Anda di halaman 1dari 9

Refleksi:

Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Murid-
murid mampu mencatat tip-tip menyelamatkan diri semasa kebakaran. Semasa membuat
persembahan di hadapan kelas, terdapat sebilangan kecil murid yang berasa segan dan tidak
mampu melakonkan watak masing-masing dengan sempurna. Terdapat dua kumpulan yang
dapat melakonkan watak masing-masing dengan baik dan mampu menambat hati pelajar
yang lain. Merekaialah Kumpulan 2 dan Kumpulan 6. Ahli kumpulan kedua-dua kumpulan
tersebut mampu berkomunikasi dengan baik dan sangat aktif.

Selain itu, video kebakaran yang ditunjukkan telah menyedarkan murid-murid supaya
sentiasa berhati-hati dengan api kerana ada pepatah menyatakan “api semasa kecil menjadi
kawan. Bila besar menjadi lawan”.

Untuk mengatasi masalah murid yang berasa segan untuk mempersembahkan


lakonan mereka, saya akan cuba menanam sikap yakin pada diri sendiri pada pelajaran yang
akan datang. Ini kerana jika mereka yakin pada kebolehan masing-masing, InsyaAllah mereka
mampu melakukan apa saja aksi dan watak yang dikehendaki.
REFLEKSI

Kekuatan:

Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan
set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru
yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka
dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk
membuat rumusan.

Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan
murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid
dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat
belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Kelemahan:

Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya
guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga
dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya.
Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan
tahap kebolehan murid.

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak


kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih
lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan
lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan
menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan
huruf besar.

Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat


yang ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan
pemahaman. Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di
papan hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab
secara lisan bukan dengan menulis.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari
kelas lain yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan
murid di kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang
berlaku disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang
rancak dijalankan.

Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan
hitam agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan
daripada guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut,
terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru perlu
terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar daripada tajuk dan
arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil murid (kertas manila)
menyebabkan guru tiada ruang untuk menulis di papan hitam.

Langkah mengatasi:

Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran
murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar
tahap murid diuji.

Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan


tempat-tempat yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan
tempat-tempat yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap
murid tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan
hitam ayat yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut
lebih jelas.

Guru juga hendaklah menyediakan “plan A” dan “plan B” bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat
dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT
dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.

Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat.
Di samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan
alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti
menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid
mendapat kemahiran tersebut.
REFLEKSI
Pada hari ini, saya berasa sangat gembira kerana kesemua murid hadir pada hari ini. Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dapat dilaksanakan dengan mengikuti perancangan
yang telah disediakan. Semua murid memberikan kerjasama dan semangat berpasukan yang
baik semasa aktiviti pembelajaran dilakukan baik dalam aktiviti membaca secara individu
mahupun kerja kumpulan. Pujian diberikan kepada Hadif kerana murid ini dapat memberikan
gambaran awal berkaitan tajuk pengajaran pada hari ini. Murid ini dapat memberikan
pengertian kata poenguat dengan betul.

Semasa penerangan diberikan, semua murid memberikan perhatian kerana tajuk ini
merupakan suatu pembelajaran yang baharu. Bagai masak tanpa penambah perisa, pastinya
tawar dan tiada selera. Begitu jugalah pengajaran yang dilakukan pada hari ini. Pengajaran
pada hari ini mempunyai isi dan aktiviti yang baik tetapi kurang menarik. Misalnya, pada set
induksi guru sepatutnya menggunakan pakaian seragam seakan-akan murid bagi
mementaskan suatu lakonan berkaitan Tanggungjawab Murid.

Hal ini demikian kerana bagi menunjukkan daya kreativiti guru dalam mengajar sekali
gus memberi kelainan setiap satu proses pengajaran tersebut. Guru juga sepatutnya tidak
perlu menerangkan lakonan yang dibuat terlebih dahulu sebaliknya terus mementaskan
lakonan tersebut tanpa memberitahu murid. Misalnya, guru terus memulakan lakonan
selepas masuk pintu utama kelas.

Impaknya, murid akan terpinga-pinga tentang keadaan tersebut sekali gus


menimbulkan perasaan ingin tahu murid. Suasana kelas juga akan menjadi lebih senyap
kerana murid fokus terhadap lakonan yang guru lakukan. Selain itu, dari aspek penggunaan
alat bantu mengajar guru sepatutnya lebih kreatif dan jangan menggunakan pendekatan yang
sama pada setiap pembelajaran. Misalnya, pada pengajaran ini guru sebenarnya boleh
melakukan aktiviti susunan kad yang memerlukan murid memakai kad tersebut dan murid
disusun untuk membentuk ayat berdasarkan kad perkataan yang mereka gunakan.
Impaknya, murid akan terlibat secara aktif dalam proses PdP. Guru dilihat lebih cenderung
menggunakan pendekatan chalk and talk dan memberikan lembaran kerja yang terlalu biasa..

Guru juga sepatutnya boleh menilai tahap kefahaman murid dengan memberikan
lembaran kerja yang berbentuk aplikasi kata penguat dalam ayat. Dengan cara ini murid akan
lebih memahami penggunaan kata penguat dalam ayat. Pemilihan perkataan untuk
diterangkan juga penting dan kita sedia maklum untuk menerangkan keseluruhan kata
penguat memerlukan masa yang agak panjang.
Oleh itu, guru sepatutnya lebih bijak dengan memilih perkataan yang jarang digunakan dalam
kata penguat misalnya Nian. Perkataan nian ini tidak semua murid mengetahui fungsinya
dalam pengaplikasiannya dalam ayat. Maka guru perlu mengambil inisiatif ini dengan
mengambil perkataan yang jarang digunakan ini untuk diterangkan sekali supaya murid
mendapat kefahaman yang menyeluruh berkaitan kata penguat.
Refleksi:

Pada akhir pembelajaran saya dapati 23 orang daripada 25 orang murid mencapai objektif. 2
orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi latihan pengukuhan.Murid-
murid.Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk
mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi
P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan
mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal
kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh
masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan maujud iaitu buah-buahan
sebenar yang digunakan.Melalui bahan-bahan maujud ini murid-murid dapat membezakan
dan mengelaskan saiz buah-buahan.Seterusnya murid-murid diminta mengeja buah-buahan
tersebut dengan bimbingan guru.Gambar-gambar buah-buahan dilekatkan pada papan putih
dan murid diminta memadankan perkataan dengan buah-buahan.Kebanyakan murid dapat
menguasai kemahiran yang diterapkan ini.Lembaran kerja diedarkan sebagai penilaian
kepada murid-murid.Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran
saya.Pada peringkat ini saya dapati 2 orang murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang
diberikan.Murid ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu belum megenal huruf.Pada sesi
penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan
murid.Hasil kerja murid yang menarik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada
murid lain.Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif kepada murid yang hasil kerjanya
dipamerkan.

Kelemahan:

Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya perlahan.
Ini menyebabkan keseluruhan murid tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas. Saya
juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman
sendiri murid.Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.Lembaran kerja
yang disediakan juga tidak mengikut aras kebolehan murid

Kaedah Pembelajaran:

Saya menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Keupayaan dan kebolehan murid adalah
berbeza yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Saya i telah
mengenal pasti keupayaan murid bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Saya telah
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah
memahami dan menghayati kandungan pelajaran.Di samping itu pembelajaran menjadi lebih
menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan pendekatan yang boleh
digunakan. Beliau menggunakan strategi berpusatkan guru dengan memberi penerangan,
penjelasan dan huraian. Guru ini bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator
pembelajaran dengan

i) menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang


berpusatkan kepada pelajar
ii) menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
iii) mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami
dan menghayati sesuatu perkara;
iv) menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah
menguasai perkara yang telah diajar
REFLEKSI

Kekuatan:

Semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran, suara saya adalah lantang dan
tegas. Oleh itu, kelebihan atau kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan P & P iaitu
ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar,
seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain
itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini
akan membolehkan murid lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa
menghiraukan gangguan-gangguan lain. Bukan itu sahaja, ketegasan dalam menyampaikan
pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

Selain itu, kejelasan penyampaian bagi seseorang guru juga merupakan sesuatu
kekuatan. Apabila guru memberi arahan ataupun menyampaikan isi pelajaran dengan jelas,
akan memudahkan murid faham dan mendapatkan maklumat tepat daripada guru. Hal ini juga
berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kelemahan:

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati P & P saya tidak dapat
mengikut masa yang ditetapkan, itu adalah kelemahannya. Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjalankan dengan lebih baik dan
lancar. Perbandingan rancangan pengajaran harian saya yang telah dibuat, didapati masa
yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring, tetapi masa
keseluruhan pengajaran saya tidak terjejas.

Bukan itu sahaja, kelemahan atau kekurangan seterusnya ialah masalah dalam
pemantauan kelas. Saya didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau
murid yang duduk di penjuru kelas semasa murid membuat lembaran kerja. Guru seharusnya
berjalan dan memantau setiap murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan
suasana kelas dengan lebih baik.

Langkah Mengatasi:

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan perlu menambahbaikan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam
pengajaran dan pembelajaran, menambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan
penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru
perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian.
Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari
permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama
ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu sesetengah murid yang kurang fahami
terhadap pelajarannya secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Oleh yang demikian, saya akan
sentiasa meningkatkan kemahiran dan potensi diri supaya boleh melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan lancar lagi untuk murid-murid kita
di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai