Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH.

Assalamulaikum warakhbatullahi taala wabarakathu dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan izinNya Modul
Near Miss Cemerlang UPSR 2015 untuk semua subjek SJKT Kedah dapat
dihasilkan dengan jaya.

Terlebih dahulu saya mewakili semua warga pendidik JPN Kedah Darul Aman
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pembinaan Modul
Near Miss UPSR 2015. Usaha mereka amatlah dihargai oleh pihak JPN Kedah.
Modul ini merangkumi segala elemen yang mampu menggerakkan murid-murid ke
arah mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2015 kelak.

Modul ini mengandungi nota-nota ringkas yang mampu difahami oleh murid-murid.
Modul ini juga membekalkan contoh-contoh yang mampu menjadi penawar kepada
seribu satu macam kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Modul ini juga
merangkumi latihan-latihan yang mampu meningkatkan pemahaman murid-murid.

Modul ini telah dibina oleh guru-guru yang berpengalaman serta mempunyai
kepakaran dalam bidang masing-masing. Saya berharap modul ini boleh dijadikan
sebagai instrumen ulangkaji yang mampu memberi kecemerlangan dalam UPSR
2015 nanti.

Akhir kata, semoga modul ini dapat merealisasikan impian JPN Kedah dalam
meningkatkan pencapaian UPSR SJKT negeri Kedah.

Wabillahi taufikwalhidayah walasalammulaikum taala wabarakathu.

‘KEDAH AMAN MAKMUR: BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI’


‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG’

Sekian,

PENGARAH PENDIDIKAN JPN KEDAH.


KETUA SEKTOR AKADEMIK JPN KEDAH.

Assalamulaikum warakhbatullahi taala wabarakathu dan salam perpaduan.

Sekalung penghargaan dan ribuaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembinaan Modul
Near Miss UPSR 2015 yang telah memberikan iltizam serta mencurahkan kepakaran
dalam pembinaan modul ini.Sememangnya modul seperti ini mampu memberikan
pemahaman yang lebih kepada murid-murid kerana mengandungi contoh-contoh serta
latihan-latihan yang mudah difahami.

Modul ini juga boleh digunakan sebagai instrumen dalam penyelesaian masalah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kelas. Ini kerana modul ini telah melalui satu
proses yang panjang dan dihasilkan oleh para guru-guru yang begitu komited dalam
menghasilkan modal insan yang berilmu dan berkualiti.

Pendekatan yang digunakan di dalam modul ini amatlah sesuai bagi murid-murid near
miss. Modul ini juga memaparkan pelbagai teknik yang boleh membuatkan murid-murid
merentasi bahagian-bahagian yang dahulunya mereka fikirkan sukar.

Selain itu, nota-nota yang diberikan juga amatlah ringkas dan mudah difahami oleh
murid-murid. Nota-nota ini yang disediakan menjadi penawar kepada kesukaran yang
dihadapi oleh murid-murid.

Di samping itu, apabila menghalusi modul ini, saya dapat melihat pengemblingan tenaga
dan perahan ilmu oleh guru-guru cemerlang yang berpengalaman dalam penghasilannya .
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak
yang terlibat.

Semoga usaha murni tuan-tuan dapat dirahmati Ilahi dan mampu melonjakkan pencapaian
UPSR murid-murid SJKT bagi tahun ini dan tahun-tahun berikut.

Akhir kata, modul ini dapat dijadikan sebagai pemudah cara dalam PdP di dalam bilik
kelas bagi menghasilkan keputusan yang kita harapkan bersama.

Wabillahi taufikwalhidayah walasalammulaikum taala wabarakathu.

‘KEDAH AMAN MAKMUR: BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI’

‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG’

Sekian,

KETUA SEKTOR AKADEMIK JPN KEDAH

Anda mungkin juga menyukai