Anda di halaman 1dari 1

SOALAN :

Ali pada mulanya seorang murid yang rajin. Namun, dia berubah menjadi seorang murid yang nakal
dan melakukan perkara negatif. Apakah peranan dan tindakan guru untuk menangani masalah
disiplin bilik darjah?
JAWAPAN :
Guru boleh menggunakan kaedah kaunseling berdasarkan Teori Realiti dengan Teori Kawalan yang
merangkumi 5 peringkat. Teori kawalan iaitu bermaksud mengandaikan tingkah laku manusia
sebagai usaha untuk mengawal dunia kita sebagai sebahagiannya dengan tujuan memuaskan
keperluan kita secara penuhnya.
Pada peringkat pertama guru boleh membina hubungan guru dan murid secara kaunselor. Guru
boleh menggunakan teknik penerimaan, kejujuran, keikhlasan dan mengelakkan kawalan di antara
guru dengan Ali. Guru haruslah membina hubungan yang rapat supaya Ali tidak malu dan kekok
untuk bercerita kepada guru sebagai contoh, guru membawa Ali untuk makan di kantin bersama dan
sering bergurau dan mengambil hati Ali seperti seorang kawan namun haruslah tidak membuatkan
Ali melanggar batasnya sebagai murid.
Seterusnya guru boleh melanjutkan tindakan ke Peringkat yang kedua. Pengajaran dengan kawalan
iaitu di mana Ali akan diberi harapan bahawa dia akan dapat belajar membuat pilihan yang lebih
berkesan dan dapat membantu kawalan hidup mengikut keperluannya. Sebagai contoh, apabila Ali
membuat keputusan yang betul dan tepat, guru haruslah memebri penekanan yang positif supaya
Ali sedar perbuatan dia adalah baik dan supaya dia akan mengulang perbuatan yang baik pada masa
hadapan.Tambahan pula, guru melanjutkan ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat ketiga di mana.
Penilaian tingkah laku menyeluruh. Hal ini dapat membantu guru dan Ali memahami apa yang Ali
sedang buat dan membuktikan kepada Ali bahawa tingkah lakunya tidak akan membawa hasil yang
diinginkan
Pada Peringkat keempat pula Perancangan dan perubahan tingkah laku menyeluruh iaitu Guru perlu
mengenalpasti keperluan Ali yang benar-benar diharapkan untuk mengawal tingkah lakunya.
Contohnya pemilihan keperluan ialah kasih sayang, kebebasan. Berdasarkan fokus keperluan yang
dikenal pasti, Ali akan diajar mengubah tingkah laku dirinya menjadi lebih berkesan untukmemenuhi
keperluan yang diinhinkannya.Pada peringkat terakhir, iaitu Tindakan susulan di mana rancangan
perubahan tingkah laku yang menyeluruh dilaksanakan oleh Ali diri sendiri. Tugas kaunselor (guru)
hanya sebagai pembimbing apabila Ali menghadapi masalah.

Anda mungkin juga menyukai