Anda di halaman 1dari 2

KULIAH 5: ZAMAN UMAYYAH DAN ‘ABBASIYYAH

KERUNTUHAN UMAYYAH
1. Kelemahan Pemimpin
i. Selepas Muawiyyah, ramai khalifah suka minum arak.
- Catatan Al-Aghani: Yazid al Khumar minum arak setiap hari
- Catatan Al-Nawaji: Khalifah Al-Walid II suka berendam dalam kolam arak dan akan
minum arak dia berendam.
- Menurut Iman As-Suyuthi dalam Tarikh Khulafa:
Al-Walid II adalah peminum arak dan pernah pergi mengerjakan haji untuk minum
arak di atas kaabah.
ii. Al-Agahani meriwayatkan bahawa Khalifah suka berfoya-foya.
- Cth: Yazid II dengan 2 wanita terkenal (Salamah dan Habbabah)
- Cth: Khalifah Al-Walid II sering berfoya di istana padang pasirnya di daerah Qaryatin.
iii. Khalifah sering dikusai oleh wanita-wanita Harem.
- Cth: Atiqah, Puteri Muawiyyah dan isteri kepada Khalifah Abdul Malik
iv. Khalifah Umayyah suka kepada hiburan dan sastera.
- Cth: Muawiyyah melantik Abid b.Syaryah dari Yaman utk bersyair di istana.

2. Semangat Kesukuan dan ‘Asabiyyah


i. Kesatuan Ummah yg diterapkan oleh Nabi mula pudar. Raja mulai bersifat bias kepada
sukunya berbanding sebagai khalifah mukminin.
ii. Golongan Arab Utara yg datang ke Iraq membangunkan Diyar Rabiah (markas suku
Rabiah) di sepanjang Sg Tigris dan Diyar Mudhar (suku Mudhar) di sepanjang Sungai
Euprathes. Posisi tertinggi Bani Mudhar dipegang keluarga Qays.
iii. Suku-suku dari Selatan Arab pula (Yaman) datang ke Iraq dan kabilah yang terkenal
ialah Bani Kalb. Suku Arab Utara dan Selatan ini membentuk proksi politik di istana dan
sering berperang. Misalnya dalam konflik di Marja Rahit (684M)
iv. Muawiyyah sangat bergantung kepada sokongan Orang Yaman. Anaknya Yazid adalah
dari isteri wanita suku Kalb bernama Masyun.
v. Dibawah Al Walid II suku Qays kembali bangkit. Penggantinya Sulayman menyokong
orang Yaman, Yazid II pula menyokong orang Qays (ibunya dari Bani Mudhar). Yazid
III pula menyokong orang Yaman.

3. Sistem Perwarisan yg lemah dan rumit


i. Walaupun Muawiyyah menjadikan anaknya Yazid sebagai pengganti tetapi tidak ada satu
sistem yang pasti bahawa kuasa akan dipegang dari bapa kepada anak.
ii. Daripada 14 Khalifah, hanya 4 orang sahaja iaitu Muawiyyah, Yazid I, Marwan I dan
Abd Malek yg berjaya menjadikan anak mereka sebagai pengganti.
iii. Mulai Khalifah Marwan, beliau melantik anaknya Abd Malik sebagai pengganti dan
seorang lagi anaknya Abdul Aziz sebagai turutan berikutnya.
iv. Bagaimana pun Abd Malek ketika menjadi khalifah melantik anaknya al Walid sebagai
pengganti dan anaknya yg lain Sulayman dalam turutan. (sekaligus mengenepikan Abdul
Aziz)
v. Apabila Al-Walid menjadi khalifah beliau berhasrat mengetepikan Sulayman dan
melantik anaknya sendiri tetapi tidak berjaya.
4. Gerakan Pemberontakan.
i. Penentangan puak Syi’ah terus berlaku. Puak Syi’ah ini majoritinya berpusat di Iraq
menentang Khalifah di Syria.
ii. Keluarga Abbas (Abbas b. Abdul Mutalib-bapa saudara nabi) pula mula menyusun
strategi untuk melancarkan revolusi. Mereka menggunakan sokongan penyokong Ali
dengan menekankan hak kekhalifahan keluarga Bani Hashim.
iii. Gerakan ini berpusat di selatan laut mati, al Mumaymah untuk menyebarkan propaganda.

5. Pemusatan Bangsa Arab dan kekecewaan golongan Mawali


i. Golongan bukan Arab (mawali/mawla- mantan hamba) merasa tersingkir. Antaranya
ialah orang-orang Parsi yang telah memeluk Islam.
ii. Mereka kerap kali dipaksa membayar jizyah seperti bukan Islam. Malahan mereka
merasakan bahawa tamadun mereka lebih tinggi dari Arab.
iii. Mereka kemudian dihasut oleh Bani Abbas dan Syiah hinggakan pengaruh Syiah mula
berkembang luas di Parsi khususnya di wilayah Khurasan.

6. Rasuah dan penyelewengan


i. Masalah utama ialah rasuah dan ketidakcekapan gabenor wilayah. Misalnya Menurut At-
Tabari ialah Gabenor Iraq, Khalid Ibn Abdullah Al-Qasri yang menggelapkan wang lebih
13 juta dirham sebelum ditangkap pada 738M.
ii. Al-Qasri juga menerima rasuah daripada para pegawainya. Antaranya ialah pemungut
cukai Ziyad b. Ubaydallah Al-Harithi yg merasuah Al-Qasri untuk kekal dalam
jawatannya.
iii. Contoh lain ialah Yazid b. Muhallab yang merasuah Ibn Al-Ahtham untuk
mempengaruhi Khalifah Sulayman supaya dia dilantik menjadi gabenor Khurasan.

7. Daerah Kekuasaan terlalu luas dan kekangan geographical.


i. Khalifah yang lemah hanya berpusat di Damsyik tidak berupaya memantau pentadbiran
dan keselamatan wilayah-wilayah Umayyah yang luas.
ii. Antaranya wilayah Parsi di Khurasan dan wilayah puak Syiah di Kuffah.

Anda mungkin juga menyukai