Anda di halaman 1dari 4

Tugasan Individu Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Dan Isu-Isu Di Sekolah Nama Kelas No.

KP : Nelaveni Arjunan : 3 PISMP PT/PJ/SN : 920614-02-5280 Pengurusan bilik darjah yang baik adalah penting bagi memastikan bilik darjah menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik darjah dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk seisi pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(T) Kangar, Perlis. Saya telah membuat pemerhatian tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku di sekolah tersebut. Saya telah berpeluang untuk memerhati Tahun 1 di sekolah tersebut. Saya telah mendapati bahawa keadaan fizikal iaitu susunan kerusi dan meja, peredaran udara, peredaran cahaya serta kebersihan kelas tersebut memang sesuai dan padat. Tidak ada sebarang kekurangan dalam keadaan fizikal kelas tersebut. Walaupun begitu, pengurusan tingkah laku kelas tersebut tidak dapat dikawal. Murid-murid di kelas tersebut tidak dapat dikawal secara begitu sahaja. Guru yang mengajar pada masa itu juga hampir mengalami kesukaran dalam mengawal pengurusan bilik darjah tersebut. Jadi, guru itu telah membuat satu keputusan.

Guru telah memberi amaran pertama supaya murid-murid tidak membuat bising dan membuat kerja mereka di tempat masing-masing. Murid-murid pun mengikutnya buat seketika sahaja. Mereka kembali membuat bising. Beberapa orang murid kurang memberikan perhatian dan suka mengacau rakan-rakan mereka. Ada seorang murid yang hiperaktif. Dia selalu mengacau murid-murid lain, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar serta tidak boleh duduk di satu tempat pada tempoh masa yang lama. Guru tersebut tidak dapat mengawal kelas lagi. Jadi, guru tersebut telah memberitahu murid-murid bahawa beliau akan memberi hadiah sekiranya murid-murid diam dan menyiapkan kerja yang diberi. Guru juga mengatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan murid-murid balik ke rumah jika tugasan tidak disiapkan. Selepas itulah, kelas berada dalam kawalan. Seperti yang dikatakan, guru telah memberi hadiah kepada setiap murid semasa balik ke rumah. Hubungan antara murid dan guru di kelas ini sangat baik. Guru memahami perasaan dan kehendak setiap murid serta bertindak mengikut keadaan kelas tersebut. Hubungan antara murid dengan murid tidak begitu baik. Murid-murid tidak begitu akrab dan bekerjasama dalam kelas. Jadi, guru telah merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, iaitu guru mengadakan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid telah berinteraksi dan membuat kerja yang diberi secara bekerjasama. Hubungan silaturahim akan dibentuk melalui aktiviti yang dirancang oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada keesokkan hari saya telah memerhati kelas Tahun 6. Kelas ini tidak

seperti kelas Tahun 1. Ianya sangat berbeza. Pengurusan dari segi fizikal sangat baik sehingga tidak perlu dipimpin lagi oleh guru. Kebersihan kelas diurus secara baik. Hal ini kerana, murid-murid Tahun 6 lebih matang daripada murid-murid Tahun 1. Walau bagaimanapun, pengurusan tingkah laku kelas ini masih lagi tidak memuaskan. Walaupun murid-murid ini matang daripada murid-murid Tahun 1, tetapi mereka masih lagi berperangai keanak-anakan. Mereka akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Segelintir pelajar menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Ada lagi di kalangan mereka yang suka membuat bising dan suka mengacau kawan-kawan

lain. Ada segelintir murid pula yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Hal ini mungkin kerana murid tersebut tidak meminati mata pelajaran tersebut ataupun tidak memahami mata pelajaran tersebut. Tetapi, guru mampu mengendalikan kesemua jenis murid ini. Guru mengatakan bahawa pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran nanti beliau akan mengadakan kuiz berkaitan dengan topik yang diajar pada hari itu. Sesiapa yang memenang kuiz tersebut akan diberi ganjaran. Jadi, murid-murid pun menumpukan perhatian semasa guru itu mengajar. Pemberian ganjaran adalah satu cara terbaik untuk menarik perhatian murid-murid. Guru itu telah mengaplikasinya di dalam kelas dan ianya memberi kesan yang baik. Seterusnya, isu-isu di sekolah. Sekolah ini tidak mempunyai masalah ataupun isu-isu yang besar. Hubungan antara guru dengan murid di sekolah sangat baik. Setiap guru di sekolah ini mengambil berat dan prihatin terhadap murid-murid. Begitu juga dengan murid-murid. Mereka begitu memberi hormat dan menyayangi guru-guru di sekolah ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui satu perkara yang berlaku semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sana. Pada masa itu, satu pertandingan bola baling peringkat daerah telah diadakan. Murid-murid telah bermain bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama baik sekolah dan guru-guru mereka. Mereka berusaha walaupun tidak ada latihan yang mencukupi. Mereka berjaya mendapat tempat keempat dari sembilan kumpulan yang menyertai. Ini adalah salah satu satu sejarah yang dicipta oleh murid-murid tersebut. Guru-guru pula telah meminta kebenaran dari sekolah sebelah untuk menggunakan padang mereka bagi melatih murid-murid tersebut kerana tiada ada padang di sekolah tersebut. Lagipun, guru-guru sendiri yang telah menghantar murid-murid balik ke rumah kerana tiada ada pengangkutan. Ini adalah satu contoh yang terbaik bagaimana hubungan guru dengan murid baik.

Walaupun begitu, ada juga murid yang bermasalah. Cuma segelintir murid sahaja yang terlibat dalam kes ini. Itupun bukannya masalah yang serius. Murid-murid ini tidak menghormati perasaan orng lain. Mereka suka mengejek murid-murid yang lemah. Mereka mengejek dengan nama samaran murid-murid tersebut. Tidak ada kes ponteng sekolah ataupun kelas, tidak menghormati guru ataupun lain-lain kes yang serius. Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai