunya dan dikongsi
bersama.

Saya tidak mampu untuk mengkaji semua kitab yang ada di pasaran dan ilmu
kita memang sedikit dan saling memerlukan, namun jangan dijadikan alasan
belum khatam 1000 kitab lalu kita tidak boleh untuk memberikan sesuatu
kefahaman. Jika anda mampu menghasilkan sebuah lagi buku dalam bab solat
sebegini untuk membantu orang ramai, saya amat mengalu-alukan dan
menyokong usaha anda.

Semoga ia tergolong dari kalangan amal-amal saya yang soleh serta diterima
oleh Allah swt. Didoakan juga pembacaan anda memberikan manfaat yang
terbaik buat dunia dan akhirat anda sekalian. Ameen.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


http://www.zaharuddin.net/
26 Mac 2008

Kandungan buku
Bahagian Pertama : Pendahuluan

• 1) Latar Belakang Penulisan


• 2) Manhaj Penulisan
• 3) Persoalan taqlid mazhab dan campur mazhab

Bahagian Kedua : Maklumat Asas Berkaitan Solat

• 1) Tempat-tempat tidak digalakkan solat padanya


• 2) Syarat sah solat
• 3) Rukun- rukun solat
• 4) Perkara yang membatalkan Solat

Bahagian Ketiga : Tatacara Solat Dari Takbir Ke Salam


1) Berwudhu
2) Menghadap qiblat

• a. Dalil

• b. Kiblat ketika musafir


• c. Musafir tidak mengetahui qiblat
• d. Tersilap ijtihad dalam menentukan qiblat bagi musafir
• e. Ahli rombongan punyai kiblat berbeza

3) Meletakkan Penghadang di hadapan ketika solat

• a. Hikmah dan falsafah


• b. Dalil
• c. Kesimpulan

4) Berdiri Tegak
• a. Falsafah berdiri tegak
• b. Dalil
• c. Jarak di antara dua kaki ketika berdiri.
• d. Kesimpulan

5) Niat

• a. Falsafah Niat
• b. Dalil
• c. Waktu berniat
• d. Kandungan asas niat
• e. Perbincangan niat secara berlafaz

6) TakbiratulIhram

• a. Falsafah takbiratul Ihram


• b. Dalil
• c. Arah pandangan mata ketika solat
• d. Memejamkan mata ketika solat
• e. Mengangkat tangan semasa takbiratul ihram
• f. Keadaan tangan dan jari ketika takbiratul ihram
• g. Lafaz takbir : cara betul & salah

7) Tangan Bersedekap Ketika Berdiri

• a. Dalil serta perbezaan ijtihad tentangnya


• b. Kesimpulan hukum yang dipilih.

8) Membaca Doa Iftitah


9) Membaca Surah Al-fatihah

• a. Dalil
• b. Membaca isti'azah
• c. Membaca Basmalah : Kuat atau Perlahan
• d. Bacaan Al-Fatihah di belakang imam
• e. Kesalahan di dalam bacaan al-Fatihah
• f. Menyebut 'Amin' di akhir al-Fatihah
• g. Saktah sebelum dan selepas Al-Fatihah

10) Membaca Surah Pendek

• a. Bagi Imam
• b. Bagi solat sendirian
• c. Jenis surah
• d. Kaedah dan cara bacaan
• e. Mestikah membaca mengikut tertib?
• f. Bacaan surah di rak'at ketiga dan keempat

11) Ruku' dan Bacaannya


• a. Dalil Ruku'
• b. Bacaan semasa ruku'
• c. Megangkat tangan sebelum dan selepas ruku'
• d. Tomakninah ketika ruku'
• e. Jari ketika ruku'
• f. Keadaan belakang dan kepala
• g. Kedudukan lengan
• h. Doa dan bacaan Al-Quran ketika ruku'

12) I'tidal dan Bacaannya

• a. Dalil
• b. Bacaan semasa berdiri
• c. Bacaan tambahan terbaik

13) Sujud

• a. Lutut atau tangan mencecah bumi dahulu

i. Tangan dahulu
ii. Lutut dahulu

• b. Tujuh anggota sujud dan kedudukan jari kaki


• c. Hidung anggota sujud ?
• d. Keadaan dahi semasa sujud
• e. Kedudukan tangan ketika sujud

i. Merenggangkan lengan dari tubuh


ii. Mengangkat siku
iii. Merapatkan jari-jari
iv. Ijtihad Imam Syafie berkenaan cara sujud wanita

• f. Meletakkan wajah di antara kedua tangan


• g. Bacaan ketika sujud
• h. Kelebihan doa semasa sujud & bolehkah doa perihal dunia?
• i. Wanita tidak merengangkan tangan?
• j. Faedah kesihatan semasa sujud

14) Duduk antara dua sujud

• a. Cara duduk Iftirash


• b. Kedudukan tangan
• c. Cara duduk yang ditegah
• d. Bacaan ketika duduk
• e. Cara dan bacaan ketika bangun.
• f. Duduk istirehat sebentar sebelum bangun.

15) Sujud Kedua


16) Duduk Tasyahhud / Tahiyyat Awal
• a. Hukum tasyahhud awal
• b. Kedudukan kaki
• c. Bacaan tasyahhud awal
• d. Masalah angkat dan goyangkan jari.

i. Isyarat jari
ii. Hikmah dan sebab menaikkan jari telunjuk
iii. Boleh diangkat dua jari?
iv. Perlukah digoyangkan jari?
v. Waktu jari diangkat
vi. Jari dibengkokkan sedikit

• e. Melihat jari telunjuk ketika tasyahhud


• f. Mengangkat tangan ketika berdiri.

17) Tasyahhud Akhir

• a. Hukum tasyahhud akhir


• b. Cara duduk tasyahhud
• c. Bacaan ketika tasyahhud
• d. Hukum selawat atas nabi ketika tasyahhud
• e. Doa tambahan terbaik selepas tasyyahud
• f. Lafaz "sayyidina" semasa selawat

18 ) Salam

• a. Hukum salam
• b. Pergerakan kepala ketika salam dan bacaannya.

19) Menyapu Dahi Dan Hidung Ketika Solat Dan Sesudahnya

• a. Hadis berkaitan
• b. Sapu muka sebelum tamat solat
• c. Kesimpulan

20) Mengangkat Tangan Dan Membaca Doa Selepas Solat.


21) Bersalaman Secara Berjemaah Selepas Solat
Bahagian Keempat : Zikir & Doa Nabawi

• 1) Bacaan ketika waswas


• 2) Zikir menggunakan jari jemari
• 3) Wirid Selepas Semua Solat Fardhu
• 4) Zikir Subuh & Maghrib

Bahagian Kelima : Khusyuk Dalam Solat


Hakikat Khusyuk
Fadhilat Khusyuk
Tuntutan Khusyuk Dalam Solat
Kaedah Mendapatkan Khusyuk
Faktor Utama Gagal Perolehi Khusyuk
Usaha Tambahan Bagi Mendapatkan Khusyuk

--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA
JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA
KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK
MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG
TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-
BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING
MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI
DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka


selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Anda mungkin juga menyukai