Anda di halaman 1dari 4

Gerakan Ar-Riddah :

Pendahuluan :

Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan


Islam.
Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi,
golongan yang murtad dan g0l0ngan yang tidak mahu membayar zakat.
Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika Abu
Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.
Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di
Makkah, Madinah dan Taif.

Isi :

Golongan-golongan Ar-Riddah :

1. Golongan Nabi-nabi Palsu :

Tulaihah al-Khuwailid ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )

Ajarannya :

Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang


dicipta Tuhan bukanlah untuk dihina sebanyak lima kali.
menghapuskan amalan zakat.
Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar menuntut
supaya mengakui kenabiannya, tetapi gagal.

Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman )

Nama sebenarnya Ailat b. Kaab b. Auff al- Ansi ( dari Bani Mazhaj )
Digelar aswad kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.
o Berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai
700 orang-berjaya menguasai kota Sana daripada pemerintahan Islam

Ajarannya :

Membebaskan pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.


Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular )

Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b. Aqfan ( Bani Tamim di Yamamah )

Ajarannya :

Mengakui sebagai nabi wanita.


Musailamah al- Khazzab ( Bani Hanipah di Yamamah )

Mula aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Mempunyai kekuatan tentera seramai 40,000 orang.
Semakin kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.

2. Golongan Murtad :

Golongan yang terus keluar daripada Islam.


Banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah, dan Yaman.
Mereka menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam

3. Golongan Yang Enggan Membayar Zakat :

Muncul di Yaman, Yamamah, dan Oman.


Dipelopori oleh Malek bin Nuwairah.
Juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum
Absy dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam
tetapi enggan membayar zakat.

Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Ar-Riddah :

1. Keimanan yang Lemah :

Penyebaran Islam secara meluas berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan


Makkah pada 8 H. Nabi Muhammad pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat
Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara
mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada
Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada
keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus
keluar daripasa Islam secara terang-terangan.

2. Kepentingan Tertentu :

Golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan
kedudukan serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.

3. Semangat Assabiah :

Masih mempunyai semangat assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-


masing.Walaupun telah diperangi oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah
yanh menjadi tradisi hidup selepas Nabi wafat.

4. Golongan Nasrani dan Yahudi.


Golongan ini merupakan punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan
umat Islam. Kedua-duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk
menyesatkan umat Islam daripada ajaran sebenar.

5. Keinginan Menjadi Nabi.

Terdapat juga orang Arab yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan
tidak mahu mengikut nabi orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini
ingin menjadi nabi kerana terpengaruh dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti
menguasai masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang bermatian-
matian untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan
kepada nabi-nabi palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang
terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah Arab.

6. Salah mentafsir ayat al-Quran tentang zakat.

Golongan ini mengaku masih menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana
menyalah tafsirkan ayat al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103. )

Menurut golongan ini tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan
menghapuskan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka
beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad sahaja
yang layak melaksanakan proses membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada mereka
semasa Abu Bakar ia bukanlah nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan
ini tidak ikhlas dalam usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti
yang dikutip oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak
perlu membayar zakat.

Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :

Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.


Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah
menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan
kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau
pun secara bersendirian.
Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan Pemimpin Usama bin Zaid,
berjaya menumpaskan golongan ini.
Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya
Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal
menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku
Qudhaah dan suku Wadiah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan
Aswad al-Ansi di Yaman.
Setiap pasukan tentera ini dibekalkan alMansyurat ( Pengumuman kepada
ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya
mereka enggan barulah mereka diperangi.)
Setiap pasukan tenteranya Abu Bakar menyerahkan al-Adhu ( Surat janji )
kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.

Anda mungkin juga menyukai