Anda di halaman 1dari 3

3.

0 Kepentingan Adab Dengan Guru

Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Guru di rumah ialah ibu bapa kita, manakala guru di
sekolah ialah insan yang sentiasa menabur bakti tanpa mengira keadaan dalam memberikan ilmu
pengetahuan dengan sepenuh hati mereka. Maka dengan itu, kita sebagai pelajar yang menerima
ilmu tersebut, amatlah wajar untuk kita melayani dan menyantuni seorang insan yang bergelar
guru. Ini kerana, mereka adalah salah satu insan yang wajib kita hormati, insan yang banyak
berjasa yang tidak mampu untuk kita balas budinya. Sama juga dengan ibu bapa sendiri. Maka
dengan itu, kita sebagai pelajar amatlah perlu untuk menjaga adab sebagai seorang pelajar
dengan guru.

Adab dengan guru amat penting dalam kehidupan kita. Antara kepentingan dalam kita
menjaga hubungan dengan insan yang bergelar guru adalah untuk memudahkan pelajar bagi
memahami ilmu pengetahuan. Menurut Zarnuji di dalam (Adibah Sulaiman, 2019), “seorang
penuntut ilmu tidak akan mampu untuk memiliki ilmu dan mengambil manfaat dari ilmunya
melainkan dengan cara menghormati ilmu dan menghormati gurunya dan siapa yang
mengajarkan kamu satu huruf untuk memahami agama, maka dia adalah bapa kamu dalam
agama.” Ini bermaksud, seorang pelajar itu akan lebih cepat untuk memahami apa yang di ajar
oleh guru, andai mereka menjaga hubungan yang baik dengan guru.

Selain itu, ,menurut Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz, 2021 di dalam Berita Harian
Metro, seorang pelajar wajib menghormati seorang guru itu agar segala ilmu yang dipelajari itu
mendapat keberkatan dan keredaan Allah. Hal ini diungkapkan di dalam hadis Riwayat Imam
Ahmad bahawa Rasulllah S.A.W telah bersabda “ Bukanlah dalam kalangan umat ku mereka
yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka tidak menyayangi anak kecil dan mereka
yang tidak memberikan hak kepada guru kami.” Baginda sendiri telah menyarankan agak
memberikan hak kepada seorang guru itu dengan menzahirkan rasa hormat dan sopan apabila
seseorang itu menuntut ilmu. Dengan hak yang diberi sebagai pelajar itu, seorang guru akan
berasa senang dengan sikap kita, maka apabila hati guru itu senang , dengan itu ilmu yang kita
pelajari itu, akan mendapat keberkatan Allah. Seorang guru semestinya akan sentiasa
mendoakan kejayaan pelajar-pelajar mereka supaya mendapat keberkatan atas ilmu yang
dipelajari itu. Keberkatan itu sebenarnya salah satu anugerah yang sangat bernilai bagi seseorang
yang bergelar pelajar, ini kerana dengan keberkatan itu, perjalanan dalam menuntut ilmu itu
sangat mudah dan akan berjalan dengan lancar.

Pelajar yang beradab dengan guru adalah seorang pelajar yang sentiasa memberi ketaatan
kepada guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut ibn Jemaah di
dalam (Adibah Sulaiman, 2019), taat kepada guru adalah bila mana kita sebagai pelajar sentiasa
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana merendah diri kepada guru
adalah satu kemuliaan. Selain itu, memberi penghormatan di luar bilik darjah juga adalah
kewajipan kita sebagai seorang pelajar. Ini bermaksud, tanggungjawab pelajar terhadap guru
bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, malah ia juga perlu semasa di luar
bilik darjah.

Secara kesimpulannya, salah satu faktor kejayaan seorang pelajar adalah bila mana,
mereka sangat menitikberatkan adab-adab dengan guru. Orang-orang dulu sebenarnya sangat
menitikberatkan adab dengan guru ini. Namun, jika kita lihat dalam era serba moden dan maju
ini, adab terhadap guru kian luntur dan seolah-olah ia dipisahkan dari proses pengajaran dan
pembelajaran. Tetapi pada dasarnya, adab dan proses pengajaran dan pembelajaran itu saling
berkait dan perlu diselarikan dalam usaha untuk meraikan keberkatan sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran itu berlangsung, ( Nur Khamsiah Bt Adan,2021). Sebenarnya, menjaga adab
dengan guru itu bukan hanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka malah
ia perlu dijaga juga ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian berlangsung.
Pelajar perlu sentiasa memelihara dan mengamalkan adab yang baik dengan guru bukan hanya
untuk mendapat ilmu ,bahkan perlu juga untuk meraih keredaan dari guru dan itu adalah suatu
yang penting sebenarnya.
Rujukan

Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Ahmad Norsyafwan Norawavi,


(2019), Konsep Pendidikan Islam : Adab Guru-Pelajar, Sains Insani elSSN(0127-7871).

Nur Khamsiah Bt Adan,2021, (2021), Tanggunhjawab Menjaga Adab Menuntut Ilmu Semasa
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam talian (PDPDT), International Conference On
Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021).

Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz,(7 April 2021),Adab Berguru Kian Pupus, Berita Harian
Metro, https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/692076/adab-berguru-kian-pupus

Anda mungkin juga menyukai