Anda di halaman 1dari 6

Forum 3 : AKTA PENDIDIKAN 1996 TELAH MEMBERI IMPAK YANG BESAR

TERHADAP KELESTARIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PADA


MASA KINI

Akta pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta pelajaran 1961
bertujuan memantapkan lagi system pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan
cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia. Akta pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar
pendidikan yang sedia ada.

Akta Pendidikan 1996 telah memberi impak terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
pada masa kini ialah penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum
lain yang terdapat di Malaysia, selain bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas
pengunaanya dalam Akta Pendidikan 1996. Contohnya Bahasa Malaysia wajib lulus dalam
peperiksaan SPM.

Seterusnya, pendidikan khas mula diberi perhatian juga adalah implikasi positif Akta
Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan khas diberi
tumpuan bagi membantu meningkatkan potensi diri, keyakinan diri, kemahiran diri dan
keupayaan untuk berdikari dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan
memberi peruntukkan khas kepada golongan ini. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang sesuai
dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut seperti Sekolah Pendidikan Khas dan
Pendidikan Inklusif. Dengan adanya pendidikan khas ini turut membantu mengeratkan
hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra lain.

Selain itu, pihak kementerian pendidikan Malaysia turut mewujudkan Pendidikan


prasekolah awal kanak-kanak bagi warganegara yang berumur enam tahun. Pada tahun 2003,
kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar kepada Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pendidikan ini diwajibkan menggunakan garis
panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan
untuk memastikan pendidikan ini berjalan dengan lancar, memelihara hak asasi kanak-kanak
dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak seperti membaca, mengira dan menulis serta
menanam nilai positif dalam diri mereka. Antara contoh yang telah dilakukan adalah dengan
mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan dan mengatasi masalah keciciran
pada peringkat pendidikan rendah

Disamping itu, implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan
di Malaysia menyebabkan pendidikan teknik dipertingkatkan. Pihak kerajaan tertumpu
kepada meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan politeknik mengadakan
program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian.
Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-
institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam dan luar negara serta lebih cenderung kepada
pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.
Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem Pendidikan selain
daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai mayarakat. Tanpa
Pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk Pendidikan yang pelbagai
corak serta tidak sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, negara akan mengalami pelbagai
masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh itu, dengan wujudnya akta
Pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian
bentuk dan corak Pendidikan yang seimbang kepada semua
FORUM 4 : JIKA ANDA SEORANG GURU CEMERLANG , BAGAIMANA ANDA
BOLEH MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MENANGANI MANA-
MANA SATU ISU DISEKOLAH

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang
tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru
Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru
Cemerlang

Peranan Guru Cemerlang ini diwujudkan dalam komuniti dalaman ataupun luaran, terutama
dalam kalangan rakan guru, yang kita katakan sebagai kerjasama di antara satu sama lain,
atau dikenali sebagai kolaborasi. Peranan yang dimaksudkan ini adalah contohnya, hubungan
timbal balik antara dua pihak atau lebih yang bekerjasama bagi memburu matlamat dengan
berkongsi segala tanggungjawab, hak dan akauntabiliti untuk mencapai kesudahan yang baik
dalam menjayakan sesuatu tugasan berkaitan dunia pendidikan dan mencapai matlamat yang
diingini (Kutsyuruba, 2013). Menerusi hubungan dan kerjasama ini, diharapkan dalam
konteks profesion perguruan akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran serta pembelajaran
murid-murid di dalam bilik darjah

Hubungan kerjasama sebagai sesuatu proses yang sangat sukar untuk dilaksanakan. Perkara
ini dapat dibuktikan apabila guru mendakwa mereka mengalami kesukaran dalam
meluangkan masa untuk berinteraksi dan menzahirkan sikap ‘tidak biasa’ dengan sesetengah
guru yang mempunyai peranan yang berbeza dalam organisasi. Sekiranya keadaan ini
berlanjutan, perpecahan akan berlaku dalam aktiviti guru manakala persekitaran sekolah akan
menjadi kurang inovatif, konservatif dan bersifat individualistik. Pengurusan masa, kekangan
efikasi guru, visi yang kabur, persaingan kumpulan dan konflik pengurusan dipercayai
menjadi faktor penghalang untuk mengimplementasikan sikap berkolaborasi di antara guru-
guru di sekolah.

Oleh itu, jika dilihat kepada guru cemerlang menangani isu-isu ini dengan diberikan
peruntukan masa sehari dalam seminggu untuk melakukan program bersama guru atau murid
bagi menghubungkan mereka dengan warga sekolah. Walaupun tidak dinafikan akan
halangan serta kekangan masa, bebanan tugas, guru cemerlang diyakini mampu memainkan
peranan mereka semaksimum yang mungkin bagi membantu kecemerlangan sekolah

Isu-isu lain yang juga menyumbang kepada halangan dalam proses kerjasama guru ialah
berkaitan fokus guru khasnya guru cemerlang proses kerjasama ini akan terjejas sekiranya
warga yang terlibat tidak fokus kepada pembelajaran dan pencapaian pelajar. Peningkatan
pencapaian pelajar berlaku sekiranya kedua-dua pihak fokus bekerjasama antara murid dan
guru. Justeru, amat penting untuk guru-guru berorientasikan Pendidikan memahami bahawa
kolaborasi yang efektif adalah berasaskan agenda yang mengekalkan fokus terhadap
pembelajaran murid. Bukan itu sahaja, mendedahkan bahawa pelajar akan cenderung untuk
mengekspresikan sikap asertif, yakin diri dan lebih bermotivasi jika mereka juga mempunyai
hubungan yang baik dengan guru. Mereka juga akan lebih berdikari dan sentiasa membuat
refleksi terhadap sesi pembelajaran yang dilalui. Oleh itu, dapat kita katakan bahawa dalam
usaha guru cemerlang dan para guru kerjasama dalam perkongsian ilmu, kepakaran dan
kemahiran, aspek hubungan dengan murid juga perlu dipertingkatkan supaya ia lebih
memberi keberkesanan terhadap proses kerjasama tadi.
Kesimpulannya, guru cemerlang bukanlah hanya sekadar skim kenaikan pangkat, jauh di
sebaliknya merupakan suatu usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara menerusi
barisan guru-guru yang cemerlang serta berdedikasi. Justeru, potensi serta peranan mereka
harus digilap dan digerakkan agar lebih banyak peranan dapat dimainkan oleh mereka. Bukan
sahaja hebat di dalam kelas, tetapi juga kepada keseluruhan warga sekolah, khususnya para
guru. Diharap pihak-pihak berkaitan juga tidak kurang pentingnya memainkan peranan dalam
memberikan latihan berterusan kepada para guru cemerlang yang ada supaya mereka sentiasa
terdedah kepada maklumat terkini sepanjang karier mereka sebagai seorang guru cemerlang
FORUM 5:

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Dalam sesebuah organisasi termasuk


organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa
pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak
dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada
di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang
tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin
seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam organisasi kurikulum sekolah semasa
mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan
pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan
menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan
berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya peka kepada organisasi kurikulum
sekolah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses
pembelajaran.

Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikappositif,
kreatif dan inovatif.


Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesanserta
bersistematik.

Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkanpendekatan
yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogidan
teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadappencapaian pelajar
dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yangpeka
terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan
masyarakatpenyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta
semangatbekerjasama dalam satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasiyang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik danpeka terhadap
persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasionalberkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri( self-
image ), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasidiri.

Anda mungkin juga menyukai