Anda di halaman 1dari 22

1

1.0

PENGENALAN

Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah
merupakan warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin
serta dengan segala keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan
umat Islam pada zaman silam hingga muncul sebagai khaira ummah ketika itu, adalah
berpunca daripada kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah
dengan berkesan. Mereka berusaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan
Allah, menyeru melakukan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran.

Memahami metode dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah penting kerana
apa yang ditunjukkan oleh baginda tentang cara berdakwah adalah merupakan satu sunnah. Ia
merupakan prinsip asas bagi persediaan dan pelaksanaan dakwah itu sendiri. Sekiranya ia
tidak dapat difahami secara jelas, maka dikhuatiri usaha dakwah menjadi kurang berkesan
dan tidak sampai kepada matlamat yang dituju. Dalam konteks dakwah masa kini, tugas
melaksanakan dakwah adalah mencabar terutama apabila berhadapan dengan manusia yang
mempertikaikan kewujudan tuhan, dan mereka lebih berfahaman material semata-mata.
Mereka juga mencabar pendakwah Muslim supaya dapat membuktikan secara saintifik
tentang wujudnya tuhan dan sebagainya.

Menyedari

hakikat ini, penulis mendapati bahawa pentingnya manhaj dakwah

Islamiah dalam dunia Islam. Manhaj al-Mujadalah merupakan salah satu manhaj yang
digunakan oleh tokoh islam untuk berhadapan dengan hujah atau idea-idea mengelirukan
sekaligus menyelamatkan umat Islam daripada terpengaruh dengan idea-idea dan pemikiran
yang karut lagi menyesatkan. Kemunculan Syeikh Ahmad Deedat sebagai pendebat yang
mempertahankan Islam telah memberi impak yang besar dalam dunia dakwah Islam.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Manhaj dakwah Islamiah yang berpandukan kepada anjaran wahyu, al-Quran al-Karim dan
al-Sunnah terdiri daripada beberapa perkara utama antaranya ialah manhaj al-Hikmah, alMawizah al-hasanah dan al-Mujadalah sebagaimana yang telah digariskan oleh ayat 125
surah al-Nahl. Manhaj al-Mujadalah merupakan salah satu manhaj yang digunakan untuk
berhadapan dengan hujah atau idea-idea mengelirukan sekaligus menyelamatkan umat Islam
daripada terpengaruh dengan idea-idea dan pemikiran yang karut lagi menyesatkan.

2.1

PERMASALAHAN KAJIAN

Sebahagian besar manusia zaman moden ini meminta segala sesuatu yang didakwahkan itu
mesti disertakan hujah dan bukti secara saintifik sebelum mereka bersedia menerimanya.
Mereka juga suka melakukan perdebatan dan perbahasan di samping kecenderungan mereka
untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang batil. Golongan
sebegini amat fanatik dengan kepercayaan sesat yang diwarisi daripada nenek moyang
mereka. Dalam keadaan yang sedemikian, hati mereka tidak mudah dilembutkan dengan
kata-kata nasihat, peringatan dan kata-kata lembut. Sebaliknya, hujah-hujah yang kuat dan
jitu perlu dikemukakan kepada mereka supaya dapat mematahkan pandangan mereka dan
seterusnya dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang kesesatan mereka.

2.2

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah manhaj dakwah Islamiah yang digunakan Syeikh Ahmad Deedat dalam
menghadapi idea-idea dan hujah yang mengelirukan terhadap dunia Islam.
2. Sejauh manakah keberkesanan manhaj dakwah Islamiah yang dipraktikkan Syeikh
Ahmad Deedat dalam menghadapi serangan pemikiran masyarakat non-Muslim.

2.3

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini, iaitu:

1. Mengkaji perlaksanaan manhaj al-Mujadalah yang digunakan Syeikh Ahmad Deedat


dalam dakwah Islamiah.
2. Menilai dan mengkaji keberkesanan manhaj al-Mujadalah dalam berhadapan dengan
serangan masyarakat non-Muslim atau masyarakat Muslim.

2.4

METODOLOGI

Metode kajian ini adalah kajian kepustakaan yang merangkumi kajian dan analisis dokumen.
Kaedah yang digunakan adalah dengan mengumpul data atau menganalisis data. Ianya
merujuk kepada pengumpulan data dan fakta daripada al-Quran dan hadith berkaitan dengan
manhaj dakwah Islamiah dan pandangan ulama serta merujuk buku-buku yang berkenaan dan
menganalisis data-data tersebut.

2.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Nabi Muhammad SAW telah membawa dakwah Islamiah kepada manusia dengan manhaj
yang sangat tersusun yang dipimpin oleh wahyu Allah SWT. Baginda menyampaikan dakwah
ini dengan uslub yang bijaksana dan realistik serta uslub yang menggariskan amal islahiy
untuk masa depan manusia yang cemerlang yang mana semuanya adalah kaedah-kaedah
amal yang membina. Baginda tidak membawa dan menyampaikan dakwah Islamiah tanpa
perancangan atau strategi dengan hanya bergantung harap semata-mata kepada sifat ismah
(maksum) baginda dan dukungan Allah SWT. Malah kedua-dua unsur yakni sifat ismah
baginda, dukungan Allah SWT dan penggunaan manhaj yang berkesan menjadi pemangkin
kepada kejayaan dakwah baginda (Wan Hussein Azmi. 1984: 32). Justeru, mengkaji manhaj
dakwah Islamiah adalah antara perkara yang sangat penting bagi setiap pendakwah yang
ingin membawa risalah dakwah ini agar dakwah yang ingin disebarkan menepati kaedahkaedah sebagaimana yang pernah digariskan oleh Rasulullah SAW. Dakwah kontemporari
kini memerlukan kajian berterusan terhadap manhaj dakwah untuk menilai kesesuaian
manhaj dakwah yang sedang digunapakai sekarang dan mengatur strategi baru dalam
menghadapi cabaran-cabaran dakwah yang lebih hebat pada zaman ini.

Nabi Muhammad SAW telah membawa dakwah Islamiah kepada manusia dengan
manhaj yang sangat tersusun yang dipimpin oleh wahyu Allah SWT. Nabi Muhammad SAW
menyampaikan dakwah ini dengan uslub yang bijaksana dan realistik serta uslub yang
menggariskan amal islahiy (pembaikan) untuk masa depan manusia yang cemerlang yang
mana semuanya adalah kaedah-kaedah amal yang membina. Nabi Muhammad SAW tidak
membawa dan menyampaikan dakwah Islamiah tanpa perancangan atau strategi dengan
hanya bergantung harap semata-mata kepada sifat ismah (maksum) baginda, dukungan Allah
SWT dan penggunaan manhaj yang berkesan menjadi pemangkin kepada kejayaan dakwah
Nabi Muhammad SAW. Justeru, mengkaji manhaj dakwah Islamiah adalah perkara yang
sangat penting bagi setiap pendakwah yang ingin disebarkan menepati kaedah-kaedah
sebagaimana yang pernah digariskan oleh Nabi Muhammad SAW. Dakwah kontemporari kini
memerlukan kajian berterusan terhadap manhaj dakwah untuk menilai kesesuaian manhaj
dakwah yang sedang digunapakai sekarang dan mengatur strategi baru dalam menghadapi
cabaran-cabaran dakwah yang lebih hebat pada zaman ini.

3.0

PENGERTIAN AL-MUJADALAH

Al-Mujadalah adalah perkataan Arab dalam bentuk kata nama terbitan (masdar) dari
kata kerja jadala, yujadilu, dan mujadalatan (mujadalah) yang bermaksud khasama. Ia juga
boleh diertikan sebagai munazarah

(Ali Abd al-Halim. 1990: 181) . Menurut Lisan

al-Arab al-jadal mengandungi beberapa pengertian seperti berikut:

i.
ii.
iii.
iv.

Ikatan yang kuat


Satu bahagian tulang yang kuat
Mengalah
Suatu pertembungan hujah dengan hujah yang lain

Di dalam al-Mujam al-Wasit, al-Jadal diberikan maksud sebagai pertengkaran yang


kuat (Al-Mujam al-Wasit. 1960: 111) . Al-Mujadalah bolehlah diterjemahkan dalam bahasa
Melayu

sebagai

perbahasan,

perdebatan,

perbincangan

atau

muzakarah

secara

mengemukakan hujah dan bukti yang menyokong pandangan yang diberikan. Oleh itu, alMujadalah al-husna bererti perdebatan dengan cara yang terbaik.

Menurut Ibn Khaldun memberi erti jadal sebagai rangkuman ilmu pengetahuan
tentang adab-adab perbincangan yang berlaku di kalangan mazhab-mazhab. Orang-orang
yang terlibat dalam jadal ini akan memberikan hujah dan dalil di mana di dalam perdebatan
tersebut akan ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah (Ibn Khaldun. 1984: 365).

Al- Mujadalah dari segi istilah dakwah boleh difahami berdasarkan kupasan beberapa
ulama muktabar. Al-Imam al-Alusiy memberi pengertian al-mujadalah al-husna sebagai
perbincangan atau dialog antara pendakwah dengan sasaran dakwah dengan menggunakan
kata-kata yang lemah-lembut, rasa kasih sayang dan dengan cara yang termudah melalui
saluran-saluran yang biasa digunakan untuk menyenangkan pihak sasaran menerima mesej
yang hendak disampaikan (Al-Alusiy. T.th: 199).

Seterusnya menurut Syed Qutb , al-Mujadalah bukanlah suatu cara untuk memburukburukkan peribadi seseorang. Al-Mujadalah dengan cara yang batil atau bi al-sayyiah akan
menjatuhkan maruah seseorang. Para pendakwah seharusnya menjauhkan diri daripada
melakukan helah semata-mata untuk mengalahkan sasaran dakwah semasa mengemukakan
hujah. Apa yang penting ialah corak mujadalah yang berkesan yang dapat memberikan
kepuasan seterusnya madu dapat menerima kebaikan dengan mudah, senang dan jelas (Syed
Qutb. T.th: 3202)

Manakala menurut Dr. Abd al-Karim Zaydan mengatakan bahawa al-Jadal dan alMunaqashah berlaku antara dua orang atau lebih, di mana setiap pihak mengemukakan
pandangan atau pendapat masing-masing berdasarkan hujah terhadap apa yang mereka yakini
(Zaydan. 1992: 478)

Kesimpulannya, para ulama sepakat menyatakan bahawa al-Mujadalah perlu


dilaksanakan dengan cara terbaik, berlemah-lembut, mempunyai rasa kasih sayang serta
menggunakan konsep memudahkan (tasyir) (Abu al-Suud. T.th: 200). Selain itu, dalam erti
kata yang lain, al-Mujadalah al-husna hendaklah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

i.

Lemah lembut dalam penyampaian hujah tanpa menggunakan kata-kata yang


kasar, maki hamun, sumpah seranah, ejekan, sindiran atau perlian.

ii.

Hujah yang bernas, logik dan ilmiah tetapi mudah difahami dengan

iii.

memudahkan bahasa, gaya penyampaian dan pendekatan.


Mempunyai perasaan hormat malah rasa kasih sayang terhadap pihak sasaran
serta mengharapkan agar mereka beroleh manfaat dan taufik hidayah hasil

iv.

mujadalah tersebut.
Mempunyai matlamat yang jelas untuk menegakkan kebenaran dan
membatalkan kebatilan bukannya untuk menang di pentas sahaja.

3.1

ADAB-ADAB AL-MUJADALAH

Al-Imam Abu Hassan al-Basri ketika mengupas ayat 125, surah al-Nahl, beliau menyatakan
bahawa ia merangkumi empat perkara:

i.
ii.

Memberikan kemaafan.
Menjaga perasaan dan hati pihak lawan serta tidak merendah-rendahkan pandangan

iii.

mereka.
Berhasrat mahu membimbing pihak lawan ke arah kebenaran dan tidak menghina

iv.

mana-mana orang yang berkaitan mereka.


Menurut kemampuan dan keupayaan pihak lawan.

Syed Qutb telah menjelaskan beberapa keperluan ketika menggunakan manhaj alMujadalah. Antaranya ialah tidak merendahkan pihak yang diajak berbincang, apatah lagi
menjatuhkan harga dirinya sehingga dia merasa yakin dengan tujuan perbahasannya (alMujadalah) bukan untuk mencari kemenangan dalam berhujah tetapi untuk mencari
kebenaran yang wajar difahami. Pendakwah mesti menjadikan matlamat perbincangan adalah
semata-mata untuk menyerlahkan kebenaran yang sudah sedia menjadi fitrah kepada seluruh
umat manusia. Dia juga harus tetap menampakkan perhargaan kepada pihak yang diajak
berbincang kerana harga diri merupakan sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan
seseorang. Perbahasan (al-Mujadalah) tidak sepatutnya menimbulkan rasa kalah atau menang
antara semua pihak yang terlibat malah sewajarnya menimbulkan rasa manfaat yang tidak
ternilai hasil daripada perbincangan itu.

3.2

KEPENTINGAN DAN MATLAMAT AL-MUJADALAH

Kepentingan al-Mujadalah dalam usaha dakwah Islamiah sudah tidak dapat dipertikaikan
lagi. Justeru ianya adalah suatu manhaj dakwah yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam
al-Quran dan telah digunakan oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu juga para pendakwah
yang mewarisi dakwah Islam. Untuk menanggapi kepentingan al-Mujadalah ini, harus
disingkap apakah matlamat-matlamat yang boleh dicapai menerusi manhaj ini. Apabila
matlamat-matlamat ini dapat dicapai, barulah dapat diselami tentang mustahaknya manhaj ini
dipraktikkan dalam masyarakat manusia. Dr. Ali Abdul Halim telah menggariskan beberapa
matlamat mujadalah atau munazarah, iaitu:

i.

Menegakkan kebenaran dalam sesuatu isu tertentu yang mempunyai


hubungkait dengan umat Islam, dan isu-isu yang mempunyai
kepentingan tertentu dalam kehidupan mereka serta menegakkan hujah

ii.

dan dalil secara hak.


Membatalkan hujah-hujah yang memerangi Islam dan umat Islam iaitu
musuh yang menghalang kerja-kerja Islam dan yang mengadakan
pelbagai halangan dalam amal Islami dengan syarat pembatalan hujah
ini dilakukan secara yang disarankan oleh Allah SWT iaitu bi allati

iii.

hiya ahsan iaitu dengan cara yang terbaik.


Memperkayakan idea pemikiran dan ilmu pengetahuan serta
memperdalamkannya di kalangan pendengar dengan cara melontarkan
isu-isu dan masalah-masalah yang masih terus menjadi titik perdebatan
dan perbincangan di kalangan masyarakat sehingga para pembahas
sampai kepada suatu pendapat yang sahih dan bermanfaat (Ali Abd
Halim. 1990: 181).

Dengan ini dapatlah difahami bahawa al-Mujadalah atau al-Munazarah bukanlah


bertujuan untuk mencapai kemenangan peribadi atau puak atau kumpulan semata-mata
kerana kemenangan itu tidak memberikan sebarang manfaat hakiki. Sebaliknya, ia bertujuan
menegakkan kebenaran Islam, memberikan kefahaman Islam yang dipesongkan oleh musuh
dan memelihara kesucian maruah Islam.

3.3

BENTUK-BENTUK AL-MUJADALAH

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran al-Karim bolehlah dibahagikan mujadalah kepada dua jenis,
mujadalah terpuji dan mujadalah tercela.

Mujadalah terpuji ialah mujadalah yang bertujuan untuk menegakkan kebenaran,


sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim di dalam surah al-Ankabut ayat
46:

Bermaksud: Dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab


melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang
berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka):
"Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan
kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan
kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh
Dengan berserah diri."

Menurut Ibn Katsir, Allah SWT berfirman, memerintahkan Rasul-Nya Muhammad


SAW untuk menyeru makhluk ke jalan Allah dengan cara hikmah (perkataan yang tegas dan
benar). Ibnu Jarir berkata, Dan demikianlah apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad
dari kitab, sunnah dan pelajaran yang baik, iaitu tentang sesuatu yang di dalamnya terdapat
larangan dan ketetapan bagi manusia. Mengingatkan mereka dengan itu semua (al-Kitab,
sunnah dan mauizhoh) agar mereka takut akan siksa Allah SWT.(Ibn Katsir. 1980: 592).

Kebenaran mujadalah dengan ahli Kitab dalam ayat ini adalah harus, sepertimana
kata Mujahid, iaitu mujadalah dengan cara yang terbaik, iaitu dengan makna menyeru
mereka kepada agama Allah SWT dan mengingatkan mereka tentang hujah-hujah Allah dan
tanda-tanda kebesaran-Nya, dengan harapan mereka akan beriman, bukannya mujadalah

dengan cara mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat. Ada juga yang berpendapat, makna ayat
ini ialah jangan kamu mujadalah dengan ahli Kitab yang telah beriman seperti Abdullah ibn
Salam dan lain-lain (Al-Qurtubiy: 15). Walau apapun perbincangan mengenai ayat di atas,
kesimpulan yang dapat dibuat ialah mujadalah dalam konteks yang dinyatakan oleh ayat
tersebut adalah mujadalah yang tidak tercela.

Seterusnya mujadalah tercela, iaitu mujadalah untuk menolak dan memesongkan


kebenaran. Banyak ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menyentuh mujadalah tercela yang
dilakukan oleh golongan kafir yang ingkar. Di antaranya ialah firman Allah SWT dalam alQuran al-Karim dalam surah al-Anam ayat 25:

Bermaksud: Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca


Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati
mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan
pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan
kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang
membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada
keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil
membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain
hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".

Allah SWT menjelaskan dalam ayat di atas bahawa orang-orang kafir Quraisy yang
telah datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk berdebat dengan baginda adalah orangorang yang telah ditutup hati mereka berlapis-lapis sehingga segala hujah ayat-ayat al-Quran

10

al-Karim yang dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW tidak mampu mereka fahami dan di
telinga mereka pula dibubuh penyumbat yang menyebabkan mereka pekak tidak dapat
mendengar.

Maksud mujadalah dalam ayat tersebut ialah berhujah dan berdebat dalam soal alhaq dengan perkara batil. Mereka berkata apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu kala yang diambil daripada kitab orang-orang
terdahulu.

Menurut al-Suhayliy, semua kata-kata tentang asatir al awwalin (cerita-cerita


dongeng orang dahulu kala) dalam al-Quran al-Karim adalah dakwaan al-Nadr Ibn al-Harith
Ibn Kaldah. Dengan ini, jelas mujadalah dalam ayat ini yang mendapat kutukan Allah SWT
adalah mujadalah yang dilakukan secara batil, dengan cara berhujah batil untuk mengalahkan
kebenaran Islam. Contoh mujadalah lain yang tercela ialah firman Allah SWT dalam alQuran al-Karim dalam surah al-Zukhruf ayat 58:

Bermaksud: Dan mereka berkata lagi: "Manakah Yang lebih baik, bendabenda Yang Kami sembah atau Isa?" dan (sebenarnya) mereka tidak
mengemukakan Perbandingan itu kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan
kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan
mereka itu adalah kaum Yang suka sekali mengemukakan bantahan.

Menurut

tafsir

al-Qurtubiy,

mereka

tidak

memberikan

perbandingan

atau

perumpamaan tersebut kecuali kerana mahu berdebat, bahkan mereka itu adalah kaum yang
suka sekali mengemukakan bantahan secara batil. Tersebut dalam Sahih al-Tirmizi daripada
Abu Umamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya:

11

Sesuatu kaum itu tidak sesat setelah mendapat hidayah yang mereka perolehi
kecuali apabila mereka ditimpa jadal (debat secara batil), kemudian baginda
Rasulullah SAW membaca ayat dalam surah al-Zukhruf ayat 58:

Bermaksud: Dan mereka berkata lagi: "Manakah Yang lebih baik, bendabenda Yang Kami sembah atau Isa?" dan (sebenarnya) mereka tidak
mengemukakan Perbandingan itu kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan
kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan
mereka itu adalah kaum Yang suka sekali mengemukakan bantahan.

Seterusnya Allah SWT berfirman lagi dalam al-Quran al-Karim dalam surah al-Hajj
ayat 23:

Bermaksud:Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara


Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan
kejahatan.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelas mujadalah yang dibentangkan itu adalah


tercela,kerana Allah SWT menyebutnya dalam bentuk celaan.

4.0

MANHAJ AL-MUJADALAH DALAM KONTEKS DAKWAH KINI

Dalam konteks dakwah di zaman moden ini, kepentingan manhaj al-Mujadalah boleh dilihat
dari dua aspek, dakwah kepada non-muslim dan dakwah kepada masyarakat Muslim. Dalam
konteks kepada non-Muslim, didapati tugas melaksanakan dakwah di zaman moden adalah

12

suatu perkara yang tidak kurang susahnya berbanding zaman dahulu, terutamanya bila
berhadapan dengan golongan manusia yang berpelajaran tinggi serta berfahaman material
semata-mata.

Menurut al-Imam al-Alusiy, manhaj al-Mujadalah sesuai dilaksanakan terhadap


golongan yang suka melakukan perdebatan dan perbahasan, di samping kecenderungan
mereka untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang batil. Golongan
sebegini amat fanatik dengan kepercayaan sesat yang diwarisi daripada nenek moyang
mereka.

Dalam keadaan yang demikian dan dengan sifat sedemikian hati mereka tidak mudah
dilembutkan dengan kata-kata nasihat, peringatan dan kata-kata lembut. Sebaliknya, hujahhujah yang kuat dan jitu perlu dikemukakan kepada mereka supaya dapat mematahkan
pandangan mereka dan seterusnya dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang
kesesatan mereka. Corak mujadalah sedemikian masih tidak terkeluar daripada al-Mujadalah
al-Husna kerana cara sedemikian sesuai dengan tabiat golongan ahli kitab, kaum musyrikin
dan juga golongan munafik (Al-Alusiy. T.Th: 254).

Al-Imam al-Ghazali telah membahagikan sasaran dakwah kepada

tiga golongan

berdasarkan tiga manhaj ialah hikmah, al-mawizah al-hasanah dan al-Mujadalah al-husna.
Berhubung al-Mujadalah, beliau menetapkan bahawa golongan yang sesuai dengan manhaj
ini ialah golongan yang menentang akidah. Manhaj al-Mujadalah boleh digunakan dalam
dakwah terhadap ahl al-dzimmah, ahl al-hudnah, ahl al-aman dan juga orang-orang yang
tidak boleh diperangi dengan mata pedang. Ia juga boleh berlaku pada permulaan dakwah dan
juga untuk menerangkan kebenaran dan menghapuskan kesangsian di hati manusia,
sebagaimana ia adalah manhaj dakwah untuk kaum musyrikin, ahl al-kitab dan juga golongan
munafiqin (Al-Ghazzali. T.th: 41).

Dalam ertikata yang lain, bolehlah dianggap bahawa manhaj al-Mujadalah ini sesuai
untuk golongan yang keras kepala yang enggan menerima kebenaran kecuali dengan hujah
yang jitu dan perdebatan yang tegas (Muhammad Talat Abu Syer. 1986: 267).

4.1

CABARAN MANHAJ AL-MUJADALAH

13

Sebahagian besar manusia zaman moden ini meminta segala sesuatu yang
didakwahkan itu mesti disertakan hujah dan bukti secara saintifik sebelum mereka bersedia
menerimanya.

Di antara persoalan utama yang berterusan memerlukan manhaj al-Mujadalah ini


ialah persoalan ketuhanan. Sehingga kini, masih terlalu ramai manusia yang meragui tentang
kewujudan tuhan di mana mereka meminta pendakwah Muslim supaya memberikan buktibukti secara saintifik tentang wujudnya tuhan. Di sinilah letaknya manhaj al-Mujadalah
untuk menghadapi golongan seumpama ini, di samping mengemukakan hujah-hujah yang
bernas, logik dan saintifik.

Sementara dari aspek dakwah kepada Muslim pula, manhaj al-Mujadalah amat
penting dan terus relevan sebagai suatu wasilah ke arah memantapkan kefahaman umat Islam
yang seringkali diganggu gugat oleh serangan pelbagai isme Barat yang merosakkan umat
Islam. Di antara isu-isu utama yang umat Islam seringkali terkeliru ialah seperti isu Negara
Islam, pelaksanaan hukum hudud, isu-isu kewanitaan dan lain-lain. Isu-isu seumpama ini
harus diperjelaskan secara ilmiah dan jelas agar segala kekeliruan yang timbul dapat
dihapuskan. Justeru, mempertahankan sesuatu atau menolaknya memerlukan hujah yang jitu,
bernas dan logik dan memerlukan penyampaian dengan cara yang terbaik.(Syukir. 1997: 54).

Dalam memperoleh sesuatu kebenaran melalui manhaj ini, al-Mujadalah tidak beerti
mesti diadakan suatu majlis perdebatan terbuka dengan dihadiri oleh kedua-dua pihak yang
bertelagah. Al-Mujadalah boleh dilaksanakan secara berasingan tanpa dihadiri oleh keduadua pihak seperti berhujah menerusi penulisan buku, rencana di akhbar atau artikel di majalah
atau pidato di masjid, ceramah umum dan lain-lain. Perkara yang penting dilakukan oleh para
pendakwah ialah mengemukakan dalil dan hujah untuk menerangkan sesuatu kebenaran
berhubung Islam.

5.0

PENDEKATAN MANHAJ SYEIKH AHMAD DEEDAT DALAM DAKWAH


ISLAMIAH

14

Jika disebut nama Sheikh Ahmed Deedat, mungkin tidak ramai daripada kalangan generasi
muda sekarang yang mengenali beliau walaupun sumbangan tokoh ini terhadap Islam cukup
banyak. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran uncle (pak cik) telah
menghabiskan lebih 40 tahun untuk berdakwah kepada bukan Islam di seluruh dunia terutama
kepada penganut Kristian.

Syeikh Ahmad Deedat merupakan tokoh pendebat Islam yang unggul dan dikenali
dalam masyarakat dunia. Beliau merupakan contoh pendebat yang baik dan banyak berlaku
perdebatan beliau dengan paderi-paderi kristian dimana Syaikh Ahmad Deedat telah berjaya
membongkar kepalsuan agama Kristian berhubung isu-isu berkaitan dengan ketuhanan,
kenabian, Nabi Isa dan lain-lain yang diputarbelitkan oleh pendeta-pendeta agama Kristian.
Sheikh Ahmed Deedat juga adalah seorang tokoh Islam yang disegani di peringkat
antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Beliau sering
dijemput untuk bersyarah membincangkan soal agama Yahudi dan Nasrani sejak berpuluhpuluh tahun yang lalu.

Ahmad Deedat atau nama sebenarnya Ahmad Hoosen Deedat dilahirkan di Surat,
India pada tahun 1918. Selepas dilahirkan, ayah beliau yang bekerja sebagai tukang jahit
telah meninggalkan beliau sekeluarga kerana berhijrah ke Afrika Selatan. Hanya pada tahun
1927, beliau dapat bertemu dengan ayahnya apabila beliau mengikuti langkah ayahnya
berhijrah ke Afrika Selatan.
Walaupun

belum

berpeluang

memiliki

pendidikan

yang

formal,

Deedat

memberanikan diri berhijrah demi mengubah dan memperbaiki taraf hidup keluarganya
selama ini. Rupa-rupanya langkah untuk menyusul ayahnya merupakan perjumpaan terakhir
dengan ibunya apabila ibunya meninggal dunia selang beberapa bulan selepas Deedat
meninggalkan tanah kelahirannya.
Hidup di perantauan yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan suasana
persekitaran merupakan suatu yang mencabar. Namun kesemua faktor itu bukan penghalang
beliau untuk merebut peluang yang tersedia. Beliau terus berusaha menyesuaikan diri dengan
suasana persekitaran. Berkat ketabahan, kegigihan dan kesungguhannya dalam mempelajari

15

serta mengutip setiap peluang yang ada, pada usia 9 tahun, Ahmad Deedat yang tidak pernah
mendapat pendidikan secara formal dalam bahasa Inggeris sebelumnya, telah berjaya
menghadapi halangan bahasa untuk menjadi pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Minat
membaca serta kesungguhannya yang mendalam dalam menuntut ilmu membolehkan beliau
mendapat keistimewaan daripada pihak sekolah sehingga beliau menamatkan darjah 6.
Namun, kerana masalah kewangan, persekolahannya tergendala.

Pada awal usia 16 tahun beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan apabila
bekerja sebagai jurujual. Pengalaman yang diperoleh sepanjang terlibat juru jual antara faktor
utama yang mendorong beliau melibatkan diri dalam bidang dakwah. Pada ketika itu beliau
bekerja di sebuah toko milik orang Islam. Toko itu terletak berhampiran sebuah sekolah
menengah Kristian di Natal South Coast. Oleh sebab masyarakat Islam merupakan golongan
minoriti di sana, mereka dipandang rendah oleh masyarakat tempatan. Pada suatu hari
beberapa orang pelajar dari sekolah tersebut telah pergi ke toko tersebut. Berlaku suatu
insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan pertengkaran kecil. Selepas insiden itu,
beliau menerima penghinaan yang tidak henti-henti daripada pelajar yang merupakan bakal
mubaligh-mubaligh Kristian itu. Mereka sering memperleceh ajaran Islam apabila beretemu
dengan Dedat di toko tersebut. Pengalaman pahit ini telah melahirkan keazaman yang
membara dalam diri anak muda ini untuk menentang propaganda dan dakyah palsu pelajar
berkenaan.

Seolah-olah telah ditakdirkan, Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul


Izharul-Haq yang bermaksud mengungkap kebenaran. Buku ini memaparkan kejayaankejayaan yang dicapai oleh umat Islam di India dalam menghadapi gangguan dan ancaman
paderi-paderi Kristian semasa penaklukan dan penjajahan Inggeris di India. Secara tidak
langsung idea untuk menangani debat telah tertanam kukuh di dalam jiwanya. Deedat telah
membeli kitab Injil dan kemudian melakukan debat dan diskusi dengan pelatih-pelatih
mubaligh Kristian. Bagaimanapun mereka berundur secara tergesa-gesa dan dengan tidak
beradab kerana tidak mampu berhadapan dengan kefasihan dan kelantangan Deedat dalam
berhujah. Pelatih tersebut kemudian memanggil guru mereka serta pendeta-pendeta di daerah
tersebut.
Kejayaan Deedat berhadapan dengan pendeta-pendeta Kristian menjadi pendorong

16

kepada beliau untuk terus menggiatkan usaha berdakwah kepada masyarakat. Selepas
berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak, beliau pernah menetap di Pakistan selama
tiga tahun selepas negara tersebut memperoleh kemerdekaan. Kemudian kembali ke Afrika
Selatan untuk meneruskan cita-citanya membela Islam. Beliau mengadakan kelas-kelas
berkaitan pengajian Injil. Malah beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk
melatih pendakwah-pendakwah Islam. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan dakwah,
Deedat mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anak mereka. Melalui institusi ini,
mereka telah menaburkan pelbagai khidmat, termasuk mendirikan masjid dan pusat
pendidikan yang masih kekal hingga ke hari ini.

Ahmad Deedat juga merupakan pengasas dan Presiden Islamic Propagation Centre
International(IPCI), jawatan yang masih dipegangnya sehingga ke hari ini. Tokoh pendakwah
yang gigih ini telah menerbitkan lebih daripada 20 buah buku dan mengedarkan berjuta-juta
naskhah risalah dakwah secara percuma. Di peringkat antarabangsa, beliau telah di jemput
berdebat dan mengadakan kuliah di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Sepanjang pembabitan dengan dakwah, beliau telah berdebat dengan ramai paderi Kristian.
Atas usaha dan kesungguhannya itu, beribu-ribu orang yang pada mulanya prejudis terhadap
Islam, menerima kebenaran apabila menganut agama Islam. Sebagai penghargaan terhadap
jasanya dalam bidang dakwah, beliau telah menerima anugerah King Faisal International
Award pada tahun 1986. Anugerah yang berprestij menghargai kegigihan dan pengorbanan
seorang tokoh terhadap kemajuan Islam di peringkat antarabangsa.

Bagi Deedat, debat adalah satu bentuk muzakarah dalam mencari sesuatu kebenaran.
Beliau berkata, keagungan peradaban Islam akan luntur beransur-ansur jika umatnya enggan
kembali kepada amalan tradisi, iaitu bermuzakarah bagi menangani sebarang masalah yang
dihadapi. Katanya, pergeseran di kalangan umat Islam sering didasari sikap taksub kepada
fahaman tertentu yang pada pada anggapan penyokong fahaman tersebut adalah benar.
Menurut Deedat, sikap taksub inilah punca utama berlakunya pelbagai bentuk perselisihan di
kalangan umat Islam di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi perselisihan ini telah
mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah sesama umat Islam.

Dalam usaha menjaga kemurnian ajaran Islam, Deedat juga pernah menghantar surat
kepada Rashad Khalifah, tokoh berasal dari Tucson, Arizona Amerika Syarikat yang

17

mendakwa dirinya Utusan Tuhan. Rashad Khalifa yang terkenal dengan teori komputer
berkaitan al-Quran, menolak hadis dan sunnah Rasulullah. Dalam satu surat yang dihantar
kepada Rashad Khalifa bertarikh 20 Mei 1988, Deedat telah mendesak Rashad menarik balik
dakwaannya dan mengajak Rashad Khalifa berdebat dengannya di Madison Square Garden,
New York. Namun Rashad Khalifa enggan bertemu dan melayan permintaan untuk berdebat
yang ditawarkan oleh Ahmad Deedat.

Ahmad Deedat yang pernah melawat Malaysia, juga mengagumi corak kepimpinan
Malaysia yang dianggapnya sebagai pemimpin dunia Islam yang berwibawa. Saya
mengagumi pemimpin awak, tetapi sayang belum pernah ada pemimpin Malaysia melawat
bagi mendapat pandangan saya dalam menyelesaikan kemelut Islam masa kini.
Saya juga mengenali Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) dan
beliau (Allahyarham) seorang pemimpin yang baik, katanya kepada wartawan Malaysia
sewaktu rombongan Malaysia mengunjungi beliau. Ahmed Deedat pernah berceramah di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 1992, di samping berkunjung ke beberapa
tempat termasuk Johor dan Selangor serta beberapa universiti tempatan.

Sesungguhnya, sumbangan Ahmad Deedat sangat bermakna buat perkembangan


Islam di Afrika Selatan dan juga seluruh dunia. Kegigihan beliau dalam mempertahankan
Islam daripada dicemari oleh propaganda agama lain patut dicontohi, dihargai dan
diteruskan.Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku
yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk
Muhammad: Messenger of Peace. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15
orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan.
Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah
dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan
yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Di kalangan masyarakat Barat, Syeikh Deedat lebih dikenali sebagai seorang ulama
Bible berbanding ulama Islam. Hal ini disebabkan pengetahuan beliau yang sangat mendalam
mengenai bible. Melalui dakwahnya, Syeikh Deedat lebih banyak menggunakan Bible dalam
berhujah terutamanya apabila berdepan dengan paderi-paderi Kristian. Pendekatan ini
digunakan Syeikh Deedat adalah kerana sikap paderi-paderi Kristian yang umumnya enggan

18

mengiktiraf sumber selain dari Bible. Syeikh Ahmad Deedat paling dikenali melalui sesi
debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk Is
The Bible the Word of God ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin. Antara
perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk
Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk Adakah Injil kalam
Allah?. Dan antara karya-karyanya yang tersohor ialah seperti The Choice Between Islam
and Christianity, Is the Bible God Word?, What is His Name? dan al-Quran, The
Miracles of Miracles.

Walau bagaimanapun, pada 3 Mei 1996, Syeikh Ahmad Deedat telah diuji Allah s.w.t
dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Ahmad Deedat telah hilang
kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk
menggerak mata, Syeikh Ahmad Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan
menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah
Islam. Usaha Syeikh Ahmad Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu
terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa
sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang
melawat. Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmad Deedat hanya boleh berbaring di tempat
tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menderita sakit dan kelumpuhan hampir 10
tahun lamanya akibat terserang strok di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi
Kwazulu-Natal, Durban. Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan menghantar jenazah beliau
ke tempat peristirehatan terakhirnya. Keranda yang membawa tokoh cendiakawan muslim ini
ditutupi kain berwarna hijau dan diusung dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika
Selatan untuk disolatkan di Masjid Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh sekitar 1000
orang jemaah dipimpin oleh ulama terkemuka asal Zambia Mufti Ismail Menk. Setelah itu
jasadnya dimakamkan di pemakaman umum Islam di Verulam. Beliau dikenal sebagai
pejuang dakwah. Kiprahnya dalam dakwah berhasil meningkatkan status warga muslim di
Afrika Selatan, namanya dikenal juga dikenal oleh komuniti muslim di Asia.

6.0

KESIMPULAN

19

Manhaj dakwah Islamiah yang berpandukan kepada ajaran wahyu, al-Quran dan al-Sunnah
terdiri daripada beberapa perkara utama antaranya ialah manhaj al-hikmah, al-mawizah alhasanah dan al-mujadalah. Memahami ruang lingkup manhaj ini secara meluas termasuk
memahami kepentingan, contoh-contohnya dan pelaksanaannya adalah suatu perkara yang
amat penting.

Dari satu sudut yang lain, memahami ketiga-tiga manhaj ini secara bersepadu pada
suatu masa adalah perkara yang amat penting bagi memastikan pelaksanaannya dalam
dakwah dilakukan secara sempurna, komprehensif, lengkap dan tidak bercanggah dengan
kehendak asal al-quran dan al-sunnah. Kupasan-kupasan ulama muktabar dalam menjelaskan
kedudukan manhaj al-mujadalah menjadi asas kukuh kepada kefahaman terhadap manhaj
dakwah yang betul. Apa yang telah dikemukakan oleh mereka adalah inti pati yang sangat
penting sebagai asas untuk diperluaskan lagi oleh pendakwah masa kini.

Dengan meneliti contoh-contoh yang dikemukakan ketika mengupas manhaj tersebut,


adalah diharapkan agar pelaksanaan yang tepat terhadap manhaj dakwah akan memberikan
kesan yang baik dan positif kepada perkembangan dakwah. Manhaj al-mujadalah yang harus
dilihat bersesuaian dengan kehendak semasa tanpa terkeluar daripada intipati yang telah
dikemukakan oleh ulama muktabar. Proses memperkembangkan manhaj dakwah ini sangat
penting dalam memenuhi tuntutan dakwah semakin mencabar di alaf baru ini terutamanya
apabila alat-alat komunikasi moden telah berkembang terlalu pesat. Para pendakwah harus
melihat di manakah ruang yang boleh digunakan bagi memanfaatkan segala perkembangan
teknologi moden ini demi perkembangan dan penyebaran dakwah yang lebih berkesan.

Justeru, manhaj al-Mujadalah ini masih terus relevan pada zaman ini dan fungsinya
amat nyata sekali dalam menundukkan manusia agar menerima hakikat kebenaran dan
menolak kemungkaran. Kepentingan al-Mujadalah dalam usaha dakwah Islamiah tidak dapat
dipertikaikan lagi kerana ianya adalah suatu manhaj dakwah yang telah digariskan oleh Allah
SWT dalam al-Quran dan telah digunakan oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu juga para
pendakwah yang mewarisi dakwah Islam pada masa kini.

20

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim dan Terjemahannya.

Al-Qurtubiy. Abu Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Ansariy. T.th. al-Jami li Ahkam alQuran. Kaherah: Wizarat al-Thaqafah.

21

Ali Abd al-Halim. 1990. Al-Dawah Ila Allah. Mesir: Dar al- Wafa.

Ahmad Deedat. 2002. The Choice Dialog Islam & Kristian. Jakarta: Jahabersa.

Ahamad Deedat. 2000. Muhammad The Natural Successor To Christ. Pakistan: Dare to
Read.

Basmeih. Sheikh Abdullah Basmeih.1998. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian


al-Quran (30 Juz). Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Al-Ghazzaliy, Abu Hamid. T.th. Ihya Ulum al-Din. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabiy.

Fadal Hassan Abbas. 2010. Wacana Al-Quran Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis
Terhadap Al-Quran. Selangor: PTS Publications & Distributors SDN. BHD.

Ibn Khaldun. 1984. Al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Quran.

Ibn Katsir. 1980. Tafsir Ibn Katsir. Beirut: Daarul Fikri.


Ibrahim Hj. Che Noh. 2001. Metodologi Dakwah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam: UKM.
Muhammad Talat Abu Syer. 1986. Al-Duah ila Allah fi al-Quran al-Karim wa
Munahijuhum. Kaherah: Universiti al- Azhar.
Syuhadak, Aswadi Syuhadak. 2007. Teori dan Teknik Mujadalah Dalam Dakwah, Dikusi,
Musyawarah Perspektif al-Quran. Surabaya: Dakwah Digital Press.

Syukir, Asmuni. 1997. Dasar-dasar Strategi Dakwah Islam. Surabaya: Al-Ikhlas.

Qutb, Muhammad Qutb. 2001. Salah Faham Terhadap Islam. Kota Bharu: Pustaka Dian.

22

Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaydan, Abd al-Karim Zaydan. 1992. Usul al-Dacwah: Qahirah.

Anon. 1960. Al-Mujam al-Wasit. Kaherah: Majma al-Lughah al-Arabiyyah.

Anda mungkin juga menyukai