Anda di halaman 1dari 1

KATA-KATA ALUAN PERASMI

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya. Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi akademik , sahsiah dan kokurikulum. Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG yang telah berjaya melaksanakan tugas dan amanah selaku peneraju kepada warga ibubapa dan sekolah dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada tahun ini. Kini peranan PIBG bukan sekadar persatuan untuk ibubapa sahaja tetapi berperanan sebagai pemangkin perubahan dan bersama sekolah menjana modal insan yang cemerlang. Sekolah memerlukan sokongan dari segi moral, material dan komitmen yang tinggi daripada PIBG. Sebagai ibubapa kita ingin melihat anak-anak kita berjaya dunia dan akhirat. Inilah adalah harapan dan impian bersama untuk memartabatkan bidang pendidikan agar pembaharuan dan perubahan yang berlaku sesuai dengan keperluan semasa dan tuntutan masa hadapan. Akhir sekali saya berharap semua warga sekolah dapat melaksanakan program yang dirancang dengan lebih hebat berbanding tahun 2014. Pastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat supaya SM Sains Kepala Batas dapat meraih kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping dapat melahirkan insan kamil dalam kalangan generasi pelajar. Berkhidmat Untuk Negara

Anda mungkin juga menyukai