Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum :1

Tarikh : 9 Julai 2018


Tajuk : Murid Pasif, Kurang Bergaul dan Ketinggalan Dalam Pelajaran

1. ISU YANG DIFOKUSKAN


Saya mengajar di kelas DVM Tahun 2 bagi Modul WTP8023. Murid-murid di dalam kelas ini
majoritinya aktif dan menunjukkan minat terhadp matapelajaran yang diajar. Namun begitu,
terdapat seorang pelajar yang agak pasif dan gemar bersendirian. Sikap murid ini
menyebabkan dirinya disisih oleh rakan-rakan lain dan menganggapnya lemah dan lembap
dalam pelajaran.

Keadaan ini menyebabkan murid tersebut merasa rendah diri dan enggan bergaul dengan
rakan-rakan yang lain.

Ketika guru menjalankan tutorial, murid ini tidak membuat latihan yang diberikan kepadanya
dan hanya berdiam diri tanpa mengajukan soalan kepada guru tentang permasalahannya
dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU)

Punca murid ini tidak aktif dan suka mengasingkan diri adalah kerana murid ini berasa
rendah diri dan kurang berkeyakinan. Memandangkan rakan-rakannya semua aktif dan
gemar bertanya soalan di dalam kelas, murid ini berasa dirinya jauh ketinggalan dan tidak
standing dengan rakan-rakannya.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU

KAJIAN LEPAS)

Menurut J.B. Watson (1878-1958) emosi manusia senantiasa berubah. Manusia mewarisi
tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkahlaku negatifnya yang menyebabkan murid ini
menjadi pasif dan tidak suka mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di
kelas.

J.B. Watson (1878-1958) juga ada menjelaskan peranan guru dalam proses pengajaran.
Guru hendaklah menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan murid supaya minta
belajar dan mengelakkan penggunaan ransangan yang membawa kesan negatif.

Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan agar dapat mengubah persepsi negative
murid ini kepada pemikiran yang positif.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Mendekati murid tersebut secara personal dan bertanyakan masalah yang murid hadapi

ii) Menegur sifat rakan-rakan yang menyisihkan murid itu dan mengarahkan mereka untuk

mendekati serta bergaul dengannya agar dapat mengurangkan sifat terlalu merendah diri

murid tersebut.

iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik minat murid tersebut.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan mendekati murid tersebut, menyelami emosi dan perasaan murid terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang diingininya dan dan menggunakan gaya pengajaran
yang lebih menarik minatnya.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN

16 Julai 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan susulan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui
penglibatan murid tersebut di dalam kelas. Murid tersebut juga telah berani mengajukan
soalan kepada saya walaupun dengan suara yang agak perlahan tetapi sudah mampu untuk
mengikis sifat pemalu dan pasif.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA)

Saya berpuas hati dengan perubahan yang dapat dilihat pada murid tersebut. Walaupun
perubahan yang ditunjukkan tidak terlalu mendadak tetapi saya percaya dengan pendekatan
dan strategi pengajaran saya pada minggu-minggu seterusnya akan dapat menarik
perhatian murid ini sekaligus membuang sifat pasif dan pemalunya secara total.
RUJUKAN

Ee Ah Meng(1994). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti

Kamarudin Hj. Husin(1993). Pedagogi 3: Penggunaan Psikokolgi dalam Bilik Darjah.


Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia

Anda mungkin juga menyukai