Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat islam pada zaman Khulafa

al-Rasyidin

PENGENALAN
- Nabi Muhammad saw diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia
tentang ajaran islam.

- Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut
politik, ekonomi, & sosial umat islam yg membawa kepada perkembangan budaya &
masyarakat Islam yg terdiri drpd pelbagai bangsa & keturunan.

- Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dlm sejarah umat Islam bermula
drpd era Khulafa’al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

ISI- ISI PENTING :

1) Orang Arab
 Terdiri drpd orang Arab Utara & Arab Selatan.
 Rasulullah telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin
dan Ansar.
 Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima islam &
memberi sumbangan yg besar kepada Negara islam.
 Di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, org Arab Madinah & Arab Quraisy merupakan
golongan yg penting membantu pentadbiran Negara.
 Khalifah Abu Bakar : khalid al-walid dan Amru al-as merupakan panglima perang yg
Berjaya mengatasi golongan Ar-Riddah.
 Khalifah Umar al-Khattab : melantik 6 org para sahabat spt Ali bin Abu Talib,
Uthman Affan & Zubir bin Al awwam sbg ahli majlis syura.
 Uthman bin affan : keluarga bani umaiyyah diberikan jawatan penting spt Marwan al
Hakkam & muawiyyah bin abu sufyan sbg gabenor.

2) Golongan Ar-Riddah
 Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
 Mereka terdiri drpd 3 golongan iaitu :
a] Golongan yg enggan membayar zakat
 Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yg hanya dibayar kpd nabi Muhammad.
Mereka terdiri drpd penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
b) Golongan nabi palsu dan pengikutnya
 Nabi palsu ini spt Sajah & Musailammah al Kazab merupakan nabi palsu yg
berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya utk mendapatkan pengaruh &
kepentingan peribadi.
c) Golongan murtad
 Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan
politik drpd Negara islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan jahiliah.
 Abu bakar mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka kembali
kpd ajaran islam.
 Pasukan tentera islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali
semula kpd ajaran islam.
3) Golongan Ahl-Al-Ayyam
 Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah
membuka tanah di wilayah Iraq, Syria, & Mesir. Orang Arab yg menyertai pasukan tentera
membuka & menetap di wilayah tersebut dikenali sbg golongan ini terutamanya bekas
golongan murtad.
 Terdiri drpd suku Arab yg kecil spt suku Syaiban & bekas golongan murtad. Mereka
diberi kuasa mentadbir lading & tanah di wilayah Iraq & memungut cukai sbg mengenang
jasa mereka dlm pentadbiran.
 Zaman Khalifah Umar al-Khattab, terdapat lebih kurang 12000 org. Pemimpin
mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith & Hujar al-Kindi.
4) Golongan Al- Qurra
 Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan tanah di
Iraq
 Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status & membezakan drpd
golongan ahl al ayyam yg lain terutama bekas golongan murtad.
 Di zaman khalifah uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana
pengambilan kuasa pentadbiran.
 Tanah & cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyah.
 Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
 Mereka memberikan sokongan yg kuat kpd Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal &
Perang Siffin.
5) Golongan Khawarij
 Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang Jamal &
Perang Siffin.
 Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn tentera
Muawiyyah dlm Perang Siffin & rundingan Majlis Tahkim.
 Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sbg
golongan Khawarij.
 Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah
Ali, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As.
 Mereka melancarkan gerakan utk membunuh ketiga pemimpin tersebut.
 Mereka membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyyah.
6) Golongan Berkecuali
 Terdiri daripada golongan yg tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan
Muawiyyah
 Mereka tinggal di Hijjaz.

7) Golongan Bukan Arab (‘Ajam)


 Golongan Mawali.
 Terdiri daripada orang bukan Arab.
 Iaitu kaum parsi yg telah memeluk agama islam.
 Kebanyakan mereka tinggal di Iraq.
 Di zaman ini, mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
8) Golongan Bukan Islam
 Terdiri daripada orang Arab & bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi.
 Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.
 Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi, Majusi dan juga Nasrani.
 Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yg adil drpd kerajaan islam dgn
membayar cukai jizyah.

KESIMPULAN
 Nabi Muhammad saw berusaha membentuk masyarakat islam di makkah melalui
dakwah.
 Masyarakat islam di Madinah juga dibentuk melalui dakwah oleh golongan muhajirin
dgn sokongan penduduk tempatan Madinah sendiri, iaitu golongan Ansar.
 Perkembangan masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah & penaklukan
yg membawa kpd perkembangan ufuk pemikiran & kebudayaan

Anda mungkin juga menyukai