Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya Modul


Transformasi Terbilang telah dapat dihasilkan dengan jayanya. Saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Panel
Bahasa Melayu Kefahaman kerana dapat menyiapkan modul ini.

Dengan berkat kesungguhan dan kegigihan yang dicurahkan dengan ikhlas


akhirnya membuahkan hasil. Ucapan terima kasih juga kepada pihak PPD dengan
cetusan idea sehingga modul ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya penghasilan modul ini merupakan daya usaha ke arah


memupuk minat suka belajar di kalangan pelajar. Melalui modul ini pelbagai
bahan yang dipermudahkan untuk dipelajari bertepatan pula dengan kehendak
Sistem Pendidikan Malaysia.

Diharapkan modul ini menjadi pemangkin dan menjurus kepada


kecemerlangan pelajar untuk mencatat prestasi yang cemerlang, terbilang dan
dibanggai dalam UPSR kelak. Insyaallah

Semoga usaha murni kita diberkati Allah S.W.T

Sekian , terima kasih.

Melestarikan Pendidikan Terbilang


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Eshah
( HJH ESHAH BT AHMAD)

Anda mungkin juga menyukai