Anda di halaman 1dari 40

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

HUDAIBIYAH

Ialah sebuah kampung yang terletak


berhampiran Kota Mekah
Disitulah berlakunya perjanjian antara umat
Islam dengan kafir Quraisy Mekah
Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah
tahun ke- 6 hijrah
Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena
tempat perjanjian tersebut
KAWASAN HUDAIBIYAH
FAKTOR MENDORONG
RASULULLAH DAN SAHABAT
KEMBALI KE MEKAH

Rasulullah telah bermimpi mengunjungi


Baitullah, bercukur rambut, mengambil
anak kunci Baitullah dan wukuf di Arafah

Kedudukan umat Islam sudah kuat setelah


umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin
Quraisy dalam beberapa siri peperangan
dan berjaya mengatasi ancaman Yahudi di
Madinah
Kekuatan Iman dan azam umat Islam
untuk menziarahi dan menghormati
Baitullah

Perasaan rindu yang amat sangat


terhadap keluarga, sanak saudara dan
tempat kelahiran mereka di Mekah
(setelah 6 tahun ditinggalkan)
PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH
Lebih kurang 1400 membuat persiapan
Umrah

Membawa bersama binatang al-Hadyu


(unta, lembu, kambing) untuk disembelih
di Tanah Haram

Tiada membawa senjata kerana bukan


untuk berperang
Berusaha mengelak peperangan dengan
memilih penyelesaian secara berdamai

Rasulullah sentiasa bermesyuarat dengan


sahabat dalam membuat sesuatu
keputusan ketika perjalanan
PERJALANAN UMAT ISLAM
ZIL DIRUL
MADINAH
HALIFAH ASYTAT

(SAHABAT)
BASHAR IBNU SUFYAN
Dari Kabilah Khuzaah
Meninjau ke Mekah
Mendapati Quraisy
Mekah bersiap sedia
untuk memerangi umat
Islam
PERJALANAN UMAT ISLAM
TSANIAT
DIRUL HUDAIBIY
UL
ASYTAT AH
MARAR

(SAHABAT)
BANU ASLAM
Membawa jalan
tidak dilalui orang
Melalui jalan lekuk,
berliku di celah bukit
SETIBANYA DI TSANIATUL MARAR
Unta tunggangan Rasulullah berhenti
dengan kehendak Allah

Unta itu berjalan menuju perigi kecil dan


air perigi itu sangat sedikit tidak
mencukupi untuk diminum

Rasulullah meletakkan sebilah anak


panah dalam perigi itu dan air kembali
penuh
Budail ibnu Warqa al-Khuzaei
memberitahu Rasulullah beliau baru
bertemu dengan Kaab ibn Luai dan Amir
ibn Luai yang sedang menuju ke
Hudaibiyah dengan tujuan menghalang
umat Islam memasuki Mekah

Rasulullah menyuruh Budail ibnu Warqa


al-Khuzaei bertemu dengan Quraisy
Mekah untuk memberitahu tujuanNya
adalah untuk melakukan Umrah bukan
untuk berperang
Rasulullah juga berharap dapat diwujudkan
perdamaian di antara kedua-dua belah pihak
satu tempoh tertentu
Urwah ibnu Masud ialah Quraisy Mekah
datang berjumpa Rasulullah untuk berunding
damai dengan Rasulullah. Tetapi gagal
mencapai sebarang persetujuan
Urwah pulang dengan menasihati kaum
Quraisy Mekah agar menerima pendamaian
tersebut
BAIATUR RIDHWAN

Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku


Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan
ke Mekah, untuk berunding dengan pihak
Quraisy Mekah

Beliau ditahan sementara waktu

Khabar angin mengatakan Uthman bin


Affan telah dibunuh
Rasulullah dan rombonganNya telah
bermesyuarat dan bersetuju membuat
sumpah setia untuk menuntut bela
kematian Uthman bin Affan

Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur


Ridhwan / Bai'atus Syajarah , sempena
tempat janji setia itu diadakan di bawah
pokok bernama "Ridhwan"
Setelah itu Rasulullah mendapati khabar
itu adalah palsu

Setelah Quraisy Mekah mengetahui


keputusan rombongan Islam untuk
membela kematian Uthman bin Affan,
mereka membuat keputusan
membebaskannya semula
SETIBANYA DI HUDAIBIYAH

Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn


Amru
Bertujuan untuk perjanjian damai
Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian
tersebut
Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian
Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya
perjanjian tersebut
TERJEMAHAN
PERJANJIAN TERSEBUT
Ini suatu pendamaian atasnya " Muhammad bin
Abdullah " dan " Suhail bin Amru" supaya tidak
berperang /genjatan senjata selama 10 tahun.
Hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain,
orang Quraisy yang lari ke pihak Nabi tanpa
kebenaran keluarga perlu dikembalikan. Sesiapa
/orang islam yang datang kepada Quraisy tidak
dikembalikan. Maka apabila orang islam
mendengar perkara itu, sebahagian mereka
menolak syarat ini.
HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH
Genjatan senjata antara kedua-dua pihak
selama 10 tahun

Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada


tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan
dengan syarat tidak membawa peralatan perang
dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari

Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa


kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar
pulang ke Mekah walaupun telah memeluk
Islam
Sambungan

Jika orang Madinah datang ke Mekah


tidak perlu dihantar pulang ke Madinah

Kedua pihak tidak boleh mencuri


mengkhianati dan memungkir janji

Kedua pihak tidak boleh membantu mana-


mana kaum yang bersengketa berperang
Sambungan

Orang Islam Madinah dan orang Quraisy


Mekah dibenarkan membuat perjanjian damai
dengan mana-mana kaum

Pada dasarnya perjanjian ini berat sebelah,


ramai dikalangan para sahabat yang tidak
bersetuju dengan perjanjian itu tetapi demi
mentaati pemimpin, mereka akur. Hal ini dalam
jangka masa panjang, telah memberi banyak
faedah kepada umat Islam
SEBAB BERLAKU PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
Ketaatan dan kepatuhan sahabat kepada
kepimpinan Rasulullah

Sikap umat Islam yang cintakan


keamanan dan berusaha mengelakkan
peperangan

Kebijaksanaan Rasulullah mengatur


strategik menghadapi kaum Musyrikin
Quraisy
Sikap toleransi Rasulullah dan sahabat

Keputusan Rasulullah dan sahabat untuk


mengerjakan umrah dihalang
KESAN-KESAN PERJANJIAN
HUDAIBIAH

Perjanjian Hudaibiah merupakan


pengiktirafan rasmi kaum Quraisy
terhadap Rasulullah, umat Islam serta
kewujudan sebuah negara Islam

Persetujuan mengadakan gencatan


senjata telah digunakan oleh Rasullullah
untuk menyebarkan dakwah
Dakwah Islam disebarkan kepada raja
Parsi, Habsyah, Mesir. Islam juga
disebarkan di Mekah dan luar mekah

Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam


termasuk panglima Quraisy yang terkenal
iaitu Khalid al-Walid
Memberi peluang kepada orang Islam
bergaul bebas dengan kabilah-kabilah
arab dan menyebarkan Islam kepada
mereka

Telah membuka jalan kepada


pembebasan Mekah daripada orang
Quraisy
Orang Islam dan orang Quraisy dapat
berinteraksi antara satu sama lain
Membuka peluang kepada umat Islam
Madinah untuk menyusun strategi untuk
membebaskan Mekah dari cengkaman
jahiliyah
Dapat menghindar dan mengelakkan
pertumpahan darah antara kedua pihak
Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama
Islam secara terang
Orang Islam Madinah yang masuk ke
Mekah, tidak perlu dihantar pulang ke
Madinah

Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah


boleh / bebas membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak yang mereka
sukai
HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH

Dengan adanya perjanjian ini maka secara


tidak langsung pihak kafir Quraisy telah
mengakui kewujudan dan kekuatan kerajaan
Islam Madinah

Hasil daripada perjanjian ini jugalah umat


Islam bertambah dan keimanan umat Islam
dapat dimantapkan melalui majlis ilmu dan
dialog bersama-sama Rasulullah dan
sahabat
Terhindar pertumpahan darah antara orang
Islam dan Musyrikin Quraisy

Faktor utama pembukaan Kota Mekah

Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebas


berinteraksi

Orang Islam bebas berdakwah

Ramai kaum Quraisy memeluk Islam secara


terang-terangan
TINDAKAN SUSULAN SELEPAS
PERJANJIAN
Pada tahun ke7 Hijrah Rasulullah
menghantar utusan kepada Qabilah
sekitar Madinah untuk memeluk Islam
yang dinamakan Sariyyah"

Memantapkan kedudukan negara Islam


Madinah dan bersedia kembali semula ke
Kota Mekah apabila mendapat peluang
SURAT RASULULLAH
DAN COP RASMI
ORANG QURAISY MELANGGAR
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam
naungan Quraisy Mekah menyerang Bani
Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan
Rasulullah

Serangan Bani Bakr dibantu pihak Quraisy Mekah

Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam


kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy
telah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah
dipersetujui
Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang
daripada Bani Khuzaah terbunuh

Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani


Khuzaah bergegas ke Madinah untuk
memberitahu dan meminta bantuan daripada
Rasulullah

Mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu


Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu
dan memohon maaf

Rasulullah SAW dan sahabat tidak


menghiraukannya, beliau pulang dengan
perasaan hampa dan kecewa ke Mekah
PEMBUKAAN KOTA MEKAH TANDA
KEJAYAAN PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM
Berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah

Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Mekah


dapat dijangka oleh pihak Quraisy

Pembukaan kota Mekah dilihat sebagai kejayaan


penting dalam perkembangan syiar Islam

Rasulullah menyiapkan angkatan Muslimin


dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang
berangkat ke Mekah
Setiba Rasulullah di Mekah, orang Islam
berjaya memasukinya tanpa tentangan
sengit
Walaupun pertempuran berlaku, ia dapat
dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan
sahabat lain
Baginda menghancurkan menghancurkan
360 berhala di sekeliling Kaabah sebagai
berakhirnya penyembahan berhala di
Mekah.
Dengan musnahnya berhala di Kaabah,
maka berakhirlah penyembahan berhala
Setelah itu Rasulullah mengambil kunci
Kaabah yang mulia dari tangan Uthman
bin Thalhah, kemudian Rasulullah masuk
dan solat 2 rakaat di dalamnya
Maka dengan itu secara rasminya
pembukaan kota Mekah dan ia makmur
dengan syiar Islam hingga kehari ini

Anda mungkin juga menyukai