Anda di halaman 1dari 4

Guru Merealisasikan Visi Misi Kpm

Guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu
dan mentarbiah masyarakat. Guru penjana modal insan gemilang,ini menjelaskan bahawa
tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi mendidik anak
bangsa supaya menjadi insan yang berakidah dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat. Ke
arah merealisasikan matlamat Visi Misi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti guru sebagai pemandu arah perlu mempunyai strategi pengajaran
inovatif untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti di mana perkembangan semasa
menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran di dalam bilik darjah
dengan keseuaian gaya pembelajaran murid.

Visi yang berbunyi "Pendidikan berkualiti insan terdidik Negara Sejahtera sangat
bersesuaian, maksudnya Pendidikan kita pada hari ini hendaklah yang berkualiti, ampuh dan
dinamik demi melahirkan insan terdidik iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Manakala misi yang berbunyi Melestarikan Sistem
Pendidikan yang berkualiti iaitu merujuk kepada sistem pengajaran dan pengurusan pendidikan
kita hendaklah bebas dari sebarang kelemahan dan cacat cela serta kecuaian tetapi
lestari,terbaik, cemerlang dan profesional dalam sesebuah oraganisasi sekolah.Dengan cara itu
sistem pendidikan mampu membangunkan potensi individu yang cemerlang dan
mengkagumkan. Dengan ini aspirasi negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam merealisasikan Visi Misi sekolah, guru berperanan besar dalam melaksanakan
Visi Misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru merupakan role model kepada murid-murid
untuk membina ilmu. Guru merupakan golongan yang memberi kesan besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Guru dapat mencapai hasrat
tersebut dengan melaksanakan inisiatif berdasarkan aspek-aspek seperti
kepimpinan,pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan peningkat
profesinalisme. Oleh itu, guru merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membentuk
kecemerlangan diri pelajar dan melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Untuk
menjayakan matlamat Visi Misi guru perlu mengambil beberapa langkah yang efektif.
Tanggungjawab pendidik dalam pendidikan adalah membangunkan dan membina pontensi
insan dalam empat domain utama itu jasmani,emosi rohani dan intelektual yang menjadi
cabaran besar warga pendidik ditambah dengan beban tugas dan sistem yang sering berubah-
ubah yang begitu kompleks. Sebelum melahirkan modal insan sebagai guru yang ingin
mewujudkan inovasi mereka perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang yang berpengetahuan,
berkemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
menjadikan guru sentiasa dedikasi inovatif dan bermotivasi dalam melaksanakan tubah dan
tanggungjawab.

Sehubungan dengan itu, Penghayatan Visi Misi memberi kesedaran kepada para guru
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara seperti yang dinyatakan dalam Visi Misi KPM. Penghayatan tersebut
juga memberi semangat kepada para guru untuk mereka melahirkan murid yang
berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan.

Selain itu, Visi Misi KPM memberi motivasi kepada guru untuk menyediakan mereka
sebagai tokoh yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Visi Misi KPM juga, secara langsung dan tidak langsung memberi
kesedaran dan semangat kepada guru. Tanpa penghayatan Visi Misi KPM dalam diri setiap
guru, apa yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran dan masyarakat tidak akan tercapai.
Berdasarkan kepada Misi Visi peranan guru memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-
murid amat penting kerana seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan
menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Hal
ini dapat membantu untuk melahirkan insan yang berkualiti pada kelak.Pengajaran yang
dirancang dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.

Selain itu, guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang
diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid
untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-
perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat
serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf
dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid
mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak
boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.
Pada masa yang sama, penggunaan ICT dalam bidang kurikulum juga merupakan satu
-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memperkembangkan unsur - unsur
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam kalangan murid. Perubahan zaman yang begitu
cepat mengejar kemajuan ini mewajibkan penguasaan murid dalam bidang multimedia. Para
pendidik harus menggunakan penggunaan ICT serta melibatkan diri murid dalam aspek
tersebut. Guru - guru hendaklah memberi peluang kepada muridnya untuk mengendalikan
bahan multimedia ini agar dapat memberikan pengalaman. Ini adalah kerana murid - murid
perlu menyesuaikan diri dengan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih
kemahiran pelajar dalam bidang teknologi. Penggunaan ICT amat efektif kerana visual dan
muzik mudah diserap oleh otak manusia berbanding dengan tulisan. Penggunaan ICT dalam
kurikulum mudah difahami oleh murid dan ini meyeronokkan mereka. Apabila mereka seronok
untuk membaca dan mendengar maka mereka akan menumpukan perhatian terhadap
pengajaran. Dengan ini seseorang guru dapat menjayakan matlamat Misi Visi KPM.

Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di
dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai
beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat
membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai
akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid,
meningkatkan disiplin dan kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi
pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu
dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri.
Jadi, guru hendaklah melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum. Contohnya lawatan sambil
belajar. Murid mendapat pengalaman daripada lawatan sambil belajar. Selain lawatan sambil
belajar, guru juga boleh melibatkan murid-murid dalam pertandingan peringkat sekolah,
peringkat zon, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kadang-kadang di sekolah, waktu
kokurikulum sering digunakan untuk menggunakan kelas ganti. Budaya ini harus dihentikan dan
guru perlu menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam persatuan dan unit beruniform.
Pada hari kokurikulum tersebut aktiviti-aktiviti perlulah dirancang supaya menarik minat murid.
Dengan berbuat demikian seseorang guru dapat menjayakan Visi Misi organisasi sekolah.
Visi dan misi semua sekolah di Malaysia telah diselaraskan KPM dan jelas menuju ke
arah pendidikan abad ke 21 dan penggunaan sistem pengurusan sekolah yang lebih efisien dan
berteknologi tinggi. Perkara pokok yang harus diberi perhatian ialah bagaimana sekolah
memahami, menghayati dan melaksanakan aktiviti sekolah sepertimana yang direncanakan.
Bagi menjayakan visi dan misi sekolah ini semua guru dan warga sekolah harus melibatkan
dalam semua perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah. Guru memainkan peranan dalam
mengadakan promosi dan hebahan tentang Misi dan Visi melalui program dan kursus supaya
segala aspirasi dan hasrat kerajaan itu difahami dan diketahui oleh semua pihak yang
berkaitan. Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang
berminda kelas pertama, berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat Visi dan misi
organisasi skolah. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan
matlamat kenegaraan yang akan menentukan standard bangsa dan negara pada masa
hadapan. Guru yang bijak dan bertanggungjawab serta proaktif sudah pasti dapat
merealisasikan Visi dan misi dalam organisasi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai