Anda di halaman 1dari 25

Perkembangan Akidah

Nusantara
ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH YANG
SAMPAI KE NUSANTARA
 Aliran Asyairah sebagai aliran pertama sampai ke Nusantara.
 Karya akidah terawal
i) Al-Aqaid al-Nasafi
ii) Bahr al-Lahut
 Aliran Asyairah pada zaman kesultanan Melayu Melaka
i) Sultan Mansor Syah
ii) perbahasan akidah masyarakat setempat
 Aliran Maturidiyyah juga dikatakan sampai ke Tanah Melayu
▪ i) manuskrip tertua tejemahan Melayu dari karya akidah
Maturidiyyah milik Abu Hafs Umar al-Nasafi
▪ ii) menurut Al-attas, berkemungkinan masyarakat Melayu
menerima aliran akidah Maturidiyyah pada peringkat awal
TOKOH 1= HAMZAH FANSURI

 Merupakan seorang cendekiawan, ulama


tasawuf, sasterawan dan budayawan terkemuka
 Berasal dari Fansur, iaitu sebuah tempat yang
bernama Barus, kota kecil di Pantai Barat
Sumatera yang terletak antara kota Sibolga dan
Singkel.
 Seorang ulama yang sangat terkenal dalam
bidang Tasawuf dan juga tokoh Akidah.
HAMZAH FANSURI
 Membawa pemikiran Imam al-Sanusi dalam
menjelaskan pemikiran Asya’irah.
 Terjemahan pemikiran itu ditulis dalam bentuk
karya yang bertajuk Syarab al-Asyiqin (Minuman
Orang yang Berahi).
 Ada yang mengatakan beliau beraliran Syiah,
namun ia tidak benar kerana karya beliau banyak
yang ke arah pemikiran ASWAJA yang mengikut
teologi Imam al-Asy’ari.
HAMZAH FANSURI
Karangannya berpendirian = perlu menguasai syariat sebelum mendalami
tasawuf agar tidak terpesong sebagaimana mazhab Syiah

Bagi kita memagar diri kita supaya kita jangan diharu syaitan,
adapun barang siapa memagar dirinya dengan pagar syariat
tiada dapat diharu syaitan, adapun barang siapa menyangka
syariat ini kecil atau mencela dia kafir naūdhubillāhi minḥā
kerana syariat tiada bercerai dengan tarikat, tarikat tiada
bercerai dengan hakikat, hakikat tiada bercerai dengan
makrifat seperti kapal syariat seperti lunas tarikat seperti
papan hakikat seperti isinya makrifat akan labanya apabila
lunas dituangkan nescaya kapal itu karam laba pun lenyap
modal pun lenyap marugi kita wallaḥu a’lam bi al-sawāb
HAMZAH FANSURI
Bukti beliau bukan beraliran Syiah melalui karangannya:
 
Adapun perkara syariat sendirinya pertama syahadat dan sembahyang
fardu memberi zakat dan puasa fardu jika ada berẓawādah pergi naik haji
kelimanya ini syariat Nabi Ṣallallaḥu Alaiḥi Wasallam adapun syariat tiga
perkara sawatu syariat barang dilihatnya tiada dilarangnya sawatu
syariat yang disuruhnya sawatu syariat yang diperbuat Nabi Ṣallallaḥu
Alaiḥi Wasallam seperkara bagi kita membawa iman akan Nabi Ṣallallaḥu
Alaiḥi Wasallam bahwa ia pesuruh Allah SWT barang katanya sungguh
barang perbuatannya benar barang siapa iktikadnya sabda Nabi
Ṣallallaḥu ᶜAlaiḥi Wasallam dijadikan Allah Subhānahu wa Ta’āla lebih
daripada makhluk sekalian apabila ia lebih daripada makhluk sekalian
nescaya barang perbuatannya benar barang katanya sungguh

Rukun Islam yang disebut adalah 5 dan bukan 8 sebagai mana aliran Syiah
TOKOH 2= SYEKH NURUDDIN AL-
RANIRI

 Tokoh Akidah sekitar abad ke 16-17.


 Seorang cendekiawan Islam Aceh-Gujerat.
Berasal dari Ranir, iaitu satu tempat di
Gujerat, India.
 Seorang Mufti ketika zaman kesultanan Melayu
Aceh.
 Pendidikan awal diterima di Ranir, kemudian ke
Hadramaut dan Mekah.
 Beliau wafat pada tahun 1658 Masihi bersamaan
dengan 1068 Hijrah.
SYEKH NURUDDIN AL-RANIRI
 Karya akidah yang ditemui diterjemahkan oleh
beliau adalah karya ulama besar Ashā’irah iaitu
Sa’d al-Dīn al-Taftazāni bertajuk Sharh al-Aqā’id
al-Nasafiyyah yang sangat terkenal dalam
bidang ilmu kalam.
 Karya al-Raniri yang telah diterjemahkan
tersebut diberi judul Durrat al-Farā’id bi Sharh al-
Aqā’id yang disiapkan sekitar tahun 1630
SYEKH NURUDDIN AL-RANIRI
 Al-Raniri sebenarnya dikatakan lebih cenderung
beraliran Māturidiyyah oleh masyarakat
Nusantara dan bermazhab Ḥanafiyyah dalam
bidang fiqh.
 Sebahagian cendekiawan Nusantara mengatakan
beliau adalah bermazhab Ashā’irah.
 Pandangan yang lebih kuat menunjukkan bahawa
al-Raniri merupakan seorang yang beraliran al-
Ashā’irah dalam bidang akidah dan bermazhab
Shāfi’ī dalam bidang fiqh.
SYEKH NURUDDIN AL-RANIRI
 Hujah yang mengatakan beliau beraliran Asyairah:
 Dalam karya Durrat al-Farā’id bi Sharh al-Aqā’id telah
menunjukkan perbincangan mengenai sifat 20 yang telah
dibahaskan oleh seorang tokoh ulama akidah ASWJ aliran
Asha‘irah, iaitu al-Sanūsī. Perbahasan mengenai sifat 20
ini menunjukkan bahawa akidah yang dibawa dalam
karya ini adalah akidah berasaskan aliran Ashā’irah
sebagaimana yang telah dibawa oleh Imam al-Sanūsī.
 Berdasarkan karya al-Raniri pada abad ke-17 ini, jelas
bahawa fahaman akidah ASWJ aliran Ashā’irah di
Nusantara adalah fahaman yang masyhur dalam
kalangan masyarakat awam di rantau ini.
TOKOH 3= ABDUL RAUF AL-SINKLI

 Merupakan antara tokoh ulama Akidah sesudah al-Raniri


yang membicarakan persoalan tauhid di Nusantara.
 Pembicaraan al-Sinkili dalam bidang tauhid pada abad
ke-17, jelas menunjukkan masyarakat ketika itu telah
terpengaruh dengan pemahaman akidah melalui metod
al-Sanūsī.
 Al-Sinkli merupakan antara tokoh ulama yang telah
membahaskan persoalan Sifat 20 dalam kitab
Tasawufnya Umdat al-Muhtajin.
 Pembahagian sifat 20 oleh beliau melalui karya itujelas
mengikut metodologi Imam al-Sanūsī.
ABDUL RAUF AL-SINKLI
 Beliau boleh dikatakan sebagai antara tokoh pertama
yang membicarakan sifat 20 di Nusantara.
 Beliau telah menghuraikan perbahasan sifat dua puluh
merangkumi sifat yang wajib, mustahil dan harus.
 Selain dari kitab beliau Umdat al-Muhtajin yang
membahaskan tentang teologi al-Ash’arī menerusi
metodologi Imam al-Sanūsī, kitab beliau yang lain yang
membahaskan persoalan yang sama adalah kitab Syair
Makrifah.
 Namun perbahasan Sifat 20 dalam kitab itu adalah dalam
bentuk syair dan puisi.
SOKONGAN PEMERINTAHAN ISLAM
DI NUSANTARA
 Perkembangan pemikiran akidah ASWJ beraliran
Asha'irah dalam pemikiran akidah di Nusantara telah
bertapak kukuh dengan sokongan pemerintahan Islam di
Nusantara yang berpusat di bawah kekuasaan Aceh.
 Pemikiran akidah umat Islam di rantau ini telah
diterapkan oleh kerajaan dengan penerapan metodologi
Asha'irah dalam perbahasan berkaitan ilmu akidah.
 Pada zaman keagungan Aceh ini juga, kerajaan telah
mengisytiharkan bahawa pegangan akidah yang
berasaskan kepada ilmu kalam ASWJ beraliran Ashā’irah
merupakan pegangan rasmi kerajaan Aceh.
SOKONGAN PEMERINTAHAN ISLAM
DI NUSANTARA
 Ini bermakna, aliran yang lain (apa2 aliran yang selain
daripada ASWJ) merupakan aliran yang ditentang oleh
kerajaan dan disebut sebagai aliran yang sesat.
 Sesiapa yang berani menentang atau mengikuti aliran
selain daripada ASWJ pada ketika itu akan dipenjara,
denda ataupun dibuang negeri.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -18
 Pada abad ke-18, pendekatan teologi ASWJ aliran
Asha'irah lebih diambil peranan oleh golongan ulama
Nusantara yang hidup pada ketika itu.
 Institusi-institusi pengajian pondok dan pesantren sudah
pun mula menggunakan kitab-kitab pengajian yang
berasaskan sifat 20 Imam al-Sanūsī.
 Terdapat banyak kitab yang diterjemah dan diberi
syarah jelas berasaskan kitab Umm al-Barāhin milik
Imam al-Sanūsī.
 Tradisi Syarah kitab Umm al-Barāhin menjadi luas dalam
kalangan ulama Nusantara pada ketika itu.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -18
 Ringkasan kandungan kitab Ummu al-Barahin
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -18
 Antara ulama yang terawal mensyarahkan kitab Umm al-
Barāhin dgn mengubahsuainya menjadi satu syarah yang
sesuai dengan penerimaan masyarakat Melayu ialah
Shaykh Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Ashi.
 Nama kitab beliau ialah Bidayah al-Hidayah.
 Antara kitab lain yang turut ditulis hasil dari syarah kitab
Ummu al-Barahin termasuk:
i) Siraj al-Huda oleh Syeikh Zain al-Din Muhammad
Badawi al-Sunbawi. Masih diajar dlm kal masyarakat
Melayu.
 ii) Aqidah al-Najin oleh Syeikh Wan Zain al-Abidin al-
Fattani (Tuan Minal).
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -18
 Sekitar tahun yang sama, muncul juga kitab:
i) Zuhrat al-Murīd fi Bayān Kalimat al-Tawhīd yang
menjelaskan pemikiran aliran Ashā’irah di Nusantara.
Kitab tersebut dikarang oleh Shaykh Abd al-Samad al-
Falimbani pada tahun 1764 .
ii) Aqidah Ahlu al-Sunnah Wa al-Jamaah karangan
Shaykh Abdul Rahman Pauh Bok sekitar tahun 1780-an.
iii) Tuhfat al Rāghibīn fi Bayān Haqīqat Īmān al-
Mu’minīn oleh Shaykh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari sekitar tahun 1774.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -18
 Tradisi ulama dalam mensyarahkan kitab-kitab aliran
Ashā’irah semakin menjadi pesat dalam perkembangan
akidah Melayu Nusantara, termasuk juga ulama daripada
Patani.
 Pemikiran akidah ASWJ dalam aliran Ashā’irah di
Nusantara sudah menjadi sebati dan sukar hendak
dilupuskan pemikirannya.
 Sehinggakan puluhan, bahkan tidak mustahil ratusan kitab
Melayu berasaskan aliran Ashā’irah telah dihasilkan dan
dipelajari.
 Kesannya membuatkan aliran ini menjadi aliran arus
perdana dlm pegangan Akidah di alam Melayu ketika itu. 
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -19

 Pemikiran akidah Ashā’irah ini terus berkembang


sehingga ke abad 19.
 Pada era ini, ia merupakan puncak kegemilangan ulama
Nusantara dalam hal berkaitan dengan pemikiran Akidah
aliran Ashā’irah di sekitar Alam Melayu.
 Telah lahir ulama2 dari sekitar Fatani, Aceh, Kedah dan
lain-lain yang menghasilkan kitab-kitab yang berasaskan
pemikiran Ashā’irah.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -19
 Antara ulama yang muncul membawa aliran ini termasuk:
i) Shaykh Daud al-Fatani (1847)
ii) Shaykh Abdul Kadir Bukit Bayas (1864)
iii) Tuan Hasan Besut (1864)
iv) Tok Shaykh Duyung (1889)
v) Shaykh Muhammad Saleh bin Zainal Abidin al-Fatani
1891))
vi) Tok Shaykh Bendang Daya (1895)
 Selain itu institusi2 pengajian pondok sudah pun
mengamalkan tradisi pengajian yang tidak formal
menggunakan kitab-kitab ulama Melayu dalam mazhab
Ashā’irah.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -20
 Menjelang abad ke-20, semakin ramai ulama Nusantara
yang mula menterjemah, mensyarah, menaqal, menulis
semula, dan mengkaji kitab-kitab pemikiran akidah al-
Ash’arī dan aliran Asya’irah.
 Banyak kitab2 yang ditulis dan pemikiran yang dicetus
berkaitan dengan akidah Ashā’irah.
 Perkembangan aliran Ashā’irah sekitar abad ke-20 dan
awal abad ke-21 sudah bercambah sepenuhnya
sehinggakan perkembangannya boleh dikatakan sangat
memberansangkan.
PERKEMBANGAN AKIDAH PADA
ABAD KE -20
 Malah ulama2 pendukung aliran Ashā’irah pada abad
ke-20 dan 21 sudah mula menulis kitab2 untuk
menentang golongan yang menyalahi pemikiran
akidah aliran Ashā’irah dan mempertikaikan
kebenaran Ashā’irah sebagai salah satu aliran ASWJ.
 Keghairahan para ilmuan Islam di Nusantara dalam
menyebar, membahas, dan menulis semula pemikiran
aliran Ashā’irah mencapai tahap yang sangat
memuaskan sehingga aliran Ashā’irah di Nusantara
tidak mampu lagi digugat oleh penentang-penentang
aliran ini.
 
PENUTUP
 Pola perkembangan Akidah ASWJ di rantau Nusantara banyak
menggunakan pendekatan penulisan, pengajaran serta
pendidikan sebagai wahana yang digerakkan oleh kalangan
ulama ASWJ.
 Selain itu, pemantapan aliran ini turut mendapat sokongan
daripada pihak pemerintah.
 Semua usaha ini telah benar2 berjaya mengenegahkan
pemikiran akidah ASWJ sehingga menjadi sesuatu yang cukup
lumrah di tengah masyarakat Muslim Nusantara.
 Justeru, penghayatan aliran akidah yang dibawa oleh ulama
Nusantara merupakan satu aliran yang dapat diterima oleh
ummah di seluruh pusuk Nusantara.
 Sehinggakan, masyarakat ketika itu tidak kenal bentuk
pemikiran akidah yang di luar daripada ajaran ASWJ.
Sekian, terima
kasih
Ustazah Ummu Ubayd Al-Aydarus

Anda mungkin juga menyukai