Anda di halaman 1dari 15

Ahmad Sanusi Azmi.

Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008


University Malaya

KEDUDUKAN HADITH DI DALAM KITAB MUNYATUL MUSOLLI


Ahmad Sanusi Azmi
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru, Nilai, 71800 Negeri Sembilan

Abstrak
Antara kitab yang masih digunakan bagi pengajian agama di Malaysia adalah Kitab
Munyatul Musolli. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan di masjid-masjid
malah ianya juga dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi
pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Hakikatnya ramai di antara masyarakat
kita di zaman ini masih menerima kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang
feqh solat, namun masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kedudukan hadith
yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan
pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini
yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan maudu'
disamping kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang
pengarang serta kitabnya ini. Kajian yang dilakukan lebih berbentuk penyelidikan
perpustakaan. Kajian ini dapat membantu masyarakat di dalam memberikan
pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya di dalam kitab
ini.

Pengenalan Kitab
Kitab ini dinamakan dengan Munyat Al-Musalli yang memberi erti kehendak orang-
orang yang bersembahyang iaitu mereka yang bersembahyang pasti memerlukan ilmu
pengetahuan yang terkandung di dalam kitab ini. Sebahagian pengkaji pula
menterjemahkannya sebagai " Cita-cita orang yang bersembahyang "1.

Sejarah Penulisan
Menurut Wan Mohd Saghir, Syeikh Daud Al-Fatani mengarang kitab ini atas
permintaan seorang sultan yang datang menunaikan ibadah haji di tanah suci. Namun
maklumat berkenaan sultan tersebut tidak dapat diperincikan. Dalam semua cetakan
Munyatul Musalli hanya cetakan Matbaah al-Miriyyah pada tahun 1330H (1911) sahaja
yang terungkap secebis maklumat berkenaan dengan perkara itu. Malah maklumat

1
Al-Maliki, Muhammad Fuad Bin Kamaluddin (2005) ‫ منية المصلي‬Cita-cita Orang Yang
Bersembahyang, Selangor: Sofa Production, Cetakan Pertama.

1
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

tersebut adalah catatan yang ditulis oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani
yang mana beliaulah pentashih pertama kitab tersebut. Beliau mendengar maklumat ini
daripada bapanya Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa Al-Fatani yang mana beliau
adalah anak murid Syeikh Daud sendiri.2

Menurutnya lagi, bahawa Syeikh Daud mengarang kitab ini tanpa menggunakan
sebarang rujukan dihadapnnya, semuanya ditulis berdasarkan ilmu pengetahuan yang
terkandung di dalam dirinya. Perkara ini menyebabkan sultan yang meminta beliau
mengarang kitab ini berasa ragu-ragu terhadapnya. Atas keraguan inilah maka Syeikh
Daud mula mengarang kitab ini tanpa menggunakan lampu dan qalam. Menurut Wan
Mohd Saghir lagi, Syeikh Daud hanya menggunakan jarinya menulis kitab ini di
samping jari jemarinya bercahaya menjadi penyuluh buatnya ketika menulis kitab
tersebut. Mendengarkan peristiwa ini sultan tersebut tidak berani lagi untuk meragui
tindakan yang dilakukan oleh syeikh.3

Ketika menulis kitab ini, Syeikh Daud telah menambah dipenghujung kitabnya satu bab
khas yang berkaitan dengan nasihat serta tunjuk ajar yang berfaedah buat sultan serta
raja-raja yang memerintah. Tindakan ini barangkali dilakukan oleh Syeikh Daud adalah
kerana orang yang memintanya mengarang kitab ini adalah salah seorang daripada
sultan-sultan melayu. Maka amat munasabahlah disisipkan sekali nasihat serta tunjuk
ajar buat mereka yang menjadi pemerintah supaya mereka menepati ciri-ciri pemerintah
yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Sisipan ini dinamakan sebagai "Tatmim Al-
Faedah" iaitu 'menyempurnakan faedah', atau dalam erti kata lain setelah mereka
mendapat faedah daripada mempelajari kitab Munyatul Musalli maka bagi
menyempurnakan lagi faedah serta manfaatnya maka eloklah dipelajari sekali beberapa
nasihat daripada hadith dan athar tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang disayangi
oleh Allah dan rasulNya.

Method Penulisan
Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa Syeikh Daud telah mengarang
kitab ini dengan hanya menggunakan pengetahuan yang terkandung di dalam dirinya

2
Wan Mohd Shaghir Abdullah (2003) op. cit., m/s 2.
3
Ibid.

2
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana kitab sebagai rujukan. Dari satu sudut,
perkara ini telah memberikan kepada kita satu gambaran bahawa Syeikh Daud adalah
seorang ulama yang hebat dan berpengalaman yang mana beliau mampu untuk
menghasilkan sebuah kitab yang hebat, ringkas dan padat, yang akhirnya menjadi
sebuah kitab yang digunakan sebagai silibus asas di dalam pembelajaran berkenaan
dengan solat. Namun bukanlah semua dalil-dalil berkenaan solat dimuatkan di dalam
kitab ini, hanya yang dilihatnya sebagai perkara yang penting sahaja dimuatkan di
dalam kitab ini bagi menjadikan kitab ini sebagai sebuah kitab yang mudah dan
lengkap. Method penulisan yang ringkas dan mudah menjadikannya sebagai sebuah
kitab yang mudah dipelajari. Hanya yang menjadi penghalang ialah lenggok
penggunaan serta susunan bahasa jawi lama yang menyebabkan generasi baru agak
sukar memahami maksud kandungannya.

Penulisannya dalam masalah solat ini adalah berlandaskan pandangan beliau yang
selari dengan mazhab syafie. Setelah penelitian dijalankan, beliau tidak pernah
meletakkan pandangan mazhab lain kecuali di dalam bab solat jumaat sahaja dimana
di dalam bab ini beliau ada mengemukakan pandangan yang dikeluarkan oleh mazhab
Abu Hanifah dan mazhab Imam Malik4. Beliau tidak banyak memperbahaskan isu-isu
yang memerlukan perbahasan yang panjang bagi menjadikan kitab ini ringkas dan
mudah untuk difahami. Penulisan kitab ini juga tidaklah seperti kitab feqah yang lain
yang hanya menumpukan perbahasan hukum. Beliau di dalam kitab ini menambah
beberapa perkara yang berbentuk nasihat sesuai dengan sifatnya yang juga banyak
menulis kitab tasauf. Perkara ini jelas ketika di awal penulisannya lagi dimana beliau
telah menegaskan tentang kelebihan serta peranan solat di dalam pembinaan jati diri
muslim. Beliau menyebut bahawa "

4
Al-Fatani, Syeikh Daud Bin Abdullah, t.t., Munyatul Musalli, Percetakan al-Ma’arif, m/s 24

3
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

‫" ففيها حي صل له اخللوة معه واإلنفراد به واجملال سة له واإلنقطاع إليه وفيها ترفع عن قلوهبم‬

‫ وفيها تكون املناجاة واملصافة وهي‬،‫احلجب واألستار وجتلى فيها حقائق األسرار وتشرق فيها األنوار‬
5
"‫صلة بني العبد وبني ربه عز وجل‬

Maksudnya " Maka padaNyalah terhasillah baginya khalwah bersamaNya, dan dapat
asing ia denganNya, dan dapat sekedudukan bagiNya, dan memutuskan dirinya
kepadaNya, dan dapat mengangkat daripada hati mereka itu akan dinding dan tabir yang
antaranya dan Tuhannya, dan nyatalah padanya cemerlang segala cahaya, dan adalah
padanya munajat hamba dengan Tuhannya, dan jernih hatinya dan sirrnya, dan ialah
perhubungan antara hambanya dan Tuhannya Azz wa Jalla".

HADITH-HADITH DI DALAM KITAB MUNYATUL MUSOLLI


Kitab Munyatul Musolli adalah sebuah kitab yang amat masyhur dikalangan pencinta
ilmu di kepulauan melayu ini. Di dalamnya terdapat himpunan hadith yang dijadikan
dalil serta hujah di dalam menerangkan sesuatu perkara atau isu yang diperbahaskan
berkenaan dengan solat. Melihatkan kepada besarnya manfaat kitab ini kepada
masyarakat melayu, maka penulis merasa terpanggil untuk mengamati hadith-hadith
yang terdapat di dalamnya sebagai satu khidmat kepada ilmu serta masyarakat di dalam
mengembangkan lagi pemahaman masyarakat terhadap hadith.

Kaedah penulisan hadith di dalam kitab


Setelah kajian dijalankan, penulis mendapati bahawa Syeikh Daud telah menukilkan
sebanyak 54 hadith di dalam kitab ini. Bilangan ini tidak termasuk jumlah Athar serta
kata-kata ulama yang turut dimuatkan di dalamnya. Sebahagian besar hadith yang
diungkapkan di dalam kitab ini tidak disebutkan nama sahabat yang merawikannya,
hanya sembilan hadith sahaja daripada jumlah hadith di dalam kitab ini yang menyebut
nama sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut.

5
Ibid., m/s 4.

4
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Sesuai dengan sasaran pembacanya, maka kebanyakkan hadith yang ditulis di dalam
kitab ini dinukilkan dengan menggunakan bahasa melayu jawi lama. Kaedah ini sesuai
dengan manhaj ulama yang mengharuskan sesuatu hadith itu diriwayatkan atau
dinukilkan dengan makna sahaja tanpa matan (teks hadith) yang asli. Terdapat
sebanyak 35 hadith yang dinukilkan di dalam bahasa melayu yang mana ianya
diterjemahkan oleh Syeikh dengan huraian bahasanya yang tersendiri. Manakala 19
hadith yang lain pula ditulis dengan menggunakan teks hadith yang asli sebagaimana
yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadith di dalam kitab mereka.

Terdapat pelbagai kaedah sebutan hadith yang dilakukan oleh Syeikh Daud.
Adakalanya beliau menyebut teks hadith yang dinukilkannya itu secara penuh dari awal
hingga akhirnya tanpa sanad. Sebagai contoh:

‫ ليم مسبهيغ اين دفر ضو اهلل اكن سضض ضض مهبا مك‬ ‫دان رواية درفد عبادة بن ال صامت سبدا نيب‬

‫بارغ سياف منداتغكن دغندي مسفرنا دان تياد دكورغكن حقث يغ مغورغكندي أداله ب ض ض ث فد اهلل‬

‫جنج ث هبوا مماسوقكندي كدامل شرك دان بارغ سياف منغ لكندي دان مريغنكندي دغن حقث تياد‬

.6‫اد باض ث فد اهلل تعاىل ايت جنج ث جيك دكهندق دكسيهنكندي مك جيك دكهندقي دشكساث‬

Hadith di atas dinukilkan dengan terjemahan daripada matan yang lengkap dimana teks
asalnya diriwayatkan oleh Imam Malik, Abu Daud, An-Nasaie dan Ahmad7.
Terdapat juga beberapa hadith yang mana beliau ungkapkan sebahagian sahaja daripada
teks tersebut tanpa menukilkan keseluruhan teks yang asal sebagai contoh;

‫ سغ هث أي مسبه غ دان ك سالهنث دهنتركن دأت سث كفالث مك‬2‫ هبو سؤرغ الكي‬ ‫سبدا نيب‬

.8‫كسالهنث‬ ‫ سجود ضوضر كسالهنث ه غك هابيس دان ضوضر س‬2‫تيف‬

6
Ibid., m/s 5
7
Ahmad Sanusi Azmi (2008) Ahadith Fi Kitab Munyatul Musolli Li Syeikh Daud Al-Fatani: Dirasah
Tahliliah Naqdiah, Thesis Master, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
8
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 5

5
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Hadith tersebut adalah petikan daripada sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh Al-
Hafiz Abdul Razak di dalam kitab Musonnafnya9.

Malah terdapat juga kaedah sebutan hadith yang unik di mana Syeikh Daud
menyebutkan satu sebutan hadith yang mana di dalamnya terdiri daripada tiga buah
hadith yang dirangkumkan dengan satu matan (teks hadith), sebagai contoh hadith yang
disebutkan dalam menghuraikan kelebihan solat jumaat. Beliau menyatakan;

‫ هاري يغ نايك متهاري درفدث دمردهكا اهلل تعاىل فداث امن‬2‫دان فد ساتو رواية يغالين دان سبايك‬

‫ بارغ س اف مايت فداث د سورة اهلل با ض ث فهال شهيد دان دفل هرا‬.‫راتس ريبو فمردهكأن در ايف نرك‬
10 ‫اكن درفد فتنة قبور‬

Hadith ini sekali imbas seperti ianya terungkap daripada satu hadith sahaja. Tetapi
setelah diteliti ianya adalah gabungan daripada tiga hadith yang berbeza perawinya.
Teks pada awal hadith yang berbunyi " dan sebaik-baik hari yang naik matahari "
adalah petikan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Muslim11. Manakala sebutan
pada pertengahan teks hadith yang berbunyi " daripadanya dimerdekakan Allah Taala
padanya enam ratus ribu pemerdekaan daripada api neraka " pula adalah petikan
daripada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam kitab Musnadnya12. Namun
apa yang kami dapati, pada teks asal yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la tidak disebut
pun di dalamnya kalimah "enam ratus ribu" sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh.
Al-Imam Abu Ya'la hanya menyebut kalimah "enam ratus" sahaja. Riwayatkan yang
menyebutkan kalimah "enam ratus ribu" tidak kami jumpai. Manakala sebutan pada
akhir teks hadith yang berbunyi "barangsiapa mati padanya disurat Allah baginya
pahala syahid dan dipelihara akan daripada fitnah kubur" pula adalah petikan daripada

9
Abdur Razzak, Al-Hafiz Abu Bakar Bin Hammam As-Son'ani (2002) Al-Musannaf, Kitab At-
Taharah, Bab Ma Yukafara Al-Wudhu wa As-Solah, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Jil 1, M/s
20, No: 149
10
Al-Fatani, t.t. op. cit., m/s 21
11
Muslim, Abu Al-Husain Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi (2000) Sahih Muslim, Kitab Jum'ah, Bab
Fadh Yaum Al-Jum'ah, Riyad: Dar al-Salam, M/s 343, No: 1976
12
Abu Ya'la, Ahmad bin Ali bin Al-Muthana Al-Musili,(1998) Musnad Abi Ya'la, Beirut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, Jil 3, M/s 235, No: 3471

6
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abdur Razzak di dalam kitabnya Al-
Musannaf13.

KEDUDUKAN HADITH DI DALAM KITAB MUNYATUL MUSOLLI


Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, terdapat sebanyak 54 buah hadith yang
telah dinukilkan oleh Syeikh Daud di dalam kitabnya ini. Dan di dalam lingkungan
jumlah ini terdapat di dalamnya hadith sahih, hadith hasan, hadith daif dan juga hadith
maudhu.

Hadith Sahih dan Hasan


Jumlah hadith sahih dan hasan di dalam kitab ini adalah jumlah hadith yang terbanyak
sekali iaitu sebanyak 30 buah hadith. Ini membuktikan bahawa Syeikh Daud adalah
seorang yang iltizam dengan manhaj ulama yang terdahulu iaitu menggunakan hadith-
hadith yang kuat sebagai asas terhadap perkara-perkara yang melibatkan hukum feqah.
Antara contoh hadith yang dikategorikan sebagai sahih ialah seperti:

14
"‫ فمن تركها فقد كفر‬،‫سبدا نيب " العهد الذي بيننا وبينهم الصالة‬
Dan contoh hadith yang ditulis dalam terjemahan bahasa jawi lama pula seperti;

‫أورغ غ تياد مسفرناكن ركوعث دان سجودث دان خشوع ددامل مسبه غث ايت اياله يغدمناكن أورغ يغ‬

.15 ‫منخوري سفرة بارغ غ دسبوت فد حديث‬

Hadith Dhaif
Terdapat sebanyak 19 buah hadith yang boleh dikategorikan sebagai hadith yang dhaif
di mana menurut penulis kebanyakan hadith tersebut juga adalah bersekitar soal
galakan beramal. Ini selari dengan pendirian ulama yang terdahulu mengharuskan
penggunaan hadith yang lemah sebagai galakan untuk beramal dan bukan dalam
perkara hukum.

13
Abdur Razzak (2002), op. cit., jil 3, M/s: 122, No: 5595.
14
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 24
15
Ibid.,m/s 11.

7
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Perkara ini juga dijelaskan oleh Al-Marhum Wan Muhammad Saghir ketika mengulas
pandangan tentang pendirian Syeikh Daud terhadap hadith. Beliau menulis di dalam
kitabnya " Beliau (iaitu Syeikh Daud) berpendapat bahawa beramal dengan hadist daif
bahkan hadist batil sekalipun diberi pahala, apabila dia bersifat fadhailul amal. Dasar
beliau untuk itu ialah perkataan Jabir bin Abdullah RA, sabda Nabi SAW " Barangsiapa
sampai kepadanya dari Allah sesuatu daripada kelebihan maka dia mengambilnya serta
mengharapkan pahalanya niscaya Allah memberikan yang demikian itu, jikalau tiada
yang demikian itu (iaitu tiada bersumber)16.

Antara contoh hadith-hadith daif yang dinukilkan oleh Syeikh adalah seperti berikut:

‫ سغ هث أي مسبه غ دان ك سالهنث دهنتركن دأت سث‬2‫ هبو سؤرغ الكي‬ ‫سبدا نيب‬ -1

‫ سجود ضضضضوضضضضر ك سالهنث ه غك هابيس دان ضضضضوضضضضر سض ض ض ض‬2‫كفالث مك تيف‬

.17‫كسالهنث‬

‫كن يعين بارغ غ‬2‫دسبوت فد حديث تياد باضي مهبا درفد مسبه غث ملينكن بارغ غ دكريا‬ -2

.18 ‫دحاضر هايت سرت توهنث درفد مسبه غث‬

Kedua-dua buah hadith di atas adalah di antara contoh-contoh hadith daif yang
digunakan oleh Syeikh Daud di dalam kitabnya Munyatul Musolli. Namun kedua-dua
hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perkara yang dibahaskan adalah soal
kelebihan serta galakan untuk beramal. Hadith yang pertama menunjukkan bahawa
mereka yang solat dengan sempurna akan diampunkan oleh Allah dosa-dosa mereka.
Manakala hadith yang kedua pula ialah galakkan kepada menyempurnakan solat iaitu
Allah Taala akan menilai solat yang hadir hati mereka iaitu mereka yang khusyuk.

16
Wan Muhammad Soghir Abdullah (1990) op. cit., m/s 116.
17
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 5.
18
Ibid., m/s 11.

8
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Hadith Maudhu'
Adalah amat sukar untuk menyatakan bahawa terdapat hadith maudhu' di dalam kitab
ini. Namun berpegang kepada prinsip amanah ilmu, perkara sebegini harus diteliti
bersama. Setelah kajian dibuat terdapat satu hadith yang boleh dikategorikan sebagai
hadith maudhu' di dalam kitab ini. Malah terdapat dua hadith yang telah dikategorikan
sebagai maudhu' oleh Al-Albani. Namun penulis hanya meletakkan dua hadith tersebut
di dalam kategori "dhaif jiddan" yang mana dalam masa yang sama juga penulis tidak
menafikan bahawa dua hadith tersebut boleh dikategorikan sebagai maudhu'.

Antara contoh hadith yang dikategorikan sebagai maudhu' adalah hadith berikut ;

‫ لغكه يغدلغكهكن أوله مهب فداث برجالن مننتوت برمجاعة فهال‬2‫د سبوت فد حديث هبواسضضث ت ف‬

.19‫يغأمت بسر يائت دسورت سفوله كبجيكن دان دهافوسكن سفوله كجهاتن‬
Hadith ini sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa arab, teksnya amat mirip sekali
dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim20. Cuma, bezanya ialah pada
kalimah "sepuluh kebajikan" kerana di dalam riwayat Muslim hanya tertulis dibalas
dengan "kebajikan" sahaja tanpa menyebut perkataan sepuluh. Hadith ini telah
dikategorikan sebagai maudhu' oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Matalib
Al-'Aliah Bizawa'id Al-Masanid Ath-Thamaniah dengan teks asalnya seperti berikut :

‫ ومتحى عنه ع شر‬،‫ فله بكل خطوة خيطوها ع شر ح سنات‬، ‫ومن م شى إىل م سجد من امل ساجد‬
21
.‫ ويرفع له هبا عشر درجات‬،‫سيئات‬
Hadith yang tidak dapat diberikan hukum
Apa yang dimaksudkan oleh penulis dengan hadith yang tidak diberikan hukum ialah
hadith-hadith yang mana terdapat di dalamnya rawi yang tidak dijumpai butiran

19
Ibid., m/s 21.
20
Muslim, Abu Al-Husain Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi (2000) op.cit., Kitab al-Masajid wa Mawadi’
al-Solah wa solah al-Jama’ah wa Sunan al-Hadiy, m/s 262, No. 1489.
21
Al-‘Asqalani, Ibn Hajar, t.t., al-Matalib al-‘Aliyah Bi Zawaid al-Masanid al-Thamaniyyah, Tahqiq: al-
Sheikh Habib al-Rahman al-A’zumi, Beirut: Dar al-Ma’rifah, J. 1, m/s 132, no. 487.

9
‫‪Ahmad Sanusi Azmi.‬‬
‫‪Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008‬‬
‫‪University Malaya‬‬

‫‪peribadinya di dalam kitab-kitab rijal. Begitu juga dengan hadith yang tidak dijumpai‬‬
‫‪sumber asalnya turut dikategorikan oleh penulis sebagai "tidak diberikan hukum".‬‬
‫‪Antara contoh hadith yang tidak dijumpai sumber asalnya ialah :‬‬

‫يو اهلل كالغ ت مليهت أي فد‬


‫يي اهلل عنهما تتكل دنايقكن رسي‬
‫دان فد رواية جابر دان معاذ رضي‬

‫يلما‪2‬ث دجاديكن اهلل اكن مريكئت ميبوت ذكر اكندي تياد ركوع‬
‫الغ ت دنيا مالئكة برديري سي‬

‫دان فد الغ ت يغكدوا ركوع سلما‪2‬ن تياد مريكئت مغغكتكن كفالث دان فد الغ ت يغكت ضضضاث‬

‫سجود اكن اهلل تياد مغغكتكن كفالث ملينكن كتيك ممربى سالم ر سو اهلل اكن مريكئت مك‬

‫داغكتكن كفالث كارن منجواب سالم رسو اهلل كمدين مك سجود فو سلما‪2‬ث مك كارن أنيله‬

‫دتنتوت دوا كايل سجود فد تيف‪ 2‬ركعت دان فد الغ ت يغكأمفت ت شهد مريكئت سلما‪2‬ث دان‬

‫فد الغ ت يغ كليماث مغوخف تسبيح دان برذكر مريكئت سلما‪2‬ث دان فد الغ ت يغ كأمن مغوخف‬

‫تكبري مريكئت سلما‪2‬ث دان فد الغ ت يغكتوجه مالئكت مغوخف ايا سالم ماس دجاديكن اهلل‬

‫عبادة مالئكة‬ ‫اكن مريكئت مك خ تاهايت ر سو اهلل دان ايغني هبو اد جاديكن با ض ث دمكني س‬

‫يغددامل الغ ت ايت باضض ض ث دان باضضضضي امتث مك تله مغتهوي اوله توهنث يغ اخلالق العليم اكن خ تا‬

‫نب ث سرت سوده دكتهوي فد ازلث دمهفونكن سض ض عبادة مالئكة يغ دامل توجه فتال الغ ت ايت‬

‫ددامل دوا ركعة مسبه غ كارن مملياكن نب ث دان امتث كات معاذ دان جابر مك بارغ سياف برديري‬

‫ركنث دان ركوع دان سجودث أداله با ض ث فهال‬ ‫ددامل مسبه غ سرت مبسركندي دان دتونيكن س‬

‫كجدين اهلل تعاىل‪.22‬‬ ‫مالئكة توجه فتال الغ ت دان اورغ غ دداملث درفد س‬

‫‪Sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Daud, hadith di atas diriwayatkan dua orang‬‬
‫‪sahabat iaitu Jabir dan Muaz. Namun setelah pencarian yang panjang, penulis tidak‬‬

‫‪22‬‬
‫‪Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 12.‬‬

‫‪10‬‬
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

dapat menjumpai hadith tersebut di dalam sumber asas rujukan para ahli hadith. Hanya
yang dijumpai, hadith ini mempunyai teks yang hampir sama dengan riwayat yang
dinukilkan oleh seorang ulama feqh iaitu Al-Khatib Asy-Syarbini di dalam kitabnya
Mughni Al-Muhtaj23 tanpa sebarang penjelasan tentang sumber asal hadith ini.
Antara contoh lain bagi hadith yang tidak dapat diberikan hukum ialah;

‫ هبوا سث عمل امام يغ عد فد رع تث سهاري ترلبه اف ضل درفد عمل اورغ غ عد فد‬ ‫سبدا نيب‬
24
. ‫اهل ث سراتس تاهن‬
Hadith ini setelah diterjemahkan, teksnya sama dengan hadith yang diriwayatkan oleh
Al-Imam Al-Qasim di dalam kitabnya Al-Amwal 25 . Namun setelah diteliti rantaian
perawinya (sanad) penulis dapati terdapat seorang rawi yang tidak disebutkan namanya.
Ini menyebabkan penulis menangguhkan proses dalam meletakkan kategori hadith ini.

Beberapa perhatian yang perlu diambil


Sepanjang proses kajian terhadap hadith-hadith di dalam kitab ini dijalankan, penulis
mendapati terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian. Antaranya ialah:

1- Sebutan nama rawi di dalam sesebuah hadith. Dalam perkara ini penulis mendapati
bahawa Syeikh Daud telah menamakan seorang rawi di dalam sebuah hadith. Namun
setelah diteliti penulis tidak menjumpai mana-mana sumber yang menyatakan bahawa
hadith tersebut telah diriwayatkan oleh perawi yang dinamakan oleh Syeikh. Ini berlaku
di dalam hadith berikut:

‫رواية درفد حسن رضي اهلل عنه هبواسن نيب برسبدا افما مسبهيغ ليم وقت ايت سؤفما سوغي يغدرس‬

‫ هاري ليم كايل مك أف يغ تيغكل اتسن‬2‫فد فينتو سؤرغ كامو الكي بيق ايرن ممندي اي فدن تيف‬
26 ‫درفد كترن‬

23
Al-Khatib al-Syirbini (1994) Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, J. 1, m/s 382.
24
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 32.
25
Al-Qasim, al-Imam al-‘Azim al-Hafiz Abu ‘Ubaid al-Qasim b. Sallam (2007) Kitab al-Amwal, Mesir:
Dar al-Hadyi al-Nabawi, J.1, m/s 37, no. 14.
26
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 5.

11
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Sepanjang penelitian dijalankan, penulis mendapati terdapat ramai sahabat yang


meriwayatkan hadith ini. Antaranya Jabir, Abu Hurairah, Anas bin Malik, Saad bin Abi
Waqas serta Abu Said Al-Khudri. Namun penulis tidak menjumpai sebarang kitab yang
menyatakan Hasan telah meriwayatkan hadith ini. Dengan sebab itulah penulis
meletakkan perkara ini dalam bab yang perlu diambil perhatian supaya pembaca boleh
turut sama menyumbang menyempurnakan kelemahan yang ada.

2- Pembetulan terhadap sebutan hadith. Pekara ini berlaku di dalam hadith berikut:

‫ برماين دغن جغكوتن ددامل مسبهيغ مك سبدان جكلو‬2‫دان تتكل مليهت نيب اكن سؤرغ الكي‬
27 ‫ أكن نسجاي خشوع سكل اغكوتان‬2‫خشوع هايت الكي‬
Di dalam teks ini, penulis dapati bahawa Syeikh Daud menyebut dengan jelas bahawa
"Nabi melihat seorang lelaki bermain dengan janggutnya di dalam sembahyang, maka
sabdanya jikalau khusyuk hati lelaki ini akan nescaya khusyuk segala anggotanya".
Setelah teks ini diterjemah, penulis mendapati bahawa hadith ini telah diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Syaibah serta Abdul Razaq di dalam kitab Al-Musannaf mereka. Namun
kedua-kedua imam ini menyatakan bahawa perkara ini bukanlah berlaku ke atas nabi
sebaliknya ianya adalah kata-kata Said Bin Al-Musaib yang mana mereka
meriwayatkan dengan teks seperti berikut;

‫ رأى سعيد بن املسيب رجال وهو يعبث بلحيته يف ال صالة‬: ‫ عن رجل قا‬،‫ عن معمر‬،‫حدثنا ابن عليه‬

.28‫فقا لو خشع قلب هذا خلشعت جوارحه‬


Teks di atas diriwayatkan oleh Ibni Abi Syaibah di dalam kitab Al-Musannaf. Begitu
juga dengan Abdul Razaq, beliau telah meriwayatkan dengan teks yang hampir sama
dimana beliau menyebut bahawa perkara tersebut berlaku ke atas Said bin Al-Musaib
dan bukannya belaku ke atas Nabi Saw.

27
Ibid., m/s 11.
28
Ibn Abi Syaibah (2006) al-Musannaf, Kitab al-Solah, Bab Fi Mas al-Lihyah Fi al-Solah, J. 1, m/s 482,
no. 6854.

12
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

3- Pembetulan sebutan kata-kata Malik bin Dinar. Perkara ini juga antara perkara yang
harus diambil perhatian sekalipun pada asalnya penulis hanya merasakan ianya adalah
sebuah athar yang mana tidak perlu untuk dimasukkan dalam kertas kerja ini yang mana
kertas kerja ini hanya menumpukan soal hadith yang terdapat di dalam kitab ini sahaja.
Namun setelah penilaian dibuat, penulis merasakan perkara ini perlu dimuatkankan
sekali. Syeikh Daud di dalam kitabnya ada menyebut ;

‫كات مالك بن دينار اكو دافت سضتغه يغدتورن درفد الغ ت فرمان اهلل تعاىل اكو راج با ضي س‬

‫راج فد تاغنكو مك بارغ سياف طاعة اكنداكو جادي اكن مركئت أت سث رمحة‬ ‫ هايت س‬2‫راج‬

‫دان بارغس اف معصية اكنداكو جاديكن مركئت أتسث شكساكو مك جاغن ممب مبغ اكنكامو اكن‬
29
.‫ راج دان تتايف توبة كامو كفد اهلل هبو دملبة اكن هايت مركئت اتسكامو‬2‫ليده كامو جاغن مماكي‬
Jelas pada awal ayat, Syeikh menyebut bahawa "kata Malik bin Dinar", namun setelah
kata-kata itu diterjemahkan, penulis mendapati bahawa ianya bukan sekadar kata-kata
Malik bin Dinar tetapi lebih tepat sekiranya dikategorikan sebagai hadith qudsi. Ini
berlaku setelah penulis menterjemahkan kata-kata tersebut dan mendapati terdapat
sebuah hadith yang amat mirip dengan makna kata-kata tersebut. Ianya adalah petikan
daripada hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani dalam Al-Mu'jam Al-Ausat serta
Abi Nu'aim dalam kitabnya Hilyatul Auliya' yang berbunyi;

‫ مالك امللوك وملك‬،‫ أنا اهلل ال إله إال أنا‬: ‫ إن اهلل يقو‬:  ‫يو اهلل‬
‫ قا رسي‬: ‫ قا‬،‫عن أيب الدرداء‬

،‫ وإن العباد إذا أطاعوين حولت قلوب ملوكهم عليهم بالرأفة والرمحة‬،‫ قلوب امللوك يف يدي‬،‫املل وك‬

‫ فال ت شغلوا‬،‫وإن العباد إذا ع صوين حولت قلوهبم عليهم بال سخطة والنقمة ف ساموهم سوء العذاب‬

.30‫ ولكن اشتغلوا بالذكر والتضرع إيل أكفكم ملوككم‬،‫أنفسكم بالدعاء على امللوك‬

29
Al-Fatani, t.t., op. cit., m/s 31.
30
Al-Tabrani, al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Sulayman b. Ahmad b. Ayyub al-Laghmi (1999) al-
Mu’jam al-Awsat, Oman: Dar al-Fikr, J. 1, m/s 293.

13
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Penutup
Melalui kajian ini, penulis mendapati bahawa Syeikh Daud adalah seorang ulama yang
konsisten dengan kaedah serta prinsip penggunaan hadith. Majoriti hadith yang
terkandung di dalam karya ini adalah hasith sahih dan hasan yang sangat kuat untuk
dijadikan hujah dalam beramal. Manakala penggunaan hadith yang lemah adalah sesuai
dengan prinsip sarjana hadith iaitu ianya digunakan dalam konteks galakan beramal.

Rujukan
Abdur Razzak, Al-Hafiz Abu Bakar Bin Hammam As-Son'ani (2002) Al-Musannaf,
Kitab At-Taharah, Bab Ma Yukafara Al-Wudhu wa As-Solah, Beirut: Dar Ihya’ al-
Turath al-‘Arabi,

Abu Ya'la, Ahmad bin Ali bin Al-Muthana Al-Musili,(1998) Musnad Abi Ya'la, Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,

Ahmad Sanusi Azmi (2008) Ahadith Fi Kitab Munyatul Musolli Li Syeikh Daud Al-
Fatani: Dirasah Tahliliah Naqdiah, Thesis Master, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia

Al-‘Asqalani, Ibn Hajar, t.t., al-Matalib al-‘Aliyah Bi Zawaid al-Masanid al-


Thamaniyyah, Tahqiq: al-Sheikh Habib al-Rahman al-A’zumi, Beirut: Dar al-Ma’rifah

Al-Fatani, Syeikh Daud Bin Abdullah, t.t., Munyatul Musalli, Percetakan al-Ma’arif
Al-Khatib al-Syirbini (1994) Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

Al-Maliki, Muhammad Fuad Bin Kamaluddin (2005) ‫ منية المصلي‬Cita-cita Orang Yang
Bersembahyang , Selangor: Sofa Production, Cetakan Pertama

Al-Qasim, al-Imam al-‘Azim al-Hafiz Abu ‘Ubaid al-Qasim b. Sallam (2007) Kitab al-
Amwal, Mesir: Dar al-Hadyi al-Nabawi

Al-Tabrani, al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Sulayman b. Ahmad b. Ayyub al-Laghmi


(1999) al-Mu’jam al-Awsat, Oman: Dar al-Fikr

Ibn Abi Syaibah (2006) al-Musannaf, Kitab al-Solah, Bab Fi Mas al-Lihyah Fi al-Solah

Ismail Che Daud (1988) Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Baharu:
Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Muhammad Ma’som Sujimon (2003) Dirasah ‘an Nukhbah al-Mufakkirin al-Malayu,


Kuala Lumpur: Markaz Buhuth al-Jamiah al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah Malizia,
Cetakan pertama

14
Ahmad Sanusi Azmi.
Prosiding Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008
University Malaya

Muslim, Abu Al-Husain Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi (2000) op. cit., Kitab al-
Masajid wa Mawadi’ al-Solah wa solah al-Jama’ah wa Sunan al-Hadiy

Muslim, Abu Al-Husain Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi (2000) Sahih Muslim, Kitab
Jum'ah, Bab Fadh Yaum Al-Jum'ah, Riyad: Dar al-Salam,

Wan Mohd Shaghir Abdullah (2003) Mun-yatul Mushalli Syeikh Daud Al Fathani,
Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, Cetakan Ke Enam

Wan Muhammad Soghir Abdullah (1990) Syeikh Daud Al-Fatani Ulama Dan
Pengarang Terulung Asia Tenggara, Selangor : Penerbitan Hizbi , Cetakan Pertama

15

Anda mungkin juga menyukai