Anda di halaman 1dari 1

NIK ERNEY SHAFIRA BINTI NIK ISMAIL (136407)

REFLEKSI PENGAJARAN KEMAHIRAN PENGAJARAN KARANGAN

Sejauh manakah kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan oleh bakal guru di sekolah

nanti ?

Kemahiran pengajaran karangan merupakan kemahiran yang penting kerana tidak ke semua

mampu untuk menulis sebuah karangan yang baik dan gramatis.Hal ini kerana kemahiran

menulis karangan pada pendapat saya perlu merangkumi dua kemahiran penting iaitu

membaca dan menulis.Oleh sebab itu amat penting bagi seseorang guru menguasai kesemua

komponen yang ada di dalam kemahran pengajaran karangan.Selain itu amat penting juga

untuk guru mengajar murid menulis karangan mengikut kaedah,teknik dan tertib mengarang

Namun begitu,bagi memudahkan murid untuk membina karangan yang lengkap guru

perlulah memperkenalkan satu formula yang senang untuk mereka ingat.Hal ini kerana untuk

mengelakkan mereka daripada tertinggal mana-mana komponen yang diperlukan di dalam

sesebuah karangan.Contohnya,formula ImBaKup.

Mengajar karangan bukanlah sesuatu pengajaran yang senang namun jika guru

mengikut kepada kaedah,teknik dan tertib mengarang,guru tersebut akan dapat

menyampaikan isi pengajaran dengan baik.Selain itu,amat penting juga untuk guru mengajar

murid menulis karangan berperingkat.Contohnya pada hari isnin guru mengajar menulis

pendahuluan,hari selasa guru mengajar untuk menulis isi karangan dan begitulah untuk hari-

hari yang seterusnya.Hal ini kerana bukan kesemua murid mempunyai tahap kognitif yang

tinggi untuk mempelajari kesemua komponen sekali gus.

Anda mungkin juga menyukai