Anda di halaman 1dari 1

KATA-KATA ALUAN

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kerana mengusahakan penghasilan Modul Matematik UPSR pada tahun 2011. Penerbitan Modul ini amat tepat pada masanya selaras dengan usaha Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dalam meningkatkan prestasi akademik para murid khususnya dalam peperiksaan awam (UPSR). Modul ini ditulis hasil gabungan kepakaran pegawai akademik dan guru yang berwibawa dan berpengalaman dalam mata pelajaran berkenaan. Sehubungan itu, saya berharap guruguru akan menggunakan Modul ini sebagai panduan untuk membimbing murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bimbingan berterusan oleh guru kepada murid-murid akan memberikan motivasi kepada mereka untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana Modul berkenaan menyediakan pelbagai aktiviti yang akan dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid. Sesungguhnya kejayaan murid berkait rapat dengan komitmen, kerajinan serta kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas mendidik dengan penuh dedikasi. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berharap Modul ini dimanfaatkan seoptimum yang mungkin sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik UPSR. Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS) yang mengambil inisitiaf menerbitkan Modul ini atas tajaan kewangan daripada Petronas. Begitu juga ucapan terima kasih saya rakamkan kepada panel penggubal Modul dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga, dan masa bagi memungkinkan Modul yang sangat berharga ini menjadi kenyataan. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati usaha yang kita lakukan. Sekian, terima kasih.

DATUK DR. HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai