Anda di halaman 1dari 1

sistem pendidikan yang mantap dan berkualiti, natijahnya akan memberi implikasi yang

bukan sedikit kepada pembangunan negara. Faktor pembaharuan kurikulum ini berlaku
disebabkan kewujudan peningkatan teknologi. Ia juga berlaku akibat perancangan perubahan
masyarakat dan hubungan kemanusiaan yang dinamik. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebagai satu
langkah untuk menyerapkan penggunaan komputer dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Proses pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan komputer dan ICT memerlukan penguasaan bahasa
Inggeris dengan baik.

4.0 KESAN PELAKSANAAN DLP

Perlaksanaan DLP ternyata amat memberi kesan yang negatif kepada Bahasa Melayu. Hal ini
dapat dilihat apabila bahasa Melayu yang dahulunya berfungsi sebagai bahasa pengantar di
semua sekolah kini telah diabaikan, dan bahasa Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan
juga tenaga pengajar. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari negara-negara lain yang
kuat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama seperti negara Rusia dan Jepun
telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka.

Perlaksanaan DLP ini ternyata sekali lagi mengenepikan segala usaha yang dibuat
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi
mendidik anak bangsa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, idea DLP ini harus
ditarik balik kerana ia menggugat kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara
ini. Pelaksanaan ini ternyata telah gagal dan kini Bahasa Melayu sekali lagi diabaikan melalui
Program Dwibahasa. Proses untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga
bahasa moden akan terhenti dan seterusnya bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa pasar
semata-mata. Berkemungkinan besar akan diputuskan pula penggunaan Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik seperti Perakaunan,
Perdagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya.

Jika hal ini berlaku, maka akhirnya sebahagian besar atau hampir kesemua mata
pelajaran akan diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu yang ditetapkan
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini akan kehilangan
fungsinya.Namun begitu menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan

Anda mungkin juga menyukai