Anda di halaman 1dari 19

Soalan: Peranan guru untuk mencapai 6 aspirasi murid seperti dalam PPPM.

Rajah 1: Enam aspirasi murid dalam PPPM


ASPIRASI MURID

Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti
yang perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa,
murid, dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai
wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem
pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap
murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk
membina perincian bagi kemahiran khusus

dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka
menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan (Ekshibit 8).

▪▪ Pengetahuan:

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya


kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan
kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari
aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

▪▪ Kemahiran Berfikir:

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin
ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.
Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk
mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

▪▪ Kemahiran Memimpin:

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan
negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan
mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan
dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,
dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

▪▪ Kemahiran Dwibahasa:

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan


dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan
bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya
menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di
samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa
lain sebagai bahasa tambahan.

▪▪ Etika dan Kerohanian:

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi
mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka
boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan,
berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani
melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk
individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan
negara.

▪▪ Identiti Nasional:

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan
untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi.
Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami
sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi
mewujudkan identity nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh
amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar
memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar
sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan
potensi ke tahap yang optimum . Program – program pembangunan professional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan
kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang
yang mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi
individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk
menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman
1956 ) .

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari
semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat
. Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam transformasi kurikulum itu
dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan
memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana
masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan
profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan
aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi
negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke – 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
 pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
 kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
 kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
 kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
 etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
 identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk
dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .
Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak – kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
masing – masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam
membimbing murid agar menguasai kedua – dua kemahiran tersebut . Walaupun
begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam
pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan
murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca
, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan
oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang
membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca .
Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana
guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina


hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid – murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih
berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus
menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat
menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan
pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program
sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program
bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap
program sedemikian kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan
bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung
dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun
masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran – kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara
sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa
tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa
tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah
mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah,
membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-
guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari
amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan
berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama
rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang
dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan
penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah
dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah
kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai
murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-
guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja.
Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa
dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga
dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan
peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat
dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf
antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

http://www.barisannasional.org.my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-pppm
1.0 PENGENALAN

Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru


menyempurnakan latihan di Institut Perguruan, universiti atau institusi pendidikan
yang berkaitan. Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan
keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru
telah sempurna. Pendidikan praperkhidmatan keguruan adalah satu proses awal
penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion
keguruan.

Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru.
Guru permulaan yang baru melangkahkan kaki ke perkhidmatan keguruan
sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan profesional yang jauh serta penuh
dengan pelbagai ranjau dan liku di samping menikmati keseronokan profesionalisme
yang dijanjikan oleh profesion tersebut.

Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain


bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan
profesionalisme melali pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara
formal, informal mahupun nonformal. Guru akan berhadapan dengan pelbagai
bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntuntan
dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi
perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi
baharu.

Perubahan ini memerlukan guru sentiasa untuk menambah ilmu pengetahuan


berkaitan dengan profesion dan subjek yang diajar. Perkembangan semasa dalam
sistem pendidikan negara menyediakan pelbagai peluang kepada guru untuk
meningkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka.

2.0 Ulasan Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi

Artikel Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi telah diambil daripada petikan akhbar
Utusan Malaysia bertarikh 16 Mac 2011. Secara keseluruhannya artikel ini
memperkatakan tentang keperluan guru menjadi seorang yang berkualiti dari sudut
teknik pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang luas dalam bidang
pendidikan. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran
berkata bahawa, “Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah,
berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek”. Hal ini berkait dengan etika
keguruan iaitu penampilan atau personaliti guru.

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan


keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology
(1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai
dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana
yang dilihat oleh manusia lain. Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi
perhatian pelajar-pelajar. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan
mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan
meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi
pelajar untuk terus belajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat
bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika
dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat.

Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini
segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila
berada dalam lingkungan masyarakat.

Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan
kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya
melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi
sebagai satu “profesion”. Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif,
iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru
atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru.
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-
pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi.
Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat
bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan
terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar
yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh
itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat
personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah
lakunya.

Berbalik kepada artikel yang dipetik di awal tadi, Tan Sri Muhyidin juga
menegaskan bahawa konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang guru
amat penting untuk mereka mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran
pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Faham
pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan
yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang
bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau),
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) pada 1965.

Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak


sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi
seseorang itu di sepanjang hayatnya. Manakala dalam satu laporan lain yang juga
dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa
capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau
untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia
sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan
kehidupan setiap ahlinya.

Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat


membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk
membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang
warganegara yang bertanggungjawab. Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000),
kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3)
sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment
(pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

Di samping itu, setiap guru harus cekap merangka pelan pembelajaran peribadi
mereka. Antara yang terbaik boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai
pembelajaran peribadi adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kelulusan
akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa
keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001)
menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan
profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan
mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disedakan
oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme seperti Program Diploma
Perguruan Khas, Program Pensiswazahan Guru, Program Berkembar IAB Dengan
Pihak Universiti dan sebagainya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Penyelidikan Tindakan boleh


dijadikan disiplin yang penting untuk menambah baik pengajaran di bilik darjah dan
ia seharusnya dijadikan wadah untuk guru memperbaiki strategi, pendekatan,
kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Apabila disebut penyelidikan,
kebanyakan guru atau pensyarah berpendapat ia adalah sesuatu yang agak tinggi
dan sukar dilaksanakan. Bagi mereka penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh
pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidik-penyelidik sepenuh masa. Berbeza
dengan situasi di sekolah, sebagai guru terlatih dan professional kita boleh
menjalankan penyelidikan mengikut konteks di sekolah. Penyelidikan di sekolah
boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mengikut situasi semasa. Penyelidikan
tindakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan bukan untuk
membuat generalisasi. Setiap guru perlu membudayakan amalan penyelidikan di
sekolah supaya segala masalah yang berbangkit dapat di atasi secara professional.

Tan Sri Muhyidin juga menyatakan bahawa, guru yang lulus pengajian dari IPG
seharusnya tidak berasakan mereka sudah mempunyai ilmu yang mencukupi kerana
sebagai ia perlu digali manakala pengalaman perlu diterokai.'Ia bagi memastikan
setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran diri dengan teknik terkini
dalam menyampaikan ilmu," katanya. Guru mempunyai kurang kesedaran tentang
pentingnya membuat reflektif tentang pengajaran pembelajaran mereka. Sebarang
masalah yang timbul dalam pengajaran pembelajaran tidak cuba diselesaikan dan
jika ada cubaan untuk menyelesaikan sebarang masalah, tidak dijalankan dengan
teratur dan kemas. Tidak terdapat sebarang pendokumentasian yang dibuat untuk
membolehkan pihak pendidik lain berkongsi pendapat dan pengalaman yang
diperoleh.

Satu uasaha mempromosi dan menggalakkan persepsi positif dalam kalangan


pengamal pendidikan di bilik darjah terhadap penyelidikan perlu dilakukan. Untuk
menjayakan proses penyelidikan, beberapa aspek berikut perlu diberi perhatian iaitu
satu kefahaman yang jelas dan betul tentang penyelidikan perlu diberikan kepada
semua pihak yang terlibat dengan pendidikan terutamanya guru. Mereka perlu
mendapat satu kefahaman yang jelas tentan maksud dan tafsiran penyelidikan.
Selain itu, mereka juga tahu apakah kegunaan dan apa yang diharapkan daripada
penyelidikan tersebut.

Aspek yang kedua pula ialah memberikan tumpuan kepada perkara-perkara


yang releven dengan guru seperti situasi bilik darjah termasuklah masalah
pengurusan bilik darjah, pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah
termasuk masalah disiplin dan kebajikan murid. Proses penyediaan penyelidikan
tidak akan sempurna tanpa adanya bimbingan daripada individu yang lebih
berpengalaman. Guru-guru digalakkan menghadiri kursus penyediaan kajian.
Amalan ini perlu diteruskan setiap tahun supaya budaya penyelidikan ini akan
menjadi medan perkongsian ilmu dalam kalangan guru di sekolah.

3.0 CADANGAN KE ARAH MENJADI GURU BERKUALITI

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang
khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo
(1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan.
Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat
kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan
perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan
bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan
pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,
kepakaran dan pengurusan.

Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut
Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.
Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas,
sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan
menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini
ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru
harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada
para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang


mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar
dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Ciri yang kedua ialah guru bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role
Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut
Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang
mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua
kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara
tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru
yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak
langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif
melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Ciri yang ketiga ialah guru bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Menurut
Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat
kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek
kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour
(2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab
murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus
dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.
Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan
generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan
tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Ciri yang keempat ialah mengamalkan kemahiran professional. Guru merupakan


tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran
profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan
berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi
membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.
Ragbir Kaur, 2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda
untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa
(Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia).

Ciri yang kelima ialah bersifat profesional dan peka dengan segala
perkembangan pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi
pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan
yang terkini.

Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-


kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p
guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri
dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat
tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping
membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p.

Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik
darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan
meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word
processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir
Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

Ciri yang keenam ialah guru mengamalkan pengajaran efektif. Mok Soon Sang
(2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler
(1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang
diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat
ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.

Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang
sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga
mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian
objektifnya secara optimum.
Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru
dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi
tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan
keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan
penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran,
membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan
keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian
dalam rancangan mengajar.
Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh
Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan
pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000)
menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan
setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap
individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada
masing-masing.
http://kamiprofesional.blogspot.com/2012/09/negara-perlu-guru-berkualiti-tinggi.html

Anda mungkin juga menyukai