Anda di halaman 1dari 3

5.

0 GOLONGAN MASYARAKAT ZAMAN KHULAFAH AL- RASYIDAN

5.1 Orang Arab

Orang arab terdiri daripada Arab Utara dan Arab Selatan. Rasulullah S.A.W
telah berjaya menyatu padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dengan
Ansar. Pembukaan kota menerima Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy
menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam. Di
zaman Khalifah Ar- Rashidin, orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan
golongan yang penting dalam membantu pentadbiran negara. Sebagai contoh,
Khalifah Abu Bakar memberi Khalid Al- Walid dan Amru Al- As sebagai panglima
perang yang berjaya mengatasi golongan Ar- Riddah. Khalifah Umar al- Khattab
melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan
Zubir Bin Al- Awwam sebagai ahli Majlis Syura.

5.2 Golongan Ar- Riddah

Selain itu, golongan Ar- Riddah wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al- Siddiq
dan terdiri daripada tiga golongan. Antaranya, golongan yang enggan membayar
zakat adalah mereka yang berpendapat bahawa zakat merupakan cukai yang hanya
dibayar kepada nabi Muhammad. Golongan ini terdiri daripada penduduk Bahrain,
Yamamah dan Hirah di mana di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin
Al- Mughirah. Seterusnya, golongan Nabi palsu dan pengikutnya seperti Sajah dan
Musailammah al- Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka
mendakwa menerima wahyu dengan tujuan untuk mendapatkan pengaruh dan
kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikut seramai 40, 000 orang
yang berpusat si Yamamah. Yang terakhir adalah golongan Murtad yang terdiri
daripada kabilah- kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan
perlindungan politik daripada negara Islam. Kemudian setelah nabi wafat, mereka
akan kembali semula kepada amalan jahiliah. Oleh itu, Abu Bakar akan mengambil
tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran
Islam.
5.3 Golongan Ahli Al- Ayyam

Selepas itu, golongan ahli Al- Ayyam wujud pada zaman pemerintahan Umar
al- Khattab di mana Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan
Mesir. Orang- orang Arab yang menyertai pasukan tentera yang membuka dan
menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahli al- Ayyam yang lain
terutamanya bekas golongan Murtad. Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang
kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan Murtad. Mereka juga diberi kuasa
untuk mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq serta memungut cukai sebagai
mengenang jasa mereka dalam pentadbiran. Pada zaman Khalifah Umar al- Khattab
terdapat lebih kurang 12000 orang dengan pemimpin mereka iaitu Al- Ashtar, Malik
al- Harith dan Hujr al- Kindi.

5.4 Golongan Al- Qurra

Terdapat juga golongan Al- Qurra yang berasal daripada golongan ahli al-
Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka menggelar
diri mereka sebagai al- Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada
golongan ahli al- Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad. Di zaman
Khalifah Uthman, sebahagian besar golongan ini memberontak kerana pengambilan
kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini
bertanggungjawab dalam menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman. Selain itu,
mereka juga memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya
pada Perang Jamal dan Perang Siffin.

5.5 golongan Khawarij

Seterusnya, golongan Khawarij yang terdiri daripada bekas penyokong


Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak
bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima pendamaian dengan tentera
Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim. Kegagalan Majlis
Tahkim ini menyebabkan golongan tersebut menggelar diri mereka sebagai
golongan Khawarij. Mereka juga berpendapat bahawa perpecahan sepatutnya
dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan Amru
Al- As. Kemudian, mereka juga melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga- tiga
pemimpin tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka berhasil membunuh
Khalifah Ali dan melancarkan gerakan untuk menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

5.6 Golongan Berkecuali

Di samping itu, golongan berkecuali adalah golongan yang tinggal di Hijjaz


dan tidak mahu terlibat dalam mana- mana konflik antara Ali dan Muawiyyah.

5.7 Golongan Bukan Arab (‘Ajam)

Justeru itu, golongan bukan Arab (‘Ajam) pula adalah golongan Mawali yang
terdiri daripada kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam. Di mana
kebanyakkan mereka tinggal di Iraq dan juga di zaman ini mereka tidak dikenakan
bayaran cukai jizyah.

5.8 Orang Bukan Islam

Akhir sekali, golongan bukan Islam adalah terdiri daripada orang Arab dan
orang bukan Arab yang tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab seperti kaum
Yahudi, Qibti dan Parsi. Walaupun mereka adalah penganun agama Kristian, Yahudi
dan Majusi, mereka tetap mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil
daripada kerajaan Islam kerana mereka membayar cukai jizyah.

Anda mungkin juga menyukai