Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam disampaikan


kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.
Kerja Kursus Projek bagi Literasi Nombor ( WAJ 3105 ) ini akhirnya dapat
disiapkan sepenuhnya dengan sokongan moral dan bantuan semua pihak.
Sekalung penghargaan diberi kepada pihak kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia(KPM) yang dapat menyediakan Program Pensiswazahan Guru
(PPG) bagi membantu para guru meningkatkan taraf pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada pihak IPG Kampus Raja Melewar terutama
para pensyarah yang telah mencurahkan ilmu serta memberi tunjuk ajar sehingga
kerja kursus ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih ini untuk ahli keluarga yang memahami dan banyak berkorban dari
segi masa dan tenaga.Di samping itu,bantuan dari rakan-rakan seperjuangan juga
tetap akan menjadi ingatan dan semua ini hanya Allah yang dapat membalasnya
Harapan saya,hasil kerja ini dapat membantu menambahbaik kualiti kerjaya
saya seterusnya memberi impak yang positif terhadap anak-anak didik yang
merupakan generasi yang bakal menrealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Akhir kata, segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala
kekurangan adalah kelemahan daripada saya .Oleh itu teguran membina amat
dialu-alukan.Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah.Insya Allah

NORHAYATI ABBDULLAH

Anda mungkin juga menyukai