Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 2

TAJUK : SUKAR MENGINGAT NAMA MURID


Masalah
Minggu kedua merupakan minggu yang agak mencabar. Beberapa
sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat saya jalankan kerana
terlibat sebagai pegawai untuk Majlis Sukan Sekolah Melaka. Pengajaran
dan pembelajaran hanya dapat dilakukan pada hari Isnin dan Selasa. Saya
menghadapi kesukaran untuk mengingati nama murid dan sering terkeliru
dengan murid dari kelas dan tahun yang berlainan. Hal ini menyebabkan
saya sukar untuk menegur atau memanggil murid yang kurang fokus
semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Analisis Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan refleksi kendiri yang dilakukan, beberapa
persoalan dapat saya lahirkan. Berikut merupakan beberapa persoalan
yang yang menjadi kunci permasalahan.

Adakah permasalah kesukaran untuk mengingati nama murid

merupakan kelemahan ingatan saya?


Adakah kurang kepekaan menjadi punca utama masalah ini?
Apakah yang perlu saya lakukan untuk memudahkan

saya

memanggil murid dan mengingati nama murid-murid ini?


Berikut merupakan jawapan kepada persoalan yang timbul berdasarkan
pemerhatian lanjut, perbincangan dengan guru dan rakan serta refleksi
kendiri.

Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan

Dunia Seni Visual dijalankan di studio seni sekolah.


Saya mengalami masalah untuk mengingati nama murid dalam
masa yang singkat dan mudah keliru dengan murid dari kelas

yang berlainan.
Terdapat beberapa murid yang mempunyai nama hanpir sama
dan sukar untuk menyebutnya.

Cadangan Penambahbaikan
Saya ditugaskan untuk mengajar darjah 1 Iman, 2 Iman, 3 Iman , 5
Amal dan 5 Iman. Beberapa cadangan telah saya rangka untuk
mengatasi masalah ini.
1. Menyediakan template tanda nama berbentuk segi tiga yang
boleh dilipat dan mudah alih berbentuk prisma. Murid menulis
nama panggilan yang mereka gemari pada tanda nama tersebut
dan menghiasnya mengikut kegemaran mereka.
2. Murid perlu membawa tanda nama tersebut setiap kali turun ke
studio seni untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tempoh Penyelesaian
31 Mac 25 April 2014
Tindakan Susulan
Saya menggunakan kaedah yang telah dirancang. Dalam masa yang
sama, saya perlu sering memanggil murid dengan nama mereka
terutamanya yang kurang fokus dalam bilik darjah. Saya memerhati dan
memberi bimbingan secara individu dari satu murid ke satu murid sambil
menekankan sebutan nama mereka.
Kesimpulan
Sebagai

seorang

guru,

sikap

menghargai

murid

perlu

ada

untuk

menggalakkan murid lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengikuti


aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Dengan mengingati nama murid,
guru dapat mengawal bilik darjah dengan lebih berkesan dan matlamat
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai